POSITIVE CIRCLE
رفتن به کانال در Telegram
Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF
نمایش بیشتر828
مشترکین
-124 ساعت
+37 روز
+430 روز
آرشیو پست ها
Jangan Cabuli Batasan Kerja & Peribadi
Di zaman serba digital ini, batas antara kerja dan kehidupan peribadi semakin kabur. Ramai pekerja masih diganggu selepas waktu pejabat. Mesej kerja masuk waktu malam, panggilan kerja ketika bercuti, atau diarahkan menyiapkan tugasan di luar waktu yang sepatutnya.
Undang-undang jelas menyatakan bahawa Akta Kerja 1955 (Seksyen 60A) menetapkan pekerja tidak boleh bekerja lebih daripada 8 jam sehari atau 40 jam seminggu. Semasa cuti pula, pekerja berhak menikmati rehat. Jika diminta bekerja, ia mesti dengan bayaran atau pampasan sewajarnya.
Apabila majikan melanggar sempadan ini, ia bukan sahaja menghakis masa peribadi pekerja, bahkan membuka pintu kepada burnout, stres kronik, reputasi organisasi tercalar, hingga kehilangan pekerja yang berkualiti.
Persoalan utama, adakah pekerja wajib respon mesej majikan selepas pejabat? Jawapannya tidak, kecuali benar-benar kecemasan. Adakah bos boleh beri arahan semasa cuti? Hanya jika ada persetujuan khas dan dengan pampasan sewajarnya.
Apa yang boleh dibuat?
1. Majikan wujudkan dasar jelas tentang “tidak mengganggu selepas waktu pejabat” kecuali hal urgent.
2. Pekerja tetapkan sempadan dengan berani, seperti menjawab mesej pada keesokan harinya.
3. Organisasi galakkan budaya rehat yang sihat, kerana rehat juga adalah sebahagian daripada produktiviti.
4. Wujudkan komunikasi dua hala dengan majikan boleh nyatakan harapan dengan jelas, pekerja pula perlu berani bersuara tentang hak mereka.
5. Normalisasikan budaya kerja sihat: kerja pada masa kerja, rehat pada masa rehat.
Pengurusan bijak bukan mengukur berapa lama staf bekerja, tetapi bagaimana mereka bekerja dengan baik dalam waktu yang ditetapkan.
Masa peribadi pekerja harus dihormati, kerana dari sanalah lahir tenaga dan idea terbaik untuk organisasi selepas rehat yang berkualiti...
#kongsipositif
Kadang-kadang bila kita terlalu sabar, terlalu memberi, terlalu mendahulukan orang lain, akhirnya kita nampak seperti senang dipermainkan. Lama-kelamaan orang terbiasa mengambil kesempatan.
Namun jangan lupa, kita juga manusia. Kita ada hati, ada rasa, ada batas sabar. Menghargai orang lain itu tanda kematangan, tapi menghargai diri sendiri itu tanda kebijaksanaan.
Kalau keadaan berulang-ulang, mungkin tiba masanya kita ambil tindakan tegas. Bukan kerana benci, tetapi kerana mendidik. Supaya orang faham, kita juga perlu dihargai.
Ingatlah, menghormati orang lain bermula dengan menghormati diri sendiri. Bila kita tegas menjaga maruah, barulah orang lain belajar menghargai kehadiran kita.
Hargailah mereka yang ikhlas memberi, kerana bukan semua orang mampu terus memberi tanpa rasa.
Jangan mematikan motivasi orang yang membuat kebaikan dengan sikap mengambil kesempatan...
#kongsipositif
#positivecircle21
Mesyuarat Lama = Efektif?
Belum Tentu.
Ramai beranggapan mesyuarat yang panjang lebih produktif, tetapi kajian menunjukkan tidak semestinya begitu. Hakikatnya, ada beberapa faktor lain yang lebih menentukan keberkesanan sesuatu mesyuarat.
Pertama, saiz mesyuarat. Lebih ramai peserta, lebih sukar untuk fokus dan mencapai keputusan. Mesyuarat kecil biasanya lebih pantas dan tajam.
Kedua, jenis mesyuarat. Jika sekadar kemaskini status, cukup dengan 15 hingga 30 minit. Tetapi jika untuk brainstorming atau keputusan strategik, barulah perlukan lebih masa.
Ketiga, agenda dan persediaan. Mesyuarat tanpa agenda jelas ibarat perjalanan tanpa arah. Masa terbuang, hala tuju pun kabur.
