cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

Kapsul Kekeluargaan

Saluran perkongsian mutiara kata dan panduan ringkas mengenai isu kekeluargaan daripada Wanita IKRAM Negeri Johor. Menyentuh peranan ibu bapa, pembentukan anak-anak & pembinaan keluarga termasuk keluarga besar yang merangkumi datuk, nenek dan lain-lain.

نمایش بیشتر
پست‌های تبلیغاتی
544
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
-17 روز
-330 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

KapKek 214 : KAPSUL KEKELUARGAAN HARGA SEBUAH PENGORBANAN Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya korban juga dikenali sebagai Hari Raya Haji baru sahaja berlalu. Ibadah korban yang dilakukan sempena mengenang kembali peristiwa korban Nabi Ibrahim AS ke atas Nabi Ismail AS serta kecekalan Hajar dalam menanggapi perintah Allah SWT memberi kesan yang cukup mendalam bagi umat Islam secara keseluruhannya : 1. Ketaatan kepada perintah Allah SWT secara total walaupun terkorban jiwa, harta dan kepentingan lainnya. 2. Keikhlasan dalam beramal iaitu mengharapkan keredaan Allah SWT semata-mata. 3. Tidak menghiraukan bisikan-bisikan nafsu dan syaitan dalam melaksanakan amal-amal yang baik. 4. Berusaha menyahut peluang melakukan ibadah korban setiap tahun, bagi yang mampu. 5. Memahami secara lebih luas makna korban tersebut seperti korbankan: - Suka berbual kosong kepada membaca buku-buku yang bermanfaat. - Suka menonton television/netflix dengan cerita sensasi kepada menonton rancangan yang bermanfaat. - Suka main "games" kepada menghadkan masa dengan membuat aktiviti luar yang lebih menyihatkan tubuh badan seperti bersenam, berkebun, melukis dan sebagainya. - Suka membazir masa terluang kepada perkara yang lebih berfaedah seperti membina hubungan antara kaum keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga. - Suka membelanjakan wang dengan perkara yang kurang atau tidak perlu kepada menderma kepada saudara kita yang amat memerlukan. Bukankah waktu sihat, waktu muda, waktu lapang dan waktu kaya atau senang kita sepatutnya berlumba-lumba mengumpul pahala? Bukankan waktu kita masih bernafas, kita bersungguh-sungguh mencari ruang dan peluang untuk beramal walaupun kelihatan kecil pada pandangan manusia? Bukankah setiap detik yang kita lalui di dunia ini akan dihitung? Pengajaran daripada peristiwa korban Nabi Ibrahim AS ke atas Nabi Ismail AS tidak pernah habis digali. Ia cukup besar maknanya kepada jiwa yang hidup. Pilihan berada di tangan kita. Korbankan apa yang nafsu suka kepada gaya hidup yang lebih menguntungkan dunia dan akhirat. Setelah berusaha, doa dan munajat, serahkan segalanya kepada ketentuan Allah SWT. Sesungguhnya Allah itu dekat. وَاِذَا سَاَلَكَ عِبَادِيْ عَنِّيْ فَاِنِّيْ قَرِيْبٌ ۗ اُجِيْبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ اِذَا دَعَانِۙ فَلْيَسْتَجِيْبُوْا لِيْ وَلْيُؤْمِنُوْا بِيْ لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُوْنَ "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran." (QS Al-Baqarah 2: 186) Wanita IKRAM Johor 28hb Jun 2024 21hb Zulhijjah 1445H #KapsulKekeluargaan #LindungiDiridanKeluarga #binanegararahmah #WanitaIkramJohor #KomunitiLestariIKRAM https://t.me/kapsulkekeluargaan
نمایش همه...
Kapsul Kekeluargaan

Saluran perkongsian mutiara kata dan panduan ringkas mengenai isu kekeluargaan daripada Wanita IKRAM Negeri Johor. Menyentuh peranan ibu bapa, pembentukan anak-anak & pembinaan keluarga termasuk keluarga besar yang merangkumi datuk, nenek dan lain-lain.

