fa
Feedback
POSITIVE CIRCLE

POSITIVE CIRCLE

رفتن به کانال در Telegram

Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF

نمایش بیشتر
829
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
+37 روز
+430 روز
آرشیو پست ها
"Energetik sungguh ya. Tak penat ke hampir 4 jam slot...?" Alhamdulillah... Penyampai perlu lebih bertenaga daripada audiens.
"Energetik sungguh ya. Tak penat ke hampir 4 jam slot...?" Alhamdulillah... Penyampai perlu lebih bertenaga daripada audiens. Mereka menyerap tenaga kita. Dan kita juga menyerap tenaga mereka. Macam mana tu? Semasa perkongsian, pilih la untuk tengok mereka yang beri perhatian kepada kita, khusyuk mendengar dan sentiasa fokus dengan kita. InsyaAllah, kita akan dapat energi yang baik untuk terus berkongsi. Dalam masa sama, berilah perhatian juga kepada mereka yang sebaliknya agar mereka juga terus bertenaga. Fitrah kita, bila ada yang beri perhatian kepada apa yang kita cakap, kan seronok kita nak bercakap lagi. Makin bersungguh-sungguh kita berkongsi. Fokus penyampai sangat penting. Jangan sabotaj diri sendiri dengan titik fokus yang silap. Ranap! Ini cara saya. Anda bagaimana? #kongsipositif

Tahun lepas Kad Aktiviti COVITS69 telah melalui satu fasa penting dalam penghasilan produk inovasi hingga dipertandingkan di
+1
Tahun lepas Kad Aktiviti COVITS69 telah melalui satu fasa penting dalam penghasilan produk inovasi hingga dipertandingkan di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Horizon Baharu (KIKHB) 2022. Misi 2022 tercapai. Johan kebangsaan. Alhamdulillah. InsyaAllah untuk tahun 2023 kita bergerak ke fasa komersial, TOT dan perkongsian pengalaman serta bimbingan penghasilan produk inovasi kepada pihak-pihak yang berminat. Jika ada ruang untuk sinergi dan berkongsi kebaikan dengan mana-mana pihak antara hasrat besar kami tahun ini. #kongsipositif #covits69

Berita baik. Politeknik pun dah ada program Asasi TVET tau. Program Asasi TVET ini adalah persediaan sebelum melanjutkan peng
Berita baik. Politeknik pun dah ada program Asasi TVET tau. Program Asasi TVET ini adalah persediaan sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda khususnya dalam Ijazah Teknologi Kejuruteraan. Sebagai permulaan, 5 buah politeknik akan menjadi perintis bagi pengambilan pertama pada Sesi I 2023/2024 dengan 500 orang pelajar sebagai kumpulan pertama. Manakala tempoh pengajian bagi Program Asasi TVET adalah setahun 2 semester pengajian dengan setiap semester adalah selama 6 bulan sahaja. Lepasan program ini akan berpeluang menyambung pengajian di bidang yang bersesuaian dan pemetaan laluan pengajian di mana-mana 4 universiti dibawah MTUN iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) tau. Tunggu apa lagi. Sebarkan info ini kepada mereka yang layak. #kongsipositif

Tip 4K nak pilih Program IPT bagi lepasan SPM https://vt.tiktok.com/ZSL21F3Y3/ #kongsipositif #positivecircle21

Rakan Guru Kaunseling Melaka minta buat slot TOT percuma dengan Kad Aktiviti COVITS69. InsyaaAllah kita cuba aturkan ya. Kala
Rakan Guru Kaunseling Melaka minta buat slot TOT percuma dengan Kad Aktiviti COVITS69. InsyaaAllah kita cuba aturkan ya. Kalau ada yang lain berminat juga dan beri manfaat untuk pendidikan, kita boleh sinergi. Jom jadikan kelas dan slot perkongsian kita lebih Kreatif, Aktif dan Interaktif. #kongsipositif

Jom temui kami di reruai Mandiri - M15 aras 3 untuk dapatkan produk-produk ABBM bagi kelas yang lebih kreatif, Aktif dan Inte
Jom temui kami di reruai Mandiri - M15 aras 3 untuk dapatkan produk-produk ABBM bagi kelas yang lebih kreatif, Aktif dan Interaktif. #PBAKL2023 #kongsipositif #covits69 #hireg

Persiapan ke Pesta Buku Antarabangsa KL giat dijalankan. Anda mencari bahan untuk beraktiviti? Jom temui kami di reruai Mandi
+1
Persiapan ke Pesta Buku Antarabangsa KL giat dijalankan. Anda mencari bahan untuk beraktiviti? Jom temui kami di reruai Mandiri M15 Dewan Tun Razak 3. #kongsipositif #covits69 #PBAKL2023 #hireg

Kenapa plate kereta di Perak bermula huruf A ? Jom dengar di sini: https://www.tiktok.com/t/ZSL8TNsrE/?t=1 #kongsipositif #positivecircle21

Alhamdulillah... Buku Modul Card Of Activities (COVITS69) siap dicetak dan siap sedia menemui pencari alat untuk beraktiviti
Alhamdulillah... Buku Modul Card Of Activities (COVITS69) siap dicetak dan siap sedia menemui pencari alat untuk beraktiviti secara kreatif dan menarik. Terdekat akan dikongsikan di Pesta Buku Antarabangsa KL. Jom kita! #kongsipositif #covits69

photo content

Jumpa nanti di Pesta Buku Antarabangsa KL #kongsipositif
Jumpa nanti di Pesta Buku Antarabangsa KL #kongsipositif

Hidup adalah ujian.... #kongsipositif

Dapatkan di sini: https://shp.ee/8hkwy9f #kongsipositif #positivecircle21
Dapatkan di sini: https://shp.ee/8hkwy9f #kongsipositif #positivecircle21

#kongsipositif #positivecircle21
#kongsipositif #positivecircle21

Salah satu ciri tempat kerja yang kita perlukan adalah seronok untuk bekerja. Keseronokan ini boleh datang daripada faktor lu
Salah satu ciri tempat kerja yang kita perlukan adalah seronok untuk bekerja. Keseronokan ini boleh datang daripada faktor luaran dan juga dalaman. Rasa seronok ini boleh dicipta daripada dalam dan disokong dengan faktor di sekeliling. Namun, pokok pangkalnya semua bergantung kepada kita juga. Masa seharian kita banyak dihabiskan di tempat kerja juga. Jadi rasa seronok ini penting agar ia memberikan kualiti hidup yang terbaik buat kehidupan kita. Ia menjadi faktor yang terbesar juga dalam mempengaruhi kehidupan kita yang lain. Maka cari atau cipta la keseronokan tersebut selari dengan keperluan yang sepatutnya. Bagaimana anda cipta keseronokan bekerja, jom kongsi kan? #kongsipositif #positivecircle21

Buku fizikal Module - Card Of Activities (COVITS69) akan terbit sempena Pesta Buku Antarabangsa KL nanti. Jom jumpa di sana d
Buku fizikal Module - Card Of Activities (COVITS69) akan terbit sempena Pesta Buku Antarabangsa KL nanti. Jom jumpa di sana dan dapatkan naskah anda bersama set kad aktiviti. #kongsipositif #PBAKL2023 #covits69 #positivecircle21