cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

𝐊𝐨𝐥𝐞𝐤𝐬𝐢 𝐂𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐚𝐦

Mengandungi koleksi cerita seram yang menakutkan. Yang akan menemani tidurmu setiap malam dalam kegelapan malam yang sunyi sepi.. join chat group https://t.me/joinchat/Id4sAE8XNy7q9mjVjwIv2Q

نمایش بیشتر
کشور مشخص نشده استزبان مشخص نشده استدسته بندی مشخص نشده است
پست‌های تبلیغاتی
499
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
اطلاعاتی وجود ندارد7 روز
اطلاعاتی وجود ندارد30 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

Kaca yang tertusuk di perut, disodok lagi terus ke dalam. Mulut Mikail semakin bulat, suaranya tidak terkeluar. Joni akhirnya tersenyum puas. Mikail yang tersandar pada dinding, perlahan-lahan jatuh ke lantai. Nyawanya tercabut biarpun mata belum tertutup. Riaknya tampak ketakutan. “Sekian lama… akhirnya,” kata Joni perlahan sebelum menjilat hujung kaca yang berlumuran darah. Kamera yang merakam dimusnahkan bersama memorinya. Biarlah orang lain menganggap dirinya tetap mental asalkan kisah sebenarnya tidak terbongkar. -TAMAT-
نمایش همه...
“Kau berjanji dengan aku. Aku cakap, kau kena diam. Kalau tidak… aku bunuh!” ===== Joni sudah tersandar dengan kakinya dilunjurkan ke depan. Kali ini dia lebih santai memandang Mikail penuh pengharapan. Mikail mengambil tempat betul-betul di tepi sofa putih, bersiap sedia untuk proses penyembuhan. “Betulkah kau boleh bantu aku?” soal Joni terketar-ketar. Suaranya juga serak-serak seolah-olah sudah lama memendam. Mikail mengangguk sebelum mengerling ke luar. Dr.Azmi bersama seorang lagi lelaki berkaca mata sedang tekun memerhatikan Joni dan Mikail. Mereka berdua membalas anggukan tersebut, bersedia. “Kau betul-betul nak balik sana?” Joni terkedu seketika sebelum mengangguk. Riaknya berubah pasrah sebelum menunduk dan kembali bersandar. Dia harus lebih bertenang sebelum kembali. “Aku boleh hantar kau kembali. Cuma kau sendiri perlu lebih bersedia. Situasi kat sana berbeza,” sambung Mikail lagi, cuba dapatkan kepastian. Joni melepaskan helaan nafasnya sebelum berkata, “Aku akan cuba sedaya upaya.” “Baiklah. Sampai sahaja kat sana, kau perlu mencari budak kecil. Dan ingat, peluang kita mungkin sekali ini saja.” “Budak kecil?” “Ya. Kau lebih kenal siapa dia. Cari tahu siapa lelaki yang selalu menyelinap masuk bilik tu. Mungkin dialah pembunuh sebenar ibu ayah kau,” tegas Mikail terhadap misi kali ini. Joni tidaklah jahat seperti mana yang digambarkan. Dia hanyalah seorang manusia yang malang. Dibesarkan pula dalam sebuah keluarga yang berantakan. Ayahnya seorang pemabuk, ibunya pula mangsa bantaian ayah. Sememangnya seksaan mental sudah sebati sejak kecil lagi. Namun segalanya berubah lebih parah apabila seorang lelaki telah memecah masuk biliknya diam-diam. Setiap malam dia rasakan itu bagaikan mimpi. Cuma malam itu bayang lelaki itu benar-benar wujud. “Kau kena jaga diri kalau tak mahu didera lagi. Buat apa sahaja yang boleh ubah hidup kau, faham?” Pesanan inilah sering bermain-main di kotak fikirannya. Entah mungkin sudah disalahtafsir, Joni sudah bertindak nekad menghentak kepala ayahnya dengan penukul besi sehingga berkecai. Walau bagaimana pun itu hanyalah sekadar rumor. Tiada bukti yang kukuh bahawa dia benar-benar membunuh ayahnya. Dia hanyalah budak berumur sebelas tahun ketika itu! “Kau kena cari lelaki itu. Ubah hidup kau!” pesan Mikail buat kali terakhirnya. Kali ini Joni sekadar berdiam diri, tidak mahu risau lagi. Dia sudah siap! “Jasad kau akan tidur, cuma minda kau akan balik ke masa lampau. Selagi kau kat sana, masa lampau dan masa depan akan tetap wujud…” Seteguk air suam diambil sebelum menyambung, “tapi sebaik saja kau bangun, apa yang kau buat kat sana akan mengubah sejarah hidup kau.” “Kalau begitu, sekarang ni macam mana?” soal Joni sedikit risau. “Sepatutnya kita orang takkan tahu apa-apa. Seolah-olah apa yang