KapKek 213 : KAPSUL KEKELUARGAAN WAHAI SUAMI, WAHAI BAPA, DI BAHU KALIAN TANGGUNG JAWAB INI! Lelaki yang bergelar suami dan ayah, tanggung jawab yang terpikul di pundak mereka cukup besar. Ia digambarkan oleh firman Allah SWT di dalam sepotong ayat al-Quran: يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا قُوْٓا اَنْفُسَكُمْ وَاَهْلِيْكُمْ نَارًا "Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka." (QS At-Tahrim 66: 6) Menyedari hakikat ini, pembinaan sebuah keluarga dan memelihara daripada sebarang ancaman terhadap kesejahteraan dan keharmonian rumah tangga terpikul di bahu ketua keluarga di samping peranan ibu sebagai pelengkap sebuah perkahwinan. Justeru; 1. Kejujuran adalah asas dalam hubungan suami isteri. Memelihara maruah diri dan keluarga adalah tanggung jawab lelaki sebagai suami. 2. Isteri perlu merasa dilindungi, baik daripada segi emosi mahupun fizikal. Rasa selamat dalam hubungan adalah asas kebahagiaan rumah tangga. 3. Sentiasa berlemah lembut dalam perlakuan dan perkataan. Kebersamaan dan tolak ansur dalam kehidupan rumah tangga adalah kunci keharmonian. 4. Masing-masing berusaha saling lengkap melengkapi. Setiap pasangan mempunyai kelebihan dan kekurangan yang perlu diterima dan diperbaiki bersama. 5. Berilah pengalaman baru kepada isteri dan anak-anak. Ubah cara kita berkomunikasi dan cara kita melayani kiranya selama ini kita bergaul dengan mereka secara kasar dan tidak bertimbang rasa. 6. Memelihara kesihatan diri dan keluarga adalah tanggung jawab bersama. Kebersihan dan kekemasan dalam rumah tangga mencerminkan keperibadian kita. 7. Sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan dalam diri dan kehidupan. Mengurus diri dan kehidupan dengan baik adalah tanda kematangan dan tanggung jawab. Dalam keadaan senang dan susah, suami isteri perlu bersama-sama menghadapi cabaran hidup. Hemah dalam berbelanja dan hikmah dalam berkomunikasi akan mengukuhkan ikatan kekeluargaan. رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا "Ya Allah, jadikanlah isteri dan anak-anak kami penyejuk mata, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa." (QS Al-Furqaan 25: 74) Wahai lelaki berusahalah sebaik dan semampu mungkin menjadi suami dan ayah yang terbaik. Melaksanakan tanggung jawab yang terbaik buat keluarga yang dibina. "Selamat Hari Bapa" Wanita IKRAM Johor 21hb Jun 2024 14hb Zulhijjah 1445H #KapsulKekeluargaan #LindungiDiridanKeluarga #binanegararahmah #WanitaIkramJohor #KomunitiLestariIKRAM https://t.me/kapsulkekeluargaan
نمایش همه...
Kapsul Kekeluargaan

Saluran perkongsian mutiara kata dan panduan ringkas mengenai isu kekeluargaan daripada Wanita IKRAM Negeri Johor. Menyentuh peranan ibu bapa, pembentukan anak-anak & pembinaan keluarga termasuk keluarga besar yang merangkumi datuk, nenek dan lain-lain.

Photo unavailableShow in Telegram
KapKek 212 : KAPSUL KEKELUARGAAN MANFAATKAN HARI ARAFAH Kita semakin menghampiri hari Arafah. Hari Arafah adalah suatu hari yang sangat besar ertinya kepada umat Islam. Antaranya Nabi SAW bersabda: الحَجُّ عَرَفَةُ “Haji adalah Arafah.” (HR At-Tirmizi No. 814) Wukuf di Arafah merupakan rukun haji bagi mereka yang sedang menunaikan ibadah haji biarpun seketika. Manakala bagi yang tidak mengerjakan haji, ada ganjaran besar sekiranya berpuasa pada hari tersebut. Antaranya Nabi SAW bersabda: صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ "Puasa hari Arafah, aku berharap kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun selepasnya." (HR Muslim No. 1162) Apakah lagi yang paling menggembirakan kita dengan janji berkenaan? Selain itu Nabi SAW bersabda: خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.” (HR At-Tirmizi No. 3509) Rebutlah peluang yang tersedia dengan banyakkan berdoa kepada Allah SWT. Pada hari Arafah Allah SWT lebih banyak membebaskan hamba-Nya daripada api neraka sebagaimana Nabi SAW bersabda: مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ، مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ “Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada hari Arafah.” (HR Muslim No. 2402) Mudah-mudahan kita mampu melakukan amal terbaik pada hari Arafah buat bekalan di akhirat nanti. Selamat beramal! Wanita IKRAM Johor 14hb Jun 2024 07hb Zulhijjah 1445H #KapsulKekeluargaan #LindungiDiridanKeluarga #binanegararahmah #WanitaIkramJohor #KomunitiLestariIKRAM https://t.me/kapsulkekeluargaan
نمایش همه...
Kapsul Kekeluargaan

