POSITIVE CIRCLE
رفتن به کانال در Telegram
Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF
نمایش بیشتر829
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
+37 روز
+430 روز
آرشیو پست ها
Menurut Dr. Carol Ryff, seorang ahli psikologi terkenal dalam kajian kesejahteraan psikologi mengatakan bahawa terdapat 6 elemen yang memberikan kita satu perasaan kebahagiaan iaitu:
1. Menerima keadaan diri sendiri
2. Berusaha membangunkan potensi diri
3. Mempunyai tujuan hidup yang jelas
4. Berusaha mempraktikkan hubungan positif dengan orang lain
5. Mampu dan mahu mengambil tindakan atas lingkungan
6. Autonomi atau berani membuat keputusan sendiri
Jom semak tahap kebahagian hidup kita. Dapat markah penuh 6/6 tak?
#kongsipositif
#positivecircle21
Kita boleh beri nasihat, kita boleh beri tunjuk ajar, kita boleh buka jalan dan kita boleh beri segalanya...
Tapi kita harus sedar, kita tidak mampu mengubah manusia. Hanya diri sendiri yang boleh mengubahnya. Dengan bantuan serta izinNYA juga.
Namun kerja-kerja mengajak kepada kebaikan, nasihat menasihati dan berpesan-pesan kepada kebenaran harus diteruskan.
#positivecircle21
#kongsipositif
"Alangkah ruginya diri, andai keyakinan sendiri diketepikan kerana mudahnya menuruti sangkaan orang lain..."
"Jangan rosakkan keyakinan yang sudah sekian lama terbina, hanya kerana bersangka-sangka...."
#kongsipositif
#positivecircle21
5 sebab diamnya lelaki ketika konflik:
https://vt.tiktok.com/ZSNHT98vS/
#kongsipositif
#positivecircle21
Hanya yang tak pernah melangkah sahaja tak kan pernah jatuh.
Sifat putus asa ini tidak pernah ada dalam kamus hidup si anak kecil. Jatuh dan bangun berulang kali itu membuatkan kita mampu berjalan, bahkan berlari hari ini.
Jika belum melangkah, susun lah geraknya. Andai jatuh, bangkitlah kembali. Lagi dan lagi. Hingga menuju ke Negeri Abadi.
#kongsipositif
Apabila mana kita boleh merasakan diri ini faqir (kosong/lemah), barulah di sana akan terzahir tentang Yang Maha Esa.
Tiada yang hebatnya diri ini andai kita sedar bahawa setiap kerdipan dan tarik hembus nafas ini semua dengan izin-NYA.
Jadi kenapa perlu sombong dan berbangga diri lagi. Kita tidak punya apa-apa. Kerana kita sangat berharap kepada-NYA.
#kongsipositif
#positivecircle21
Biar berdikit-dikit asal jatuh tidak sakit. Biar perlahan, asal sampai ke garisan....
Konsisten itu salah satu bukti disiplin dan kunci kejayaan.
#kongsipositif
Adakala perlu masa untuk bersendirian. Beri masa untuk diri sendiri.
Lari sekejap daripada hiruk pikuk kehidupan. Merenung jauh ke alam hingga akhirnya membawa balik ke lubuk hati paling dalam.
Menyusun kembali kehidupan yang tersisa. Agar kesilapan-kesilapan lampau tidak berulang. Diisi dengan kebaikan.
Sungguh kehidupan ini tidak panjang. Namun, Allah sentiasa memberi peluang. Cari ruang. Sampai masanya, dijemput pulang....
#kongsipositif
#positivecircle21
Latihan dan Ingatan.
Hermann Ebbinghaus ialah Ahli Psikologi yang terkenal dengan eksperimennya mengenai ingatan manusia pada awal abad ke-20.
Antara fakta menarik tentang kajiannya ialah, bahawa semakin kerap kita mengulangi sesuatu, semakin baik kita dapat mengingatnya. Dan ini memberikan sumbangan penting kepada pemahaman kita mengenai perkaitan antara latihan dan pembelajaran.
Apa yang anda paling ingat tentang saya. Cer komen kat bawah. Kita buat eksperimen sikit 🤭
#kongsipositif
Sedarkah kita, kadangkala kita stres disebabkan faktor luar kawal.
https://vt.tiktok.com/ZSN5pDNQQ/
#kongsipositif
#positivecircle21
Konsep Hedgehog (Landak)
Konsep ini diperkenalkan oleh Jim Collins dalam bukunya yang bertajuk Good to Great. Konsep ini banyak digunakan dalam dunia perniagaan. Namun masih relevan untuk dipraktikan dalam dunia individu.
