fa
Feedback
POSITIVE CIRCLE

POSITIVE CIRCLE

رفتن به کانال در Telegram

Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF

نمایش بیشتر
827
مشترکین
-124 ساعت
اطلاعاتی وجود ندارد7 روز
+330 روز
آرشیو پست ها
Banyak perkara yang boleh disyukuri dalam hidup kita ni. Mengeluh dengan apa yang berlaku tidak akan mengubah apa-apa. Bahkan
Banyak perkara yang boleh disyukuri dalam hidup kita ni. Mengeluh dengan apa yang berlaku tidak akan mengubah apa-apa. Bahkan menambah derita. Ayuh! Ubah cara kita memandang sesuatu. Cari sisi positif. Besarkan kebaikan. Ubah pemikiran pengaruhi emosi dan tindakan. Kunci perubahan di tangan kita. Lakukan sekarang. Allah masih memberi peluang. #kongsipositif #positivecircle21

Moga awal pagi ini kita mulakan dengan kebaikan, dan akhirnya hari kita berakhir dengan kebaikan. Beruntunglah barangsiapa ya
Moga awal pagi ini kita mulakan dengan kebaikan, dan akhirnya hari kita berakhir dengan kebaikan. Beruntunglah barangsiapa yang sentiasa berada dalam kebaikan. Semoga Allah SWT permudahkan semua urusan kita pada hari ini. InsyaAllah. #kongsipositif #positivecircle21

photo content

Alhamdulillah... Berita gembira buat semua. Kebenaran merentas negeri dan negara. Sama-sama patuhi SOP. Masa untuk jaga diri untuk jaga semua. Moga Allah SWT pelihara dan lindungi kita semua. InsyaAllah.

Antara pesan Saidina Umar bin al-Khattab dalam membina persahabatan: 1. Jika dia berbuat kesalahan kepadamu dengan jalan mend
Antara pesan Saidina Umar bin al-Khattab dalam membina persahabatan: 1. Jika dia berbuat kesalahan kepadamu dengan jalan menderhakai Allah SWT, maka balaslah dengan jalan taat kepada Allah SWT. 2. Jangan cepat bersangka buruk terhadap perkataan seseorang, padahal masih ada jalan lain untuk membawanya kepada erti yang baik. 3. Selama kita masih memegang rahsia, selama itulah masih terpegang kebaikan di tangan. 4. Carilah sahabat yang jujur. Dengan jalan demikian kita akan terpelihara daripada bahaya, dan dialah tempat kembali ketika datangnya bencana. 5. Jangan suka membongkar cerita yang bukan ada kaitan dengan kita. 6. Tidak ada kawan yang boleh dipercayai, kalau dia tidak takut kepada Allah SWT. Semoga kita dipertemukan sahabat yang baik. Yang membawa kita dekat kepada kebenaran. Membimbing kita kearah kebaikan. #kongsipositif #positivecircle21

InsyaAllah saya doakan agar kita semua akan dipermudahkan dalam apa setiap keputusan yang telah kita ambil. Terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan peningkatan amalan yang kita ingin bawa menuju kepada Syurga Allah nanti. Di sini adalah tempat beramal sebanyak-banyaknya kerana di sanalah tempat kerehatan yang sebenar. "Beribadatlah sehingga kita penat untuk melakukan kejahatan." Pesan Saidina Ali. Orang yang "bijaksini" akan melebihkan dunia dalam hidupnya. Tetapi orang yang "bijaksana" akan sentiasa melebihkan akhiratnya. #kongsipositif #positivecircle21