Saluran perkongsian mutiara kata dan panduan ringkas mengenai isu kekeluargaan daripada Wanita IKRAM Negeri Johor. Menyentuh peranan ibu bapa, pembentukan anak-anak & pembinaan keluarga termasuk keluarga besar yang merangkumi datuk, nenek dan lain-lain.

Photo unavailableShow in Telegram
KapKek 211: KAPSUL KEKELUARGAAN  KELEBIHAN 10 HARI PERTAMA BULAN ZUL HIJJAH Terdapat nas-nas yang sahih berkaitan dengan kelebihan 10 hari pertama bulan Zul Hijjah. Antaranya: 1. Allah bersumpah dengannya Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Demi waktu fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah)” (QS Al-Fajr 89: 1-2). Majoriti ahli tafsir berpendapat bahawa maksud  “malam yang sepuluh” dalam ayat itu ialah 10 malam pertama bulan Zul Hijjah. 2. Banyakkan Berzikir  Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada HARI-HARI YANG TERTENTU...” (QS Al-Hajj 22:28) Hari-hari tertentu (Ayyam Maklumat) dalam ayat ini, menurut majoriti ulamak termasuk Ibn Umar dan Ibn Abbas adalah 10 hari pertama bulan Zul Hijjah. 3. Persaksian Rasulullah SAW Daripada Jabir RA, Nabi SAW bersabda yang  bermaksud : “Hari-hari di dunia yang paling afdal ialah 10 hari pertama bulan Zul Hijjah…” (HR Al-Bazzar dan Ibn Hibban). Al-Albani berkata statusnya sahih. 4. Hari Arafah Hari Arafah adalah hari haji akbar, hari maghfirah daripada dosa-dosa dan hari pembebasan daripada api neraka. 5. Hari Nahar Hari Nahar adalah hari paling afdal dalam satu tahun menurut sebahagian ulama' berdasarkan sepotong hadis yang bermaksud : “Hari paling agung di sisi Allah SWT ialah hari Nahar, kemudian hari Qarr (hari Tasyriq yang pertama, iaitu 11 Zul Hijjah)” - HR Abu Daud dan An-Nasai. Al-Albani berkata statusnya sahih. 6. Berhimpun pelbagai ibadah utama (Ummahat al-ibadah) Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Amal soleh yang paling Allah sukai dilakukan oleh hamba-Nya ialah amal-amal soleh yang dilakukan pada hari-hari ini (10 hari pertama bulan Zul Hijjah)”, mereka bertanya : “Ya Rasulullah, adakah Allah lebih suka daripada berjihad fi sabilillah?” Baginda menjawab (maksudnya) : “Ya, tidak dapat mengatasi jihad fi sabillah, kecuali seseorang yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak pulang membawa sedikitpun daripada jiwa dan hartanya itu (menemui syahid)." Sunan Ibn Majah. Apakah Persediaan Kita? 1. Tanamkan azam bersungguh-sungguh. Manfaatkan hari tersebut dengan amalan terbaik demi meraih reda Allah SWT. 2. Bertaubat daripada segala dosa. 3. Jauhi maksiat yang lahir dan yang tersembunyi. Amalan-Amalan Yang Disarankan Pelbagai amalan sama ada yang wajib atau sunat boleh dilakukan seperti : 1. Menyempurnakan manasik haji dan umrah. Ini khusus bagi mereka yang terpilih menjadi tetamu Allah SWT. 2. Puasa Boleh dilakukan mulai 1 hingga 9 hari bulan. Sekiranya tidak dapat dilakukan daripada awal, usahakan berpuasa pada hari ke 9, iaitu pada hari Arafah. “Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosa selama dua tahun, setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. Dan berpuasa pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram) menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (HR Muslim). 3. Solat Selain solat fardhu, banyak solat-solat sunat yang digalakkan sama ada pada waktu siang atau malam. 4. Baca al-Quran Baca dan tadabbur al -Quran sebanyak mungkin. 5. Banyakkan mengingati Allah SWT Banyakkan berzikir, bertakbir, bertahmid, bertahlil dan sebagainya. 6. Sedekah Sedekah adalah tanda syukur atas nikmat yang dianugerahkan Allah SWT kepada hamba-Nya.  7. Korban Disunatkan pada hari ke-10, 11, 12 dan 13. “Amalan anak Adam yang paling Allah sukai pada Hari Nahar ialah menyembelih haiwan ternakan. Sesungguhnya haiwan-haiwan itu akan bangkit pada hari kiamat nanti bersama tanduk-tanduk, kuku-kuku dan bulu-bulunya. Sesungguhnya darahnya akan sampai kepada Allah sebelum ia menitis ke bumi. Maka laksanakanlah korban dengan sepenuh hati mu.” (HR Ibn Majah dan At-Tirmizi) Semoga kita dapat beramal sebaiknya. Selamat Hari Raya Aidil Adha! Wanita IKRAM Johor  7hb Jun 2024  29hb Zulkaedah 1445H  #KapsulKekeluargaan  #LindungiDiridanKeluarga   #WanitaIkramJohor  #KomunitiLestariIKRAM https://t.me/kapsulkekeluargaan
نمایش همه...
Kapsul Kekeluargaan

