cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

Info Terkini Palestin 🇵🇸

Sama-sama kita doakan PALESTIN setiap habis solat 5 waktu, sekurang-kurangnya. Dan beri sumbangan untuk saudara kita disana .

نمایش بیشتر
پست‌های تبلیغاتی
1 663
مشترکین
+124 ساعت
+127 روز
+4930 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

. .
نمایش همه...
00:18
Video unavailableShow in Telegram
Menteri Keselamatan Negara haram Israel, Ben-Gvir ketika menceroboh masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa pada hari ini di bawah perlindungan keselamatan ketat polis Israel. Sumber: Quds News Network #IsraelCuak #TaufanalAqsa
نمایش همه...
Photo unavailableShow in Telegram
Setiausaha Jawatankuasa Eksekutif PLO, Hussein Al-Sheikh: Ini merupakan detik bersejarah di mana dunia telah menang ke atas kebenaran dan keadilan selepas berdekad lama Palestin berjuang menghadapi penderitaan, kesakitan, penjajahan, perkauman, pembunuhan, penindasan, penderaan dan pemusnahan atas apa yang dimiliki oleh rakyat Palestin. Terima kasih kepada negara-negara seluruh dunia yang telah mengiktiraf dan akan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka. Kami tegaskan, bahawa inilah jalan menuju kestabilan, keselamatan dan keamanan di rantau ini. Sumber: Quds News Network #IsraelCuak #TaufanalAqsa
نمایش همه...
01:13
Video unavailableShow in Telegram
Beginilah situasi ketika pasukan tentera rejim Israel menahan ambulans, dan menghalang kerja krew perubatan semasa pencerobohan berterusan di bandar dan kem di Jenin, utara Tebing Barat. Sumber: Al Jazeera #IsraelCuak #TaufanalAqsa
نمایش همه...
Photo unavailableShow in Telegram
Dalam tindakan provokatif terhadap umat Islam dan negara yang mengiktiraf Palestin, Menteri Keselamatan Negara haram Israel, Itamar Ben Gvir, menceroboh masuk ke perkarangan Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis pada hari ini. Sumber: Quds News Network #IsraelCuak #TaufanalAqsa
نمایش همه...
01:02
Video unavailableShow in Telegram
Pihak rejim Israel telah membebaskan 30 orang tahanan Palestin yang ditangkap dari semenanjung Gaza, dalam keadaan menyedihkan selepas mereka ditangkap, diseksa, dan dilucutkan daripada diberi hak asasi. Sumber: Quds News Network #IsraelCuak #TaufanalAqsa
نمایش همه...
Photo unavailableShow in Telegram
Presiden Palestin: Kami amat menghargai keputusan Norway mengekalkan hak rakyat Palestin bagi menentukan nasib sendiri di tanah air mereka dan mengambil langkah sebenar dalam menyokong pelaksanaan penyelesaian dua negara. Sumber: Quds News Network #IsraelCuak #TaufanalAqsa
نمایش همه...
KENYATAAN AKHBAR Bismillahirrahmanirrahim Kami gerakan HAMAS mengalu-alukan pengumuman yang dibuat oleh Norway, Ireland, dan Sepanyol yang mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara. Kami menganggapnya sebagai langkah penting ke arah meneguhkan hak kami ke atas tanah kami dan mendirikan negara Palestin yang merdeka dengan menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu kota. Kami menyeru negara-negara di seluruh dunia untuk mengiktiraf hak-hak nasional kami yang sah, menyokong perjuangan rakyat kami untuk kebebasan dan kemerdekaan serta menamatkan penjajahan Zionis ke atas tanah kami. Gerakan Pejuang Islam - HAMAS Rabu: 14 Zulkaedah 1445H Bersamaan: 22 Mei 2024 Laman web rasmi HAMAS
نمایش همه...
Photo unavailableShow in Telegram
Kementerian Luar Negeri 'Israel' telah mengkritik negara-negara yang mengiktiraf Palestin, melabelkan pengiktirafan mereka sebagai "tindakan bodoh" dan menyifatkan mereka sebagai satu 'hadiah' atas keganasan Palestin. Sumber: Quds News Network #IsraelCuak #TaufanalAqsa
نمایش همه...
🛑 TERKINI | Seramai 127 warga haram Yahudi dan 228 pelajar Yahudi dilaporkan menceroboh masuk ke pekarangan Masjid al-Aqsa pada pagi ini (waktu Gaza). Sumber: Shehab Agency #IsraelCuak #TaufanalAqsa
نمایش همه...