Zon Selesa VS Zon Mencabar فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), -Sura Al-Insyirah, Ayah 7 Sifat orang mukmin ini sentiasa sibuk dengan ibadat. Berpindah daripada ibadat khusus kepada ibadat umum mahupun ibadat sunat. Kehidupannya sentiasa berkisar tentang mencari pahala. Sifat cepat berpuashati dengan apa yang ada harus dielakkan selagi mana jika kita mampu untuk buat yang lebih baik. Perkara ini bukan untuk menafikan sifat qanaah. Tujuannya adalah untuk mempertingkatkan kualiti ibadat dan kehidupan ke arah yang lebih baik. Kadang-kadang ramai yang terperangkap dengan zon selesa. Mereka terus selesa tanpa berusaha mencabar diri bagi membuat sesuatu yang baru, yang lebih baik sedangkan mereka mampu untuk mencapainya. Zon selesa ialah keadaan kita sekarang. Keadaan dimana kadar stres dan perasaan cemas adalah kurang disebabkan kawalan diri yang baik. Kita perlukan zon selesa dan semua orang inginkan keselesaan. Perkara yang menjadi isu adalah apabila kita terus berbahagia dengan keaadan diri yang tiada peningkatan atau perubahan. Di sini ungkapan "keluar dari zon selesa" penting. Carilah Zon Mencabar bagi diri kita. Tujuannya adalah untuk meletakkan diri kita pada tahap yang kita inginkan di masa hadapan. Berazam untuk membaiki dan mempertingkatkan amalan pada setiap hari. وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ۛ وَأَحْسِنُوا ۛ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) Agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. -Sura Al-Baqarah, Ayah 195 Sedikit cabaran atau tekanan yang diberikan kepada kehidupan akan membuatkan kita berusaha mengubah tindakan bagi merespon kepada perubahan yang berlaku. Di sini dapatlah juga membuktikan bahawa sedikit tekanan yang timbul bagus untuk kehidupan kita. Ini dinamakan tekanan yang baik (eustress). Cuba bayangkan jika dalam hidup kita ini tiada tekanan? إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. -Sura Al-Kahf, Ayah 7 Sekarang marilah kita sama menyemak kualiti kehidupan masing-masing. Jika ianya sudah cukup memuaskan dan kita merasakan kita tidak perlu untuk keluar dari zon selesa ini, teruskanlah. Jika sebaliknya, berusahalah mencari Zon Mencabar masing-masing. Gantunglah pengharapan dan pertolongan daripada Allah setelah kita membuat keputusan berusaha bersungguh-sungguh di Zon Mencabar tersebut. فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. -Sura Aal-E-Imran, Ayah 159

Menurut kajian Skovholt & D'Rozario (2000), semakin berumur seseorang itu, semakin tinggi kecerdasan emosi (EQ) yang dimilikinya. Hasil kajian ini juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap emosi dengan umur, iaitu jumlah skor meningkat apabila mengjangkau usia akhir 40 tahun dan akhir 50 tahun. Menarik bukan! #kongsipositif #positivecircle21 Dapatkan tip lain di sini: t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21

Menurut Goleman (1995), seseorang yang tidak mempunyai keupayaan mengawal emosi ketika berinteraksi dengan orang lain kurang bermotivasi untuk menjalankan kerja dengan baik.... #kongsipositif #positivecircle21

Amalan 7 B Menguruskan Stres: 1. Bersyukur 2. Bersenam 3. Berfikiran positif 4. Beribadat 5. Berkongsi perasaan 6. Bernafas dengan teratur 7. Bicara diri (monolog) Selamat beramal. Kongsikan kepada rakan anda. Mungkin amalan ini dapat membantu mereka. #kongsipositif #positivecircle21 Dapatkan tip lain di sini: t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21

Menurut Northouse (2009), seorang pemimpin perlu ada 3 kemahiran: 1. Kemahiran pengurusan atau teknikal 2. Kemahiran interper
Menurut Northouse (2009), seorang pemimpin perlu ada 3 kemahiran: 1. Kemahiran pengurusan atau teknikal 2. Kemahiran interpersonal 3. Kemahiran mengkonsepsi Bagaimana dengan anda? #kongsipositif #positivecircle21

Teruskanlah berdoa dan tetaplah berusaha. Buat apa yang kita mampu iaitu usaha dan terus berusaha. Hasilnya kita serah kepada
Teruskanlah berdoa dan tetaplah berusaha. Buat apa yang kita mampu iaitu usaha dan terus berusaha. Hasilnya kita serah kepada Allah untuk tentukan. Sesuatu perkara yang telah dibuat dengan tekun, bersungguh-sungguh pasti hati akan tenang menerimanya walaupun tidak mengikut kehendak kita. Itulah kuasa Redha yang sebenarnya. Terima dengan hati yang lapang setelah kuat berusaha.... Usaha tanpa doa itu sombong namanya, tapi doa tanpa usaha itu satu pembohongan. وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. -Surah Ghafir, Ayat 60 #kongsipositif #positivecircle21 Lagi tip di sini : t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21

"Dengan wang, kamu hanya boleh membeli buku, tetapi kamu tidak boleh membeli ilmu..." ~ Peribahasa Cina #kongsipositif #posit
"Dengan wang, kamu hanya boleh membeli buku, tetapi kamu tidak boleh membeli ilmu..." ~ Peribahasa Cina #kongsipositif #positivecircle21

