Ustaz CEO (Azam Azhary)
رفتن به کانال در Telegram
Menang Akhirat, Menang Dunia. Perkongsian Ustaz Azam Azhary.
نمایش بیشتر1 908
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
-17 روز
-530 روز
آرشیو پست ها
MAJLIS IJAZAH, BACAAN & SYARAH AMALAN HIZB BAHR MALAM INI!
Istimewa malam ini, diijazahkan juga selawat Mashisyiah.
LIVE di Tiktok Ustaz CEO
28 Januari
9:00 pm
https://www.tiktok.com/@azam.azhary?_r=1&_t=ZS-93RPBNzKuVY
Komen HADIR dan share.
Part 20: Pendidikan anak bermula sejak dari dalam kandungan - Ustaz Azam Azhary
https://vt.tiktok.com/ZSaD9D537/
Repost from AMALAN HIZIB BAHR
7 WASIAT RASULULLAH SAW
Salam Jumaat penuh keberkatan. Mari kita hayati hadis Nabi SAW:
عَنْ أَبِيْ ذَرٍّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ: أَوْصَانِيْ خَلِيْلِي صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِسَبْعٍ : بِحُبِّ الْمَسَاكِيْنِ وَأَنْ أَدْنُوَ مِنْهُمْ، وَأَنْ أَنْظُرَ إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلُ مِنِّي وَلاَ أَنْظُرَ إِلَى مَنْ هُوَ فَوقِيْ، وَأَنْ أَصِلَ رَحِمِيْ وَإِنْ جَفَانِيْ، وَأَنْ أُكْثِرَ مِنْ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللّٰهِ، وَأَنْ أَتَكَلَّمَ بِمُرِّ الْحَقِّ، وَلاَ تَأْخُذْنِيْ فِي اللّٰهِ لَوْمَةُ لاَئِمٍ، وَأَنْ لاَ أَسْأَلَ النَّاسَ شَيْئًا. (رواه أحمد والطبراني وابن حبان)
Dari Abu Dzar radhiyallohu ‘anhu, ia berkata: “Kekasihku (Rasûlullâh) ﷺ berwasiat kepadaku dengan 7 (tujuh) perkara:
(1) Supaya aku mencintai orang-orang miskin dan dekat dengan mereka,
(2) Baginda ﷺ memerintahkan aku agar aku melihat kepada orang yang berada di bawahku dan tidak melihat kepada orang yang berada di atasku,
(3) Baginda ﷺ memerintahkan agar aku menyambung silaturahimku meskipun mereka berlaku kasar kepadaku,
(4) aku dianjurkan agar memperbanyak ucapan lâ haulâ walâ quwwata illâ billâh (tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah),
(5) aku diperintah untuk mengatakan kebenaran meskipun pahit,
(6) Baginda ﷺ berwasiat agar aku tidak takut celaan orang yang mencela dalam berdakwah kepada Allah, dan
(7) Baginda ﷺ melarang aku agar tidak meminta-minta sesuatu pun kepada manusia.”
(HR. Ahmad dalam Musnadnya V/159, Ath-Thabrani dalam al-Mu’jamul-Kabîr II/156, no. 1649, dan Ibnu Hibban dalam Shahîh-nya no. 2041-al-Mawârid)
Doa Nabi SAW:
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ، وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ، وَحُبَّ الْمَسَاكِيْنِ، وَأَنْ تَغْفِرَ لِيْ وَتَرْحَمَنِيْ، وَإِذََا أَرَدْتَ فِتْنَةَ قَوْمٍ فَتَوَفَّنِيْ غََيْرَ مَفْتُوْنٍ، وَأَسْأَلُكَ حُبَّكَ، وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ، وَحُبَّ عَمَلٍ يُقَرِّبُنِيْ
إِلَى حُبِّكَ.
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar aku dapat melakukan perbuatan-perbuatan baik, meninggalkan perbuatan munkar, mencintai orang miskin, dan agar Engkau mengampuni dan menyayangiku. Jika Engkau hendak menimpakan suatu fitnah (malapetaka) pada suatu kaum, maka wafatkanlah aku dalam keadaan tidak terkena fitnah itu. Dan aku memohon kepada-Mu rasa cinta kepada-Mu, rasa cinta kepada orang-orang yang mencintaimu, dan rasa cinta kepada segala perbuatan yang mendekatkanku untuk mencintai-Mu.”
