fa
Feedback
𝓢𝓽𝓾𝓭𝔂𝓷𝓸𝓽𝓮𝓼

𝓢𝓽𝓾𝓭𝔂𝓷𝓸𝓽𝓮𝓼

رفتن به کانال در Telegram

Spm kssm notes based on textbook Just search #notesbyfarishaelisa for my handwriting notes in pdf :3 (Mostly based on Science stream subjects) By- @farishaelisa Collaboration with- @spmnotesbyadriana

نمایش بیشتر
8 182
مشترکین
-224 ساعت
-227 روز
-10430 روز
آرشیو پست ها
4. Berikan dua bukti Allah SWT bersifat Al-Jabbar. Dua bukti Allah SWT bersifat Al-Jabbar ialah : 1. Allah SWT memiliki dan menguasai seluruh alam. Semua makhluk berada dalam pemerintahan Allah SWT. 2. Allah SWT tidak boleh dipersoalkan perbuatanNya. Setiap perbuatan Allah SWT mengandungi hikmah yang tersembunyi. 3. Manusia wajib bersifat merendah diri kerana Allah SWT akan mencampakkan makhlukNya yang bersifat takabbur dan bongkak ke dalam neraka jahannam. * pilih mana-mana dua

3. Apakah maksud nama Allah SWT Al-Jabbar ? Maksud nama Allah SWT Al-Jabbar ialah : - Allah SWT Maha Berkuasa secara mutlak untuk melakukan segala kehendakNya.

2. Berikan dua bukti Allah SWT bersifat Al-Muntaqim. Dua bukti Allah SWT bersifat Al-Muntaqim ialah: 1. Allah SWT memberikan pembalasan dengan seksaan neraka terhadap orang yang menolak peringatan Al-quran. 2. Allah SWT menimpakan azab dalam peristiwa Ad-Dukhan iaitu, kaum Quraisy ditimpakan dengan kemarau panjang sehingga debu seperti asap menutup mereka kerana mereka menolak dakwah Rasulullah SAW. 3. Allah SWT memberikan pembalasan terhadap golongan yang menentang agamaNya setelah diutuskan rasul dan diberi keterangan yang jelas. * pilih mana-mana dua

1. Apakah maksud nama Allah SWT Al-Muntaqim ? Maksud nama Allah SWT Al-Muntaqim ialah : - Allah SWT Maha Pembalas dengan menimpakan azab terhadap orang yang melampaui batas.

F4 bidang al-quran tajuk 4 - ☆ LARANGAN RASUAH ☆ Allah SWT melarang manusia mengambil harta orang lain secara batil ( salah ) seperti : - rasuah - judi - merompak - menipu - salah guna kuasa - riba’ - mencuri MAKSUD RASUAH - Sebarang pemberian atau suapan yang bertujuan memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan 4 BENTUK KESALAHAN RASUAH 1. Meminta atau menerima rasuah 2. Mengemukakan tuntutan palsu 3. Menawarkan atau memberikan rasuah 4. Menyalahgunakan jawatan atau kedudukan untuk kepentingan tertentu KESAN PERBUATAN RASUAH - Pemberi dan penerima rasuah akan dilaknat oleh Allah SWT dan RasulNya - Menjadikan seseorang individu hilang harga dan maruah diri - Melumpuhkan ekonomi negara akibat pengurusan yang meningkat - Meningkatkan kes jenayah kerana sikap mementingkan diri sendiri PENGAJARAN AYAT 1. Kita hendaklah menjauhkan diri daripada memberi atau menerima rasuah agar tidak menjadi orang yang zalim 2. Kita hendaklah mencari rezeki yang halal supaya hidup diberkati Allah SWT 3. Kita hendaklah menjauhi perbuatan sumpah palsu agar tidak dimurkai Allah SWT #rasuah