Hidup kita tidak panjang. Sampai masa kita akan dipanggil "pulang". Di sana nanti untuk beramal sudah tiada peluang. Apa yang ada sekarang lah digunakan dengan sebaiknya. Rebut setiap peluang yang terhidang. Bukan masa untuk bersenang-senang di waktu lapang. Kita punya tugas masing-masing kawan. Ikutlah mana haluan yang kau senang. Moga di Sana kitakan tenang. #kongsipositif #positivecircle21

Seni Mempengaruhi Kawan dan Lawan 1- Elakkan Daripada Mengkritik, Mencerca dan Mengeluh Terhadap Orang Lain Orang yang berjiwa besar pastinya mempunyai cara layanan yang terbaik terhadap orang lain. Dia akan sedaya upaya cuba untuk memahami dan memaafkan orang lain. Sesungguhnya manusia itu bukannya makhluk logik semata-mata. Kita berhubung dengan makhluk yang penuh emosi. Marah, sayang, sedih, gembira, perasaan sombong dan merendah diri. Semuanya harus dihormati dan ingin dihargai. Kritikan hanya akan membuatkan mereka lebih menjauh, membenci dan memupuk bibit-bibit dendam. Jangan terus mengkritik mereka sebelum kita cuba memahami daripada sudut pandang mereka. Mereka hanya bertindak dengan cara yang sama seperti yang kita lakukan apabila kita berada dalam situasi yang sama seperti mereka. Dengan mengkritik, kita tidak membuat perubahan yang berkekalan. Kita telah meletakkan orang yang dikritik dalam posisi defensif dan biasanya membuatkan orang itu berusaha mempertahankan dirinya. Sesungguhnya kritikan itu cukup berbahaya kerana menjatuhkan maruah, melukai perasaan dan membangkitkan perasaan benci. وَإِذَا رَأَيْتَ الَّذِينَ يَخُوضُونَ فِي آيَاتِنَا فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ حَتَّىٰ يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ ۚ وَإِمَّا يُنْسِيَنَّكَ الشَّيْطَانُ فَلَا تَقْعُدْ بَعْدَ الذِّكْرَىٰ مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain; dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu). -Surah Al-An'am, Ayat 68 Sesungguhnya manusia itu inginkan dihargai, diterima dan suka apabila dipersetujui cakap-cakap mereka. Ahli Psikologi terkemuka, Hans Selye ada menyebut bahawa, " Sebanyak mana kita inginkan penerimaan, begitu juga dengan ketakutan kepada kritikan." Perasaan benci yang timbul kerana kritikan dapat menurunkan semangat kerja pegawai, ahli keluarga dan rakan-rakan. Ia langsung tidak membaiki keadaan kepada lebih baik. Jom! Belajar melihat kekuatan disebalik kelemahan. Ingat pesan Dr. Johnson, "Tuhan sendiri tidak menghakimi orang sehingga tiba saat akhir kematiannya." Mengapakah kita harus pula melakukannya? فَلِذَٰلِكَ فَادْعُ ۖ وَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ ۖ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ ۖ وَقُلْ آمَنْتُ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنْ كِتَابٍ ۖ وَأُمِرْتُ لِأَعْدِلَ بَيْنَكُمُ ۖ اللَّهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ ۖ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ ۖ لَا حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ ۖ اللَّهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا ۖ وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka - wahai Muhammad - kepada berugama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)". -Surah Ash-Shura, Ayat 15 #kongsipositif #positivecircle21 Dapatkan tip lain di sini: t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21

Uniknya manusia... Dapatkan tip lain di sini: t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21
Uniknya manusia... Dapatkan tip lain di sini: t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21

Nak berjaya, kita perlukan W.A.N.G. Dapatkan tip lain di sini: t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21 t.me/positivecircl
Nak berjaya, kita perlukan W.A.N.G. Dapatkan tip lain di sini: t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21