Saluran perkongsian mutiara kata dan panduan ringkas mengenai isu kekeluargaan daripada Wanita IKRAM Negeri Johor. Menyentuh peranan ibu bapa, pembentukan anak-anak & pembinaan keluarga termasuk keluarga besar yang merangkumi datuk, nenek dan lain-lain.

KapKek 210: KAPSUL KEKELUARGAAN PERHATIKAN DIRIMU KETIKA BERSENDIRIAN Zaman maklumat sepantas hanya di hujung jari begitu mencabar keimanan seseorang. Pelbagai wajah mampu dipamerkan oleh seseorang ketika berhadapan dengan orang ramai apatah lagi bersendirian. Ketika bersendirian melayari media sosial di internet misalnya, diri boleh terjebak dengan pelbagai bentuk maksiat. Pancaindera yang dianugerahkan Allah SWT boleh digunakan semahunya tanpa halangan daripada sesiapa. Mata melihat, telinga mendengar, hati berkata-kata, jari-jemari menari di papan kekunci dan bahasa tubuh diperguna semahunya. Diri mengikut kehendak nafsu dan pujuk rayu syaitan tanpa merasa takut kepada azab Allah SWT. Walhal semua itu tiada yang tersembunyi daripada pengetahuan-Nya. Allah SWT sentiasa memerhati dan mengetahui segala tingkah laku hatta lintasan hati. يَّسْتَخْفُوْنَ مِنَ النَّاسِ وَلَا يَسْتَخْفُوْنَ مِنَ اللّٰهِ وَهُوَ مَعَهُمْ اِذْ يُبَيِّتُوْنَ مَا لَا يَرْضٰى مِنَ الْقَوْلِ ۗ وَكَانَ اللّٰهُ بِمَا يَعْمَلُوْنَ مُحِيْطًا "Mereka dapat bersembunyi daripada manusia, tetapi tidak dapat bersembunyi daripada Allah. Dia bersama (mengawasi) mereka ketika pada malam hari mereka menetapkan keputusan rahsia yang tidak diredai-Nya. Allah Maha Meliputi apa yang mereka kerjakan". (QS An-Nisa’ 4: 108). Kemaksiatan secara tersembunyi jika tidak dibendung umpama meminum air laut untuk menghilangkan dahaga. Ia tidak menghilangkan dahaga malah menimbulkan masalah yang lain pula. عَنْ ثَوْبَانَ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- أَنَّهُ قَالَ : « لأَعْلَمَنَّ أَقْوَامًا مِنْ أُمَّتِى يَأْتُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِحَسَنَاتٍ أَمْثَالِ جِبَالِ تِهَامَةَ بِيضًا فَيَجْعَلُهَا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ هَبَاءً مَنْثُورًا ». قَالَ ثَوْبَانُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا جَلِّهِمْ لَنَا أَنْ لاَ نَكُونَ مِنْهُمْ وَنَحْنُ لاَ نَعْلَمُ. قَالَ : « أَمَا إِنَّهُمْ إِخْوَانُكُمْ وَمِنْ جِلْدَتِكُمْ وَيَأْخُذُونَ مِنَ اللَّيْلِ كَمَا تَأْخُذُونَ وَلَكِنَّهُمْ أَقْوَامٌ إِذَا خَلَوْا