cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

Catatan Kuliahku🖋

Nota² ini didgr, dituntut sendiri dr Murobbi. Sbrg nota adlh DILARANG EDIT apabila dikongsi pd yg lain. Jika ada khilaf, mana² nota.. "Raikannya, Usah Diperbalahkan" kerana perbezaan pendpt. Kami adalh ASWAJA, mengikut Al-Quran, Hds, Ijmak Ulamak & Qias.

نمایش بیشتر
ماليزيا19 610زبان مشخص نشده استدین و مذهبی26 074
پست‌های تبلیغاتی
3 551
مشترکین
+124 ساعت
+67 روز
+930 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

1683) بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم... الْحَمْدُ لِلّه.. 🙂 🌸 *ISTERI SOLEHAH Bhgn 2*🌸 ~~~~~~ *[ Ustazah Aminah (Pondok Lanai), Kitab Muhimmah, 3 Julai 2024 / 26 Zulhijjah 1445H @Masjid الرحمن, Mahang Kulim Kedah ]* ✅ Jangan suka rajin berjalan pi sana sini sekampung. Jadi isteri orang, lagi jangan banyak bercakap² terlajak, walau dia kita anggap mcm pk ngah, pk long kita sendiri. Dengan mereka kita boleh kahwin. ✅ Bila kawan suami mai rumah kita dan suami x ada, kawan tu minta izin masuk, jangan semawa/pelawa masuk ke rumah, kerana memelihara akan cemburu suami itu. ✅ Jangan meminta memaksa suami belikan untuk kita apa² barang (bukan keperluan). ✅ Hendaklah isteri mendahului hak suami drpd hak dirinya sendiri. Bila suami berhajat pada kita isteri, kena buat terus tunaikan permintaan suami itu. Bukan kata _"nanti sat²"_ . Dan hendaklah dahulukan kaum kerabat suami terdahulu drpd kaum kerabat sndiri. ✅ Adab yg biasa atas isteri, hendaklah dia mencari kesukaan suaminya.. makanan, minuman, pakaian, tempat tidur. Klu dia suka gulai, hari² buat gulai sikit² habuan dia pun x apa dah klu kita x lalu/x selera. ✅ Orang perempuan ini Nabi ﷺ suka yang berkahwin awal dan ada anak yang ramai. ✅ Jangan isteri buat khianat harta suami.. kapak, cangkul, bagi orang pinjam x minta izin suami. Orang yg nak pinjam itu, hendaklah minta izin sndiri. Allah suruh jaga harta suami. ✅ Orang muda x boleh pakai wangi²(terlebih), orang tua x apa. Bersih diri, berwangi²an hya untuk suami, supaya sentiasa bersedia bila suami berkehendak kepada isteri. ✅ Seorang isteri boleh tuntut fasakh, kalau suami ini jenis "bau mulut" busuk. Mendatangkan masalah pada si isteri. ✅ Isteri buat kerja rumah sekadar yg boleh, kalau x boleh, x perlu buat. Suami marah juga x berdosa.. وَاللَّهُ أَعلَم.... #MukaSurat13,14 #Bersambung.... 🌀Moga Bermanfaat.. 🌀 امِيْنَ, امِيْنَ, امِيْنَ, يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن ❤ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ❤ Syukran LIKE Page FB: Catatan Kuliahku, https://www.facebook.com/Catatan-Kuliahku-104611824245848/ GROUP WASSAP: FIQH WANITA 1 & 2 TELEGRAM: https://t.me/CatatanKuliahku ~ Pilihan Yang Terbaik ~ 5 Julai 2024 28 ذوالحجه 1445H ✒ _Raikan Pendapat, Jika Berbeza_ *DI LARANG EDIT* _كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْت_ _Sedekah Jariah Ilmu, Bekalan Akhirat._
نمایش همه...
Allahumma *Ya بَارِئْ* *40X* (Allah Yang Maha Mengatur🌷) Ya Allah, aku serahkan segala urusan hidupku, mak abahku, serta seluruh ahli keluargaku utk diaturkan/diuruskan/ditadbirkan olehMu Ya Allah.. Engkau permudahkanlah segala urusan kami dihari ini. Aamiin...³ Ya Robbal 'Aalamin... https://t.me/CatatanKuliahku
نمایش همه...
