cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

Bangun Bersama

Persatuan Bangun Bersama Kuala Lumpur (PPM-004-14-22072019) Facebook: https://www.facebook.com/bangunbersama.my Instagram: https://www.instagram.com/bangunbersama.my Twitter: https://twitter.com/bangunbersamaMY No. Pegawai Operasi: 01158880508

نمایش بیشتر
اندونيسيا110 372زبان مشخص نشده استدسته بندی مشخص نشده است
پست‌های تبلیغاتی
193
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
اطلاعاتی وجود ندارد7 روز
اطلاعاتی وجود ندارد30 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

Sekitar kelas Projek Tuisyen Kota Raya yang berjalan pada bulan Mei 2022 di enam lokasi. Untuk rekod, sebanyak enam lokasi kelas tuisyen berjalan pada tahun ini iaitu di Kerinchi, Taman Medan, Putra Ria, Pantai Indah, Desa Rejang dan Seri Semarak dengan jumlah pelajar berdaftar melebihi 200 orang. Kesemua pelajar ini menghadiri tuisyen secara percuma dengan inisiatif Bangun Bersama dengan kerjasama banyak pihak terutamanya Pusat Kecemerlangan Ummah (PACU) dan wakil komuniti. Kami menjemput rakyat Malaysia untuk sama-sama berikan bantuan demi menyokong misi kami melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berjati diri. Bantuan dan sumbangan boleh dihulurkan melalui akaun berikut: #BangunBersama #ProjekTuisyenKotaRaya #BangunkanJiwaKotaRaya
نمایش همه...
Wakil Bangun Bersama telah memenuhi undangan Majlis Rumah Terbuka Madrasah Tarbiah Islamiah Apartment Putra Ria pada 26 Mei 2022 dan Majlis Rumah Terbuka DPIM, Kumpulan Awqaf dan Awqaf Holding pada 31 Mei 2022. Terima kasih diucapkan atas jemputan. Semoga dapat mengeratkan silaturrahim dan menghasilkan kerjasama lebih erat dalam pelbagai projek akan datang. #BangunBersama #BangunkanJiwaKotaRaya
نمایش همه...
Kat bandar ni nak cari kelas mengaji biasanya mahal sedangkan belajar al-Quran ni satu kewajipan. Mak ayah pula banyak benda nak kena bayar untuk setiap anak. Jadi kami ambil inisiatif sediakan kelas percuna untuk mereka. Projek Quran Kota Raya. Sekarang dah ada 186 pelajar di lima perumahan PPR dan flat. Kami ingin memohon bantuan tuan/puan sama-sama realisasikan impian kami untuk lahirkan generasi yang dekat diri mereka dengan Quran dengan cara memberi sumbangan. Setiap sumbangan sebenarnya cukup bermakna untuk kami sebagai tanda sokongan tuan/puan. Kami perlukan 200 sokongan hari ni. Link sumbangan dan sokongan kami kongsi bawah ni: https://www.launchgood.com/PQKR
نمایش همه...
RAMADAN CHALLENGE | 5,000 PENYUMBANG UNTUK 20 HARI TERAKHIR RAMADAN Mari berinfaq bersama kami membangun jiwa masyarakat kota raya Kuala Lumpur ✨5,000 Penyumbang ✨20 hari (12 April - 2 Mei 2022) ✨Hanya 1 USD (~RM4.20) “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Riwayat al-Tirmizi) Kami mensasarkan seramai 5,000 penyumbang 1 USD pada 20 terakhir Ramadan ini bagi merealisasikan impian mendidik masyarakat di kota raya Kuala Lumpur dekat dengan al-Quran. Ya, nilai sumbangan 1 USD anda amatlah bermakna bagi kami agar dapat membantu membimbing masyarakat di Kuala Lumpur terutamanya golongan muda supaya dekat dengan kehidupan Islam yang sebenar. Sebarkan jaringan infaq ini kepada rakan-rakan dan kenalan anda supaya kita dapat beramal jariah bersama. Hanya 3 langkah mudah: 1. Pergi ke halaman https://www.launchgood.com/PQKR 2. Sumbang 1 USD sahaja menggunakan kad kredit atau debit. 3. Sebarkan kepada 10 orang kenalan dan keluarga anda Ayuh menyumbang agar kami dapat terus berbakti untuk masyarakat
نمایش همه...
Discover Campaigns on LaunchGood

Muslims are incredible. Let's revive the legacy of innovation to the global generation.

