POSITIVE CIRCLE
رفتن به کانال در Telegram
Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF
نمایش بیشتر828
مشترکین
-124 ساعت
+37 روز
+430 روز
آرشیو پست ها
Self-Efficacy: Yakin Boleh, Tapi Jangan Lupa Asal Usul
Dalam psikologi, ada satu konsep dipanggil "self-efficacy" iaitu keyakinan kita terhadap kebolehan diri untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Bila seseorang ada self-efficacy yang tinggi, dia lebih berani mencuba, tak cepat putus asa, dan sentiasa cari jalan walau susah.
TAPI…
Sebagai orang beriman, kita belajar satu perkara penting bahawa keyakinan itu bukan semata-mata datang dari kehebatan kita. Ia adalah asbab Allah SWT yang izinkan hingga kita mampu.
Kita boleh sebab Allah SWT mahu.
Dalam surah Al-Kahfi, Allah ajar kita untuk sentiasa sebut “insya-Allah” bila nak buat sesuatu.
Bukan untuk sedapkan ayat, tapi sebagai tanda kita sedar siapa yang pegang segala kemampuan.
Yakin diri itu bukan segala. Berusaha sungguh-sungguh itu wajib. Tapi jangan lupa, istighfar dan tawakkal adalah pelengkap sebenar kekuatan.
Kerana kita tak hebat.
Tapi bila Allah SWT izinkan, tiada siapa boleh halang kita berjaya.
Jom kita usaha dengan yakin,
tapi sentiasa tunduk pada Tuhan yang Maha Memberi segala keyakinan.
#kongsipositif
#positivecircle21

Siri Positif; Membaca dan Menulis: Warisan Yang Tak Pernah Mati
Bayangkan ini…
Duduk di bawah langit terbuka, dikelilingi alam yang damai, ditemani sebuah buku yang membuka jendela minda.
Membaca bukan sekadar hobi, tapi satu jalan untuk memperkaya jiwa, membuka cakrawala fikir dan menjentik kesedaran diri. Setiap helaian buku itu bukan sahaja membawa ilmu, tetapi juga menghubungkan kita dengan pemikiran agung zaman silam dan semangat zaman hadapan.
Lebih indah, apabila kita pula menulis. Menulis adalah menyambung hayat ilmu. Ulama terdahulu masih hidup hingga hari ini, semuanya melalui tulisan mereka. Nama mereka disebut, ilmunya dipelajari, inspirasinya diwarisi. Kerana mereka membaca dan mereka juga menulis.
Jadi, jangan takut untuk bermula. Baca walau satu muka surat sehari. Tulis walau satu perenggan seminggu. Biar perlahan, asalkan istiqamah. Suatu hari nanti, mungkin tulisan kita menjadi legasi yang memandu orang lain. Walaupun kita telah tiada.
Kerana ilmu yang ditulis dan dikongsi, adalah pahala yang terus mengalir.
...
Masa untuk kemaskini dan ulang cetak buku 47 Aktiviti Ice Breaking.
#kongsipositif
#projekbuku

Contoh aktiviti bermain dengan kad.
"Kalau kad ini mewakili diri awak hari ini, apa yang awak nak ubah atau kekalkan esok?"
#covits69

“Terkedu weh… tengah tunggu lif, sekali ternampak muka sendiri.
Seketul kat skrin… ingatkan kembar terpisah dari kecil 😳😂”
...
Kadang-kadang bukan sebab kita tak hebat. Tapi sebab kita belum berada di tempat yang betul.
Kalau benih pokok durian ditanam di tanah yang kering kontang, ia takkan membesar, apatah lagi berbuah. Tapi bila diletakkan di tanah subur, cukup baja dan air. Maka lihatlah hasilnya nanti.
Begitu juga dengan kita.
Penting untuk kita kenal siapa kita, di mana kita boleh menyumbang, dan di ruang mana nilai kita lebih bermakna. Bila kita duduk di segmen yang tepat, kita bukan saja dapat berkembang, tapi mampu memberi manfaat dan membina legasi.
“Orang yang paling baik ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.”
Nak mula bina positioning dan branding diri? Cuba 3K langkah ringkas ini:
1. Kenal Pasti Kekuatan & Minat Sendiri
Tanya diri: “Apa perkara yang aku buat orang selalu tanya atau cari aku?”
2. Kaji Platform yang Sesuai
Tulis, bercakap, berkongsi di platform yang dekat dengan komuniti sasaran. Jangan tunggu sempurna, mulakan saja.
3. Konsisten & Ikhlas Berkongsi
Orang mudah percaya pada mereka yang autentik. Jadilah diri sendiri, tapi sentiasa upgrade kualiti diri dan sumbangan.
Dunia sedang tunggu versi terbaik dari diri kita.
Tugas kita: cari posisi, fokus menyumbang, dan bina legasi.