بِمَحَارِمِ اللَّهِ انْتَهَكُوهَا Dari Tsauban, dari Nabi SAW, ia berkata, “Sungguh aku mengetahui suatu kaum dari umatku datang pada hari kiamat dengan banyak kebaikan semisal Gunung Tihamah. Namun Allah menjadikan kebaikan tersebut menjadi debu yang bertebaran.” Tsauban berkata, “Wahai Rasulullah, cuba sebutkan sifat-sifat mereka pada kami supaya kami tidak menjadi seperti mereka sedangkan kami tidak mengetahuinya.” Rasulullah SAW bersabda, “Adapun mereka adalah saudara kalian. Kulit mereka sama dengan kulit kalian. Mereka menghidupkan malam (dengan ibadah) seperti kalian. Akan tetapi mereka adalah kaum yang jika bersepian mereka merobek tirai untuk bisa bermaksiat pada Allah.” (HR. Ibnu Majah no. 4245, Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan). Waktu bersendirian adalah waktu yang sepatutnya kita gunakan bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ketika insan lain sibuk dengan urusan mereka atau enak dibuai mimpi, kita bangkit dan kita "berbicara" dengan Allah SWT. Kita adukan dengan penuh pengharapan (raja') dan takut (khauf) kepada Allah SWT agar kita mendapat keampunan, kasih sayang dan rahmat-Nya. اِنَّ الَّذِيْنَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ لَهُمْ مَّغْفِرَةٌ وَّاَجْرٌ كَبِيْرٌ "Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya dengan tanpa melihat-Nya akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar." (QS Al-Mulk 67: 12) Namun begitu, ternyata iman itu ada pasang surutnya. Menyedari hakikat tersebut, sewajarnya kita berusaha sedaya mungkin menjaga diri daripada terjerumus ke lembah maksiat terutamanya ketika bersendirian. Ingatlah wahai diri, bersendirian bukan bermakna kita keseorangan kerana ada yang memerhati. اِنَّ اللّٰهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيْبًا …Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu." (QS An-Nisa' 4: 1) Wanita IKRAM Johor 31hb Mei 2024 22hb Zulkaedah 1445H #KapsulKekeluargaan #LindungiDiridanKeluarga #WanitaIkramJohor #KomunitiLestariIKRAM https://t.me/kapsulkekeluargaan
نمایش همه...
Kapsul Kekeluargaan

Saluran perkongsian mutiara kata dan panduan ringkas mengenai isu kekeluargaan daripada Wanita IKRAM Negeri Johor. Menyentuh peranan ibu bapa, pembentukan anak-anak & pembinaan keluarga termasuk keluarga besar yang merangkumi datuk, nenek dan lain-lain.

