cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

Kapsul Tazkirah

Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.

نمایش بیشتر
پست‌های تبلیغاتی
20 731
مشترکین
+524 ساعت
+347 روز
+1630 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

Al-Quran Mengajar Kita Al-Quran merupakan mu’jizat teragung panduan hidup orang beriman. Akidah, akhlak, sejarah umat terdahulu, hukum-hakam dan balasan terhadap yang taat dan ingkar adalah antara intipati al-Quran al-Karim. Kitab yang bukan sekadar dibaca apatah lagi perhiasan semata, akan tetapi wajib diteliti, ditadabbur dan dihayati dengan hati dan fikiran. Apabila al-Quran dimanfaatkan sepenuhnya, sudah pasti banyak masalah mampu dirungkai dan solusi dicapai. Mari renungi beberapa ayat suci al-Quran; كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ “Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkat supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya (tadabbur) dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.” (Sod: 29) هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ "Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab (Al-Quran) dan Hikmah (Al-Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata." (Al-Jumu’ah: 2) Dua ayat ini membuktikan al-Quran bukan sekadar bacaan, ia menjadi rujukan agar ditadabbur, diajar kepada manusia bagi menyucikan jiwa, hati dan fikiran manusia yang telah jauh dari landasan kebenaran. Semoga al-Quran benar-benar kita hargai dan mengambil sebanyak mungkin mutiara daripadanya. _____________________________________ Ingin mulakan tadabbur al-Quran? Surah al-Lail : Jalan Keluar Dari ‘Malam’ Kebuntuan https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/SETEL9alLail/94 DAURAH SURAH AL-FATH (RAFAH) : Menuju Pembebasan Tanah Suci Yang Dijanjikan https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/ALFATH_ALACARTE/94 https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/ALFATH_PAKEJ/94 Surah Al Imran : Refleksi Kisah Hamra' Al Asad di Perang Uhud https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/SETEL9aliimran/94 Ibrah Kisah-Kisah Al Quran : Hubungan Yang Indah Antara Kisah Nabi Musa Dan Zulqarnain https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/IKKAQ7kisahmusa/94 E-Book: When The Two Oceans Meet https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/Ebook/94 Surah al-Tin : Bangkit Menuju Kemenangan - Sekental Jiwa Anbiya Dari Bumi Palestin https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/SETEL5alTin/94 Seminar Terapi Luka Dua Ayat Terakhir Surah al Baqarah : Ujian Ilahi Serlahkan Potensi https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/SETEL2alBaqarah/94 DAURAH SURAH MARYAM : WANITA RABBANI (MAWAR) https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/MAWAR/94 Seminar Terapi Luka Ayatul Kursi : Kembali Kuat Selepas Rebah https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/SETELAyatulKursi/94 DAURAH SURAH AR RAHMAN (DASAR) https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/DASAR/94 BUKU-BUKU PARADIGMA IBRAH https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/buku/94 https://t.me/kapsul_tazkirah
نمایش همه...
(SETEL 9.0) Surah al-Lail : Jalan Keluar Dari ‘Malam’ Kebuntuan

Sertai Seminar Terapi Luka (SETEL) siri kesembilan! Kali ini kita akan mengambil bersama bimbingan daripada salah satu surah dalam al-Quran ; Surah al Lail bagi mencari semula jalan keluar daripada 'malam' kebuntuan kehidupan di dunia.

Ingin dapatkan buku dan bahan bacaan yang menarik bersempena cuti sekolah? https://www.imanshoppe.com/?ref=czqrrpep Referral Code: ZECKRY
نمایش همه...
IMAN Shoppe Bookstore | Islamic online bookstore

Malaysia's preferred Islamic online bookstore. Thousands of Islamic book titles available! Worldwide delivery. Kedai buku online Malaysia. Islamic novel, self-help, Al-Quran, Dakwah & Tarbiyah, comic, hadith, sirah, motivation, inspiration, spiritual, family, children's books and many more!

👍 1
Kepentingan Ilmu Manusia memerlukan pengetahuan dan pemahaman sesuatu ilmu jika ingin terus maju dan berwawasan. Dasawarsa kini memperlihat negara-negara maju hasil kajian dan penyelidikan yang mendalam terhadap sesebuah bidang. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang merupakan wahyu pertama kepada baginda Nabi SAW dalam surah al-‘Alaq ayat 1-5 yang menerangkan kepentingan membaca, mengkaji dan mendalami ilmu. Dengan ilmu dan pengetahuan, kita menuju ke arah pemahaman dan penghayatan yang boleh diterjemah kepada pengaplikasian yang membawa kepada kebaikan dan kemajuan. Ibn Khaldun menjelaskan bahawa sesebuah tamadun hanya mampu terbina dengan wujudnya ramai cendekiawan dan ilmuwan. Tamadun secara asas dibina atas ilmu pengetahuan dan kajian penyelidikan. Hidupkan suasana ilmu di mana sahaja kita berada. BACA, KAJI, FAHAM, dan IMPLEMENTASI agar setiap tindakan kita lebih rasional dan mendorong ke arah pembinaan tamadun manusia yang lebih baik. https://t.me/kapsul_tazkirah
نمایش همه...
Kapsul Tazkirah

Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.

