cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

Hanis Athirah Rusli

Channel Perkongsiaan Aktiviti, Bahan, dan semuanya yang berkaitan dengan Homeschool, Parenting and Early Child Education 🌈

نمایش بیشتر
پست‌های تبلیغاتی
12 322
مشترکین
-224 ساعت
-207 روز
-9030 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

Teringat saya mula berkhidmat jadi guru semasa tahun 2014. Serius masa tu tak pernah terdetik pun saya teringin nak tarik gear awal. Saya memang suka mengajar. Saya suka dikelilingi kanak². Saya suka mewarnai dunia anak² murid dengan didikan yang diberi. Saya suka bila ilmu sebesar zahrah yang saya ada dapat anak² murid aplikasikan dalam kehidupan mereka sehingga akhir hayat. Saya suka bila tahu ada anak murid yang selalu sebut nama saya dalam doanya. Tapi dalam dunia ni, tak semua yang kita suka akan kekal jadi milik kita. Atas sebab tertentu, saya tinggalkan profesion perguruan dan sekarang inilah kerjaya baharu saya. Seorang suri rumah yang mendidik anak² sepenuh masa. Saya tekad pilih jalan lain yang lebih chill dan sesuai dengan passion saya. Walaupun jalannya sangat berliku. Walaupun jalannya taklah semua indah seperti yang nampak di 'muka buku'. Tapi takpe, Inilah kesinambungan jiwa pendidik yang masih sebati dalam diri. Saya harap, saya tetap seorang guru walaupun kini bilangan anak murid yang tak ramai. Setakat ni dua saja. Kedua² 'murid' ni pun bekas penghuni rahim saya dulu. Dan kini, saya pilih untuk dedikasikan sepenuh masa dengan mendidik mereka. Selamat tinggal profesion perguruan yang sangat bermakna dan mulia. Walau apa pun, Saya coretkan selamat hari guru kepada semua rakan pendidik, guru² yang mendidik saya dan anak² tanpa jemu dan penat lelah. Teruskan berjuang berikan kebaikan dan ilmu dalam berdakwah. Inilah asbab pahala kemudian hari.
نمایش همه...
29👍 5
*10 SUNNAH MALAM RAYA DAN 1 SYAWAL* ✨🕋🕌🌙 (_Sumber : Live Ustaz Wadi Annuar)_ 1. Hidupkan malam raya dgn ibadah. (selawat baca quran , dengar ceramah) 2. ⁠Mandi Sunat Raya (Boleh start 12pagi , tp lebih afdhal nak dekat solat raya) 3. ⁠Mengemas diri (potong kuku/ cukur bulu) 4. ⁠Bertakbir ( Takbir yang dibenci Syaitan ialah takbir raya) 5. ⁠Memakai wangi wangian ( Niat untuk mengikut sunnah) 6. ⁠Menjamah sesuatu sebelum solat raya ( Afdhal ialah menjamah kurma) 7. ⁠Pergi solat raya awal (Afdhal berjalan kaki jika tiada halangan) 8. ⁠Pergi dan balik dari masjid mengikut jalan yang berbeza 9. ⁠Mengucapkan selamat hari raya (afdhal ialah ucapan Takaballah huminna waminkum) 10. ⁠Menziarah antara satu sama yang lain
نمایش همه...
10👍 4
01:04
Video unavailableShow in Telegram
Nak ajar anak ibadah ni bukan melalui paksaan, tapi perlu dengan ada dorongan dan motivasi. Barulah anak tahu betapa manisnya hubungan dengan Allah Yang Maha Esa dan kebahagiaan yang diperoleh melalui ibadah yang penuh keikhlasan. Bulan Ramadan ni kami lebih kepada tekad nak anak pasak kefahaman dengan dalami rukun qauli dan fi’li dalam solat. Tapi saya terfikir anak-anak kalau nak belajar ni perlulah secara interaktif, barulah seronok nak dalami rukun Islam kedua n ikan?.
نمایش همه...
👍 14 5
Photo unavailableShow in Telegram
Alhamdulillah saya dapatkan learning kit Bestari solat ni. Saya pun tak sangka rupanya selama ni dah ada kit belajar solat yang sesuai untuk anak-anak dari semua peringkat umur ni. Sambil seronok beremain untuk menjadi seorang pemenang, kit ni juga dapat melatih bacaan dan perlakukan pergerakan anak-anak dalam solat iaitu rukun qauli dan fi’li yang dapat mereka belajar dalam papan permainan solat ni. Bagi anak kecil yang baru nak belajar solat, papan permainan ini boleh bantu anak membaca dan hafaz bacaan dalam solat dengan mudah, cepat dan menyeronokkan. Kita juga boleh bantu anak yang lebih berusia dalam meningkatkan kualiti sebutan makhraj dan hukum tajwid. Semoga perkongsiaan ini dapat membantu meningkatkan kualiti amalan ibadah solat sejak awal usia insyaAllah 😊
نمایش همه...
6👍 2
Photo unavailableShow in Telegram
Marhaban ya Ramadan! Semoga di bulan penuh berkah ini, segala amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT. Selamat berpuasa dan selamat menunaikan ibadah
نمایش همه...
17👍 1
Walaupun kadang-kadang kita merasa sangat penat dengan anak-anak, penting untuk menjaga dan mengawal kata-kata kita. Jangan sekali-kali mengeluarkan perkataan yang tidak baik kepada anak-anak. Ini adalah bentuk doa. Sama ada kita sedang bersedih, marah, atau merasa tidak suka, setiap kata yang kita ucapkan kepada anak adalah doa dari seorang ibu, dan doa tersebut tetap berharga. #parentingtipshanis
نمایش همه...
14
Photo unavailableShow in Telegram
نمایش همه...
23👍 4😍 1
Photo unavailableShow in Telegram
Topic: Webinar 2.0 Homeschool Digital Time: 08:30 PM Kuala Lumpur Date : Feb 13, 2024 Platform : Zoom Please click the link below to join the Zoom webinar: https://us02web.zoom.us/j/89283663631?pwd=ajJzdm41R1JLNFY2TVB2Rms5VDZjQT09 Meeting ID: 892 8366 3631 Passcode: 252229
نمایش همه...
👍 2 2
Photo unavailableShow in Telegram
WEBINAR PERCUMA, SIAPA CEPAT DIA DAPAT😍 Terima kasih kerana join Channel dan telah mendaftar dalam Pandainya Homeschool. Saya ingin menjemput kalian untuk sertai webinar Homeschool Digital pada; ⏰Selasa, 13 Februari 2024 jam 8.30 malam⏰ Jika dapat hadir, jemput isi form di bawah https://forms.gle/uqU4iNfhWrqQADGJ6 Pendaftaran terhad. Semoga dengan adanya insiatif ini dapat membantu menerangkan features dalam platform homeschool digital yang terbaik untuk anak-anak. Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan pandangan terperinci dan jawapan kepada sebarang persoalan mengenai homeschooling digital.😀 Terima kasih dan jumpa tuan/puan dalam webinar nanti! 🌟🏡
نمایش همه...
3👍 2
Cuti sekolah ni ajak anak² join kem belajar kemahiran baharu dari belajar sejarah ( in a fun way) hingga aktiviti praktikal seperti berkebun. Jom siapa lagi nak join adventure camp ni? Dapat e-sijil lagi tau 😍 Nak join tak?
نمایش همه...
👍 13