fa
Feedback
POSITIVE CIRCLE

POSITIVE CIRCLE

رفتن به کانال در Telegram

Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF

نمایش بیشتر
826
مشترکین
-124 ساعت
اطلاعاتی وجود ندارد7 روز
+330 روز
آرشیو پست ها
Assalamualaikum wbt. & Salam Sejahtera. Sukacita dimaklumkan *E-Learning, ULPL & PSH JP Politeknik Muadzam Shah* akan menganj
Assalamualaikum wbt. & Salam Sejahtera. Sukacita dimaklumkan *E-Learning, ULPL & PSH JP Politeknik Muadzam Shah* akan menganjurkan satu program ilmiah seperti berikut; *WEBINAR TIPS PENULISAN eBOOK - Cepat Padat Ringkas* 🗓️ Tarikh. : 15 SEPTEMBER 2021 (Rabu) ⏰ Masa : 9.00 am - 1.00 pm 💻 Tempat : MS Teams 📲 Link : https://qrgo.page.link/pEX8n Penceramah: ❇️ En. Mohamad Hasbullah Bin Mustafa 👤Pegawai Psikologi PMM ✍🏻 Penulis ebook: _35 aktiviti kelas online_ 🅾️ Terbuka kepada SEMUA 🅾️ Penyertaan adalah PERCUMA 🅾️ Majlis ilmu yang bermanfaat untuk persediaan naik pangkat & peningkatan kemahiran dlm PdP online

"Tinggalkan sesuatu sebelum kita meninggal - Tulislah...." #kongsipositif #positivecircle21
"Tinggalkan sesuatu sebelum kita meninggal - Tulislah...." #kongsipositif #positivecircle21

Kerja Di Dunia Untuk Akhirat Dunia ini menjadi penting lantaran adanya akhirat tempat kembalinya semua makhluk. Kita berhempas pulas, bermandi peluh di sini kerana Di Sanalah tempat berehat-rehat hendaknya atas setiap amal yang telah diperbuat. Setiap titisan peluh yang menitis itu harapannya menjadi titisan siraman subur kepada benih-benih pahala. Kita tahu Allah tidak pernah terlepaa daripada perhitunganNYA يَوْمَ يَبْعَثُهُمُ اللَّهُ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا عَمِلُوا ۚ أَحْصَاهُ اللَّهُ وَنَسُوهُ ۚ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ Semasa mereka semuanya dibangkitkan hidup semula oleh Allah (pada hari kiamat), lalu diterangkan kepada mereka segala yang mereka telah kerjakan. Allah telah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka telah melupakannya. Dan (ingatlah), Allah menjadi Saksi akan tiap-tiap sesuatu. -Surah Al-Mujadila, Ayat 6 Bekerjalah bersungguh-sungguh seolah-olah esok adalah hari kematianmu. Alangkah baik kerja itulah nanti antaranya yang menjadi pembela kepada kita kelak. Benarlah, kita dimasukan ke dalam Syurga itu atas rahmat Allah, bukan atas apa yang kita kerjakan semata. Allah tidak mengharapkan apa-apa daripada apa yang kita kerjakan. Bahkan kitalah yang akan menuai kembali hasil daripada apa yang telah kita kerjakan. Dengan sekali peluang yang diberikan ini berbuatlah dengan penuh kebaikan. Jangan disia-siakan. Hari esok masih belum tentu untuk kita, hari lepas sudahpun semakin menjauh. Saat sekarang sahaja yang milik kita. Di saat kita dipanggil pulang menghadapnya, tiada lagi amal yang tersisa kecuali benih-benih jariah yang tersemai. Ajal itu tidakkan pernah terlewat apabila sampai masa dengan izinNYA. وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ أَنْ تَمُوتَ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ كِتَابًا مُؤَجَّلًا ۗ وَمَنْ يُرِدْ ثَوَابَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَنْ يُرِدْ ثَوَابَ الْآخِرَةِ نُؤْتِهِ مِنْهَا ۚ وَسَنَجْزِي الشَّاكِرِينَ Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur. -Surah Aal-E-Imran, Ayah 145 InsyaAllah, ikhlaskan hati, bulatkan tekad, gandakan usaha... #kongsipositif #positivecircle

photo content

photo content

Berkawanlah dengan semua orang. Moga dalam ramai-ramai itu ada permata yang yang kita boleh tumpang sinarnya. Hidup bukan unt
Berkawanlah dengan semua orang. Moga dalam ramai-ramai itu ada permata yang yang kita boleh tumpang sinarnya. Hidup bukan untuk mencipta musuh. Jauh sekali mencipta hasad dan dendam. Kerana hidup ini terlalu singkat untuk dibebankan dengan segala perasaan yang bukan-bukan. Matlamat kita sama. Menuju ke tempat asalnya kita. Syurga yang kekal selamanya. Di mana semua kebaikan terkumpul di sana. Dambaan setiap hamba-NYA. Moga kita semua terpilih masuk ke sana. Bersama para Rasul-Rasul suruhan-NYA. Abadilah selamanya. #kongsipositif #positivecircle21 Lagi tip di sini: t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21

Orang perempuan lebih tertarik perkataan DISKAUN. Manakala orang lelaki tertarik dengan perkataan JIMAT. Tapi akhirnya dua-dua membeli... #kongsipositif #positivecircle21

