Share Dakwah
رفتن به کانال در Telegram
1 605
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
-67 روز
-1130 روز
آرشیو پست ها
1 605
Jangan pernah merasa lebih baik daripada orang lain kerana kita tidak tahu berapa banyak amal kebaikan yang ia tutupi.
Jangan pernah berhenti membuat perkara kebaikan
@sharedakwahhh
1 605
Jangan jadikan doa itu seperti ubat hanya diambil ketika sakit.
Tetapi jadikan doa itu seperti air yang diperlukan setiap hari.
@sharedakwahhh
1 605
"Siapa yang dapat merasakan cinta kepada Allah, pasti dia selalu ingin mendekat kepada-Nya
- Habib Ali Zainal Abidin -
@sharedakwahhh
1 605
Salam Jumaat Yang Penuh Dengan Keberkatan 🤍
Menghafal 10 ayat terawal Surah Al-Kahfi dapat menyelamatkan diri dari Fitnah Dajjal.
Hal ini diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ
الْكَهْف عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ
Maksudnya: “Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal.”
@sharedakwahhh
1 605
Sesungguhnya jika engkau meninggalkan sesuatu kerana Allah, nescaya Allah akan memberi ganti padamu dengan yang lebih baik
@sharedakwahhh
1 605
Takdir..
Apa yang dah ditakdirkan untuk kita pasti akan datang.
Tak kira macam mana kita menjauh sekali pun.
Dan apa yang tak ditakdirkan untuk kita pasti akan pergi..
Tak kira macam mana kita kejar sekali pun..
Jadi doalah agar selalu ditakdirkan dengan perkara yang baik-baik. Yang penting bukan terbaik mengikut keinginan kita, tapi terbaik mengikut pengetahuan Allah..
@sharedakwahhh
1 605
Semua yang kita ingini di dunia, haruslah datang bersulamkan pengorbanan. Dan pengorbanan itu pastilah berkait rapat dengan melepaskan sesuatu.
Antara perkara yang mungkin agak berat untuk dilepaskan adalah cinta. Manusia, harta, takhta dan segala yang dicintai, sukar untuk dilepaskan.
Tapi itulah yang diajarkan oleh Allah, melalui kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, iaitu untuk melepaskan sesuatu, murni kerana Allah.
Inilah keikhlasan yang sebenar.
Semoga Aidil Adha membentuk kita menjadi orang yang ikhlas, bukan keduniaan dan kebendaan dalam pengorbanan.
@sharedakwahhh
1 605
Kelebihan berdoa Hari Arafah telah bermula. Banyakkan berdoa.
Namun, jangan hanya berdoa untuk perkara keduniaan sahaja. Doakan untuk urusan akhirat juga.
Imam Ibn Kathir رَحِمَهُ الله berkata:
وذَمَّ مَنْ لَا يَسْأَلُهُ إِلَّا فِي أَمْرِ دُنْيَاهُ
“Dicela untuk sesiapa yang tidak meminta melainkan hanya perkara keduniaannya sahaja” [Tafsir Ibn Kathir]
Jadi, jangan lupa minta mendapat redha Allah, dimasukkan ke syurga, dijauhkan dari neraka.
@sharedakwahhh
1 605
تَبَسُّمُكَ فِي وَجْهِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ
“Senyummu terhadap wajah saudaramu adalah sedekah.”
@sharedakwahhh
1 605
يَحْيَا الإِنْسَانُ بِصَبْرِهِ لَا بِقُوَّتِهِ
"Manusia itu hidup dengan kesabarannya, bukan dengan kekuatannya"
@sharedakwahhh
1 605
Salam Jumaat yang penuh dengan keberkatan 🤍
Terdapat pintu syurga yang hanya akan dapat dimasuki oleh orang yang suka dan rajin bersedekah.
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ومن كان من أهل الصدقة دُعي من باب الصدقة
Yang bermaksud: “Jika dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.”
(Riwayat al-Bukhari)
@sharedakwahhh
1 605
Apa yang kita miliki sekarang itulah HADIAH TERBAIK,
dan apa yang kita tidak miliki sekarang itulah TAKDIR TERBAIK..
Sebab Allah selalu memberi yang terbaik kepada hambaNya..
@sharedakwahhh
1 605
Ramadan mengajarkan kita, bukan tentang siapa yang paling semangat di awal, tapi tentang siapa yang tidak pernah bosan dan berjuang hingga akhir.
@sharedakwahhh
1 605
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan, Profesor Diraja Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, telah kembali ke rahmatullah pada petang tadi, 18 Ramadan 1447H.
Dunia hari ini kehilangan seorang tokoh pemikir ulung dan sarjana besar yang sangat dihormati di peringkat antarabangsa.
Beliau berjaya mengangkat khazanah falsafah Islam, tasawuf dan adab sebagai tunjang pendidikan dan pembentukan insan yang sejati.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa beliau, melimpahkan rahmat-Nya, serta menempatkan Allahyarham di Syurga Firdaus bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Solihin.
Marilah kita bersama-sama menghadiahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
@sharedakwahhh
1 605
Sedangkan setiap butir delima ni pun Allah susun cantik kedudukannya..
Ni kan pula kehidupan kita.
Sangat mudah bagi Allah untuk aturkan semuanya..
وَأُفَوِّضُ أَمْرِىٓ إِلَى ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرٌۢ بِٱلْعِبَادِ
dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya".
@sharedakwahhh
1 605
Antara Sebab Puasa Menjadi Sia-Sia:
1. Tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan yang keji atau dusta.
2. Tidak meninggalkan perkataan yang melalaikan dan lucah.
Sah puasanya tetapi tidak diberi padanya pahala.
@sharedakwahhh
1 605
اللَّهُمَّ بَارِك لَنَا فِي رَمَضَانِ، وَبَلَّغْنَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ
"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Ramadhan dan sampaikanlah kami pada malam Lailatul Qadar."🤍
@sharedakwahhh
1 605
Kalau kita tak lahir dari keturunan yang mencintai Al Quran,
Lahirkanlah keturunan yang mencintai dan hidup dengan Al Quran..
@sharedakwahhh
1 605
Syaaban membuka pintu persediaan, Ramadan mendidik jiwa dengan kesabaran, dan Syawal menghadiahkan kemenangan bagi hati yang kembali kepada Tuhan. 🌙✨
Jangan biarkan bulan-bulan mulia ini berlalu tanpa perubahan. Dari taubat, kepada ibadah, hingga istiqamah selepas Ramadan, itulah perjalanan sebenar seorang hamba.
- ustaz wadi annuar -
@sharedakwahhh
1 605
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ
Malam Nisfu Sya'ban merupakan salah satu malam yang mustajab doa. Umat Islam digalakkan agar banyak berdoa memohon keampunan dari Allah SWT.
Disunatkan menghidupkan malam Nisfu Sya’ban dengan memperbanyakkan ibadah dengan membaca al-Quran, berzikir, berdoa, bertasbih, berselawat, istighfar, hadir majlis ilmu dan amalan yang lain.
@sharedakwahhh
اکنون در دسترس! پژوهش تلگرام ۲۰۲۵ — مهمترین بینشهای سال 