Keempat, keterlibatan peserta. Mesyuarat panjang tetapi semua pasif tidak banyak bezanya dengan membaca emel sahaja.
Akhir sekali, format dan teknologi. Mesyuarat dalam talian biasanya perlu lebih ringkas kerana fokus peserta lebih mudah terganggu.
Kesimpulannya, keberkesanan mesyuarat bukan bergantung kepada tempoh masa, tetapi bagaimana masa itu digunakan dengan bijak.
Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.
#kongsipositif
#positivecircle21
Siri Positif : Apa itu Adverse Childhood Experiences (ACE’s)?
Pengalaman masa kecil sangat mempengaruhi siapa kita bila dewasa.
Ada 10 pengalaman buruk (ACE’s) yang sering meninggalkan kesan jangka panjang:
1. Penderaan fizikal – dipukul, dicederakan atau dihukum secara kasar.
2. Penderaan seksual – dilecehkan atau disentuh tanpa kerelaan.
3. Penderaan emosi – dimarahi, dihina, diperkecilkan secara berulang.
4. Pengabaian fizikal – tidak diberi makan cukup, pakaian sesuai, atau tempat tinggal selamat.
5. Pengabaian emosi – tidak menerima kasih sayang, perhatian dan sokongan daripada ibu bapa.
6. Masalah mental dalam keluarga – membesar dengan ibu bapa/penjaga yang mengalami gangguan mental.
7. Ibu diperlakukan secara ganas – melihat ibu dipukul atau didera di hadapan mata.
8. Penyalahgunaan bahan – hidup dalam rumah yang terlibat dengan arak atau dadah.
9. Perceraian – ibu bapa berpisah atau berkonflik yang berpanjangan.
10. Ahli keluarga dipenjara – kehilangan sokongan kerana ibu bapa/ahli keluarga dipenjarakan.
Kajian mendapati, semakin tinggi skor ACE’s seseorang, semakin besar risiko mereka berdepan dengan stres, kemurungan, masalah emosi, dan penyakit fizikal apabila dewasa.
Namun, dengan intervensi awal, sokongan emosi, dan suasana rumah yang penuh kasih sayang, kesan buruk ini boleh dikurangkan.
Anak-anak bukan hanya perlukan makan dan pakaian, mereka perlukan rasa selamat, disayangi, dan dihargai. Itulah pelaburan sebenar untuk masa depan mereka.
#kongsipositif
#positivecircle21
“Langkah kecil kita hari ini mungkin tak nampak besar. Tapi setiap langkah yang kita ambil, setiap usaha yang kita buat, semuanya menyumbang kepada Malaysia yang lebih baik. Bangga melangkah di bumi bertuah ini 🇲🇾.”
Selamat Hari Malaysia!
#kongsipositif
#positivecircle21
Seorang penjual kopi letak papan tanda:
“Di sini ada jual kopi.”
Orang tegur, “Tak payah tulis di sini, orang dah nampak kau berniaga sini.”
Dia padam. Tinggal: “Ada jual kopi.”
Orang lain pula tegur, “Tak payah tulis ada jual, memang orang datang nak beli.”
Dia padam. Tinggal: “Kopi.”
Tak lama, datang lagi yang menegur, “Tak payah tulis kopi, orang dah bau aroma kopi tu dari jauh.”
Akhirnya papan tanda kosong.
Dia pandang papan tanda kosong tu, senyum sambil hirup kopi panas:
“Kalau asyik ikut semua cakap orang, serba tak kena jadinya.”
Hidup ini macam secawan kopi, ada yang suka manis, ada yang suka pahit.
Ambil pandangan yang bermanfaat, tapis yang tak perlu.
Yang penting, kita tahu rasa kopi yang kita bancuh.
Manusia ini hidupnya memang serba tak kena di matanya.
#kongsipositif
Kadang-kadang kita terlalu sibuk cari "manual book" jadi ibu bapa terbaik, sedangkan hakikatnya parenting itu sendiri adalah sebuah perjalanan yang hidup, berwarna-warni dan penuh belajar.