*🌱Zikir Hari Juma'at:* 28 Zulhijjah 1445H *يا الله.. (100X)*      Ya الله.. kurniakan kami kekuatan ketika kami dilanda ujianMu. Lindungilah kami dari perasaan mudah berputus asa, tetapkanlah kami untuk terus berusaha dan berdoa. #Aamiin3YaRobbalAlamin... *- Fastabiqul Khairat 💌 -*
نمایش همه...
1682) بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم... الْحَمْدُ لِلّه.. 🙂 🌸 *KELEBIHAN MERENDAH DIRI*🌸 ~~~~~~ *[ TG Ustaz Hj Muhd Noor Hj Muhd Saad, Mantan Imam Masjid Mahang, Kuliah Subuh Jumaat, Kitab Al-Jauhar Al-Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub, 28 Jun 2024 / 21 Zulhijjah 1445H @Masjid الرحمن, Mahang Kulim Kedah ]* ✅ Orang yg takut pada Allah Ta'ala adalah orang yg terpuji. Siapa yg rendahkan diri kerana Allah, Allah angkat pangkatnya. Dan siapa yg besarkan diri, Allah rendahkan dia. ✅ Siapa yg merendah diri, dia nampak hina pada pandangan manusia, tetapi mulia pada pandangan Allah. ✅ Manakala berasa lebih mulia, tinggi diri, orang lain nampak dirinya hina. ✅ Melalui perbuatan, kita boleh nampak tahu seseorang itu takabur (besar diri). Alamat takabur boleh dilihat pada percakapannya; _" aku lebih baik dari dia "_ _" nak lawan dgn aku payah la "_ Mengaku pandai, tiba² nak buat x boleh, itu TAKABUR. ✅ Dengan perbuatan pula, _" ini tempat aku "_. Itu juga TAKABUR. ✅ Dengan perkataan, dia pertahankan kata² dia juga walau x betul, itu juga TAKABUR. 🔅 *Sabda Nabi ﷺ yg bermaksud:* - _"Tidak masuk Syurga orang yg setimbang semut kecil, sebesar biji sawi, ada sifat takabur/besar diri dlm dirinya "_. ✅ Di hari kiamat kelak, dihimpun orang² yg besar diri jadi macam semut, dijijak² manusia. ✅ Bila seseorang itu tawaduk/rendah diri, Allah angkat dia ke tempat yg baik. ✅ Berjumpa dgn orang yg rendah diri, hendaklah kita merendahkan diri sama. Tetapi jika kita berjumpa dgn orang yg besar diri TAKABUR, kita besarkan diri juga supaya dia sedar. Orang yg besar diri, tempatnya dalam Neraka!. وَاللَّهُ أَعلَم.... #MukaSurat167,168,169 🌀Moga Bermanfaat.. 🌀 امِيْنَ, امِيْنَ, امِيْنَ, يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن ❤ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ❤ Syukran LIKE Page FB: Catatan Kuliahku, https://www.facebook.com/Catatan-Kuliahku-104611824245848/ GROUP WASSAP: FIQH WANITA 1 & 2 TELEGRAM: https://t.me/CatatanKuliahku ~ Pilihan Yang Terbaik ~ 30 Jun 2024 23 ذوالحجه 1445H ✒ _Raikan Pendapat, Jika Berbeza_ *DI LARANG EDIT* _كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْت_ _Sedekah Jariah Ilmu, Bekalan Akhirat._
نمایش همه...
Allahumma *Ya بَارِئْ* *40X* (Allah Yang Maha Mengatur🌷) Ya Allah, aku serahkan segala urusan hidupku, mak abahku, serta seluruh ahli keluargaku utk diaturkan/diuruskan/ditadbirkan olehMu Ya Allah.. Engkau permudahkanlah segala urusan kami dihari ini. Aamiin...³ Ya Robbal 'Aalamin... https://t.me/CatatanKuliahku
نمایش همه...
*🌱Zikir Hari Ahad:* 23 Zulhijjah 1445H *يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ (100X)*      Kita boleh mulakan doa dgn zikir ini, “يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث (doa kita) dan kemudian akhirkan dgn Selawat ke Atas Junjungan Besar Nabi محمد Saw”. InsyaAllah makbul doa kita... wallahu'alam. *- Fastabiqul Khairat 💌 -*
نمایش همه...