Penuntut membaca sumber asal, memahami struktur hujah, dan melihat bagaimana idea-idea ini berkembang sejak zaman klasik hingga moden.
Fasa kelapan:
Fasa amali, kritik dan naqd. Pada tahap ini, penuntut ilmu menyelesaikan isu-isu fundamental umat dan cabaran semasa. Menganalisa, mengkritik, menilai, membezakan yang sahih dan yang rosak(de-westernisasi), menjawab syubhat, dan menguji idea-idea moden dengan neraca ilmu Islam (Islamisasi ilmu moden) Ilmu tidak lagi menjadi teori semata, tetapi dipraktikkan dan digunakan untuk membela kebenaran dan membimbing umat.
Inilah jalan panjang melahirkan ulama rabbani. Jalan yang pernah melahirkan Hujjatul Islam al-Ghazali, dan jalan yang masih boleh diteruskan hari ini—jika kita berani membina semula sistem dari akarnya, dan berhenti berharap kepada sistem yang telah lama gagal melahirkan ulama sebenar untuk zaman ini..
Wallahu a’lam.
Dr. Abdurrahman an-Nahwi al-Azhari ialah bukti hidup bahawa ulama besar masih boleh dilahirkan pada zaman ini jika sistem pendidikannya betul. Beliau hafal al-Qur’an dengan qirā’āt sepuluh, hafal Kutub Sittah dan beberapa kitab hadis lain, menguasai pelbagai cabang ilmu, fasih Bahasa Inggeris dan Perancis, dan dalam masa yang sama seorang penyair ulung. Semua ini lahir daripada proses tarbiah yang panjang, berperingkat, dan konsisten sejak kecil.
Ayah beliau, Syaikh Muhammad al-Hafiz an-Nahwi, pula menjadi menteri termuda dalam sejarah Mauritania. Sebelum itu, beliau mendapat tempat pertama degree seluruh Afrika Barat. Tak hairanlah anak beliau menamatkan PhD di al-Azhar pada usia 25 tahun, menjadikannya doktor termuda sepanjang 100 tahun sejarah al-Azhar sejak penubuhan universiti modennya. Ini menunjukkan bahawa keunggulan ilmu itu dibina dari pendidikan rumah, dan dari sistem, bukan lahir secara tiba-tiba.
Hakikatnya, umat Islam mampu melahirkan jutaan ulama dan pemikir unggul seperti zaman al-Ghazali rhm. Masalah sebenar bukan kemunduran daya fikir umat Islam pasca al-Ghazali mengkritik falsafah, tetapi sistem pendidikan yang rosak sejak era kolonial. Dalam hampir 100 tahun terakhir, sekitar 1925–1930, apabila pendidikan Barat mula menyerap masuk ke dalam dunia Islam, institusi-institusi besar yang dahulu melahirkan ulama sedunia mula dilumpuhkan.
Di Hijaz, madrasah-madrasah besar di Mekah seperti Madrasah Saulatiyyah kehilangan peranan asalnya. Di Tunisia, Zaitunah dibekukan dan diharamkan oleh Perancis selama lebih setengah abad. Ulama besar seperti al-Imam al-Tahir Ibn ‘Ashur hakikatnya generasi terakhir. Penjajah tahu, jika institusi ini terus hidup, ia akan terus melahirkan ilmuan besar yang sukar ditundukkan dari sudut pemikiran.
Namun Mauritania memilih jalan berbeza. Mereka melawan kolonial Perancis dengan memboikot sistem pendidikan Perancis dan memilih sistem maḥẓarah. Hafalan, talaqqi, disiplin ilmu dan bahasa Arab fusḥā sebagai bahasa hidup menjadi teras. Sistem penjajah gagal hidup di sana, manakala sistem tradisi berkembang dan akhirnya menjadi rujukan penuntut ilmu seluruh dunia.
Daripada pengalaman inilah kita boleh faham dan bina semula sistem bagaimana ulama unggul nan ensiklopedik dibina melalui fasa yang jelas dan berperingkat.
