cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

The Garden of Al-Quran

Saluran asas info Al-Quran. Moga peroleh berkat untuk terus mempelajari Al-Quran.

نمایش بیشتر
پست‌های تبلیغاتی
22 414
مشترکین
+1024 ساعت
+547 روز
+67130 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

Jangan lupa untuk membelek al-Quran walaupun sedikit atau sebentar setelah berdoa dan berzikir selepas solat. Disiplinkan diri kita membaca al-Quran walaupun beberapa halaman setiap hari. Kerana ciri orang yang berjaya dan mempunyai jiwa yang tenang. Jika kita tidak bersama dengan al-Quran, maka kita bimbangi jiwa kita sedang terluka tetapi kita tidak menyedarinya.
نمایش همه...
108👍 14
Bermula dari 15 Julai - 21 Julai, ayuh kita maraton berpuasa. 15/7 - sunat 9 Muharram 16/7 - sunat 10 Muharram 17/7 - sunat 11 Muharram 18/7 - sunat hari Khamis 19,20,21/7 - sunat hari putih Pahala berturutan buat kita, lagi-lagi bulan ini antara bulan haram. Ayuh!
نمایش همه...
165👍 32
Esok sudah masuk bulan Muharram. 1- Antara puasa yang disunatkan adalah pada bulan Muharram, bahkan sangat afdhal. Nabi ﷺ menyatakan : أفضل الصيام بعد شهر رمضان شهر الله المحرم “Sebaik-baik puasa setelah bulan Ramadan adalah bulan Allah al-Muharram” (HR Muslim) 2- Sangat digalakkan untuk berpuasa pada hari ke 10 bulan Muharram. Ini berdasarkan hadith : صيام يوم عاشوراء إني أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله “Puasa pada hari Ashura’, aku mengharapkan kepada Allah menghapuskan dosa-dosa tahun sebelumnya” (HR Muslim) 3- Juga disunatkan untuk berpuasa pada hari sebelum atau selepas 10 Muharram, untuk membezakan kita dengan Yahudi. Hadith Nabi ﷺ : صوموا يوم عاشوراء وخالفوا فيه اليهود، صوموا قبله يوما أو بعده يوما “Berpuasalah pada hari Ashura’ dan berbezalah dengan golongan Yahudi, berpuasalah pada sehari sebelumnya atau sehari selepasnya” (HR Ahmad) 4- Tuntas, ulama’ merumuskan bahawa amat baik jika kita berpuasa pada 10 Muharram + 9 atau 11 Muharram, atau ketiga-tiga hari itu juga. 5- Puasa hari terakhir bulan Dzulhijjah dan hari pertama itu bersandarkan satu hadith, namun hadith itu dinilai PALSU oleh Imam Ibn Jawzi dalam al-Maudhu’at dan juga riwayat lain dalam al-La’ali al-Masnu’ah oleh Imam Suyuthi Wallahu a'lam #FawaidFiqh #FawaidHadith
نمایش همه...
95👍 19
Saya tidak bersetuju melihat sahabat yang mengulas isu sekadar ambil satu ayat al-Quran, dilihat kepada terjemahan kemudian dikeluarkan hukum sekian sekian. Kenapa kita katakan cara ini tidak sesuai? 1- Semata terjemahan tidak cukup untuk keluarkan hukum, lalu diumumkan & digunapakai dalam suatu isu, ini termasuk dalam kalangan berfatwa tanpa ilmu 2- Berlakunya percanggahan dalam memahami dalil. Kita lihat satu ayat kemudian buat kesimpulan, sedangkan kita belum lihat ayat al-Quran atau hadith yang lain sebelum berhukum. Ini bahaya kerana boleh jadi apabila dilihat kepada dalil lain, dilihat seolah bercanggah 3- Mengelirukan masyarakat kerana kita tiada usul & alat untuk berijtihad tetapi kita mengeluarkan hukum sendiri tanpa ilmu Wallahu a'lam
نمایش همه...
64👍 28
Insya Allah siri Fawaid Surah di IG live berjalan seperti biasa malam ini. Malam ini kita akan tadabbur surah al-Lail. Jam 8 malam di IG live saya: @muzuzxck Juga di Saluran Telegram : The Garden of Al-Quran.
نمایش همه...
👍 25 15
Indahnya hidup merasa berTuhan, dari kita bangun tidur sampai tidur semula, kita merasakan penjagaan dari Allah. Nabi ‎ﷺ ajarkan kita doa sebelum lelapkan mata: بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوتُ وَأَحْيَا "Dengan namaMu ya Allah, aku mati dan aku hidup" [HR Bukhari] Allah sentiasa bersama dengan kita, tidak mengabaikan kita daripada kita bangun tidur, sampailah kita tidur semula. Maka jangan merasa lemah semangat atau berputus harap. Andai hari kita sukar, ingatlah Dia ada untuk kita memohon. #FawaidHadith
نمایش همه...
193👍 15🥰 3👎 1🔥 1
Seharian penat bekerja, jangan lupa belek al-Quran sebelum tidur. Satu muka surat pun tak apa. Baca dan ambil satu ayat untuk direnung maknanya. Itulah yang akan kuatkan kita. Kata ulama': إن القرآن غني، لا فقر بعده "Al-Quran itu kaya, tidak akan fakir sesiapa yang mengejarnya."
نمایش همه...
187👍 23😢 8
Kerehatan sebenar adalah ketika solat. Setelah sekian waktu menghadapi dunia, kemudian tiba waktunya, kita kembali mengharap kepada Allah. Kerana itulah, solat boleh menguatkan kita di dunia yang penuh ujian ini.
نمایش همه...
192👍 19💘 10🥰 5
Bukan semua perkara, kita perlu keluarkan pandangan kita. Boleh jadi pada keadaan atau situasi tertentu, diamnya diri kita itu lebih baik. Apabila semua orang ghairah untuk memberi komentar atau mengeluarkan pandangan sendiri, terakdangnya tidaklah menyelesaikan isu bahkan menambahkan minyak pada api yang marak. Wallahu a'lam.
نمایش همه...
110👍 39
Sahabat-sahabat lihat ayat 143 pada surah al-Baqarah, Allah nyatakan tentang perlunya kita menjadi umat yang bersederhana. Bersederhana yang paling tepat adalah mengikut apa yang Allah dan Rasul ‎ﷺ kehendaki. Rasul ‎ﷺ ajar kepada kita untuk menilai dan berakhlak dengan akhlak yang paling baik dan mendamaikan. Kita bukan terlalu berat ke timur atau ke barat. Tetapi kita berada di pertengahan. Itulah dia erti وسطا Imam Ibn Qayyim menyebut bahawa erti pertengahan di sini adalah bersikap adil pada ucapan, perbuatan, niat dan kehendak. Hebatnya al-Quran menyatakan sifat ini, sehingga ayat ini juga terletak di pertengahan surah al-Baqarah. Ayat surah al-Baqarah ada 286, ayat tentang umat pertengahan pula ada pada ayat 143. #FawaidTadabbur
نمایش همه...
92👍 26😢 4
یک طرح متفاوت انتخاب کنید

طرح فعلی شما تنها برای 5 کانال تجزیه و تحلیل را مجاز می کند. برای بیشتر، لطفا یک طرح دیگر انتخاب کنید.