1681) بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم... الْحَمْدُ لِلّه.. 🙂 🌸 *BERFIKIR HAL AKHIRAT, TAQWA*🌸 ~~~~~~ *[ TG Ustaz Hj Muhd Noor Hj Muhd Saad, Mantan Imam Masjid Mahang, Pengajian Muslimat, Kitab Tasawuf: Tanbihul Ghofilin, 25 Jun 2024 / 18 Zulhijjah 1445H @Masjid الرحمن, Mahang Kulim Kedah ]* ✅ Bila kita takut pada Allah Ta'ala, menjadikan kita bertaubat dan banyak buat amal. Drpd amal, kita ada harapan Allah terima amal kita. Dgn amal, jadikan kita orang yg bertaqwa, dgn itu Allah bagi rahmat. Dengan rahmat, Allah bagi syurga kpd kita. ✅ Nak Syurga, tapi x nak bertaqwa, umpama nak makan pulut, tapi x ada beras. Taqwa dia x jadi kalau kita x fikir hal akhirat. Dengan berfikir itu menghilangkan lalai dan menambah takut pada Allah, menjadikan kita rajin buat ibadah dan menambah kebajikan. *BERFIKIR ITU WAJIB KEPADA ORANG BERIMAN, FIKIR BAB AKHIRAT.* ✅ Bila rajin buat ibadat, menjadikan kita hamba yg hampir dengan Allah. *Kalau rajin fikir, kita akan dapat:* ● _Rasa takut pada Allah Ta'ala._ ● _Rajin bertaubat._ - Terlajak buat dosa sj, istighfar. ● _Rajin solat malam._ ● _Rajin ibadat._ ● _Bersifat Qanaah._ - Merasa cukup, memadai dgn apa yg ada. ● _Pemurah._ ● _Ada adab._ ● _Jadi org yg merendah diri._ ● _Dapat pahala banyak._ *ORANG YG BERFIKIR INI UMPAMA BEKAL PARA ANBIYA' & MAKANAN PARA ULAMA'.* ✅ Lagi banyak fikir, lagi banyak takut dia dan lagi terang hatinya. Dan dia boleh nampak yg mana baik dan yg x baik.. dia hanya lakukan kebajikan sahaja. ✅ *Orang yg lalai akhirat pula, dia dapat:* ● _Kasih kemuliaan (suka org puji)._ ● _Kasih harta._ ● _Kasih kaya._ ● _Kasih kejar dunia._ ● _Kasih pakaian._ ● _Kasih pd org perempuan (kasih melebih²)._ ● _Kasih tidur._ ● _Banyak makan._ ● _Banyak minum._ *Daripada lalai itu, semua itu buat jadi binasa, rosak dunia akhirat. Dan lalai itu kawan Syaitan, kawan sesat dan fasik. Banyak lalai, banyak lupanya, sesat, mati hatinya dan kejahatan.* وَاللَّهُ أَعلَم.... #MukaSurat24 🌀Moga Bermanfaat.. 🌀 امِيْنَ, امِيْنَ, امِيْنَ, يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن ❤ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ❤ Syukran LIKE Page FB: Catatan Kuliahku, https://www.facebook.com/Catatan-Kuliahku-104611824245848/ GROUP WASSAP: FIQH WANITA 1 & 2 TELEGRAM: https://t.me/CatatanKuliahku ~ Pilihan Yang Terbaik ~ 29 Jun 2024 22 ذوالحجه 1445H ✒ _Raikan Pendapat, Jika Berbeza_ *DI LARANG EDIT* _كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْت_ _Sedekah Jariah Ilmu, Bekalan Akhirat._
نمایش همه...
Allahumma *Ya بَارِئْ* *40X* (Allah Yang Maha Mengatur🌷) Ya Allah, aku serahkan segala urusan hidupku, mak abahku, serta seluruh ahli keluargaku utk diaturkan/diuruskan/ditadbirkan olehMu Ya Allah.. Engkau permudahkanlah segala urusan kami dihari ini. Aamiin...³ Ya Robbal 'Aalamin... https://t.me/CatatanKuliahku
نمایش همه...