berlaku sekarang tidak pernah berlaku. Hanya kau sahaja akan ingat apa yang berlaku… Kita lihat nanti bagaimana hasilnya…” Dr.Azmi dan lelaki berkaca mata itu saling berpandangan apabila Mikail berkata sedemikian. Dalam tidak sedar, mereka mengakui bahawa itu semua adalah demi kebaikan Joni. “Joni, aku nak kau kosongkan fikiran sekejap dan bertenang sehabis mungkin. Fikirkan hal-hal yang baik saja,” kata Mikail membuatkan Joni berkerut. “Baik? Aku hanya ada mimpi ngeri dalam hidup.” “Fikirlah apa-apa pun. Impian kau? Hobi kau, mungkin?” Mikail sendiri pun menepuk dahi apabila terlupa akan kisah silam si Joni. “Awak rasa kita akan berjaya?” soal Dr.Azmi, perlahan. Nada suaranya sedikit ragu. Lelaki di sebelahnya hanya tersenyum, “Saya yakin dengan kebolehan Mikail. Itu anugerah Tuhan.” “Saya tak maksudkan Mikail tapi situasi kat sana. Mampukah Joni bertahan dan bawa berita gembira?” Segaris senyuman tawar terukir pada bibir Joni, “Jom kita teruskan…” “Mungkin ini agak sakit tapi tahan ya?” Sepasang telapak tangan diletakkan lembut pada kiri dan kanan kepala Joni. Mata lelaki itu dipejamkan setenang yang mungkin. Satu aliran listrik terasa mengalir menembusi urat saraf Joni. Wajahnya sudah berkerut-kerut, tidak tertahan lagi. “Argh!” =====
نمایش همه...
Wajahnya terbias suatu riak yang puas. Tidak pernah dia berasa sedemikian rupa. Segaris senyuman sinis sudah terukir. Joni juga merasakan hal yang sama. “Joni?” Seorang wanita terpacul di muka pintu dengan reaksi terkejut. Matanya membulat, mulutnya melopong. Sekujur tubuh tanpa rupa terlihat berlumuran darah. “Haa… Toll…” Baru sahaja ingin menjerit, suaranya langsung tersekat. Cecair merah sudah mengalir panas dari papan dahi menuju ke batang hidung sebelum menitik jatuh. Kuku tajam penukul besi itu sudah terpacak pada dahinya akibat dilempar Joni. Joni ketawa terbahak-bahak. Begitu juga, budak kecil tadi. Bermula perlahan sebelum berganti nada psiko. Tiada langsung rasa belas dalam dirinya. Seolah sudah lama mati sebelum kematian kedua ibubapanya. “Joni? Joni? Bangun!” Suatu suara lelaki memanggil-manggilnya. Bergema. Sepertinya bergaung dalam kepalanya sahaja. Si kecil tadi masih terus mengekek seolah-olah tidak mendengarkan apa-apa. Kepala Joni sudah berdenyut kesakitan. “Argh, pergi!” Erangan sakit Joni tidak menarik perhatian si kecil bahkan dia terus menerus ketawa. Suara itu masih bergema, memanggil Joni pulang segera. Tangannya segera meramas rambutnya kasar, cuba menyingkirkan suara asing tersebut. “Argh, sial!” Tiba-tiba kepala Joni dihentak keras dari arah tepi. Hitam matanya ke atas langsung memutih. Dia hilang sedar. ===== “Joni? Joni, bangun!” Dahi Joni berkerut-kerut namun matanya masih terpejam. Sedaya upaya cuba untuk sedar. Dr.Azmi dan Badrul langsung berada di sisi Joni tatkala melihatnya meracau-racau sebentar tadi. Mikail sudah hilang kawalan. Perlahan-lahan mata Joni terbuka, persekitaran juga berubah. Tidak lagi gelap seperti tadi. Tidak lagi tragis seperti tadi. Semuanya baik-baik sahaja, tenang seolah-olah pengembaraannya tadi hanyalah mimpi semata-mata. “Macam mana kepalanya boleh berdarah?” soal Dr.Azmi separa bisik. Cukup sekadar didengari Badrul. Mikail sudah berubah riak. Resah. “Itu adalah perkara biasa. Kalau di sana sakit, di sini juga akan sakit…” Dr.Azmi termenung jauh seketika, memikirkan sesuatu. Badrul memandang Mikail memohon penjelasan lanjut. Namun Mikail tetap berdiam, lebih kepada tergamam. “Kau okey tak?” “Tak mungkin…” Kening Badrul ternaik sebelah, kepalanya digaru-garu jari telunjuk. Dia tidak mengerti maksud Mikail. Dr.Azmi masih seperti tadi, berfikir. “Sebenarnya apa yang jadi?” “Tak mungkin…” Hanya itu yang mampu diungkapkan oleh Mikail tika itu. Dr.Azmi sepertinya dapat mengagak ada perkara buruk yang terjadi. “Apa yang tak mungkin?” soal Joni tiba-tiba dalam kepayahan. Dia membetul-betulkan posisi baringnya, meraba-raba