KapKek 209 : KAPSUL KEKELUARGAAN PERCUTIAN MERAIH REDHA ILAHI Cuti sekolah tiba lagi. Apabila cuti sekolah, ramai yang mengambil kesempatan meluangkan masa bersama keluarga ke tempat-tempat menarik ataupun pulang ke kampung halaman. Perjalanan bercuti bersama keluarga perlu dimanfaatkan sebaiknya. Berikut ialah beberapa tips percutian keluarga : 1. Tujuan yang jelas bagi meningkatkan keimanan kepada Allah SWT dan mengeratkan ikatan silaturrahim sesama ahli keluarga. 2. Pastikan rumah yang ditinggalkan dalam keadaan yang selamat. Suis peralatan elektrik dipadamkan kecuali yang perlu sahaja. Rumah ditinggalkan dalam keadaan yang berkunci. Aktifkan penggera kawalan jauh jika ada. Sebaik sahaja keluar dari rumah, lafazkanlah zikir tanda bertawakal kepada Allah SWT dalam apa jua urusan : بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ "Dengan nama Allah (aku keluar). Aku bertawakal (berserah diri) kepada Allah, tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah". (Hadis Riwayat Tirmidzi dari Anas bin Malik). 3. Berpesan dengan jiran yang dipercaya supaya meninjau rumah sekali sekala ketika ketiadaan kita. 4. Menjaga solat. Sebagai musafir terdapat rukhsah solat yang boleh diambil iaitu solat jamak dan qasar. Ibadah solat ini perlu diperhatikan dan menjadi agenda utama dalam mengatur dan merancang perjalanan. 5. Banyakkan berdoa. Antara orang yang dimakbulkan doa ialah doa sang musafir. Gunakan kesempatan berdoa sebelum, semasa dan selepas perjalanan. Sebelum memulakan perjalanan disarankan untuk kita berdoa dan memohon perlindungan serta keberkatan dari Allah SWT : سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ. "Maha Suci Tuhan yang memudahkan kenderaan ini untuk kami, padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya. Dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami di hari Kiamat. (QS Al-Zukhruf 43: 13-14) 6.  Isikan dengan tazkirah dan ibadah lain seperti zikir, solat Dhuha dan membaca al-Quran. 7. Tadabbur alam. Gunung ganang, pantai, hutan dan apa jua pemandangan buat hamba-Nya berfikir dan merenung akan keagungan dan kehebatan ciptaan Allah SWT. 8. Menjaga kebersihan dengan sebaik-baiknya. Pastikan setiap tempat yang disinggahi atau digunakan ditinggalkan dalam keadaan yang bersih. Jadikan aktiviti membersih sebagai budaya keluarga seperti meja makan, tempat penginapan atau sampah dibungkus dan dibuang di tempat yang disediakan. Mari kita mendoakan orang yang akan bermusafir sebagaimana doa Nabi SAW, riwayat Anas RA: زَوَّدَكَ اللَّهُ التَّقْوَى وَغَفَرَ ذَنْبَكَ وَيَسَّرَ لَكَ الْخَيْرَ حَيْثُمَا كُنْتَ “Semoga Allah SWT membekalkanmu dengan ketaqwaan, mengampunkan dosamu dan Allah memudahkan kebaikan untukmu di mana sahaja kamu berada.” (Sunan Tirmizi No: 3444) Status: Hadis Sahih Selamat Bercuti. Semoga dapat mencipta memori indah bersama keluarga dan peroleh redha Ilahi. Wanita IKRAM Johor 24hb Mei 2024 15hb Zulkaedah 1445H #KapsulKekeluargaan #LindungiDiridanKeluarga #WanitaIkramJohor #KomunitiLestariIKRAM https://t.me/kapsulkekeluargaan
نمایش همه...
Kapsul Kekeluargaan

Saluran perkongsian mutiara kata dan panduan ringkas mengenai isu kekeluargaan daripada Wanita IKRAM Negeri Johor. Menyentuh peranan ibu bapa, pembentukan anak-anak & pembinaan keluarga termasuk keluarga besar yang merangkumi datuk, nenek dan lain-lain.