Selamat Hari Bapa
Dia tak banyak berkata,
Tapi setiap geraknya penuh erti.
Dia tak selalu bercerita,
Tapi hidup kita sarat dengan jasanya yang tak terlihat lagi.
Tegurannya pendek,
Tapi berbekas sampai ke hati.
Langkahnya perlahan,
Tapi arah hidup kita ditunjuk olehnya setiap hari.
Dia tak minta dibalas,
Cuma mahu lihat anaknya teguh berdiri.
Dia tak tunjuk lelah,
Tapi matanya bercerita tentang pengorbanan yang tak pernah diberi erti.
Sedikit demi sedikit,
Dia kosongkan dirinya...
Untuk cukupkan hidup anak-anaknya.
Tapi tetap dia berdiri gagah,
Tak mahu kita rasa susah.
Hari ini,
Kalau masih ada peluang,
Peluk dia. Cium tangannya.
Ucap terima kasih yang mungkin jarang kita luah.
Dan kalau dia telah tiada,
Doakan… agar tempatnya di sisi Tuhan,
Setinggi segala cinta dan pengorbanannya.
Selamat Hari Bapa.
Buat lelaki yang diam-diam berkorban,
Tanpa minta dikenang.
#kongsipositif
#positivecircle21
"Dia Bukan Malas, Tapi Dia Perlu Difahami"
Kadang kita cepat melabel murid sebagai malas, lambat, atau tak mahu belajar.
Tapi pernah tak kita fikir... mungkin dia alami gangguan pembelajaran?
👉 Disleksia – susah membaca dan memproses perkataan.
👉 Diskalkulia – sukar faham nombor dan operasi matematik asas.
👉 Disgrafia – keliru tulis huruf atau sukar menyusun ayat.
Anak-anak ini bukan bodoh, mereka hanya perlukan cara bantu yang berbeza.
Mereka ada potensi, tapi sistem dan pendekatan kita yang kena lebih empati.
Mungkin itulah permulaan kepada satu intervensi awal yang menyelamatkan masa depannya.
Jangan hukum sebelum faham,
jangan biar mereka tertinggal dalam diam.
#kongsipositif
#positivecircle21
SETIAP MASALAH, ADA PELUANG TERSEMBUNYI!
Pernah tak kita duduk termenung... fikir kenapa hidup kita macam stuck?
➡️ Banyak idea dalam kepala... tapi tak tahu nak mula dari mana.
➡️ Banyak masalah... tapi tak tahu macam mana nak ubah jadi peluang.
Jangan risau.
Dalam dunia inovasi, setiap M.A.S.A.L.A.H boleh jadi permulaan untuk cipta sesuatu yang luar biasa — asalkan kita ada langkah yang betul.
📘 Buku SIRI MULA INOVASI ini bukan buku biasa.
Ia adalah "langkah demi langkah" panduan membina solusi kreatif, lengkap dengan BOOKAD aktiviti yang bantu kita fikir, susun idea, dan buat refleksi. Sesuai untuk pelajar, guru, usahawan dan siapa saja yang nak bangkit dengan cara bijak.
✨ Apa yang best?
🔹 Teknik mengenal pasti masalah secara sistematik
🔹 Aktiviti mudah & praktikal
🔹 Kad inspirasi untuk bantu kita fikir "di luar kotak"
💡 Ingat, inovasi bukan hanya untuk orang hebat, tapi untuk orang yang berani ubah cara fikir.
📦 Jom ubah masalah jadi peluang.
Kami ingin berkongsi rahsianya bersama anda semua.
Lihat sini:
https://s.shopee.com.my/9f915pdUYw
#kongsipositif
#projekbuku