fa
Feedback

فریب کلاهبرداران را نخورید! تل‌متریو این کانال‌ها را شناسایی و برچسب‌گذاری می‌کند 👉 برای مشاهده برچسب، اشتراک تهیه کنید

UNIT KESATRIA & KOKURIKULUM UiTM PERLIS

UNIT KESATRIA & KOKURIKULUM UiTM PERLIS

رفتن به کانال در Telegram
6 497
مشترکین
-324 ساعت
-227 روز
-10130 روز
آرشیو پست ها
📢 MAKLUMAN TAKLIMAT KOKURIKULUM PELAJAR BAHARU UiTM CAWANGAN PERLIS Assalamualaikum W.B.T. dan Salam UiTM dihatiku Dimaklumkan kepada semua pelajar baharu UiTM Cawangan Perlis bahawa Taklimat Kokurikulum dan Perjumpaan Pelajar Baharu akan diadakan seperti ketetapan berikut: 📅 Tarikh: 1 & 2 Oktober 2026 ⏰ Masa: 3.00 petang ATAU 5.00 petang 📍 Tempat: * Dewan Seri Semarak * Dewan Cengal * Dewan Kuliah 4 📌 Pembahagian tempat dan masa adalah mengikut kelas kokurikulum masing-masing. Pelajar diminta untuk merujuk kumpulan WhatsApp kelas kokurikulum bagi mendapatkan maklumat masa dan tempat yang telah ditetapkan. 👕 Pakaian: * T-shirt berkolar berwarna putih * Pelajar perempuan: seluar panjang dan tudung hitam * Pelajar lelaki: rambut pendek dan kemas ⚠️ Kehadiran adalah DIWAJIBKAN dan akan direkodkan. Sehubungan itu, semua pelajar baharu diminta untuk hadir tepat pada masa yang ditetapkan serta memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan sesi taklimat dan perjumpaan berjalan lancar. 📌 Sebarang pertanyaan, sila rujuk Unit Kesatria dan Kokurikulum, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Perlis. UNIT KESATRIA DAN KOKURIKULUM BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR UiTM CAWANGAN PERLIS

PERHATIAN ❗❗❗ PERHATIAN ❗❗❗ PERHATIAN ❗❗❗ Mohon kepada semua pelajar yang telah mendaftar kursus kokurikulum PASTIKAN anda telah join group wasap yang disediakan mengikut kumpulan kokurikulum yang kamu daftar. Kegagalan anda menyertai group wasap tersebut boleh menyebabkan anda terlepas info penting yang disampaikan oleh jurulatih. Mohon panjangkan perkara ini kepada rakan-rakan yang lain. Link boleh didapati dalam jadual penawaran kursus yang disediakan. Terima kasih

+1
ISM_SENARAI_KURSUS_KOKURIKULUM_SEP_2026_FEB_2027_21_9_2026.pdf0.65 KB

HEBARAN RASMI SENARAI PELAJAR YANG DITAWARKAN KURSUS KOKURIKULUM ASAS PEMBANGUNAN INSAN (HKR118) BAGI SEMESTER SEPT. 2026 – FEBRUARI 2027 Tahniah diucapkan kepada pelajar baru yang berjaya terpilih mengikuti Kursus Kokurikulum Asas Pembangunan Insan (HKR118) bagi Semester September 2026 - Februari 2027 . Kursus ini dilaksanakan oleh Unit Kesatria dan Kokurikulum, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), UiTM Cawangan Perlis dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam, UiTM Cawangan Perlis. 📋 Tindakan Pelajar Terpilih: 1️⃣ Semak nama anda melalui pautan berikut: 👉 https://sites.google.com/view/kokurikulumuitmperlis/kokurikulum/asas-pembangunan-insan-api-hkr118 2️⃣ Segera buat pendaftaran kursus HKR118 melalui Student Portal. 3️⃣ Sertai kumpulan rasmi WhatsApp kursus bagi mendapatkan maklumat lanjut dan hebahan penting. 👉 Rujuk PDF senarai nama yang berjaya ditawarkan kursus API untuk mendapatkan link group whatsApp. Maklumat mengenai taklimat awal, jadual aktiviti, dan kehadiran wajib minggu pertama akan dimaklumkan dalam kumpulan whatsapp tersebut. Sekian, harap maklum. 📍 Unit Kesatria dan Kokurikulum, HEP UiTM Cawangan Perlis 🤝 Dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam, UiTM Cawangan Perlis #UiTMPerlis #HEPUiTMPerlis #KokurikulumUiTM #AsasPembangunanInsan #HKR118