kepalanya yang pedih. “Darah?” “Selama ini memang betul kau pembunuh!” kata Mikail, dengar tidak dengar. Keringatnya sudah membasahi wajah. “Maksud awak…” Mata Dr.Azmi sudah membulat, terkejut sebelum berganti sakarat. Matanya jatuh memandang perut, tidak percaya. Darah! Senyuman sudah terukir, karakternya berubah psiko. Entah bila masa tangan Joni sudah terhunus serpihan panjang kaca tajam. Kini sudah tertusuk ke dalam perut Dr.Azmi. Tanpa menghiraukan luka pada tapak tangannya, sekali kelar leher lelaki berkaca mata menjadi sasaran. Darahnya memancut-mancut keluar. Nafasnya pula sudah tersekat-sekat. Matanya terbeliak melihat kematian datang menjemput. Leher Mikail pula dicekak dan ditolak kasar ke dinding. Tiada apa yang mampu dilakukannya melainkan hanya meronta. Hanya mereka berempat berada di dalam ruangan rahsia itu. Tiada pengawal mahupun pembantu yang lain. Ini projek rahsia! “Betullah orang kata, sejarah lalu tidak dapat lagi diubah…,” kata Mikail dalam kepayahan. Kekuatan Joni itu dirasakan luar biasa. Tidak mustahil jikalau sebelum ini dihantar sepuluh orang sekalipun tetap tewas. Joni tersengih sinis, “Betul, hanya kau orang sahaja tidak belajar…” “Argh, tolong!” Tiba-tiba sahaja mata Mikail terbeliak, mulutnya membulat menahan sakit. Tubuhnya sudah terketar-ketar mengalirkan keringat bahang ajal yang mendatang.
نمایش همه...
2200 | Februari 2000 Kelopak matanya terbuka sedikit. Lelahnya masih bersisa. Kerutan dahi segera disingkirkan bersama pitam. Sekitarnya sudah berubah. Dari ruangan yang cerah kepada ruangan yang sempit dan gelap. Mikail tiada lagi di sisi. Begitu juga Dr.Azmi dan pembantu perubatan yang lain. Hanya Joni bersendirian di situ, terpinga-pinga. Sesekali percikan kilat mencuri masuk ke ruangan itu menerangi walaupun seketika. Suara guruh berdentum menyapa keras seolah memberi amaran bahawa bala akan tiba tidak lama lagi. Sejuk juga sudah mencengkam dirinya. GEDEBUK! Nampaknya Joni terlanggar sesuatu sehingga ianya jatuh terhempas. Melalui celah-celah ruang itu dia cuba mengintai keluar. Rupanya dia berada di dalam sebuah almari. Bukan almari biasa sebaliknya ia adalah ruangan peribadi berisi pakaian beserta barangan peribadi yang lain. Matanya menangkap satu sosok kecil yang berselubung di atas katil. Joni tahu itu mungkin budak kecil yang dimaksudkan. Tapi kenapa dia berselubung? Pintu almari yang sedikit terbuka ditolak perlahan. Langkah demi langkah diatur berjaga-jaga, tidak mahu mengejutkan si kecil. Kini dia berada di tepi katil, berdiri memerhatikan anak tersebut. Tiba-tiba sahaja budak itu bangkit dari baringnya. Selimut tadi dicampak ke tepi, hampir jatuh ke lantai. Lagaknya seperti mencari sesuatu. Tanpa berlengah lagi, Joni langsung menekup mulut budak itu dari belakang. “Shh, kau diam!” Ronta kecil itu langsung berhenti, tidak lagi melawan. “Kau berjanji dengan aku. Aku cakap, kau kena diam. Kalau tidak… aku bunuh!” Budak itu hanya mampu mengangguk. Rasa takutnya kian memuncak bersama desahan nafas yang tidak teratur. Tekupan tadi dilepaskan sebelum Joni melutut betul-betul di hadapan budak tersebut. “Aku tak banyak masa ni,” kata Joni termengah-mengah. Budak itu hanya berdiam menanti kata seterusnya. Beberapa garis nafas pendek diambil sebelum berkata, “Kau kena jaga diri kalau tak mahu didera lagi. Buat apa sahaja yang boleh ubah hidup kau, faham?” Pegangannya pada kedua-dua bahu budak itu terasa kejap dan berisi harapan. Raut wajah Joni ditekuni budak lelaki itu sedalam-dalamnya. Cuba menafsir erti kata di sebaliknya. “Joni!” Teriakan kasar dari luar bilik menarik perhatian mereka berdua. Lantas Joni bertindak menekup mulut budak itu sekali lagi. Matanya tajam memberi amaran agar terus berkelakuan baik. Budak itu mengangguk faham. Tidak lama kemudian, terdengar bunyi kaki menapak naik ke bilik. Joni sudah bersembunyi di sebalik pintu. Bayang luar yang mendekat bikin resahnya