fa
Feedback
My #HadithTime

My #HadithTime

رفتن به کانال در Telegram

Kenali Rasulullah SAW dan hadis-hadis baginda: https://mylink.la/myhadithtime

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام My #HadithTime

کانال My #HadithTime (@myhadithtime) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 10 090 مشترک است و جایگاه 9 214 را در دسته دین و مذهبی و رتبه 3 661 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 10 090 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 08 ژوئیه, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -12 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر 1 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 11.02% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً 5.11% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 1 112 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 516 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
Kenali Rasulullah SAW dan hadis-hadis baginda: https://mylink.la/myhadithtime

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 09 ژوئیه, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته دین و مذهبی تبدیل کرده‌اند.

10 090
مشترکین
+124 ساعت
-17 روز
-1230 روز
آرشیو پست ها
photo content

ZIKIR PAGI DAN PETANG: MINTA TOLONG ALLAH Rasulullah SAW ialah sebaik-baik insan terhadap ahli keluarga dan anak-anaknya. Baginda sangat mengambil berat untuk mengajarkan kepada mereka perkara yang bermanfaat dalam agama, serta sentiasa memberi pesanan kebaikan. Antara pesanan itu adalah apabila Rasulullah SAW berkata kepada puterinya, Saidatina Fatimah RA: “Apakah yang menghalangmu daripada mendengar pesananku ini?” Kemudian Rasulullah SAW mengajarkan Fatimah RA agar apabila masuk waktu pagi dan waktu petang, beliau membaca: يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ، أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ “Wahai Allah Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan, perbaikilah urusanku seluruhnya. Janganlah biarkan aku mengurus diriku sendiri walau sekelip mata.” (Hadis Riwayat al-Nasaie, al-Sunan al-Kubra, no. 10330) Zikir ini mengajar kita bahawa setiap urusan hidup perlu dimulakan dengan memohon pertolongan Allah. Manusia lemah jika bersandar kepada diri sendiri, tetapi menjadi kuat apabila menyerahkan urusan kepada Tuhan Yang Maha Hidup dan Maha Mengurus segalanya. Ayuh jadikan zikir ini sebagai zikir harian setiap pagi dan petang. Semoga Allah SWT memelihara kita dan memudahkan segala urusan kita. ===== Nak tahu gaya hidup sihat Nabi? Sertai ➡️ https://chat.whatsapp.com/CSgA1t60QDu9V57JcH4Orf

photo content

Repost from N/a
Keberangkatan DYMM Tengku Permaisuri Selangor ke Women Summit & Women #QuranHour 1448H/2026. Dengan penuh rasa hormat dan suk
+1
Keberangkatan DYMM Tengku Permaisuri Selangor ke Women Summit & Women #QuranHour 1448H/2026. Dengan penuh rasa hormat dan sukacita, pihak penganjur, Asia Pacific Women's Coalition for Al-Quds and Palestine dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, memaklumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor, berkenan berangkat ke Women Summit & Women #QuranHour 1448H/2026. Program ini akan berlangsung di Auditorium Dahlia, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, pada pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari, 8 Muharam 1448H bersamaan 24 Jun 2026, Rabu. Keberangkatan baginda amat bermakna dalam mengangkat tema 'Women of Grit' berpandukan Surah Al-Muzzammil dan Surah Al-Nisa' dalam Women #QuranHour sebagai gerakan global yang memperkukuh nilai al-Quran dalam kehidupan seharian. Ayuh, sertai Women Summit & Women #QuranHour 1448H/2026! Daftar: https://bit.ly/WomenQH2026 Hadir di lokasi bagi mengimarahkan majlis ilmu dan menyebar luaskan mesej al-Quran bersama ✨

KONVENSYEN MYHADITHTIME Tema: Gaya Hidup Sihat Coming Soon, September 2026 Insya-Allah Pre-Registration: ➡️ https://chat.whatsapp.com/CSgA1t60QDu9V57JcH4Orf

https://youtube.com/shorts/PHtMKSYZqY8?si=Lm6q6lKd3qtv7CDz Sahabat Menangis Tak Dapat Pergi Berperang Kisah Sadis Perang Tabuk

