fa
Feedback
POSITIVE CIRCLE

POSITIVE CIRCLE

رفتن به کانال در Telegram

Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF

نمایش بیشتر
826
مشترکین
-224 ساعت
-27 روز
+230 روز
آرشیو پست ها
Moga pernyataan ini boleh menjadi ingatan kepada kita. Ia menjelaskan tentang peri pentingnya menjaga pemikiran kita agar ian
Moga pernyataan ini boleh menjadi ingatan kepada kita. Ia menjelaskan tentang peri pentingnya menjaga pemikiran kita agar ianya tidak mengganggu tindakan dan emosi kita. Semua ini saling berkait. Dalam masa sama, kita sebagai orang Islam pergantungan kepada Allah SWT adalah segala-galanya. #kongsipositif Dapatkan lebih banyak TIPS POSITIF di sini: t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21

Semoga apa sahaja yang berlaku hari ini memberikan kita 1001 kebaikan untuk kita mulakan hari esok dengan lebih baik, andai h
Semoga apa sahaja yang berlaku hari ini memberikan kita 1001 kebaikan untuk kita mulakan hari esok dengan lebih baik, andai hari esok masih ada buat kita... InsyaAllah...

Antara matlamat besar hidup adalah untuk membuat kebaikan sebanyaknya kerana ini satu tuntutan. Semua ini akan ditayangkan sa
Antara matlamat besar hidup adalah untuk membuat kebaikan sebanyaknya kerana ini satu tuntutan. Semua ini akan ditayangkan satu persatu dan setiap kebaikan ini akan kembali kepada kita juga akhirnya. Tiga pesanan di atas sangat memberi kesan kepada kita dan marilah sama-sama kita berazam untuk melaksanakannya. InsyaAllah. #kongsipositif Dapatkan lebih banyak TIPS POSITIF di sini: t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21

photo content
+1

TANDA BURN OUT 1. Berfikir negatif / pesimis 2. Letih fizikal, mental & emosi 3. Produktiviti / prestasi jatuh 4. Mudah penat 5. Makin pelupa 6. Cepat nak marah Cuba semak tanda-tanda ini pada diri kita atau orang sekeliling. Adakah ada? Jika ada, maka buatlah sesuatu untuk redakannya. Contoh paling cepat, atur pernafasan balik agar kembali tenang. #kongsipositif Dapatkan TIPS POSITIF yang lain di sini: t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21

7 PERKARA TANDA SOKONGAN EMOSI: 1. Jadi pendengar yang baik untuk dia 2. Beri nasihat apabila diminta 3. Elakkan cepat memasukkan nilai kita kepada dia 4. Biarkan dia bercakap dan jangan cepat mencelah 5. Jaga kontak mata 6. Buat sentuhan jika perlu 7. Buat dorongan minima - anggukan kecil contohnya #kongsikanpositif Dapatkan TIPS POSITIF di sini lagi: t.me/POSITIVEcircle.21 t.me/POSITIVEcircle.21 t.me/POSITIVEcircle.21

photo content

Antara amalan yang sangat dituntut ialah banyak kan berdoa. Berdoa adalah tanda kita seorang hamba. Zahirkan kita lemah dan k
Antara amalan yang sangat dituntut ialah banyak kan berdoa. Berdoa adalah tanda kita seorang hamba. Zahirkan kita lemah dan kita meninggikan Allah SWT. Menurut Imam al-Khattabi, makna doa adalah pemohonan  hamba kepada Tuhannya dengan mengharapkan  pertolongan-Nya dan juga bantuan daripada-Nya. [Lihat: Sya’n al-Du’a, 1/4] Selain berdoa kepada apa yang kita nak, berdoa untuk kebaikan orang lain juga adalah sangat dituntut. Lebih-lebih lagi kita mendoakan dalam keadaan seseorang tidak tahu kita berdoa untuknya. Daripada Abi Darda’ RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ، إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ: وَلَكَ بِمِثْلٍ Maksudnya: “Tidak ada seorang hamba yang muslim apabila berdoa kepada saudaranya yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat berkata kepadanya: dan bagi kamu sepertinya (seperti yang didoakan)”. [Riwayat Muslim (4912)] Jom, kita panjatkan doa untuk semua. Moga ada kebaikan #kongsikan t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21

11 Tips Kembali Sihat Selepas Dijangkiti COVID ini mungkin berguna kepada kita dan mereka yang lain. Jadikan tips ini juga se
11 Tips Kembali Sihat Selepas Dijangkiti COVID ini mungkin berguna kepada kita dan mereka yang lain. Jadikan tips ini juga sebagai satu ingatan dan amalan kita bersama. Semoga Allah SWT terus pelihara dan berikan kesihatan yang baik kepada kita semua. Insya-Allah. Jom kongsikan kepada yang lain agar mereka juga dapat amalkan dan terus sihat. : kredit poster kepada Prof MAS Dapatkan lebih banyak TIPS POSITIF di : t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21