1. Apakah maksud nama Allah SWT Ar-Raqib ? Maksud nama Allah SWT Ar-Raqib ialah : - Allah SWT Maha Mengawasi semua perbuatan dan keadaan makhluk. 2. Berikan dua bukti Allah SWT bersifat Ar-Raqib. Dua bukti Allah SWT bersifat Ar-Raqib ialah : 1. Allah SWT Maha Mengawasi manusia dalam aspek kepatuhan kepada perintah dan larangannya. 2. Allah SWT sentiasa mengawasi manusia dalam aspek hubungan sesama manusia. 3. Apakah maksud nama Allah SWT As-Syahid ? Maksud nama Allah SWT As-Syahid ialah : - Allah SWT Maha Menyaksikan segala perbuatan dan mendengar segala ucapan makhluk serta tiada sesuatu pon yang tersembunyi daripadanya. 4. Berikan dua bukti Allah SWT bersifat As-Syahid . Dua bukti Allah SWT bersifat As-Syahid ialah : 1. Allah SWT Maha Menyaksi dan menghitung segala amal perbuatan manusia. 2. Allah SWT menjadi saksi pembohongan orang-orang munafik. 3. Allah SWT Maha Menjadi Saksi perutusan Rasulullah SAW keatas umatnya. 4. Allah SWT sahaja yang Menjadi Saksi segala perkara yang nyata atau yang tersembunyi. * pilih mana-mana dua.

5. Jelaskan dua pengajaran ayat - Kita hendaklah sentiasa memelihara solat untuk melahirkan individu yang berdisiplin. - Kita hendaklah menunaikan solat dengan khusyuk agar menjadi hamba yang bertakwa. - Kita hendaklah meningkatkan keimanan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangannya. - Kita hendaklah menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia agar dapat meningkatkan kualiti kerja. - Kita hendaklah berusaha untuk menunaikan zakat agar dapat membantu perkembangan ekonomi umat islam. - Kita hendaklah menjaga kehormatan diri supaya diri dan keluarga terpelihara daripada penyakit berbahaya. - Kita hendaklah menjaga amanah dan janji agar integriti muslim terpelihara. * pilih mana-mana dua

1. Senaraikan ciri-ciri mukmin berjaya yang terdapat dalam ayat selain daripada sentiasa memelihara solat. - Beriman kepada Allah SWT - Khusyuk dalam solat - Menjauhi perbuatan dan perkataan yang sia-sia - Menunaikan zakat - Menjaga kehormatan diri - Menjaga amanah dan janji 2. Apakah maksud menjaga kehormatan diri ? Maksud menjaga kehormatan diri ialah : - Menjaga dan mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang diharamkan oleh syarak seperti zina, sumbang mahram dan hubungan seks luar tabie’. 3. Apakah maksud dan contoh zina ? Maksud zina ialah : - Melakukan persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan. Contoh zina ialah : - Persetubuhan haram antara pasangan kekasih. 4. Nyatakan dua akibat salah laku seksual. - Terdedah kepada penyakit fizikal seperti AIDS dan SIFILIS. - Menyebabkan gangguan emosi dan mental. - Hilang kelayakan dalam mewarisi harta pusaka bagi anak tidak sah taraf. - Menyebabkan keruntuhan institusi keluarga. - Menggugat keharmonian hidup bermasyarakat. - Mencetuskan pelbagai perbuatan jenayah. * pilih mana-mana dua

korang dah exam kee ?
Anonymous voting

Bombastic Words in Bahasa Melayu🧸 ‧₊✦ ꒰ #notes ! ˊ˗ ‧₊✦ ꒰ #bahasamelayu ! ˊ˗ 01. obses - terlalu terikut - ikut 02. adiwarna - amat indah 03. pasrah - menyerah 04. potensi - kemampuan 05. penuh iltizam - penuh semangat 06. pesimis - bersikap negatif 07. kolaborasi - kerjasama 08. sarwajagat - seluruh dunia 09. bermusyawarah - berbincang 10. kemaslahatan - faedah 11. deduksi - kesimpulannya 12. hedonism - mementingkan keseronokan 13. heterogen - pelbagai 14. enteng - remeh 15. belenggu - konkongan 16. kemelut - masalah 17. proklamir - pengisytiharan 18. ningrat - orang mulia 19. efisien - berkesan 20. afdal - lebih baik 21. kendatipun - meskipun 22. belasungkawa - ucapan takziah 23. gemulah - arwah 24. mahmudah - terpuji ⊹˚.⋆ @studyyvibes🕊 ˖࣪ °₊♡

PART 2.pdf