Saya bahagikan kepada beberapa fasa pendidikan:
Fasa pertama:
Pembinaan asas hafalan. Al-Qur’an dihafal sejak kecil dan menjadi pusat pembentukan minda. Hafalan membina struktur fikir sebelum penuntut masuk dunia wacana.
Fasa kedua:
Hafalan hadis dan matan-matan disiplin ilmu. Nahu Sorof, Hadis, aqidah, fiqh, syair-syair Arab dan disiplin asas lain dihafal agar ilmu tersusun kemas dalam dada dari kecil.
Fasa ketiga:
Penguasaan istilah dan definisi. Penuntut ilmu hidup dengan istilah. al-Ta‘rifat al-Jurjani dan Kashshaf Istilahat al-Funun al-Tahanawi menjadi wirid harian. Di sinilah ketepatan berfikir dibina.
Fasa keempat:
Pemantapan ilmu alat, bahasa Arab sebagai bahasa hidup. Nahu, ṣarf, balaghah, usul lughah, adab dan syair digunakan setiap hari. Bahasa Arab menjadi bahasa fikir, bukan bahasa peperiksaan.
Fasa kelima:
Pendalaman Fiqh mazhab dan ilmu teras. Aqidah, kalam, tafsir, tasawuf dan hadis dipelajari secara bertahap. Ilmu alat seperti manṭiq, uṣul fiqh dan adab bahth juga terus diperkasakan.
Fasa keenam:
Penguasaan bahasa asing dan berkecimpung dengan kajian akademia. Bahasa Inggeris dan Perancis dipelajari untuk memahami wacana moden dan sumber asal pemikiran kontemporari. Bahasa tamadun Islam seperti Farsi, Urdu dan Ottoman pula membuka akses kepada khazanah ilmu bahasa pemikir Islam yang lain.
Fasa ketujuh:
Penguasaan falsafah sains, pemikiran dan falsafah Barat. Di sinilah penuntut mendalami falsafah Barat, sejarah pemikiran Barat, serta aliran-aliran yang mendominasi dunia hari ini seperti saintisme, positivisme, sekularisme, liberalisme dan materialisme. Milal-niḥal, perbandingan agama, ideologi dan worldview moden dikaji secara serius.
Ditambah juga penekanan kepada akar pemikiran Barat melalui bahasa Latin dan Greek.
Tonton Full Podcast Kisah Hidup pengajian di Mesir sejak berumur 16 tahun dan perkongsian ilmu :
https://youtu.be/Ig-G-UoRrSo?si=H2h_kkOdjZnOBSrH
SERTAI KOMUNITI AMALAN HIZIB BAHR DI GROUP CHAT TIKTOK :
https://tiktok.me/group/ZS5hXByqP/
Terhad 300 terawal sahaja.
Repost from AMALAN HIZIB BAHR
LIVE NOW! MAJLIS IJAZAH BACAAN HIZIB BAHR
JAM 7:30 PAGI
JOIN: https://vt.tiktok.com/ZSHE2q8rw4mrg-rFkus/
Selamat Tahun Baru 2026 dan Salam Tahun Baru.
Assalamu‘alaikum wbt.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang telah mempertemukan kita dengan tahun yang baharu. Semoga Allah SWT menerima seluruh amalan kita sepanjang tahun yang lalu, mengampuni segala kekhilafan, serta mengurniakan kepada kita keberkatan, kebahagiaan dan kekuatan untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik pada tahun ini.
Saya dengan penuh rendah hati memohon maaf atas segala kekurangan, kesilapan kata, penulisan dan tindakan sebelum ini. Saya juga mengucapkan terima kasih atas segala sokongan, dokongan dan doa yang diberikan.
Insya-Allah, pada tahun baharu ini kita akan memperbanyakkan lagi majlis-majlis ilmu, aktiviti bermanfaat, perkongsian ilmu serta majlis-majlis amalan Hizib Bahr yang akan dijalankan secara live di TikTok Ustaz CEO.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube channel Ustaz CEO.
https://youtube.com/@ustazazamazhary?si=HC3icuKEj18xcl_5
Insya-Allah lebih banyak perkongsian akan disampaikan sepanjang tahun ini.