hati. Budak kecil itu tetap sahaja duduk di sisi katil. Dia takut. “Berapa kali aku cakap? Balik jangan lupa beli rokok!” Seorang lelaki melangkah masuk dengan bengis. Tiada langsung karakter figura seorang bapa mithali. Tanpa banyak soal, lelaki itu terus menampar keras pipi budak itu. Berdesing telinga budak itu dibuatnya. Esakan kecil itu langsung tidak diendahkan. Nafas Joni sudah mulai turun naik. Amarahnya juga ada batasnya. Matanya menangkap satu penukul besi berhampirannya. Tanpa berlengah, penukul itu dicapai dan terus dihentak keras ke kepala bapa budak itu. Lelaki itu sudah tertiarap di atas lantai, tidak sedarkan diri. Namun ianya tidak mampu menghentikan Joni untuk menghentak lelaki tersebut berkali-kali sehingga berkecai. Budak kecil tadi melopong bermandikan darah bapanya. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihat. “Nah, ambil ni! Sampai bila nak jadi pengecut?” kata Joni menghulurkan penukul besi kepada budak itu. Situasinya sudah menjadi serba salah. “Aku cakap ambil!” Terketar-ketar budak itu mengambilnya. Matanya melihat lama pada penukul tersebut. Masih lagi serba salah, takut-takut. Nafasnya terdengar turun naik agak laju. “Hentak!” tempik Joni dalam bisiknya. Cukup menggetarkan. Budak itu masih seperti tadi. Serba salahnya bertukar tertekan. Makin ditenung makin membuak-buak geramnya. “Aku cakap, hentak!” “Arghh!” Sekali hentak, tempurung kepala bapa budak itu pecah menampakkan isinya yang segar. Darahnya juga mengalir deras tanpa henti.
نمایش همه...
Langkah kali ini lebih nekad. Sunyi menyelubungi arah Mikail bersama lelaki berjubah putih itu. Dia juga berdiam sahaja sambil membawanya ke arah misi utama. “Itu dia…” Wajah lelaki muda itu diangkat lalu dilemparkan pandangannya ke depan. Seorang lelaki berpakaian serba putih sedang berdiri, tidak bergerak sama sekali. Ternyata auranya masih sama seperti dulu. Gelap dan dalam. “Pesakit kami di sini serba lengkap hidupnya. Udara yang sihat, latihan yang tepat dan juga diet yang baik. Tiada yang kurang,” sambung lelaki berjubah putih itu lagi. Mikail mengangguk mengerti. Dia mendekati lelaki di tengah-tengah lapangan itu. Lelaki bersamanya tadi tidak bergerak, sekadar melihat. Wajahnya berkerut-kerut memikirkan apa yang ditawarkan psikiatri muda tadi. “Apa khabar Joni?” Joni hanya berdiam tatkala disapa. Tiada pula tanda-tanda mahu bicara. Rasa janggal berbaur bimbang menguasai. Mungkin itu adalah normal apabila berhadapan dengan seorang pembunuh bersiri seperti Joni. “Aku Mikail. Aku mengikuti kes kau bertahun-tahun dan hari ini Dr.Azmi telah memberi keizinan untuk bantu kau,” kata Mikail, cuba bernegosiasi. Ada getar di dalam suaranya. Mikail sudah menggeleng. Joni masih lagi tiada respon. Lelaki muda itu tidak berpuas hati lalu mendekat setapak lagi. Ketika itu buah kata sudah ada, cuma ianya tidak terluah. “Kau masih ingat malam tu? Teriakan, rayuan mangsa-mangsa yang dibunuh?” Kali ini tanpa sedar tapaknya sudah berada pada garis sempadan. Tangannya segera dipegang oleh Dr.Azmi agar tidak terus mendekat. Mikail seakan tersedar lalu diperhatikan garisan kuning pada lantai. Betul-betul mendebarkan. Mikail mengerling sekilas dan Dr.Azmi mengangguk. Sebaris nafas diambil sebelum dilepaskan perlahan. Zip beg sandangnya ditarik perlahan, terbuka namun belum cukup bersedia menarik keluar isinya. “Aku ada pinjam sesuatu dari pihak atasan…” Tangannya meraba-raba, berkira-kira mahu menariknya keluar dari beg. Sekali lagi dia menjeling ragu kepada Dr.Azmi. Lelaki berjubah putih itu juga resah namun tetap mengangguk. Nekadnya sudah bulat. Tangannya langsung menarik isinya lalu dihulurkan ke depan. Serta-merta suasana berubah, tidak lagi damai seperti tadi. Pesakit-pesakit lain pula sudah beriak ganas, mula memberontak. “Kau masih ingatkan? Boleh rasakan?” Negosiasi tadi kini bertukar provokasi. Joni yang berdiam tadi, kini berkalih menampakkan