Galakan Puasa di Bulan Muharram =========== 1. Dalam sebuah hadis yang sahih, Rasulullah ﷺ menjelaskan kepada kita tentang kelebihan berpuasa di bulan Muharram. Sabda Rasulullah ﷺ: أفضَلُ الصِّيامِ بعد رمضانَ شَهرُ اللهِ المُحَرَّمُ “Sebaik-baik puasa selepas daripada puasa di bulan Ramadan adalah puasa di bulan Muharram” (HR Muslim) 2. Ketika menghuraikan hadis ini, al-Hafiz Ibn Rajab menjelaskan bagaimana Rasulullah ﷺ menyandarkan bulan Muharram dengan panggilan bulan Allah, ia menggambarkan kelebihan yang ada padanya termasuklah kelebihan berpuasa. 3. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar, bulan Muharram adalah bulan yang terbaik untuk diperbanyakkan puasa sunat. Kata beliau: قَالَ أَئِمَّتُنَا: أَفْضَلُ الْأَشْهُرِ لِصَوْمِ التَّطَوُّعِ الْمُحَرَّمُ “Para Imam kami menjelaskan bahawa bulan yang terbaik untuk menunaikan puasa sunat adalah puasa pada bulan Muharram.” 4. Manakala Mulla Ali al-Qari pula menjelaskan bahawa hadis ini seakan-akan merujuk kepada puasa hari Asyura nanti. Namun secara zahirnya, teks (matan) hadis ini merujuk secara umum kepada keseluruhan masa dalam bulan Muharram. (Mirqah al-Mafatih) 5. Perbanyakkan amalan berpuasa dalam bulan Muharram seperti yang disebutkan oleh Baginda Nabi ﷺ. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi ===== Konvensyen MyHadithTime 2026: Gaya Hidup Sihat ➡️ https://chat.whatsapp.com/CSgA1t60QDu9V57JcH4Orf

photo content

MUHARRAM BULAN ALLAH Saidina Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: أَفْضَلُ الصِّيَامِ، بَعْدَ رَمَضَانَ، شَهْرُ اللّهِ الْمُحَرَّمُ، وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ، بَعْدَ الْفَرِيضَةِ، صَلَاةُ اللَّيْلِ “Sebaik-baik puasa selepas Ramadan adalah berpuasa pada bulan Allah, iaitu Muharram. Sebaik-baik solat selepas solat fardu adalah solat di tengah malam.” (Sahih Muslim, no. 1163) 1) Istilah “شَهْرُ اللّهِ” (Bulan Allah) menunjukkan keistimewaan bulan Muharram. Penggunaan lafaz ini juga menunjukkan bentuk pengagungan terhadap bulan ini yang tidak digunakan untuk bulan-bulan lain. 2) Menurut Ibn Rajab al-Hanbali, Rasulullah menyandarkan Muharram dengan panggilan bulan Allah ini menggambarkan kelebihan yang ada padanya termasuklah kelebihan berpuasa. 3) Bulan Muharram juga termasuk bulan haram (bulan mulia), seperti sabda Rasulullah: "Tiga bulan haram yang berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, serta Rejab (yang sangat diagungkan oleh) kabilah Mudor, berada antara Jamadil Akhir dan Syaaban.” (Sahih al-Bukhari) 4) Ketika menghuraikan ayat 36 dalam Surah al-Taubah, Ibn Abbas RA berkata: "Allah menjadikan dosa pada bulan-bulan haram ini lebih besar. Amalan soleh dan pahala juga lebih besar." Semoga Allah membantu kita untuk meninggalkan segala dosa maksiat dan perbanyakkan amal soleh. ===== Nak tahu gaya hidup sihat Nabi? Sertai ➡️ https://chat.whatsapp.com/CSgA1t60QDu9V57JcH4Orf

photo content

Apa Hukum Forex? Ustaz Mustafar Suki ➡️ https://youtu.be/Y0AOyIRnEOY?si=Igebvk1A4-gcZj91