Mudah-mudahan tahun 2026 ini menjadi tahun dengan azam yang baharu, amal yang lebih baik, kefahaman yang lebih mendalam dan perjalanan yang lebih dekat kepada Allah SWT.
Selamat Tahun Baru 2026.
Azam Azhary (Ustaz CEO)
Episode 2: 7 Jenis Nafkah Wajib Terhadap Isteri
#share
https://vt.tiktok.com/ZSPEks74e/
Episode 1 : Bukan Semua Boleh Jadi Ustaz. Beza Pendakwah Dengan Ustaz.
https://vt.tiktok.com/ZSPwvt97U/
Repost from AMALAN HIZIB BAHR
Majlis LIVE bacaan dan pengijazahan Amalan Hizib Bahr Kembali Lagi!
Jemput hadir majlis zikir Hizib Bahr pada Isnin 6 Oktober.
Jam 6:45 pagi.
Link Live: https://www.tiktok.com/@azam.azhary?_t=ZS-90IP2aNnLHw&_r=1
Komen HADIR & sebarkan.
Faham Pemasaran dalam Islam Mengikut Kerangka al-Imam al-Ghazali (Siri 1)
Oleh Azam Azhary
Pemasaran (Marketing) dalam kerangka Islam bukan sekadar strategi komersial untuk menjual produk, tetapi sebahagian daripada ibadah yang melibatkan niat, adab, dan tanggungjawab sosial. Imam al-Ghazali dalam Iḥyāʾ ʿUlūm al-Dīn, khususnya dalam kitab Ādāb al-Kasb wa al-Maʿāsh, menekankan bahawa inti pencarian rezeki ialah kejujuran, ketelusan, dan niat memberi manfaat kepada manusia. Rezeki yang baik (kasb ṭayyib) hanya lahir apabila urus niaga dibina di atas asas amanah dan kasih sayang terhadap sesama makhluk.
Bagi al-Ghazali, pedagang bukan sekadar pengumpul keuntungan tetapi penjaga maslahah. Beliau menegaskan, menipu pelanggan, menyembunyikan kecacatan barang, atau berlebihan dalam dakwaan (overclaim) adalah bentuk pengkhianatan terhadap amanah Allah. Pemasaran, dalam kerangka ini, bukanlah seni manipulasi seperti di barat, sebaliknya seni menyampaikan kebenaran tentang manfaat sesuatu produk dengan adab dan hikmah.
Kerangka ini sejalan dengan gagasan Ekonomi Iḥsānī (oleh guru kami Dr. Adi Setia hfz) iaitu ekonomi yang menekankan ihsan, adab, dan rahmah. Pemasaran menurut ekonomi ihsani bukan hanya “memuaskan pelanggan” tetapi memastikan kesejahteraan rohani dan jasmani masyarakat.
Kaedah pemasaran yang beradab ialah yang bersifat telus, tidak menakut-nakutkan, tidak merendahkan maruah, dan sentiasa mengutamakan manfaat bersama (maslahah ʿāmmah).
Dalam dunia moden yang penuh dengan gimik, “fear marketing”, dan penipuan visual, Islam menawarkan alternatif yang berakar pada kejujuran. Reputasi yang terbina daripada integriti, keadilan, dan kualiti sebenar produk adalah bentuk pemasaran paling berkesan. Seperti kata al-Ghazali, keberkatan rezeki lebih utama daripada kuantiti keuntungan.
Maka, memahami pemasaran dalam Islam ialah kembali kepada asas: niat yang lurus, adab yang benar, dan ihsan dalam menyampaikan. Inilah jalan menuju sara hidup murni dan beradab, di mana ekonomi menjadi jambatan antara dunia dan akhirat, serta sumber keberkatan bagi seluruh masyarakat.
Seringkali kemajuan saintifik dan teknologi dikaitkan hanya dengan “Zaman Keemasan Islam” pada era Abbasiyyah. Hakikatnya, asas saintifik dan teknologi telah pun diletakkan di zaman Nabi SAW:
1. Pertanian & Teknologi Air – Rasulullah SAW mengatur sistem pengairan, hak guna tanah (iqṭāʿ), dan pembahagian hasil tanaman yang adil.
2. Pertukangan & Industri – Zaman Nabi SAW menyaksikan tukang besi, pembuat senjata, tukang kayu, dan pengrajin kulit memainkan peranan besar dalam pembangunan Madinah.