7 SEBAB KENAPA SAYA PERLU MENULIS? Seorang ulama terkenal iaitu Imam Syafi’i mengatakan bahwa menulis adalah alat untuk mengi
7 SEBAB KENAPA SAYA PERLU MENULIS? Seorang ulama terkenal iaitu Imam Syafi’i mengatakan bahwa menulis adalah alat untuk mengikat ilmu atau bacaan. Sekiranya tidak ada tulisan lalu kita lupa maka lenyaplah ilmu itu dari diri kita. 1. Menyampaikan Idea / Pengalaman 2. Tanda Penghargaan 3. Terapi Diri 5. Mengajar Sesuatu 6. Membina Branding 7. Legasi Akhirat Tulislah sebagai legasi berharga kepada generasi... #kongsikanpositif Dapatkan lebih banyak TIPS POSITIF di: t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21

Panduan Solat Gerhana. Sempena PKP ni mungkin masa yang sesuai untuk dibuat seisi keluarga. Jom! Dapatkan lebih banyak TIPS P
Panduan Solat Gerhana. Sempena PKP ni mungkin masa yang sesuai untuk dibuat seisi keluarga. Jom! Dapatkan lebih banyak TIPS POSITIF di : t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21

Antara tanda kebesaran Allah SWT yang mampu membawa kita lebih dekat kepadaNYA. Apabila melihat kejadian alam, insyaAllah kit
Antara tanda kebesaran Allah SWT yang mampu membawa kita lebih dekat kepadaNYA. Apabila melihat kejadian alam, insyaAllah kita akan dekat kepadaNYA jika dilihat dengan mata hati. Lihatlah! Dapatkan lebih banyak TIPS POSITIF di : t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21

Timbulkan rasa SYUKUR dengan apa yang kita ada sekarang ini adalah satu cara untuk merawat hati yang sedang resah. Hati resah
Timbulkan rasa SYUKUR dengan apa yang kita ada sekarang ini adalah satu cara untuk merawat hati yang sedang resah. Hati resah kadang-kadang kerana melihat apa yang kita tidak ada. Cuba senaraikan di ruangan komen apakah perkara yang kita boleh syukuri hari ini? ... Dapatkan lebih banyak TIPS POSITIF di : t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21

Erti hidup ialah tentang NILAI yang boleh kita bina dan beri kepada orang lain sebagai suatu yang bermanfaat. Nak beri atau b
Erti hidup ialah tentang NILAI yang boleh kita bina dan beri kepada orang lain sebagai suatu yang bermanfaat. Nak beri atau bina nilai? 1. Kenal pasti masalah yang ada 2. Cari solusi yang ada pada kita untuk diberikan sebagai alternatif penyelesaian Maka di sini nilai kita dapat dikongsikan. Cubalah! Dapat lagi banyak TIPS POSITIF di sini: t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21

Jom amalkan. Semoga ada kebaikan dalam kehidupan kita hari ini dan seterusnya. #kongsiPOSiTIF Dapatkan lebih banyak TIPS POSI
Jom amalkan. Semoga ada kebaikan dalam kehidupan kita hari ini dan seterusnya. #kongsiPOSiTIF Dapatkan lebih banyak TIPS POSITIF di sini: t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21

Hati-hati dengan skrip yang berlegar dalam diri kita. Kadang-kadang skrip inilah yang banyak sabotaj diri kita daripada terus
Hati-hati dengan skrip yang berlegar dalam diri kita. Kadang-kadang skrip inilah yang banyak sabotaj diri kita daripada terus mencapai kejayaan yang dirancang. Skrip ini boleh menjadi sebagai "self sabotage". Bentuk pemikiran ini boleh menghalang untuk kita capai sesuatu atau membawa kita terus ke belakang. Kenali apakah skrip yang sedang dimainkan dalam diri anda dan ambil langkah pencegahan sekarang. Jangan bertanguh-tangguh. Satu langkah bina skrip positif, lawan balik skrip negatif yang bermain di fikiran. Bisikan pada diri sebaliknya daripada skrip negatif yang terhasil. Lawan dan terus lawan.... #kongsiPOSiTIF Dapatkan lebih banyak TIPS POSITIF di sini: t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21

PANDUAN BIJAK BERMEDIA SOSIAL 1. Baik untuk kita dan orang lain Contoh seperti pengetahuan, hebahan, panduan atau tips secara
PANDUAN BIJAK BERMEDIA SOSIAL 1. Baik untuk kita dan orang lain Contoh seperti pengetahuan, hebahan, panduan atau tips secara umum yang sesuai kepada sesiapa sahaja apabila membaca atau mengamalkannya. Biasanya sesuai dikongsikan dan ada impak positif. 2. Baik untuk kita, tidak kepada orang lain atau sebaliknya Ini maklumat terpilih. Contohnya maklumat berbentuk pandangan, hujah ataupun idea seseorang yang kita rasakan sesuai atau tidak dengan kita. Apabila membacanya, kita boleh untuk bersetuju atau sebaliknya. Ia boleh jadi betul, salah, tepat atau tidak. Pertimbangkan dahulu untuk dikongsikan ataupun tidak. 3. Tidak baik untuk kita dan kepada orang lain juga Contoh seperti fitnah, salah fakta, memburukkan orang lain ataupun mempunyai unsur-unsur tidak baik seperti menghasut. Elak dibaca atau disebarkan. Kesan buruk jika ada rantaian penyebarannya. Berdosa dan boleh dikenakan tindakan jika silap caranya. #share #POSITIVECIRCLE Dapatkan TIPS POSITIF lebih banyak di sini: t.me/POSITIVEcircle21

photo content
+1