Photo unavailableShow in Telegram
Photo unavailableShow in Telegram
SINERGI NGO DAN KOMUNITI SETEMPAT Van sekolah ini disewa untuk membawa anak-anak dan remaja yang tinggal di kawasan Apartment Putra Ria ke Masjid Ikhlasiah bagi menghadiri program Rehlah Remaja Badar. Pemandu van ini pula ialah Tuan Kamaruddin sendiri. Beliau merupakan pengerusi Madrasah Tarbiah Islamiah Apt Putra Ria. Akhirnya, anak-anak ini dapat menyertai program yang penuh bermanfaat selama dua hari yang dianjurkan oleh pihak Pusat Kecemerlangan Ummah (PACU) dan Bangun Bersama. Beginilah sinergi baik antara masyarakat atau komuniti dengan NGO yang ingin sama-sama membantu membangunkan generasi di kawasan mereka. Saling melengkapi, saling membantu. Tahniah dan terima kasih kami ucapkan kepada semua wakil komuniti dan masyarakat yang sentiasa menyahut dan menyambut baik setiap program yang dianjurkan Bangun Bersama. #BangunBersama #BangunkanJiwaKotaRaya
نمایش همه...
REHLAH REMAJA BADAR Alhamdulillah selesai program Rehlah Remaja Badar pada 16 dan 17 April 2022 yang dijalankan di dua lokasi yang berbeza iaitu Masjid Al Ikhlasiah KL, Pantai Dalam dan Surau Al Khairiyah, Apt Blok C Taman Medan Jaya. Seramai hampir 100 peserta yang menyertai program ini terdiri daripada pelajar-pelajar Projek Tuisyen Kota Raya dan Projek Quran Kota Raya serta remaja di sekitar masjid dan surau. Antara ativiti yang dijalankan: 1. Perkongsian Perang Badar. Sesi perkongsian ibrah daripada sirah perjuangan Nabi Muhamad SAW dan para sahabat dalm peperangan Badar. 2. Aktiviti berkumpulan bagi merapatkan lagi silaturrahim antara peserta serta memupuk nilai murni dan kerjasama dalam diri anak-anak remaja. . 3. Sebelum penutup, aktiviti terakhir yang dilaksanakan ialah Street Dakwah. Para peserta ditugaskan untuk menyampaikan sumbangan tajaan daripada pihak Projek Tuisyen Ummah dan Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah - PACU ke rumah-rumah golongan asnaf di PPR Kerinchi dan Apt Blok C Taman Medan Jaya. Matlamat aktiviti ini adalah untuk memupuk sifat empati anak remaja terhadap golongan yang memerlukan. Bangun Bersama turut memberikan sumbangan duit raya kepada peserta yang menyertai program ini. Semoga sedikit sebanyak akan menceriakan mereka di bulan yang penuh keberkatan ini. Semoga pelajar-pelajar ini mendapat manfaat dan menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara. Insha Allah. Di samping itu, aktiviti yang berjalan diharap mampu mendekatkan para remaja dengan masjid dan surau. Ingin menyumbang? Layari Launchgood.com/PTKR untuk keterangan lanjut. #RehlahRemajaBadar2022 #Bangunbersama #PROTU #KRIMKL #bangunkanjiwakotaraya
نمایش همه...
Free Education Project for Underprivileged Kids | LaunchGood

Free Education (Tuition and Quran class) Initiative for Underprivileged Kids in Urban Communities.

یک طرح متفاوت انتخاب کنید

طرح فعلی شما تنها برای 5 کانال تجزیه و تحلیل را مجاز می کند. برای بیشتر، لطفا یک طرح دیگر انتخاب کنید.