sisi wajahnya. Mikail sudah terkebelakang. Riaknya kaget. Begitu juga Dr.Azmi. Penukul besi yang berada pada tangan kanan Mikail ada sejarahnya. Berbelas-belas nyawa yang sudah dimakannya. Bergalon-galon darah ditelannya. Benda itu ada puaka! ===== 2200 | Februari 2000 Sesekali percikan cahaya kilat menerangi gelap bilik itu. Seorang anak kecil masih belum tidur, bersembunyi di sebalik selimut. Dia ketakutan. Sudah berkali-kali dia bercerita soal hantu almari di dalam bilik kepada ibunya. Namun setiap patah katanya disanggah bulat-bulat. Katanya itu imaginasi, matanya salah pandang mungkin. Padahal ianya benar! Hujan malam tidak mampu mendinginkannya. Peluh sudah pun berjurai-jurai membasahi tubuh. Sekejap-sekejap dia mengintai ke almari, bimbang bayang itu muncul. GEDEBUK! Bunyi benda berat jatuh itu mengejutkan. Selimut sudah melitupi penuh tubuh kecil itu. Gigilnya gagal disembunyikan. Jelas gigil si kecil itu bukanlah kerana sejuk melainkan hanya takut semata-mata. Derapan demi derapan makin hampir dan akhirnya senyap. Gigil si kecil juga ikut berhenti, tertanya-tanya. Matanya membulat, rasa ingin tahu pula memuncak. Badannya mengiring ke kanan. Sebahagian mata sudah mencuri keluar, mencari kelibat itu. Tiada di situ. Si anak itu langsung bangkit, melepaskan resah di hujung nafas. Selimut putih tadi dibuang ke tepi bersama kakinya yang terjuntai jatuh di sisi katil. Sekali lagi bola matanya dibiarkan merayap ke sekitar bilik. “Shh, kau diam!” Tiba-tiba sahaja satu tapak tangan besar dan kasar menekup mulut kecil itu dari belakang. Si anak langsung tidak berkutik. Pergerakannya sudah mati, desahan nafasnya pula kian memuncak.
نمایش همه...
Assalamualaikum kepada semua pembaca. Malam ni nak cerita sedikit tentang pengalaman saya duduk di wad hujung ketika melahirkan anak yang ke 2. Masa lepak-lepak di ruangan menunggu menanti keputusan darah ayah keluar, saya teringat pada satu peristiwa sewaktu melahirkan anak perempuan yang kedua di sebuah hospital lama sebelum berpindah ke kawasan lain dan bangunan baru yang lebih selesa. Selepas beberapa jam bertarung nyawa melahirkan puteri hati tercinta, saya dipindahkan ke wad biasa. Memandangkan katil di bahagian hadapan telah penuh, jadi saya diletakkan di wad paling hujung dimana beberapa langkah sahaja boleh sampai ke pintu kecemasan sekiranya berlaku kebakaran dan sebagainya Pada hari tu, saya bersalin pada lewat petang selepas waktu Asar. Oleh kerana itulah juga saya terpaksa bermalam di wad bersalin untuk memastikan saya dan anak sihat apabila dibenarkan meninggalkan hospital kelak. Petang itu, seorang demi seorang penghuni di wad hujung dibenarkan pulang. Tinggallah saya berdua dengan seorang pesakit yang menunggu masa untuk ditolak ke 'labour room'. Alhamdulillah anak tidak meragam, tidur lena ibarat sang puteri salji. Sedang saya melayan mata untuk lelap, tiba-tiba pesakit di katil sebelah menjerit kerana ketubannya telah pecah. Dengan segera dia ditolak ke ruang bersalin yang terletak beberapa meter daripada meja jururawat. Ketika itu jugalah saya dapati tuala wanita saya telah penuh. Memandangkan hanya beberapa orang sahaja jururawat bertugas dan mereka telah pun berkumpul di ruangan bersalin maka terpaksalah saya bersendirian ke tandas. Sebenarnya tidak menjadi masalah pun untuk saya ke tandas kerana tandas hanya beberapa langkah sahaja dengan katil. uma perasaan seram dan takut tu tetap ada memandangkan hijab saya ini yang senang terbuka, jadi sangat memerlukan teman ketika itu. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam dan waktu melawat juga sudah tamat. Mengharapkan suami datang jauh sekali kerana banyak perkara yang perlu beliau lakukan. Dari mencuci uri, menanam uri dan menguruskan anak sulung yang ketika itu berusia 2 tahun. Memandangkan rasa tidak selesa itu mula menganggu ketenangan saya, maka saya cekalkan diri untuk ke tandas berseorangan. Masuk sahaja ke dalam tandas, bulu roma saya mula meremang. Saya duduk di kerusi khas yang disediakan kepada pesakit untuk mandi. Selesai sahaja menukar tuala wanita, tiba-tiba ada suara seorang perempuan menegur saya… "Sedang tukar kain darah ke tu? Jangan dicuci yer, biarkan sahaja di situ nanti akak tolong cuci kan…" katanya sambil ketawa. Saya cekalkan hati menjirus sebanyak mungkin air supaya darah yang tinggal di tuala wanita tidak ketara banyak. Saya tidak berani menoleh ke kiri atau kanan apatah lagi mendongak ke atas kerana dapat saya rasakan suara itu benar-benar dari atas kepala saya. "Jangaaaan laaahhh… Jangan laaaahhh, akak hausss." Perempuan itu merayu pula. Saya kembali duduk di atas kerusi lalu menarik tali kecemasan untuk meminta bantuan. Kaki saya terasa berat dan lutut saya bergetar. Sepatah ayat AL Quran tidak terkeluar daripada mulut saya. Kaku dan menggigil ditambahkan lagi dengan saya yang banyak kekurangan darah kerana baru lepas bersalin. Mengenangkan anak yang masih ada sisa darah (belum mandi) keseorangan di luar, saya menarik tali kecemasan berkali-kali. Lega apabila mendengar derap tapak kasut menghampiri tandas dan pintu luar bilik air dibuka oleh seseorang. Saya gagahi diri untuk berdiri untuk membuka pintu bilik air. "Kenapa tak panggil nak ke tandas?Kalau jatuh tadi tak pasal-pasal saya kena marah..," omel jururawat itu kepada saya. Saya hanya berdiamkan diri. Jururawat itu membawa saya kembali ke katil. "Kak, 'pad' saya belum dibuang. Masih ada di lantai…" Kata saya perlahan. "Tak apa, akak tolong buangkan.." Kata jururawat tersebut lalu masuk kembali ke tandas. Lama saya tunggu dia keluar. Hampir 30 minit dia tidak keluar. Pesakit yang pecah ketuban tadi kembali. Alhamdulillah dia telah selamat melahirkan anak perempuan.
نمایش همه...
Saya meminta jururawat yang iringi pesakit itu tadi memeriksa kawannya di dalam tandas kerana terlalu lama dia berada di situ. Setelah beberapa minit dia berada di dalam, dia keluar bersendirian dan berjalan laju meninggalkan saya bersama pesakit yang baru masuk tadi dan kemudian dia datang kembali dengan jururawat yang berbaju biru. "Tolak katil-katil pesakit ni ke wad depan, tumpang di wad kelas kedua sementara untuk 'discharge' esok…" Kata jururawat berbaju biru itu memberi arahan. "Saya dah bagitau, pesakit yang bermalam di hospital jangan letak di wad hujung. Suka sangat lah 'dia'... Dah lama 'dia' tak datang, malam ni datang pula..." Pada hujung pendengaran saya jelas kedengaran perbualan mereka sambil menolak katil. Entah siapa lah 'dia' yang dimaksudkan itu tadi. Walau siapa pun 'dia', saya tak ingin ambil tahu. Apa yang penting malam itu saya dan baby dapat tidur dengan tenang, aman dan damai kerana alunan ayat AL-Quran mula berkumandang memenuhi ruangan wad bersalin pada malam itu. -TAMAT-
نمایش همه...
“Pergi,” jerit Suraya sambil berlari sekuat hati. Tanpa dia sedar, kakinya tersadung lalu terjelepok ke lantai. “Aduh!” kata Suraya lalu menggosok kepalanya. Perlahan-lahan matanya dibuka. “Eh, kenapa gelap?” Suraya kebingungan. Tubuhnya kini bukan lagi di luar tandas, tetapi di sisi katil. Matanya digosok lalu cuba mencerna persekitarannya. “Aku di mana?” monolog Suraya cuba mengamati keadaan dirinya kini. Dinding di hadapannya ini membuatkan dia sedar. Rupa-rupanya dia asrama. Suraya ketawa sendiri kerana menyedari bahawa dia tertidur saat baru tiba di asrama tadi. Mujurlah semuanya hanya mimpi. Jam di dinding dikerling sekilas. “Patutlah gelap. Dah pukul lapan malam rupanya, Tapi, kenapa sunyi?” gumam Suraya kembali risau. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya lalu bingkas bangun untuk mencari rakan yang lain.Tiba-tiba matanya ditutup dari belakang. Dia terkejut! “Suraya, kenapa tinggalkan aku tadi?” bisik suara itu dengan ketawa halus. “Tidak!!!” jerit Suraya yang masih keseorangan di asrama tanpa sesiapa. -TAMAT-
نمایش همه...