KapKek 208: KAPSUL KEKELUARGAAN  SEHEBAT KASIH IBU "Boleh kongsikan saat yang paling manis dengan mak?" Mila tersenyum memandang aku. “Banyak sangat," aku tergelak apabila Mila membulatkan matanya. "Alaa, apa salahnya kongsi. Kasih ibu membawa ke syurga," Mila bermadah. "Mila, aku rasa mak aku adalah chef terbaik dalam dunia. Sampai sekarang masakan daripada air tangannya tiada tandingan," mataku berkaca. "Apa dia menu special mak kau?" Mila teruja ingin tahu. "Confirm kau gelak, ia sekadar sepinggan nasi goreng dan teh tarik kaw. Aku rasa nikmatnya lain macam," aku tergelak. "Aku kagumlah dengan kau, sangat menghargai mak kau, walaupun banyak masa remaja kau dihabiskan di sekolah dan universiti." "Mila, siapa yang paling awal merasai kehadiran kita? Mak kita kan? Siapa yang merasai alahan (morning sickness) ketika kita dalam perut mak? Mak kita kan? Siapa yang merasai kesakitan ketika melahirkan? Mak kita kan? Apakah makanan pertama yang memasuki perut kita sebaik sahaja kita dilahirkan? Susu mak kita kan? Siapa yang bersekang mata ketika kita sakit? Mak kita juga kan? Terlalu banyak "budi" mak yang tak mampu kita senaraikan satu persatu. Aku memandang tepat ke anak mata Mila. Mila tertunduk. Ada air jernih menitis dari kelopak matanya. "Kenapa Mila? Maafkan aku jika kau tersinggung," aku melunakkan suara. "Aku tak apa-apa Su, cuma aku tak dapat jumpa mak masa saat akhir dia pergi," ada sendu di hujung suara Mila. "Mila, luahkan aja apa yang kau rasa. Jangan disimpan. Kau bukannya kenal aku baru semalam," aku genggam tangan Mila. "Masa tu aku tengah serabut dengan exam. Final year pulak tu. Paper yang aku amik masa mak aku di hospital paper teras. Walaupun aku dapat A+, aku rasa tak bererti apabila aku tahu mak aku dah tak ada. Aku tak dapat nak kongsi dengan mak," Mila menggenggam tanganku semakin erat. "Aku faham perasaan kau Mila. Banyak cara untuk kita membahagiakan mak di alam sana," "Aku bukan tak reda, tapi bila kau sebut tentang mak kau, aku teringat mak aku." "Mila selalulah doakan mak ya? Masih ingat lagi tak mula-mula kita ikut usrah? Kak Ita ada baca hadis Nabi SAW: عن أبي هريرة رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثَةِ: إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga: iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan kepadanya." (HR Muslim, No. 1631). Jadi setiap kali kau solat ke apa-apa, kirimkan doa buat mak," aku melihat Mila sudah sirna sendunya. "Insya-Allah Su, aku ingat pesan kau. Aku pun cuba kumpul duit dengan adik beradik untuk diberikan kepada saudara kita di Palestin, atas nama mak. Moga kan mengalir pahala buat mak di sana." "Alhamdulillah. Moga dipermudahkan dan terlaksana hasrat kau adik beradik." Aku menepuk bahu Mila dengan lembut. Sesungguhnya insan yang berjawatan mak cukup istimewa di hati anak-anak. Mak merupakan guru pertama (selain ayah), jururawat, doktor, chef dan pelbagai pekerjaan mampu dijawat oleh insan bernama Mak. Ya Allah... Anugerahkan mak dengan syurga tertinggi tanpa hisab. Wanita IKRAM Johor 17hb Mei 2024  8hb Zulkaedah 1445H #terimaKASIHibu #KapsulKekeluargaan  #LindungiDiridanKeluarga  #WanitaIkramJohor  #KomunitiLestariIKRAM  https://t.me/kapsulkekeluargaan
نمایش همه...
Kapsul Kekeluargaan

Saluran perkongsian mutiara kata dan panduan ringkas mengenai isu kekeluargaan daripada Wanita IKRAM Negeri Johor. Menyentuh peranan ibu bapa, pembentukan anak-anak & pembinaan keluarga termasuk keluarga besar yang merangkumi datuk, nenek dan lain-lain.