Assalamualaikum WBT. *TAKLIMAT PENGAMBILAN CALON BAKAL KOMANDER KESATRIA SIRI 62/2026* Tarikh : *29/09/2026 (Selasa)* Masa : *2030H* Tempat : *Dewan Kuliah 5, HEP* Pakaian : _*Sport Attire*_ *Bebas* *Berkolar* 📌 Semua pelajar baru hendaklah berkumpul di *Perkarangan HEP* pada *2015H*. 📌 Semua pelajar baru dikehendaki membawa *buku nota dan alat tulis* 📌 Semua pelajar baru hendaklah mematuhi *Sahsiah Rupa Diri (SRD)*. Dijemput kepada semua pelajar yang berminat untuk hadir ke sesi taklimat yang akan disampaikan oleh pegawai *Unit Kesatria & Kokurikulum*. Harap maklum, terima kasih. *_Yang di-Pertua_* *_Majlis Perwakilan Komander Kesatria_* *_Sesi September 2026 - Februari 2027_*

Assalamualaikum wrt. wbt buat semua pelajar baharu UiTM. 👋 Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas kejayaan anda melangkah ke universiti! 🎓 Saya ingin menjemput siswa siswi yang mempunyai latar belakang hafazan Al-Quran untuk hadir ke Sesi Taklimat & Perkongsian Program Plus Tahfiz UiTM. Sesi ini diadakan bagi memberi pencerahan berkenaan keistimewaan program, termasuk jaminan kemudahan kolej kediaman selama 5 semester, struktur pengajian, serta insentif kecemerlangan huffaz yang disediakan. Kehadiran anda adalah untuk mendengar info program yang ditawarkan manakala keputusan untuk mendaftar adalah terpulang kepada pilihan. Butiran Perjumpaan: 🗓 Tarikh: 28 Sept 2026 ⏰ Masa: 5.45 pm 📍 Tempat : Bilik Seminar 3, Bangunan Al Farabi 2 (bersebelahan Pejabat ACIS / U. Hal Ehwal Islam) Mohon kerjasama untuk mengesahkan kehadiran; Hadir / Tidak Hadir Siswa/siswi juga digalakkan untuk berkongsi maklumat ini bersama rakan-rakan huffaz yang lain. Terima kasih dan jumpa di sana! 😊 Penyelaras Plus Tahfiz Perlis, 0195679457

*JUMAAT | 25 SEPTEMBER 2026* Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. *🎺 PENGAMBILAN AHLI BAHARU IGNITUS REGIMENT 2026 🎺* 📌 Dimaklumkan bahawa *Kor Brassband UiTM Cawangan Perlis* kini membuka peluang kepada pelajar yang berminat untuk menyertai Kor Brassband bagi sesi pengambilan ahli baharu 2026. 📌 Penyertaan ini terbuka kepada pelajar yang berminat untuk menimba pengalaman, mengembangkan bakat dalam bidang muzik dan menjadi sebahagian daripada keluarga Kor Brassband. ✨ *KELEBIHAN MENYERTAI KOR BRASSBAND:* 🏠 Pengecualian bayaran kolej (tertakluk kepada syarat yang ditetapkan). 📌 *PENDAFTARAN KELAS KOKURIKULUM (KOKO)* Terhad kepada 80 orang pelajar terawal sahaja. 📌 Kepada pelajar yang berminat untuk menyertai Kor Brassband, anda dialu-alukan untuk mendaftar dan menyertai group Whatsapp yang disediakan. Group Pengambilan baharu: https://chat.whatsapp.com/L6oqnPLqBB7KEdftNkdGC5?mode=gi_t Sebarang pertanyaan, hubungi: 📞 +60 19-825 8741 — (Ammar) 📞 +60 19-916 1106 — (Ara) Majlis Tertinggi Ignitus Regiment 2026 UiTM Cawangan Perlis Kampus Arau Sesi 2026