5 Noktah Penting Parenting
1. No Parenting without PARENT(s) – Anak perlukan ibu bapa, bukan orang lain.
2. Presence, not perfection – Anak tidak perlukan ibu bapa sempurna, cukup kita hadir sepenuh hati.
3. Parenting adalah satu refleksi – Anak belajar daripada apa yang kita buat lebih daripada apa yang kita cakap.
4. Parenting suatu yang dinamik – Setiap anak berbeza, cara mendidik juga perlu menyesuaikan keadaan.
5. Parenting ialah suatu pelaburan – Apa yang kita tanam hari ini akan dituai pada masa depan mereka.
Parenting bukan tentang kesempurnaan, tetapi tentang kehadiran, kesabaran, dan konsistensi.
Nota slot Dr Rozanizam
#kongsipositif
#positivecircle21
Siri Positif: Kerjasama - Senang Cakap,Susah Nak Buat
Kita selalu dengar orang sebut tentang pentingnya kerjasama. Hakikatnya, bercakap memang mudah, tetapi untuk benar-benar melakukannya bukan sesuatu yang senang.
Antara sebabnya kerana kita sering menunggu orang lain mulakan dahulu, sedang sebenarnya kerjasama itu perlu bermula daripada diri kita sendiri.
Halangan paling besar ialah ego. Bila ego menguasai, kita rasa pendapat kita lebih betul, kita mahu dilihat lebih menonjol, dan kita takut orang lain ambil kredit.
Tetapi saat kita sanggup meletakkan ego ke tepi, membuka hati untuk saling melengkapi, barulah kerjasama itu menjadi nyata.
Apabila semua orang turun bersama-sama, susun strategi, dan mainkan peranan masing-masing, sesuatu yang nampak rumit boleh jadi mudah, sesuatu yang berat boleh jadi ringan, dan sesuatu yang sukar boleh jadi menyeronokkan.
Kerjasama bukan tentang siapa yang lebih hebat, tetapi tentang siapa yang sanggup sama-sama buat.
“Kerjasama takkan wujud kalau semua hanya tunggu siapa, ia hanya hidup bila kita sendiri berani untuk mula...”
#kongsipositif
#positivecircle21
"Tiup belon ini. Tiup macam belon saya. Dua benda berbeza, tapi sama-sama boleh kembang."
Kadang kita terlalu fokus nak sama dengan orang lain, sampai lupa setiap kita ada kapasiti berbeza. Ada yang cepat kembang, ada yang perlahan. Ada yang nampak hebat di depan, ada yang diam-diam konsisten.
Hidup ini bukan soal siapa lebih besar atau siapa lebih cepat, tapi bagaimana kita ikhlas kembangkan potensi diri dengan cara masing-masing.
Belon yang berbeza, tapi bila sama-sama ditiup… ruang tetap jadi meriah.
Begitu juga kita, walau berbeza, bila sama-sama berusaha ikhlas, hidup jadi lebih bermakna.
Jangan bandingkan diri. Teruskan kembang ikut nafas sendiri. Kembangkan belon kita.
#kongsipositif
#positivecircle21
Seni Bertanya.....
Jom baca lebih lanjut di sini;
https://www.facebook.com/share/p/1Ge84CqQzj/
#kongsipositif
#positivecircle21
Segala perubahan bermula di sini 👉(akal & minda).
Apa yang kita fikir, itu yang akan membentuk tindakan.
Apa yang kita tanam dalam fikiran, itulah yang akan tumbuh dalam kehidupan.
Kalau kita isi dengan alasan, kita akan hidup dengan penangguhan.
Kalau kita isi dengan harapan, kita akan bergerak dengan tindakan.
Hidup ini tentang mindset.
Ubah cara fikir, insyaAllah kita akan ubah cara hidup.
#kongsipositif
#positivecircle21
"Setiap sijil bukan sekadar kertas, ia adalah saksi kepada usaha, masa, dan komitmen yang kita curahkan..."
Kejayaan tidak hadir secara tiba-tiba. Ia hadir kerana kita konsisten melangkah, walau kecil, tetapi berterusan. Dan yang lebih indah, perjalanan ini sering melibatkan orang-orang hebat yang mendorong kita untuk terus ke hadapan.
Hargai setiap peluang, kerana di sebalik setiap pencapaian, ada pelajaran dan pengalaman yang tidak ternilai.
Hidup bukan sekadar menerima, tetapi bersedia memberi dan berkongsi.
Kehidupan juga bukan sekadar penghujung, tetapi permulaan langkah baru.
Teruskan melangkah, kerana langkah kecil hari ini mungkin sejarah besar buat hari esok....
#kongsipositif
#positivecircle21