Takut Yang Mendekatkan Oleh : Hasbullah Mustafa Perasaan takut merupakan antara lapan emosi asas yang ada pada manusia menurut Ahli Psikologi, Goleman (1977). Antara emosi lain ialah sedih, takut, gembira, sayang, benci, malu dan hairan. Takut kepada makhluk, buatkan kita semakin jauh dan jauh. Jauh bukan hanya fizikal bahkan jauh juga hatinya. Tawar untuk bertegur sapa dan bermesra lagi. Berbeza pula perasaan takut kepada Allah SWT yang akan membuatkan kita semakin dekat dan lebih rapat kepada-NYA. Ajaib sungguh! Bahkan perasan takut ini juga mampu melahirkan semakin tinggi rasa kehambaan. Rasa hidup bertuhan. Takut akan azab-NYA, meyakini setiap kebaikan serta keburukan akan dibalas dan setiap kelakuan diperhitungkan akan menyebabkan kita lebih berhati-hati dalam setiap tindakan. Bertepatan dengan firman-NYA. مَن جَآءَ بِٱلۡحَسَنَةِ فَلَهُۥ عَشۡرُ أَمۡثَالِهَاۖ وَمَن جَآءَ بِٱلسَّيِّئَةِ فَلَا يُجۡزَىٰٓ إِلَّا مِثۡلَهَا وَهُمۡ لَا يُظۡلَمُونَ Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun). -Surah Al-An'am, Ayat 160 Sebenarnya, perasaan takut ini akan menyebakan kita mulai sedar, kita hamba yang lemah segalanya. Namun dengan bantuan-NYA kita akan dapat melakukan sesuatu yang awalnya dirasakan mustahil. Sesungguhnya, bantuan Allah SWT itu sentiasa bersama orang yang menyerah diri kepada-NYA. Perasaan takut itu sebenarnya harus disandarkan dengan perasaan penuh pengharapan. Berharap pertolongan Allah sentiasa bersama kita. Sebagaimana firman Allah. إِذۡ تَسۡتَغِيثُونَ رَبَّكُمۡ فَٱسۡتَجَابَ لَكُمۡ أَنِّي مُمِدُّكُم بِأَلۡفٖ مِّنَ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةِ مُرۡدِفِينَ (Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut. -Surah Al-Anfal, Ayat 9 Sesungguhnya DIA tidak jauh. Bahkan lebih dekat daripada apa yang kita sangkakan. Di saat kita susah mahupun senang. Tika lapang mahupun sibuk. Namun, kitalah yang selalu lalai, alpa mengingati-NYA. Allah berfirman. وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ وَنَعۡلَمُ مَا تُوَسۡوِسُ بِهِۦ نَفۡسُهُۥۖ وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنۡ حَبۡلِ ٱلۡوَرِيدِ Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, -Surah Qaf, Ayat 16 Oleh itu, yakinlah dengan sifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang Allah SWT kepada semua hamba-NYA. Perasaan takut yang ada ini membawa kita lebih dekat kepada-NYA jika diuruskan dengan baik. Semakin kuat berusaha menagih kepada keampunan-NYA. Sesungguhnya rahmat dan kasih sayangnya Allah SWT itu mengatasi segala kemurkaan-NYA. Ambilah peluang ini sebelum kita dipanggil kembali mengadap-NYA. -Kaunselor Berdaftar. #kongsipositif #positivecircle21 Dapatkan tip lain di sini: t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21

photo content

Maafkanlah mereka... Kawan, maafkanlah mereka. Mungkin hari ni giliran mereka untuk membuat kesilapan. Hari esok belum tentu kita terlepas untuk membuat kesilapan yang sama juga. Usahlah berlagak seolah-olah kita tidak pernah tersilap. Hidup ini terlalu singkat untuk menyemai benih-benih benci, dendam dan kesumat. Janganlah dirosakan hati yang bersih ini dengan perasaan marah yang membuak-buak. Maafkanlah kesilapan mereka. Agar kita dan mereka belajar daripada kesilapan tersebut. Berlapang dadalah... Belajarlah untuk melepas kan. Tidak selamanya ia perlu digenggam erat sehingga merosakkan diri sendiri... فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. -Surah Aal-E-Imran, Ayat 159 Sebagaimana kita ingin kesilapan kita ini dimaafkan oleh yang lain, begitu juga mereka. يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلَادِكُمْ عَدُوًّا لَكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ ۚ وَإِنْ تَعْفُوا وَتَصْفَحُوا وَتَغْفِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. -Surah At-Taghabun, Ayat 14 Kita semua pastinya berharap untuk pulang bertemu dengan Allah dalam keadaan tenang dan damai. Tiada lagi sengketa berpanjangan, tidak menemui titik kesudahanya. يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ (Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! - -Surah Al-Fajr, Ayat 27 ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً "Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! - -Surah Al-Fajr, Ayat 28 Moga kita lebih tenang. Kemenangan itu akan menjadi milik kita.... #kongsipositif #positivecircle21 Tip lain di sini: t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21