*🌱Zikir Hari Sabtu:* 22 Zulhijjah 1445H *لا إله إلا الله (100X)*      "Tiada Tuhan yg layak disembah melainkan الله". Moga kalimat ini, menjadi kalam terakhir disaat nyawa kita diambilNya.. #AllahummaAamiin... *- Fastabiqul Khairat 💌 -*
نمایش همه...
1404) بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم.. اَلْحَمْدُ لِلَّه ... 🙂 🌸 *JUAL DAGING QURBAN*🌸 ~~~~ *[ Ustaz Hj Zamri Bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak, Soal Jawab Agama, 16 Ogos 2019 / 15 Zulhijjah 1440H @Radio PerakFM ]* ✅ Daging Qurban, TIDAK BOLEH DI JUAL.. maksudnya begini: 🔅*#Contoh;* - _Di Masjid, kita menyembelih sampai berbelas² ekor. Kemudian, kita edarkan kupon.. kupon dah habis, semua dah dapat, daging masih berbaki.. X BOLEH JUAL._ ✅ TETAPI, sekiranya kita bagi kepada fakir miskin Daging Qurban ataupun kita hadiahkan kepada kawan² kitalah.. bahagian dia kan.. Jadi, fakir miskin dia BOLEH JUAL.. SELEPAS DIA MILIKI DAGING TU.. dia boleh jual. ✅ Yang TIDAK BOLEH JUAL adalah PEMBAHAGIAN² DAGING ITU DIRECT TERUS DI JUAL. Macam berlaku 4,5 tahun lepas.. ada dalam surat khabar, satu Masjid di sebuah Negeri.. bukan Negeri kita lah.. Negeri lain.. bila didapati ada timbunan daging² Qurban yg x habis lagi, barangkali berbelas² ekor disembelih lembu itu. Maka ada idea dikalangan jawatankuasa Masjid, _“Why not, mengapa tidak kita jual.. maka duit hasil jualan itu.. kita masukkan ke dalam Tabung Masjid”._ Nampak idea tu macam bagus.. tapi dari sudut hukum feqah, daging Qurban TIDAK BOLEH DI JUAL.. KECUALI SELEPAS DIMILIKI, macam fakir miskin tadi..dia dah miliki dah, dah dia punya.. maka dia punya, dia berhaklah nak buat bagi orang lain ke.. dia nak masak ke.. dia nak jual ke.. dan sebagainya. ✅ *(TAPI USTAZ, KALAU CONTOH DIA DAH DAPAT.. PASTU DIA PEGI JUAL PULAK DEKAT MUNGKIN ORG YG BUKAN ISLAM, MACAM MANA TU?).* - _“Selepas jadi hak milik dia, itu terpulang pada diri dia lah.. itu jadi HAK MILIK DIA DAH”._ وَاللَّهُ أَعلَم.... *🔐Utk lebih jelas, boleh lihat & dengar disini:* https://www.facebook.com/RMPerakFM/videos/665320903982344/ *Setiap: Juma'at, Jam: 10.00 - 11.00 pagi, No Tel: 05-5458559 (Boleh hubungi no ini utk bertanya soalan). No Wssp: 010-2007055 (Boleh wssp sini, utk tya soalan + Nama & dr mana). FB LIVE: Radio Malaysia PerakFM (Boleh komen tya soalan).* 🌀Moga Bermanfaat.. 🌀 اميْنَ, اميْنَ, اميْنَ, يا رَبَّ الْعَالَمِيْن     ❤ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ❤     Syukran LIKE Page,                     FB: Catatan Kuliahku      GROUP WASSAP:                     FIQH WANITA 1 & 2                         TELEGRAM: https://t.me/CatatanKuliahku           ~ Pilihan Yang Terbaik ~                      18 ذوالحجة 1440H                   19 Ogos 2019                               ✒        _Raikan Pendapat, Jika Berbeza_                  *DI LARANG EDIT*                    _كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْت_ _Sedekah Jariah Ilmu, Bekalan Akhirat._
نمایش همه...
یک طرح متفاوت انتخاب کنید

طرح فعلی شما تنها برای 5 کانال تجزیه و تحلیل را مجاز می کند. برای بیشتر، لطفا یک طرح دیگر انتخاب کنید.