Info Rasmi SMK Tinggi BP
رفتن به کانال در Telegram
Informasi dan makluman rasmi SMK Tinggi Batu Pahat bagi tahun semasa untuk semua.
نمایش بیشتر1 441
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
+27 روز
-330 روز
آرشیو پست ها
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Berikut makluman ringkas beberapa perkara untuk rujukan semua ibu bapa dan penjaga serta murid SMK Tinggi Batu Pahat.
A. Program Budaya Al-Quran dan Penghayatan Nilai Murni pada JUMAAT 31 Julai 2026 :
- Bermula esok, Budaya Al-Quran dijalankan semula di Dewan Perdana.
- Penghayatan Nilai Murni kekal di tapak perhimpunan, sekiranya hujan, akan ditempatkan di kantin sekolah.
B. Kenyataan Sebab Tidak Hadir :
- mohon untuk sertakan surat cuti sakit, surat makluman dari ibu/bapa, surat kenyataan sebab dan sebagainya sbg kenyataan rasmi daripada ibu bapa.
- berikan pada hari berikut nya setelah murid hadir dan serahkan kpd guru kelas.
C. Amaran larangan membawa telefon bimbit dan alatan berbahaya :
- kerjasama ibu bapa agar sentiasa membantu pihak sekolah dalam perkara ini.
- sentiasa rujuk dan memberi nasihat serta teguran sebelum murid ke sekolah.
D. Kenderaan di laluan jalan raya berdekatan sekolah :
- sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika menurunkan dan mengambil murid.
- sentiasa perlahankan kenderaan ketika berada di jalan raya berhampiran sekolah.
Sekolah merupakan tempat yang selamat.
Keselamatan murid tanggungjawab kita bersama.
Sekian, makluman bersama.
Unit HEM
SMK Tinggi Batu Pahat
👆 Notis ini berkenaan penutupan jalan di kawasan menghala dan berdekatan sekolah pada SELASA hingga JUMAAT ini.
Sila rujuk perkara di atas, bagi mengelakkan laluan berkenaan dan rancang perjalanan ke sekolah.
Info makluman rasmi ini daripada Majlis Perbandaran Batu Pahat.
🚨 MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN & GANGGUAN LALU LINTAS 🚨
Perhatian kepada semua warga Batu Pahat dan pengguna jalan raya.
Sempena Karnival 25 Tahun Perbandaran Batu Pahat, beberapa laluan di sekitar Dataran Penggaram akan ditutup bagi memastikan kelancaran penganjuran program serta keselamatan orang ramai.
⛔ PENUTUPAN PENUH JALAN
📍 Jalan Pejabat & Jalan Kelab
🗓 28 Julai 2026 (Selasa) hingga 3 Ogos 2026 (Isnin)
🕛 Bermula 12.00 tengah malam, 28 Julai 2026 sehingga 12.00 tengah malam, 3 Ogos 2026.
🚴 PENUTUPAN SEMENTARA
📍 Off Jalan Pejabat (Jalan Menara Jam)
🗓 1 Ogos 2026 (Sabtu)
🕛 Ditutup sepenuhnya selama 24 jam bagi menjayakan Kayuhan 25 Tahun Majlis Perbandaran Batu Pahat dan Kemuncak Sambutan Karnival Perbandaran Batu Pahat.
🚗 Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan di kawasan terlibat.
Pembukaan sepenuhnya Jalan Pejabat & Jalan Kelab adalah pada 4 Ogos 2026 (Selasa).
🙏 Majlis Perbandaran Batu Pahat memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta menghargai kerjasama semua pihak.
#MPBP25Tahun #MajlisPerbandaranBatuPahat #MaklumanTrafik #PenutupanJalan
INFO J-SAFE SIRI 2/2026
CEK BEG ANAK, SEKOLAH LEBIH SELAMAT
Keselamatan murid bermula dari rumah.
Ibu bapa dan penjaga memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak membawa hanya barangan yang diperlukan ke sekolah. Luangkan hanya 2 minit setiap hari untuk memeriksa beg anak sebelum mereka melangkah ke sekolah.
✅ Buka beg bersama anak.
✅ Periksa setiap ruang beg.
✅ Pastikan tiada barang terlarang.
✅ Bawa hanya keperluan pembelajaran.
✅ Berbual dengan anak tentang kepentingan menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan.
🚫 Jangan sesekali membawa ke sekolah:
• Vape atau rokok
• Senjata tajam
• Mercun
• Pemetik api
• Dadah atau bahan terlarang
• Ubat tanpa kebenaran
• Sebarang barangan yang boleh membahayakan murid lain
Sekolah yang selamat bukan hanya tanggungjawab pihak sekolah, tetapi merupakan tanggungjawab bersama ibu bapa, masyarakat dan seluruh komuniti.