Konsep ini membuat perbandingan antara landak (hedgehog) dan musang (fox). Musang akan mencari pelbagai jalan untuk mengancam landak. Namun bagi landak, ia akan menggunakan satu cara yang sama sahaja apabila setiap kali diancam musang.
Inilah yang mungkin berlaku dalam hidup kita. Menjadi seperti musang. Mencuba pelbagai perkara dalam hidup hingga menyebabkan kita tidak berfokus dan tidak bertujuan dalam banyak tindakan.
Landak fokusnya satu sahaja. Segala usahanya juga berfokus kepada satu perkara dalam satu masa. Sehingga ia mahir dengan apa yang dibuat secara konsisten dan berdisiplin.
"Musang tahu banyak perkara, tetapi landak tahu satu perkara besar..."
3 Konsep Landak :
1. Perkara yang kita minati secara mendalam
2. Bidang apa yang boleh kita buat dengan cara terbaik
3. Perkara yang boleh memacu penjanaan ekonomi/pendapatan kepada kita.
Cuba lihat 3 perkara ini dalam hidup kita. Ambilah masa untuk menyenaraikan perkara ini agar hidup kita menjadi lebih baik selepas ini. Ruang untuk memahami potensi yang kita miliki.
" Konsep Hedgehog bukanlah matlamat untuk menjadi yang terbaik, strategi untuk menjadi yang terbaik, niat untuk menjadi yang terbaik, atau perancangan untuk menjadi yang terbaik. Ia merupakan kefahaman terhadap perkara yang kita paling boleh buat dan kuasai secara terbaik...."
Cuba kenalpasti dan kongsikan satu perkara yang anda minat dan mampu buat dengan cara yang terbaik di ruangan komen.
-Hasbullah Mustafa
#kongsipositif
#positivecircle21
Hasil kerja tidak dihargai, bantuan tidak berbalas, penilaian tidak setimpal....
Biarkan!
Fokus!
Bukan itu yang kita mahukan.
Pahala itu melebihi segalanya. Dan yang jauh lebih penting, Allah yang berikan.
Teruslah berbuat kebaikan. Moga diberi kekuatan.
وَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ فَيُوَفِّيهِمۡ أُجُورَهُمۡۗ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلظَّٰلِمِينَ
Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka; dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.
-Surah AL-Imran, Ayat 57
Salah satu kaedah nak bantu disiplin kan diri dengan patuh kepada apa yang dirancang adalah dengan menulis.
Tulis setiap apa yang kita rancang dapat bantu mengingatkan kita apa yang perlu dibuat.
Kenapa perlu tulis?
Dalam kepala kita ni macam-macam nak diingat, adakalanya dia boleh lupa banyak benda bila kita banyak fokus banyak perkara.
Lagi satu bila tulis ni kita akan diingatkan secara tak langsung dengan apa yang telah kita janji kan. Bila tak capai, kita akan terasa sendiri.
Berbaloi ni.
https://bondanor.onpay.my/order/form/DBN/bullah86
Sebelum ada bahan beraktiviti, mereka minta bahan. Susah nak kendalikan program, penglibatan peserta kurang katanya. Maka terhasillah Kad Aktiviti COVITS69.
Dah ada kad, mereka minta buku panduan pula. Maka kami pun tulis dan cetaklah Buku Modul 30 COVITS69 sebagai panduan.
Tak selesai di situ, mereka minta diadakan bengkel Training of Trainers (TOT) pula untuk setiap aktiviti ni dan cipta aktiviti baru, maka kami buat MODUL TOT COVITS69. Lebih mudah katanya.
Tak terhenti di sini.
Dah siap bengkel TOT, mereka minta bantu mereka buat kad macam ni pula. InsyaAllah kita pun setuju untuk bantu mereka keluarkan inovasi sendiri pula. Siap MODUL FITS. Alhamdulillah.
Dah siap inovasi mereka tanya macam mana nak sertai pertandingan dan nak buat pitching? Kami sediakan kan Modul P.I.T.C.H.I.N.G pula untuk bantu present.
Macam ni la hidup. Setiap masalah orang lain tu, ruang besar untuk kita menanam benih-benih kebaikan. Hari ni pun buah yang kita makan, hasil tuaian benih-benih orang lain juga. Begitulah hidup
Alhamdulillah...
15 set Kad Aktiviti COVITS69 bersama buku panduan siap untuk diposkan kepada pihak perpustakaan negeri.
Harap dapat dimanfaatkan dan menjadi bahan beraktiviti secara kreatif buat warga perpustakaan desa selepas ini.
Kami bukan hanya bekalkan bahan. Tapi kami juga nak membantu kalian menggunakannya dengan kaedah yang terbaik melalui program TOT dan mampu menerbitkan bahan inovasi sendiri selepas ini melalui Modul FITS.
Jom sinergi!
#kongsipositif
#covits69