William JH. Beotcker mengkategorikan manusia kepada 4 kelas kemahuan, iaitu: PERTAMA: Orang yang selalu mengerjakan sesuatu lebih sedikit daripada apa yang diarahkan. KEDUA: Orang yang mahu melakukan apa yang diarahkan, tetapi tidak lebih daripada itu. KETIGA: Orang yang tidak kisah melakukan sesuatu kerja tanpa perlu diarahkan. KEEMPAT: Orang yang mahu memberikan ilham kepada orang lain bagi melakukan sesuatu kerja. Di manakah diri kita? #kongsipositif #positivecircle21 Dapatkan tip lain di sini: t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21

PRINSIP PERBINCANGAN 1. BERHENTI MEMBUKTIKAN IDEA ORANG LAIN SALAH Tujuan berbincang bukan nak buktikan idea kita betul, idea orang lain semua salah. Ia ruang untuk tambah maklumat dan ruang galakkan orang lain pun berfikir 2. ELAKKAN BERBINCANG UNTUK BERTELAGAH Tiada siapa untung bila semua sibuk pertahankan idea dan hujah. Tiada lagi idea baru dan idea lama tidak berkembang. Masing-masing sibuk naikkan benteng hujah 3. BINA, BINA DAN BINA Taburkan idea sebanyak mungkin. Kembangkan idea orang lain. Beri nilai kepada idea mereka. Tunjukkan idea mereka juga mahal. 4. JANGAN HANYA ADA SATU JAWAPAN Jangan cepat selesa dengan satu idea dan jawapan. Peringkat awal galakkan dan kembangkan semua idea daripada semua ahli. 5. MUDAHKAN, JANGAN PAYAHKAN Cuba bermula dengan mudahkan dan ringkaskan setiap perbincangan. Agar ruang perbincangan dapat dikembang dan dibesarkan dalam setiap fikiran ahli. Selamat berbincang dan berfikir! #kongsipositif #positivecircle21 Lagi tip di sini: t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21

Dr. Hans Selye mengkategorikan stres kepada dua jenis. Eeustress sebagai stres yang baik, yang merangsang produktiviti. Manak
Dr. Hans Selye mengkategorikan stres kepada dua jenis. Eeustress sebagai stres yang baik, yang merangsang produktiviti. Manakala distress sebagai stres yang negatif, memberi tekanan kepada kehidupan. Seseorang perlu bijak mengawal dan menguruskan keadaan stres masing-masing. Ia memberikan impak besar kepada kualiti dan kefungsian hidup seseorang. ... Gambar ini adalah hasil aktiviti peserta Program Amazing Staff slot Syoknya S.T.R.E.S.S. Mereka mengubah perkataan asal STRESS kepada gambaran yang lebih bermakna, ceria dan positif. Ya, kita ada pilihan untuk bagaimana mencorakkan kebahagiaan kita sendiri. Bukannya orang lain. #kongsipositif #positivecircle21

Dapatkan ebook free. Sila tinggalkan komen di bawah. Saya akan berikan link nanti secara personal. Terima kasih. Moga bermanf
Dapatkan ebook free. Sila tinggalkan komen di bawah. Saya akan berikan link nanti secara personal. Terima kasih. Moga bermanfaat.

Yakinlah dengan rezeki yang Allah SWT telah tetapkan kepada kita. Sesungguhnya urusan rezeki itu adalah urusan Allah SWT yang mengaturnya. Kita dituntut berusaha dengan kadar kita dan penyerahan semuanya adalah kepada Allah SWT. #kongsipositif #positivecircle21

TANDA SESEORANG ITU BERSIKAP POSITIF: 1. Yakin terhadap diri 2. Mampu melihat elemen positif terhadap orang lain 3. Dapat melihat peluang dalam setiap keadaan 4. Fokus pada penyelesaian, bukan pada permasalahan 5. Dorongan yang tinggi untuk memberi 6. Seratus peratus memikul tanggungjawab #kongsipositif #positivecircle Tip lain di sini: t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21

IMG-20210906-WA0040.jpg3.10 KB

Allah ciptakan alam dengan pelbagai keadaan. Ianya boleh berubah mengikut aturan yang telah ditetapkan oleh Allah. Tiada sesuatu pun yang akan berlaku tanpa izinNYA. لِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا فِيهِنَّ ۚ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ Allah jualah yang menguasai alam langit dan bumi serta segala yang ada padanya; dan Dia lah jua yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. -Sura Al-Ma'idah, Ayah 120 Begitu jugalah apa yang telah berlaku kepada kita ini segalanya dibawah aturan perjalanan oleh Allah. Sebagai seorang muslim kita harus percaya dengan sebenarnya setiap apa yang berlaku kepada kita ini bukan semata asbab usaha kita. Janganlah disandarkan hanya pada usaha. Namun, usaha adalah perlu. مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. -Sura At-Taghabun, Ayah 11 #kongsipositif #positivecircle21 Tip lain di sini: t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21

facebook_1630970080628_6840784333060841889.jpg0.42 KB

"Jika tak dapat apa yang kita suka, maka belajarlah menyukai apa yang kita dapat..." #kongsipositif #positifcircle21 Tip lain di sini: t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21

"Jika tak dapat apa yang kita suka, maka belajarlah menyukai apa yang kita dapat..."

Syarat datangnya pertolongan dan bantuan Allah SWT: 1. Takwa 2. Sabar dalam ketaatan #kongsipositif #positivecircle21

photo content