Marilah kita berganding bahu membudayakan amalan "Cek Beg Anak" sebagai langkah pencegahan awal demi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, kondusif dan sejahtera untuk semua murid di Negeri Johor.
JPN Johor komited memastikan setiap sekolah kekal sebagai tempat yang selamat, kondusif dan bebas daripada sebarang ancaman.
INFO J-SAFE
Siri perkongsian rasmi JPN Johor bagi memperkasakan budaya keselamatan, kesejahteraan dan perlindungan murid di semua institusi pendidikan negeri Johor.
Tahun Ini, Tahun Kita, Imej Kita.
#JabatanPendidikanNegeriJohor
CUTI UMUM BAGI NEGERI JOHOR SEMPENA HARI HOL ALMARHUM SULTAN ISKANDAR IBNI ALMARHUM SULTAN ISMAIL
Kepada Ibu bapa/ Penjaga dan Murid,
SMK Tinggi Batu Pahat
Adalah dimaklumkan bahawa SELASA, 21 JULAI 2026 adalah cuti umum bagi negeri Johor, sempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.
Sesi persekolahan akan bersambung semula pada hari RABU 22 Julai 2026.
Sekian, terima kasih.
Pengetua
SMK Tinggi Batu Pahat
Makluman rasmi daripada pihak sekolah :
Promosi Pemberian sim kad percuma YES ( Murid & guru )
Tarikh : 23/7/2026
Hari : Khamis
Masa : Rehat
Men Rendah : 9.50 - 10.10
Men Atas :10.25 - 10.45
Tempat : Bilik Acadia Lounge
Keperluan : sila bawa Kad Pengenalan
Sekian, makluman bersama.
Kenyataan Media di atas adalah dirujuk.
*MAKLUMAN HARI CUTI PERISTIWA 13 JULAI 2026*
Kepada Ibu bapa/ Penjaga dan Murid,
SMK Tinggi Batu Pahat
Adalah dimaklumkan bahawa *ISNIN, 13 JULAI 2026 adalah cuti sekolah* sempena *HARI CUTI PERISTIWA NEGERI JOHOR*.
Sesi persekolahan akan bersambung semula pada hari SELASA, 14 Julai 2026.
*Peperiksaan Percubaan SPM pada ISNIN juga ditangguhkan. Pindaan baru jadual Isnin akan dimaklumkan kemudian.
Sekian, terima kasih.
Pengetua
SMK Tinggi Batu Pahat
Repost from Informasi SSTP JPN Johor
JOM TEBUS BAUCER BUKU MADANI!!
Inisiatif Baucar Buku MADANI bernilai RM100 untuk murid sekolah menengah, pelajar Tingkatan 6, Kolej Vokasional, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), pra-universiti, Permata Pintar, matrikulasi dan lnstitut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM). Jangan lepas peluang menebus baucer menggunakan id DELIMa anda. Membaca jambatan ilmu.
Tahun Ini, Tahun Kita, Imej Kita
#SektorSumberdanTeknologiPendidikan
#JohorLeads
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
#TaatSetia
#PendidikanNadiNegara
#kurikulumkita
Youtube rasmi JPNJ : Official JPN Johor
https://www.youtube.com/@officialjpnjohor
Facebook rasmi JPNJ : Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/
Instagram rasmi JPNJ : @jpnjohormedia
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/
YouTube Cikgu Podcast :
https://youtube.com/@cikgupodcast
TikTok Cikgu Podcast :
https://www.tiktok.com/@cikgupodcast
Laman Sesawang rasmi JPN Johor :
http://jpnjohor.moe.gov.my
Kepada : Semua Pengetua/Guru Besar
Sekolah-Sekolah bawah Kementerian Pendidikan
TUAN/PUAN, ### PEMAKLUMAN SEGERA: ARAHAN TINGKATKAN KAWALAN KESELAMATAN DI PINTU PAGAR SEKOLAH, KANTIN DAN PENGAWASAN AKTIVITI MURID
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa komited dalam memastikan institusi pendidikan di seluruh negara berfungsi sebagai ruang pembelajaran yang selamat, kondusif, dan sejahtera. Mengambil kira keutamaan terhadap keselamatan dan kebajikan murid, pihak sekolah diarahkan untuk mengambil tindakan serta-merta bagi memperkukuh kawalan keselamatan di premis sekolah masing-masing.
Sehubungan dengan itu, semua pentadbir sekolah hendaklah memastikan perkara-perkara berikut dilaksanakan dengan tegas dan berterusan:
3.1 *Kawalan Ketat di Pintu Pagar Sekolah* Pihak sekolah perlu memperketat akses masuk di pintu pagar utama. Pengawal keselamatan wajib merekodkan butiran setiap pelawat dan memastikan pintu pagar sentiasa ditutup pada waktu persekolahan berlangsung.