👍 5 5
"𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗡𝗜 𝗗𝗔𝗛 𝗟𝗔𝗠𝗔, 𝗧𝗘𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗔𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗞𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗧𝗨𝗥𝗔𝗧𝗛 𝗡𝗜 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗟𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗦𝗔 𝗟𝗘𝗚𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗢𝗡𝗢𝗞 𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗜..." . Dulu belajarnya merata, mana-mana tempat ada kita masuk ikut kuliah. Berlalu tahun demi tahun barulah sedar pengajian sedia ada tidak selesai pun malah lebih sedih sebahagian itu dipenuhi dengan isu semasa dan isi yang sama berulang-ulang. . Tetapi Pn Azila tidak putus asa kalau ada masa je belajar, pantang ada masa cuti pergi.. . Lagi-lagi cuti panjang, jadual akan penuh dengan pengajian.. . Tapi lepas jumpa Akademi Pemikiran Turath (APT) ini baru sedar tahap ilmu fardhu ain. Sekadar ikut kuliah tak cukup, kena cari pengajian yang asas dalam topik berbeza yang jadi keperluan seorang muslim. . Seperti ilmu fiqih dari bab air sampai bab umrah, ilmu aqidah kesemuanya, isu darah haid dan nifas, muamalat, sirah dan ilmu penyucian jiwa. Rasa macam banyak belajar dah bila duduk dengan APT ni baru tahu, masih rasa tak tahu apa?! . Itulah luasnya ilmu Allah ni dan Alhamdulillah saya jumpa APT ni tepat pada masa dan sesuai dengan kehendaknya. Kelas pun tak penuh seminggu dua kali. Pengajian pun melalui online je. . Sekarang kalau balik kerja jem pun sempat lagi nak belajar. Rasa lega bila tahu dapat tamat pengajian bila ustaz yang mengajar pun tumpu pada ilmu yang asas dan penting untuk faham. . Yang seronoknya lagi tu, guru pun pengalaman tanya je apa soalan pun mereka boleh jawab dan puas hati. Sape-sape nak join kelas sekarang mereka ada anjurkan Projek Faham Islam iaitu pengajian ilmu fardhu Ain bersiri, belajar 8 ilmu fardhu ain islam. . Berminat? https://akademipemikiranturath.onpay.my/order/form/PFI2024/42 https://akademipemikiranturath.onpay.my/order/form/RAKAMANPENGAJIANAPT/42
نمایش همه...
Projek Faham Islam 2024

Pengajian yang berlangsung pada tahun 2024

👍 9
Bahaya Fahaman Agama Yang Salah Islam tidak pernah mempromosikan keganasan, permusuhan apa lagi tumpah darah yang akan menghapuskan keturunan. Perbahasan Maqasid al-Syariah (tujuan pensyariatan) yang meletakkan penjagaan nyawa (Hifz al-Nafs) dan penjagaan keturunan (Hifz al-Nasl) sebagai antara dharuriyyat (kewajipan) yang perlu diutamakan. Agama yang suci ini menentang keras segala bentuk fahaman yang menjurus kepada terorisme, melampaui batas, pembunuhan sesama manusia. Ilmu yang benar akan membentuk dan mencorak pemikiran yang baik seterusnya menjauhkan diri daripada tercampak ke lembah kehinaan dan tindakan yang merosakkan keharmonian masyarakat dan negara. Pelajari lah agama ini dengan guru yang mursyid yang mampu membawa kita kepada kefahaman Islam yang sempurna agar kita menjadi manusia beriman yang sentiasa berusaha menyebar dakwah dengan faham Islam yang sebenar. https://t.me/kapsul_tazkirah
نمایش همه...
Kapsul Tazkirah

Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.

👍 12
Menelusuri Hidup Masing-masing punya kehidupan tersendiri. Garis masa hidup yang pastinya berbeza mengikut individu. Ada yang direzekikan untuk belajar, maka dia belajar sungguh-sungguh menimba ilmu agar dapat dimanfaatkan dan lebih dekat mengenali Pencipta. Ada pula yang diberi peluang bekerjaya, maka harta yang diperoleh disyukuri dengan menunaikan tanggungjawab dan amanah penyucian harta dengan nafkah, infak dan lain-lain. Juga demi mencari redha Pencipta. Ada yang masih bujang, ada pula yang belum dikurniakan cahaya mata. Ada yang diuji dengan pelbagai ujian kesusahan, ada pula diuji dengan ujian kesenangan. Semua itu berjalan pada garis masa kita, seorang insan. Bersyukur lah setiap waktu dan bersabar lah saban waktu. Tuhan Yang Maha Kasih pasti akan memberimu saat waktu yang paling tepat. Engkau hanya perlu USAHA, DOA dan TAWAKAL. Semoga hidayahNya selalu memandu hati dan minda kita. فإن مع العسر يسرا إن مع العسر يسرا https://t.me/kapsul_tazkirah
نمایش همه...
Kapsul Tazkirah

Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.

