POSITIVE CIRCLE
رفتن به کانال در Telegram
Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF
نمایش بیشتر828
مشترکین
-124 ساعت
+37 روز
+430 روز
آرشیو پست ها
Aktiviti Kad COVITS69
Jom serlahkan kreativiti dengan aktiviti bina ayat guna kad COVITS69!
Gunakan semua kad yang ada – sama ada ikut tema atau bebas ikut imaginasi.
Contoh kad:
🟣 Kakak
🟢 Pasar
🟡 Motosikal
🔵 Hutan
🟤 Ruang Tamu
🟠 Televisyen
🔴 Gunting
⚫ Labu
Soalannya: Apa ayat korang boleh bina dengan semua ni?
Cuba tulis kat ruang komen.
Nak lawak pun boleh, nak dramatik pun boleh! 😄
#kongsipositif
#covits69
#positivecircle21
Siri Positif: Latihan Orang Dewasa: Bukan Ceramah Semata
Dalam dunia latihan orang dewasa, satu benda kita kena faham betul-betul ialah orang dewasa tak suka dipaksa belajar, tapi mereka akan sangat teruja kalau apa yang diajar tu boleh terus diguna!
Sebab tu pendekatan latihan kena mesra, praktikal dan bagi mereka rasa dihargai dan terlibat.
Macam dalam sesi TOT Kad Aktiviti COVITS69 ni kami pelbagai kaedah, bukan hanya bercakap, tapi peserta bergerak, berfikir, mencuba dan berkongsi.
1. Ada sesi 'hands-on' guna kad aktiviti
2. Ada perbincangan kumpulan dan simulasi sebenar
3. Ada elemen fun, refleksi dan ulangkaji segera
Kenapa semua ni penting?
✅ Orang dewasa belajar melalui pengalaman
✅ Mereka suka aplikasi terus, bukan teori semata
✅ Mereka hargai ruang untuk beri pandangan dan kongsi cerita
Bila peserta pulang, mereka bukan hanya bawa catatan nota, tapi bawa semangat, teknik, dan keinginan nak ubah cara kerja mereka!
Terima kasih kepada semua trainer dan peserta yang menjadikan sesi TOT ini penuh warna dan makna buat tahun 2023, 2024 dan 2025.
InsyaAllah kami akan terus berkongsi daripada manafaat kad inovasi ini.
Doakan ya!
#kongsipositif
#covits69
Gangguan Seksual Terhadap Lelaki, Apa yang Perlu Kita tahu?
Jom tonton di sini:
https://www.facebook.com/share/v/1EwSXcM3kE/
Atau di sini:
https://vt.tiktok.com/ZSk2cdwbL/
#kongsipositif
#positivecircle21
*Gangguan Seksual Terhadap Lelaki, Apa yang Perlu Kita tahu?*
Jom tonton di sini:
https://www.facebook.com/share/v/1EwSXcM3kE/
Atau di sini:
https://vt.tiktok.com/ZSk2cdwbL/
*#kongsipositif*
#positivecircle21
“Apakah satu perkataan atau frasa yang boleh menggambarkan individu ini dengan tepat?”
#kongsipositif
#positivecircle21
Siri Positif: “Usah biar semalam mencuri cahaya hari ini.”
Ada waktunya...
kita termenung di sisi jendela waktu.
Menatap ke luar, tapi fikiran hanyut ke dalam, ke lubuk kenangan, merenung kesilapan yang pernah kita buat.
"Kalaulah aku lebih berani dulu..."
"Kalaulah aku tak lepaskan peluang itu..."
Namun, sebuah penyesalan tanpa perubahan ibarat rantai yang mengikat jiwa tanpa penghujung. Kejung!
Sambung baca di sini:
https://www.facebook.com/share/p/17y2uCCwZc/
Senjata paling ampuh setakat ni untuk beraktiviti bersama peserta. Sekotak Kad Aktiviti COVITS69.
Simple yet practical!
Jemput tengok:
https://bit.ly/hasbullahmustafa
#kongsipositif
#covits69
Dalam pengurusan stres, lupa tu adalah satu nikmat kurniaan Allah. Untuk kita move on.
Namun, jika di dewan peperiksaan, lupa tu adalah satu azab.... 🤣
Slot Syoknya Stres bersama warga Hospital Melaka.
#kongsipositif
#positivecircle21
"Mencipta alasan atau pun mencari jalan adalah pilihan. Kedua-duanya memerlukan kita berfikir. Maka pilihlah yang terbaik yang mampu kita fikirkan...."
#kongsipositif
#positivecircle21
Altruisme: Bila Kita Letak Bahagia Orang Lain di Hati Kita
Pernah tak kita jumpa kawan yang sanggup tolong, walaupun dia sendiri tengah sibuk? Yang hulur tangan tanpa harap balasan? Yang senyum dan sapa walau hatinya sendiri mungkin sedang berperang?
Itulah altruisme iaitu satu sifat mulia, yang menurut Kamus Dewan bermaksud suka mengutamakan kebajikan atau kebahagiaan orang lain daripada diri sendiri.