“Qaish, Aiman, turun! Jangan duduk atas badan orang. Sesak nafas orang tu nak tidur. Dah, cepat siap. Kita nak pergi homestay lain pula ni,” marah Puan Qaisara. “Alamak, mama datang. Lari!” kata Aiman dan Qaish lalu meluru laju menembusi dinding. “Uhuk, uhuk! Aku kena tindih ke tadi?” monolog lelaki itu terbatuk-batuk sambil mengusap-usap bulu romanya yang meremang di dalam kepekatan malam. **** JANGAN BALIK AWAL Hari ini Suraya pulang ke kolej asrama kampusnya. Sejak cuti tempoh hari, Suraya sudah puas melepas rindu dengan seluruh ahli keluarganya. Kini, Suraya terpaksa menanggung rindu lagi. Asrama kampusnya yang terletak di negeri Pahang itu sememangnya jauh dari rumahnya di Putrajaya. Namun, demi ilmu, Suraya nekad. Lagipun dia sudah semester akhir. Selepas ini, dia akan merdeka. Yeah! “Jaga diri baik-baik Su. Belajar rajin-rajin,” pesan ibu saat Suraya turun dari perut kereta. “Insya-Allah ibu, Su ingat pesan ibu. Ibu juga jaga diri baik-baik ya. Kirim salam abah dan adik di rumah,” kata Suraya lalu menyalami ibunya. Ayahnya tidak dapat menghantarnya hari ini kerana menguruskan neneknya di hospital. Suraya sedih tatkala melihat keadaan neneknya yang masih terbaring lemah. Semoga segalanya baik-baik sahaja, doa Suraya. “Awal sangatlah Su sampai. Kenapa nak balik awal sangat? Mana kawan-kawan Su yang lain?” soal ibunya sambil melihat ke luar kereta. “Su dah janji dengan kawan nak siapkan assignment sama-sama. Tu yang kami rancang nak balik awal sikit tu. Kejap lagi, Maisara dan Amira sampailah tu,” kata Suraya lalu menutup pintu kereta. Dia melambai ibunya sebelum menuruni bukit ke kawasan asramanya. Benar kata ibunya, keadaan asrama masih sunyi kerana belum ramai yang pulang. Hatinya tiba-tiba berasa kesal kerana pulang terlalu awal. “Ish, rasa menyesal balik awal. Rasa seram pula duduk seorang diri macam ni. Manalah Mai dan Mira ni?” rungut Suraya. Dia kemudiannya membuka suis kipas dan duduk di birai katil. Tangannya pantas melihat mesej dalam kumpulan WhatsApp mereka. Namun, masing-masing belum lagi memberikan apa-apa respons. “Mungkin mereka dalam perjalanan,” kata Suraya lalu mencapai tuala mandi. “Mandi dulu lah,” kata Suraya lalu menuju ke bilik air. Tatkala Suraya melangkah ke bilik air, hatinya berasa gembira apabila terdengar bunyi orang sedang membasuh baju. Suraya tersenyum girang lalu mempercepat langkahnya. Dia menuju ke sinki lalu menyapa. “Wah, bila sam…” Suraya mati kata. Di hadapannya kini kosong. Tiada sesiapa di sinki. Klak! Bunyi pintu utama bilik air yang tiba-tiba terkunci membuatkan Suraya pantas menoleh. Hatinya mula dipagut risau. Kakinya terus meluru ke arah pintu. “Bukalah, buka! Jangan main-main,” kata Suraya sambil mengetuk-ngetuk pintu utama tandas. Tiada jawapan. “Bukalah cepat, bukalah!” jerit Suraya lagi. Masih tiada jawapan. “Aku dapat kau, siap aku kerjakan. Bukalah!” ketuk Suraya lagi. Amarahnya kini sudah memuncak. Tiada lagi ayat-ayat sopan. Baginya individu yang gemar bergurau sebegini sungguh melampau. Biadap! Senyap. Entah mengapa, bulu tengkuk Suraya mula meremang. Dia merasakan ada seseorang di belakangnya. Baru sahaja dia hendak menoleh, tiba-tiba matanya ditutup dari belakang. “Cuba teka, siapa?” bisik suara itu di telinga Suraya. “Maisara?” teka Suraya. “Salah,” jawab suara itu. “Amira?” teka Suraya lagi. “Lagilah salah,” kata suara itu. Suraya semakin hilang sabar. Jemarinya terus memegang lengan orang yang mengusiknya itu. Namun, dia berasa aneh. Tangan yang dipegangnya itu menggerutu dan kasar. “Janganlah pegang. Tak acilah macam ni,” bisik suara itu perlahan. Bulu romanya meremang. Dia kini dihambat ketakutan. Sedaya-upaya dia cuba melepaskan diri, namun tidak berdaya. “Takut?” kata suara itu dengan ketawa halus. “Lepaskan aku!” jerit Suraya lalu menarik pintu di hadapannya dengan kuat. Syukurlah, pintu itu akhirnya terbuka. Suraya pantas melarikan diri tanpa menoleh ke belakang lagi. “Suraya, jangan tinggalkan aku!” laung suara itu dari dalam bilik air.
نمایش همه...