Solat Sunat Rawatib ===== 1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah mendidik para sahabat agar melaksanakan solat sunat rawatib sebanyak 12 rakaat sehari. Mereka yang melaksanakan solat ini akan dikurniakan mahligai di dalam syurga kelak. 2. Sabda Rasulullah: مَنْ صَلَّى فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاةِ الْفَجْرِ "Barangsiapa yang melaksanakan solat sunat pada waktu siang dan malam sebanyak 12 rakaat, maka Allah akan membina baginya sebuah mahligai di syurga kelak iaitu: 4 rakaat sebelum zohor dan 2 rakaat selepasnya, 2 rakaat selepas maghrib, 2 rakaat selepas isya dan 2 rakaat sebelum solat Subuh." (HR al-Tirmizi). 3. Walau bagaimana pun terdapat juga beberapa hadis yang lain menunjukkan keutamaan solat-solat sunat tertentu sebelum dan sesudah solat fardu seperti solat sunat 4 rakaat sebelum dan sesudah Zohor dan 4 rakaat sesudah isyak. Begitu juga dengan solat sunat di antara azan dan iqamah. 4. Oleh yang demikian, marilah kita berpegang dengan panduan yang telah disarankan oleh Baginda Nabi seperti yang telah dijelaskan oleh para ulama. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi ===== Konvensyen MyHadithTime 2026: Gaya Hidup Sihat ➡️ https://chat.whatsapp.com/CSgA1t60QDu9V57JcH4Orf

photo content

Adab Orang Beriman Dengan Allah ========= 1. Perhatikan dialog Nabi Ibrahim ini. Sangat menarik untuk direnungi tentang adab Baginda dengan Allah. Apabila Nabi Ibrahim menyebutkan tentang sakit, Baginda menyandarkan sakit itu pada dirinya. Namun apa menyebut tentang penyembuhan, baginda menyandarkan sembuh itu kepada Allah. Sedangkan sakit dan sembuh keduanya dari Allah. Begitu tinggi adab Nabi Ibrahim dengan Allah. Firman Allah: وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ (Nabi Ibrahim berkata) “Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan aku.” (Surah al-Shu’ara: 80) 2. Perhatikan juga dialog Nabi Khidir dengan Nabi Musa. Apabila Nabi Khidir ingin menceritakan tentang kecacatan perahu (kerosakan sampan), dia menyandarkan kerosakan atau kecacatan itu datang dari dirinya sendiri. Firman Allah: أَمَّا ٱلسَّفِينَةُ فَكَانَتْ لِمَسَٰكِينَ يَعْمَلُونَ فِى ٱلْبَحْرِ فَأَرَدتُّ أَنْ أَعِيبَهَا “(Kata Nabi Khidir) Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya… (Surah al-Kahfi: 79) 2.1 Namun apabila ingin menceritakan tentang kebaikan, Nabi Khidir menceritakan bahawa kebaikan itu datang dari Allah. Firman Allah: فَأَرَادَ رَبُّكَ أَن يَبْلُغَآ أَشُدَّهُمَا وَيَسْتَخْرِجَا كَنزَهُمَا رَحْمَةً مِّن رَّبِّكَ “(Kata Nabi Khidir) Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat (kebaikan) dari Tuhanmu.” (Surah al-Kahfi: 82) 3. Perhatikan begitu tinggi adab orang yang beriman dengan Allah. Segala sakit dan penawar semuanya datang dari Allah. Segala kecacatan dan kebaikan, semuanya datang dari Allah. tetapi Nabi Ibrahim dan Nabi Khidir menunjukkan contoh teladan yang sangat mulia. Segala kekurangan itu disandarkan pada diri mereka. Segala kemuliaan diletakkan kepada Allah. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi ===== Nak belajar gaya hidup sihat mengikut sunnah Nabi? Sertai grup: ➡️ https://chat.whatsapp.com/CSgA1t60QDu9V57JcH4Orf

photo content

photo content

Keindahan wajah Rasulullah SAW ➡️ https://youtu.be/1fFyHHS61Hg?si=zRGBZRtc-eNg4ksk

KONVENSYEN MYHADITHTIME Tema: Gaya Hidup Sihat Coming Soon, September 2026 Insya-Allah Pre-Registration: ➡️ https://chat.whatsapp.com/CSgA1t60QDu9V57JcH4Orf