3. Teknologi Ketenteraan – Penggunaan parit (Khandak) adalah strategi teknologi pertahanan yang revolusioner pada waktu itu, diambil dari pengalaman Parsi.
4. Sistem Infrastruktur – Jalan, masjid, pasar, dan kemudahan awam dibina dengan keutamaan maslahah ʿāmmah. Masjid Nabawi bukan sekadar rumah ibadah, tetapi pusat ilmu, pentadbiran, dan pembangunan sosial.
Maka jelas, zaman Nabi SAW adalah asas sebenar kemajuan saintifik dan teknologi umat Islam, bukan sekadar permulaan kosong.
Tradisi Ilmu dan Budaya Keilmuan
Keunggulan tamadun Madinah terserlah dalam al-ḥālah al-ʿilmiyyah – tradisi ilmu yang dibina Rasulullah SAW. Baginda melahirkan sahabat yang berperanan sebagai mufti, penulis wahyu, guru, pentadbir, dan panglima. Masjid Nabawi menjadi pusat penyebaran ilmu yang menyeluruh sama ada ilmu agama, fiqh, sains kehidupan, dan ‘imarah/‘umrān.
Ilmu bukan sahaja bersifat teori dan hukum-hakam, tetapi diterapkan dalam pentadbiran, ekonomi, teknologi, dan pembangunan. Tradisi ini melahirkan generasi sahabat yang mampu membina sebuah empayar dalam masa yang singkat, tanpa kompromi terhadap akhlak dan integriti.
Hakikat Tamadun Nubuwwah
Berbeza dengan naratif Barat yang mengukur tamadun berdasarkan binaan fizikal, senibina atau pencapaian material, Islam mengukur tamadun pada keluhuran akhlak, keadilan sosial, dan pembinaan insan.
Hakikatnya, zaman keemasan Islam adalah zaman kenabian, bukan selepasnya. Dalam masa hanya 23 tahun, Rasulullah SAW berjaya membina generasi unggul yang menggabungkan kekuatan iman, ilmu, ekonomi, politik, teknologi, dan akhlak. Tamadun inilah yang kemudian menjadi asas kepada peluasan Islam ke seluruh dunia.
Kesimpulan
Kajian semula al-Tarātīb al-Idāriyyah menunjukkan bahawa sistem pentadbiran, ekonomi, saintifik, teknologi, dan tradisi ilmu di zaman Rasulullah SAW adalah satu model tamadun yang menyeluruh dan seimbang. Inilah tamadun nubuwwah yang menjadi mercu tanda sejarah umat Islam – tamadun yang tidak hanya membangunkan infrastruktur, tetapi membina manusia unggul sebagai asas kejayaan dunia dan akhirat. Terbukti bahawa Islam adalah agama yang benar, saintifik dan merupakan asas ketamadunan dunia.
Oleh itu, menghidupkan semula warisan ini bukan sekadar kajian sejarah, tetapi satu usaha pembaharuan (tajdīd) untuk umat Islam hari ini.
Membina Semula Tamadun Nabawi : Sistem Pemerintahan, Ekonomi, dan Budaya Ilmu di Zaman Rasulullah SAW
Oleh: Azam Azhary
Pendahuluan
Sejarah dunia sering dipaparkan menurut kerangka naratif Barat, yang membahagikan zaman kepada “zaman gelap” (Dark Ages), “zaman pertengahan” (Middle Ages), “zaman klasik” dan seterusnya. Naratif ini meletakkan kemajuan sains, teknologi, dan tamadun seolah-olah bermula selepas berakhirnya zaman kegelapan Eropah. Namun, dalam kerangka Islam, hakikatnya zaman yang paling unggul, bercahaya dan termaju adalah zaman kenabian Rasulullah SAW.
Dalam tempoh hanya dua puluh tiga tahun di Madinah al-Munawwarah, Baginda SAW membangunkan asas sebuah tamadun yang seimbang, mencakupi aspek pemerintahan, ekonomi, teknologi, serta tradisi ilmu. Tamadun ini tidak diukur melalui bangunan megah atau infrastruktur material semata-mata, tetapi melalui keluhuran akhlak, pembinaan insan unggul, dan keadilan sosial.