KapKek 208: KAPSUL KEKELUARGAAN SEHEBAT KASIH IBU "Boleh kongsikan saat yang paling manis dengan mak?" Mila tersenyum memandang aku. “Banyak sangat," aku tergelak apabila Mila membulatkan matanya. "Alaa, apa salahnya kongsi. Kasih ibu membawa ke syurga," Mila bermadah. "Mila, aku rasa mak aku adalah chef terbaik dalam dunia. Sampai sekarang masakan daripada air tangannya tiada tandingan," mataku berkaca. "Apa dia menu special mak kau?" Mila teruja ingin tahu. "Confirm kau gelak, ia sekadar sepinggan nasi goreng dan teh tarik kaw. Aku rasa nikmatnya lain macam," aku tergelak. "Aku kagumlah dengan kau, sangat menghargai mak kau, walaupun banyak masa remaja kau dihabiskan di sekolah dan universiti." "Mila, siapa yang paling awal merasai kehadiran kita? Mak kita kan? Siapa yang merasai alahan (morning sickness) ketika kita dalam perut mak? Mak kita kan? Siapa yang merasai kesakitan ketika melahirkan? Mak kita kan? Apakah makanan pertama yang memasuki perut kita sebaik sahaja kita dilahirkan? Susu mak kita kan? Siapa yang bersekang mata ketika kita sakit? Mak kita juga kan? Terlalu banyak "budi" mak yang tak mampu kita senaraikan satu persatu." Aku memandang tepat ke anak mata Mila. Mila tertunduk. Ada air jernih menitis dari kelopak matanya. "Kenapa Mila? Maafkan aku jika kau tersinggung," aku melunakkan suara. "Aku tak apa-apa Su, cuma aku tak dapat jumpa mak masa saat akhir dia pergi," ada sendu di hujung suara Mila. "Mila, luahkan aja apa yang kau rasa. Jangan disimpan. Kau bukannya kenal aku baru semalam," aku genggam tangan Mila. "Masa tu aku tengah serabut dengan exam. Final year pulak tu. Paper yang aku amik masa mak aku di hospital paper teras. Walaupun aku dapat A+, aku rasa tak bererti apabila aku tahu mak aku dah tak ada. Aku tak dapat nak kongsi dengan mak," Mila menggenggam tanganku semakin erat. "Aku faham perasaan kau Mila. Banyak cara untuk kita membahagiakan mak di alam sana," "Aku bukan tak reda, tapi bila kau sebut tentang mak kau, aku teringat mak aku," "Mila selalulah doakan mak ya? Masih ingat lagi tak mula-mula kita ikut usrah? Kak Ita ada baca hadis Nabi SAW: عن أبي هريرة رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثَةِ: إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga: iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan kepadanya." (HR Muslim, No. 1631). Jadi setiap kali kau solat ke apa-apa, kirimkan doa buat mak," aku melihat Mila sudah sirna sendunya. "Insya-Allah Su, aku ingat pesan kau. Aku pun cuba kumpul duit dengan adik beradik untuk diberikan kepada saudara kita di Palestin, atas nama mak. Moga kan mengalir pahala buat mak di sana" "Alhamdulillah. Moga dipermudahkanln dan terlaksana hasrat kau adik beradik." Aku menepuk bahu Mila dengan lembut. Sesungguhnya insan yang berjawatan mak cukup istimewa di hati anak-anak. Mak merupakan guru pertama (selain ayah), jururawat, doktor, chef dan pelbagai pekerjaan mampu dijawat oleh insan bernama Mak. Ya Allah... Anugerahkan mak dengan syurga tertinggi tanpa hisab. Wanita IKRAM Johor 17hb Mei 2024 8hb Zulkaedah 1445H #terimaKASIHibu #KapsulKekeluargaan #LindungiDiridanKeluarga #WanitaIkramJohor #KomunitiLestariIKRAM https://t.me/kapsulkekeluargaan
نمایش همه...
Kapsul Kekeluargaan

Saluran perkongsian mutiara kata dan panduan ringkas mengenai isu kekeluargaan daripada Wanita IKRAM Negeri Johor. Menyentuh peranan ibu bapa, pembentukan anak-anak & pembinaan keluarga termasuk keluarga besar yang merangkumi datuk, nenek dan lain-lain.

یک طرح متفاوت انتخاب کنید

طرح فعلی شما تنها برای 5 کانال تجزیه و تحلیل را مجاز می کند. برای بیشتر، لطفا یک طرح دیگر انتخاب کنید.