Dalam hidup bermasyarakat, nilai ini sangat mahal. Ia bukan sekadar tolong-menolong, tapi juga keikhlasan. Bila kita amalkan altruisme, kita bukan saja bina ukhuwah yang kuat, tapi kita juga sedang membina dunia yang lebih tenang dan penuh kasih.
Tak perlu tunggu besar untuk jadi orang yang memberi. Kadang cukup dengan sudi dengar cerita kawan, ringan tulang bantu jiran, atau tak berkira bila berkongsi rezeki. Semua itu, walau kecil, adalah amal yang besar dalam membina masyarakat yang penuh cinta dan hormat.
Kalau kita nak hidup dikelilingi orang baik, kita mula dulu jadi yang baik.
Kerana kebaikan itu menular. Jom sebarkan kebaikan.
#kongsipositif
#positivecircle21
Fasa Dewasa awal (18 -40 tahun):
- pembentukan identiti dan hubungan intim
- kemandirian kewangan dan keputusan besar
- perkembangan kognitif dan peranan sosial baharu
#kongsipositif
#notaDP
"Kesihatan mental ditakrifkan sebagai suatu kesejahteraan di mana setiap individu menyedari potensi dirinya, dapat mengatasi tekanan hidup normal, boleh bekerja secara produktif dan membuahkan hasil , serta mampu memberi sumbangan kepada komuniti."
~(WHO 2014).
#kongsipositif
#positivecircle21
Siri Positif : “Tak Semua Perlu Jalan Sama, Tapi Semua Perlu Ilmu”
Adik-adik lepasan SPM, kalau rasa jalan akademik bukan pilihan hati, jangan terus rasa masa depan dah gelap. Ilmu tak semestinya datang dari kuliah dan peperiksaan semata. Ilmu juga boleh hadir dalam bentuk kemahiran.
Carilah bidang yang boleh beri nilai tambah kepada diri kita dan akhirnya kita dapat menikmatinya serta beri manfaat kepada orang lain juga.
Program TVET, latihan kemahiran, kursus vokasional—semua ni adalah pintu untuk bina masa depan. Tak rugi langsung:
• Boleh kerja dengan orang, atau mula kerja sendiri.
• Boleh jadi sumber pendapatan
• Kalau betul-betul dikuasai, boleh buka jalan bisnes.
• Dan yang paling penting, kita ada ilmu yang berguna sepanjang hayat.
Ilmu akademik dan ilmu kemahiran—dua-dua penting, tapi ikutlah laluan yang sesuai dengan potensi dan minat kita.
Sebagai kaunselor, saya percaya setiap orang ada kelebihan. Jangan malu untuk pilih laluan berbeza, asalkan kita tak berhenti belajar.
#kongsipositif
Kadang kita tak perlu jadi orang paling hebat untuk bawa perubahan. Cukup jadi versi terbaik diri sendiri — yang ikhlas, konsisten dan tak putus asa.
Gaya mungkin biasa, tapi tindakan kena luar biasa.
“Yang penting bukan besar kepala, tapi biar semangat sentiasa menyala!”
#kongsipositif
#positivecircle21
*5 Sebab Kenapa Lepasan SPM Patut Pilih Politeknik:*
https://vt.tiktok.com/ZShJqbQDg/
#kongsipositif
#positivecircle21
Tip buat pilihan sambung pengajian bagi lepasan SPM.
https://vt.tiktok.com/ZSro5tqdk/
SIRI POSITIF: Bawa Realiti ke Dalam Latihan
Salah satu game changer dalam sesi latihan adalah bila kita berjaya bawa situasi sebenar masuk ke dalam bilik latihan.
Bukan sekadar bercakap teori, tapi kita hidupkan suasana seolah-olah mereka sedang "betul-betul" berhadapan dengan cabaran dunia nyata.
Kenapa penting?
Sebab bila peserta merasai, mereka akan lebih memahami. Bila mereka memahami, mereka akan lebih bersedia untuk buat penambahbaikan dalam realiti.
Sebab tu, dalam latihan:
Aktiviti mesti kreatif – bukan hanya main teka-teki, tapi biar peserta guna otak dan hati.
Aktiviti mesti realistik – ambil contoh kes sebenar, tugasan sebenar, masalah sebenar.
Aktiviti mesti melibatkan emosi – supaya peserta rasa bertanggungjawab, bukan sekadar "ikut arahan".
Tambah lagi... Aktiviti yang bagus biasanya:
Beri ruang kepada peserta untuk fikirkan solusi (bukan terus suap jawapan).
Ajak peserta refleksi – apa yang mereka belajar, apa yang boleh diperbaiki.
Bina kerjasama – dunia sebenar jarang kerja solo, kan?
Ingat, matlamat latihan bukan nak tunjuk siapa lebih hebat. Tapi nak bantu peserta nampak kekuatan dan ruang untuk upgrade diri.
Dalam dunia sebenar, yang survive dan berjaya adalah mereka yang belajar, berubah dan berani mencuba.
#kongsipositif