HOMESTAY Sudah beberapa hari Aiman dan keluarganya tinggal di inap desa ini atau bahasa Inggerisnya dipanggil homestay. Javanese Villa Homestay yang berkonsepkan Jawa ini cukup cantik. Meskipun kelihatan agak sedikit usang, tapi tetap menyeronokkan Aiman. Dalam beberapa hari ni jugalah, dia mencuba pelbagai aktiviti yang menyenangkan hatinya. Kadang-kadang dia mandi kolam, malam semalam pula mereka sekeluarga ber-BBQ. Paling menyeronokkan Aiman semestinya bermain bersama kembarnya. Tak lain dan tak bukan, Qaish. “Qaish, jom kita main lompat-lompat di sana tu,” ajak Aiman kepada Qaish yang sedang memanjat pokok rambutan di hadapan homestay ini. “Ish, tak naklah. Nanti mama marah. Kejap lagi kita dah nak balik dah,” kata Qaish malas. Kakinya kini sudah memijak ranting pokok, lalu duduk di dahannya. “Alah, mama tak marah. Yang kau panjat pokok tu, lagilah mama marah nanti. Bukan setakat mama, papa pun tak bagi kan?” kata Aiman geram. “Alah, ni je yang aku suka buat. Aku tak macam kau, sibuk dengan Mobile Legend,” dalih Qaish lagi. Jujur, dia cukup malas mengikut kembarnya itu. “Alah, jomlah, jomlah! Seronok main lompat-lompat. Boleh kurus,” rengek Aiman seakan-akan memaksa sepupunya. Dia yang berbadan gempal berasa sedikit cemburu dengan tubuh kembarnya yang kurus itu. “Malaslah, kau pergilah ajak kak long,” dalih Qaish lagi. “Alah, kak long bukan nak. Kau saja kembar yang aku ada. Jomlah, jomlah,” kata Aiman yang sudah mula merengek. “Ish, ni yang aku malas ni. Yalah, yalah. Kejap, aku turun,” kata Qaish lalu mula menghampiri Aiman. Mereka berjalan beringan menuju ke tempat yang ditunjuki Aiman. “Aku bukan apa, kau tahu tak pokok rambutan tu ada sesuatu?” soal Aiman dengan nada perlahan. Suaranya dikendurkan sambil kakinya memanjat katil. Dia sudah mula hendak melompat. Qaish turut mengikut. “Ada apa? Kau jangan macam-macam!” Kata Qaish yang sudah tidak sedap hati dengan kembarnya itu. “Kau tahu tak, kak long nampak ada benda bertenggek di atas tu tengah malam semalam? Entah-entah dia bertenggek di tempat kau duduk tadi,” soal Aiman dengan mata membulat. Menyeramkan. “Kau biar betul? Apa benda tu?” soal Qaish. Dahinya sudah berkerut. Dia mengusap-ngusap bulu romanya yang sudah mula meremang. “Kak long cakap, dia dengar benda tu menangis-nangis sepanjang malam. Tu yang kak long terjaga tu,” cerita Aiman sambil melompat-lompat di atas katil itu. “Siapa pula nak menangis tengah malam atas pokok?” Qaish bernada pelik. “Lang..su..ir,” ujar Aiman perlahan-lahan seakan mengeja. “Ish, merepeklah kau ni. Kau tipu aku kan? Kan?” soal Qaish tidak percaya. Jari telunjuknya diarah tepat ke muka Aiman. “Takkanlah aku nak tipu kau. Kau tahu tak, kak long punyalah takut sampai ketuk bilik mama dan papa. Nasib baik mama dan papa ada,” kata Aiman lalu melompat lebih tinggi sambil terbatuk-batuk. “Dah lah Aiman, jangan lompat lagi. Kau tu ada asma,” nasihat Qaish. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. “Eh, tapi kenapa mama tak cerita dengan aku pun?” soal Qaish. Perihal Aiman yang menghidap asma dilupakannya seketika. “Mama tahu kau tu penakut. Panjat pokok berani pula,” Aiman berdekah lalu lengannya pantas dipukul Qaish. “Apa ni, sakitlah!” adu Aiman. “Tahupun sakit. Tak habis-habis menyakat aku!” marah Qaish lagi. “Lantaklah! Eh, tapi…Mama cakap cara langsuir mati agak tragis jugak tau,” dalih Aiman menukar cerita. “Sebab apa?” soal Qaish ingin tahu. “Mama kata, langsuir berdendam sebab kena rogol. Dah lah dia dirogol waktu tengah mengandung. Lepas tu kena bunuh pula tu,” kata Aiman dengan nada sedih. “Kesiannya, sedih pula aku dengar,” kata Qaish sambil memandang bawah. Kakinya sudah berhenti melompat. “Betul tu, tragis sangat,” ajuk Aiman. “Tragis macam kita jugalah. Tapi… kita mati kemalangan,” jawab Qaish. Ada duka di wajahnya. Aiman yang melihat kembarnya itu berwajah sugul, pantas menepuk-nepuk bahu Qaish. Mereka berdua kini duduk. Suasana sepi seketika.
نمایش همه...
یک طرح متفاوت انتخاب کنید

طرح فعلی شما تنها برای 5 کانال تجزیه و تحلیل را مجاز می کند. برای بیشتر، لطفا یک طرح دیگر انتخاب کنید.