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam UiTM Dihatiku *PENGAMBILAN BAKAL KOMANDER UiTM CAWANGAN PERLIS SIRI 62/2025* Anda meminati badan beruniform ? Ingin merasai aktiviti lasak yang menguji ketahanan fizikal dan mental ? Berani sahut cabaran kami ? JOM sertai kami jika anda mempunyai kriteria seperti berikut : ✅ Pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Semester 1 sesi 2026/2027 ✅ Sihat tubuh badan ✅ Mempunyai disiplin diri yang tinggi ✅ Penampilan diri yang baik *KELEBIHAN MENJADI KOMANDER KESATRIA* 📌 Dapat meningkatkan kemahiran insaniah 📌 Pengecualian bayaran kolej 📌 Dapat menyertai aktiviti lasak dan mencabar. 📌 Berpeluang menjadi Pembantu Jurulatih 📌 Ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Kesatria Kepada mahasiswa/i yang berminat, sila isikan maklumat diri melalui link berikut : 🖇️ https://forms.gle/Yax4tYEYcLqqzowr9 Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi 📱 Komander Danish : 011-6463 7829 📱 Komander Amir : 016-646 6279 📱 Komander Faris : 017-419 9612 Sila layari laman Instagram kami 📸 : https://www.instagram.com/lionsquadperlis?stkn=MWppbTJwNXNwMzh6bA== 🦁 *_LIONSQUAD TOUGH AND FEARLESS_* 🦁

📢 HEBAHAN PENTING: PENAWARAN KURSUS & JADUAL WAKTU KOKURIKULUM (SEPT 2026 - FEB 2027) 🗓️ Perhatian kepada semua pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda, sila rujuk hebahan rasmi mengenai senarai Kursus Kokurikulum Yang Ditawarkan beserta Jadual Waktu Kokurikulum bagi semester September 2026 - Februari 2027 menerusi saluran rasmi kami di bawah. ⛺🏃‍♂️ 📌 Dapatkan maklumat penuh di sini: 📘 Facebook: [https://www.facebook.com/share/1bWLmGhNWN/] 📲 Telegram: [http://t.me/kouitmperlis] 🌐 Website: [https://sites.google.com/view/kokurikulumuitmperlis/anjung] 🎉 Selamat mendaftar kepada semua pelajar! 💻✅ Dikeluarkan oleh: Unit Kesatria dan Kokurikulum, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UiTM Cawangan Perlis. 21/9/2026 ✨

[MEMO PEMAKLUMAN PENDAFTARAN KURSUS KOKURIKULUM] 📢 Pendaftaran Kursus Kokurikulum Semester Mac - Ogos 2026 🌐 Platform: Student Portal 💻 Website Rujukan: https://sites.google.com/view/kokurikulumuitmperlis/kokurikulum/penawaran-kursus-semester Jadual Latihan : https://sites.google.com/view/kokurikulumuitmperlis/kokurikulum/jadual-latihan-semester 📌 Perhatian kepada semua pelajar! Pendaftaran kursus kokurikulum bagi Semester Mac - Ogos 2026 akan dilakukan secara atas talian melalui Student Portal. Sila rujuk senarai kursus yang ditawarkan dan info grafik proses pendaftaran sebelum membuat pilihan. ✅ Pilih kursus berdasarkan semester yang ditawarkan ✅ Semak kriteria sebelum mendaftar ✅ Daftar dan join group WhatsApp kumpulan 📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Seksyen Akademik, Unit Kesatria dan Kokurikulum (04-9882407) atau Pejabat 04-9882363. Terima kasih. Unit Kesatria dan Kokurikulum Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Perlis

Senarai Kursus Kokurikulum Terkini - 30/03/2026 Mohon untuk pastikan semua pelajar telah mendaftar dan join group wasap yang disediakan. Sebarang permaslahan boleh menghubungi Unit Kokurikulum di talian 04-9882363 / 04-9882427 / 04-9882407

+1
IJAZAH_SENARAI KURSUS KOKURIKULUM MAC - OGOS 2026.pdf1.97 KB

📢 *𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐎𝐊𝐔𝐑𝐈𝐊𝐔𝐋𝐔𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐒𝐓𝐄𝐑 MAC – OGOS 𝟐𝟎𝟐𝟔* Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Dimaklumkan kepada semua pelajar UiTM Cawangan Perlis bahawa senarai kursus kokurikulum yang ditawarkan bagi Semester Mac - Ogos 2026 telah disediakan. 🔔 Perhatian: Kehadiran latihan adalah WAJIB dan dikira dalam penilaian kursus. Pelajar perlu mematuhi jadual latihan yang telah ditetapkan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui saluran rasmi Unit Kokurikulum. Kerjasama dan komitmen semua pelajar amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. *𝐔𝐧𝐢𝐭 Kesatria 𝐊𝐨𝐤𝐮𝐫𝐢𝐤𝐮𝐥𝐮𝐦 | 𝐁𝐇𝐄𝐏 𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐂𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐬*

Jemput semua pelajar rebut peluang ini.. semuanya dibiayai. Daftar segera..