Untuk memahami kembali sistem ini, dua karya agung menjadi rujukan primer. Pertama, kitab تخريج الدلالات السمعية على ما كان في عهد رسول الله ﷺ من الحرف والصنائع والعمالات الشرعية, hasil tulisan ʿAlī ibn Muḥammad ibn Aḥmad ibn Mūsā ibn Masʿūd, Abū al-Ḥasan Ibn Dhī al-Wizāratayn al-Khuzaʿī yang wafat pada tahun 789H/1387M.
Kitab ini boleh diterjemahkan sebagai: Takhrij Dalālat Samʿiyyah: Penjelasan Dalil-dalil Naqli tentang Keadaan pada Zaman Rasulullah SAW mengenai Pertukangan, Perindustrian, dan Urusan Pekerjaan yang Syarʿi. Ia merupakan himpunan hadis dan riwayat yang membicarakan aspek ekonomi, pekerjaan, dan sara hidup umat Islam di zaman nubuwwah.
Karya kedua ialah ensiklopedia besar التراتيب الإدارية والعمالات والصناعات والمتاجر والحالة العلمية التي كانت على عهد تأسيس المدنية الإسلامية في المدينة المنورة العلية, ditulis oleh al-ʿAllāmah al-Musnid Muḥammad ʿAbd al-Ḥayy ibn ʿAbd al-Kabīr al-Kattānī al-Maghribī (w. 1382H/1962M).
Judul ini boleh diterjemahkan sebagai: Sistem Pemerintahan Nabawi : Pentadbiran, Urusan Pekerjaan, Pertukangan, Perdagangan dan Tradisi Ilmu yang Wujud pada Zaman Awal Pembinaan Peradaban Islam di Kota Madinah al-Munawwarah al-ʿAliyyah. Kitab ini menghuraikan serta memperluas matan al-Khuzaʿī dengan ribuan rujukan hadis yang muktabar, athar sahabat, dan sumber sejarah, menjadikannya sumber utama bagi memahami tamadun zaman kenabian.
Tulisan ini bertujuan menilai dan merumus semula secara ringkas sistem pemerintahan, ekonomi, sains/teknologi, dan budaya ilmu di zaman Rasulullah SAW sebagaimana yang digariskan dalam dua karya besar ini, sekaligus menegaskan bahawa zaman kenabian adalah zaman keemasan Islam yang sebenar, bukan sekadar fasa peralihan menuju era selepasnya.
Sistem Pemerintahan Nabawi
Rasulullah SAW membina asas sebuah negara dengan struktur pentadbiran yang tersusun. Para sahabat dilantik sebagai qāḍī, penulis, pegawai baitul mal, dan pemimpin kabilah. Prinsip shūrā (musyawarah), ʿadālah (keadilan), dan amānah (amanah) menjadi asas pentadbiran. Sistem ini bukan sahaja mengekalkan keamanan Madinah, tetapi juga mengikat persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar serta melibatkan Yahudi dan kabilah lain dalam Piagam Madinah.
Pentadbiran Nabi SAW menekankan bahawa pemerintahan adalah ibadah dan amanah, bukan alat kekuasaan. Justeru, keadilan dan kebajikan menjadi prinsip utama dalam semua dasar negara.
Ekonomi, Sara Hidup dan Pembangunan
Al-Kattānī menghuraikan bahawa Nabi SAW menekankan kasb ṭayyib (usaha mencari rezeki yang bersih) dan maʿīshah ṭayyibah (sara hidup yang baik). Ekonomi Madinah berkembang melalui perdagangan, pertanian, dan pertukangan. Larangan riba, penipuan, gharar (ketidakjelasan), dan monopoli menjadikan pasaran Madinah adil, telus, dan berkat.
Sayyiduna Umar RA menegaskan bahawa sahabat tidak boleh berniaga tanpa memahami hukum-hukum fiqh muʿāmalāt. Ini menunjukkan ekonomi Islam sejak awal adalah ekonomi berilmu. Baitul Mal berfungsi sebagai pusat pengagihan kekayaan untuk fakir miskin, menzahirkan keadilan sosial.
Teknologi dan Pembangunan di Zaman Nabi ﷺ