3.2 *Kehadiran Guru di Pintu Pagar Utama (Waktu Datang dan Pulang)* Guru bertugas mingguan wajib berada di pintu pagar sekolah semasa waktu murid datang (pagi/petang) dan waktu pulang. Langkah ini penting bagi mengawal pergerakan fizikal murid, mengelakkan kesesakan trafik, serta memastikan murid disambut dan dilepaskan dalam keadaan selamat di bawah pemantauan pihak sekolah.
3.3 *Pengawasan Rapi di Kawasan Kantin* Guru kantin juga diarahkan untuk membuat pemantauan rapi di kawasan kantin sepanjang waktu rehat murid. Pastikan tatacara keselamatan di kantin dipatuhi bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini seperti pergaduhan, buli, atau kemalangan fizikal. Murid dilarang berada di dalam kelas semasa rehat dan guru bertugas membuat rondaan sekitar kelas semasa rehat.
3.4 *Larangan Aktiviti Tanpa Pengawasan Guru* Murid dilarang sama sekali melaksanakan sebarang aktiviti sama ada di dalam bilik darjah, padang, makmal, bengkel, stor sukan, mahupun kawasan persekitaran sekolah tanpa kehadiran dan pengawasan langsung daripada guru. Setiap aktiviti kokurikulum, sukan, atau amali mestilah dipandu dan diselia sepenuhnya oleh guru bertanggungjawab.
Kegagalan mematuhi arahan pengawasan ini yang mendatangkan risiko keselamatan kepada murid boleh mendedahkan pihak sekolah kepada tindakan tatatertib di bawah peraturan penjawat awam yang sedang berkuat kuasa, serta implikasi perundangan sivil sekiranya berlaku pengabaian. Keselamatan murid adalah tanggungjawab kolektif yang menuntut keprihatinan dan tindakan proaktif menyeluruh daripada seluruh warga sekolah.
Pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan melakukan pemantauan berkala bagi memastikan pematuhan penuh terhadap arahan ini demi kepentingan terbaik murid. Kerjasama dan tindakan segera daripada pihak tuan/puan amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Berikut dilampirkan Surat Makluman Kelas PdPR melibatkan Ting.1 hingga 4. Manakala Ting.5 hingga 6 kekal sesi pembelajaran secara bersemuka di sekolah. Untuk makluman, SMK Tinggi Batu Pahat terlibat sebagai persediaan pusat pengundian PRN Sabtu ini.
Kerjasama semua ibubapa/ penjaga maklum akan makluman rasmi ini.
Sekian, terima kasih.
Pengetua
SMK Tinggi Batu Pahat
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Perhatian buat semua ibu bapa/penjaga.
Kerjasama setiap hari agar dapat memberikan maklumat ketidakhadiran di dalam grup rasmi kelas.
NAMA :
TARIKH :
SEBAB :
Dalam kenyataan tidak hadir, wajib nyatakan secara bertulis kepada guru kelas melalui grup rasmi kelas, dan WAJIB berikan surat cuti sakit, surat kenyataan dan lain-lain dalam bentuk surat pada hari hadir berikutnya.
Tidak lupa juga diucapkan ribuan terima kasih buat semua murid yang hadir pada hari ini. Tahniah !
Sekian, makluman bersama.
Unit HEM
SMK Tinggi Batu Pahat
+1
Pelbagai program di anjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu HSBP dalam menjayakan Bulan Bahasa Peringkat Sekolah 2026.
📢 BULAN BAHASA SMK TINGGI BATU PAHAT 2026 IS FINALLY HERE! 📢
Attention all HSBP-ians! 🔴🔵
Get ready to unleash your talents, speak your mind, and dominate the boards! The English Unit / Panitia Bahasa Inggeris is bringing you five thrilling competitions for this year's language month.
Whether you are a wordsmith, a master strategist, or a powerful speaker, there is a stage waiting for you! 🔥
🏆 THE COMPETITIONS 🏆
1️⃣ POETRY WRITING & RECITATIONE
Express your words & feelings!Show us the power of your pen and your voice.
2️⃣ STORY TELLING (FORM 3)
Unleash your imagination! Calling all Form 3 boys—bring your best tales to life.
3️⃣ PUBLIC SPEAKING
Find your voice, inspire the crowd! Own the stage and captivate the audience with your ideas.
4️⃣ SCRABBLE
Master the tiles and boost your vocab! The ultimate battle of English vocabulary and strategy.
5️⃣ SAHIBBA
The ultimate Malay word challenge! Form the best words and outsmart your opponents on the board.
🔥 WHY YOU SHOULD JOIN:
✨ Merit Points (PAJSK) for participation!
🥇 Exciting prizes for the top winners!
💪 Bragging rights for your class and house!
📝 HOW TO REGISTER:
Don't wait until it's too late!
See your English teachers for more details.
Let's make Bulan Bahasa 2026 unforgettable, boys!
See you at the top! 🚀#HSBP #BulanBahasa2026 #EnglishUnitHSBP #BestariBahasaInggeris #HSBP