32👍 4
Doa senja Jumaat yang mustajab. Berdoa dan berhajat yang baik, semoga Yang Maha Mengetahui dan Maha Mendengar akan memakbulkan 🤲🏻
نمایش همه...
👍 19 12
Islam Agama Rahmah Islam agama yang mempromosi kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan persis maksudnya yang berasal daripada perkataan Salam yang membawa maksud sejahtera. Agama ini tidak sesekali membenarkan kezaliman berlaku di atas muka bumi apatah lagi yang merosakkkan dan menghancurkan keamanan makhluk sejagat. Islam bukan hanya menitik beratkan hubungan makhluk dengan Tuhan akan tetapi hubungan sesama makhluk wajib dipelihara biarpun wujud perbezaan agama, warna kulit, bangsa dan kaum. Nilai keamanan dan keharmonian perlu dipelihara agar manusia dan seluruh makhluk dapat hidup dan menikmati setiap kebaikan yang diciptakan Allah SWT. Larangan mencaci, menghina, memandang rendah, menuduh, memanggil dengan gelaran buruk diceritakan terperinci dalam surah al-Hujurāt membuktikan Islam amat menentang segala bentuk permusuhan sesama makhluk. Firman Allah SWT; يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُوا۟ خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَآءٌ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا۟ بِٱلْأَلْقَٰبِ ۖ بِئْسَ ٱلِٱسْمُ ٱلْفُسُوقُ بَعْدَ ٱلْإِيمَٰنِ ۚ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ “Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” Dengan memelihara tingkah laku, percakapan dan tulisan kita, kesemua ini membantu kepada baiknya hubungan sesama manusia seterusnya menjauhkan daripada berlakunya peristiwa-peristiwa berdarah yang bakal meruntuhkan keharmonian sesama manusia. Semoga Allah SWT terus memelihara Malaysia dan seluruh isinya daripada ancaman musuh dan perancangan jahat makhluk yang berniat jahat. Mari bersama kita hidupkan semula nilai-nilai murni yang menyuburkan semangat perpaduan berbilang kaum menurut acuan Islam tercinta. https://t.me/kapsul_tazkirah
نمایش همه...
Kapsul Tazkirah

Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.

17👍 11
Terima Kasih Cikgu C I K G U C: Cantik budi pekertinya. I: Inovatif praktisnya. K: Kreatif mindanya. G: Garang semangatnya. U: Unggul ilmunya. Kenali Cikgu….. Garang orangnya, itulah Cikgu Disiplin. Penyayang orangnya, itulah Cikgu Prasekolah. Sabar orangnya, itulah Cikgu Pendidikan Khas. Sentiasa ‘cool’ dan tak pernah marah, itulah Cikgu Kaunseling. Petah berucap, itulah Cikgu Besar. Pelik orangnya, itulah Cikgu Pendidikan Seni. Gelap orangnya, itulah Cikgu Pendidikan Jasmani. Warak orangnya, itulah Cikgu Agama. Sopan orangnya, itulah Cikgu Pendidikan Sivik. Berbahasa orangnya, itulah Cikgu Bahasa Malaysia. Berseni bahasanya, itulah Cikgu Sastera. Walau siapa pun seorang Cikgu itu, dia TETAP BERJASA. C I K G U. Bila murid duduk, Cikgu berdiri. Bila murid diseligi, Cikgu pulak kena gari. Murid datang naik BMW 7 siri, Cikgu datang naik Myvi. Murid bila dewasa jadi Somebody, Cikgu pula tetap begini. Namun begitu, di dunia Cikgu berbakti. Semoga di akhirat, syurga tempat Cikgu kekal abadi. Jazakallahu khairan atas jasa Cikgu yang mendidik. Semoga Allah membalas jasa baik Cikgu semua. SELAMAT HARI GURU Guru adalah mualim Guru berkesan adalah seorang Mudaris Guru berjaya adalah seorang Muaddib Guru sebenar adalah Murabbi Guru cemerlang adalah Mursyid Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani https://t.me/kapsul_tazkirah
نمایش همه...
Kapsul Tazkirah

Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.

47👍 15
Photo unavailableShow in Telegram
43🔥 5