cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

BANK INSPIRASI MOTIVASI - KHALIL ISMAIL

Berkongsi tanpa henti. Berkongsi seikhlas hati ❤️ Follow dan support social media saya yang lain. beacons.ai/khalilhjismail WhatsApp : wasap.my/60173069831

نمایش بیشتر
ماليزيا40 380زبان مشخص نشده استدین و مذهبی100 342
پست‌های تبلیغاتی
455
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
اطلاعاتی وجود ندارد7 روز
-130 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

Sacrifice / Berkorban Berapa ramai yang antara kita sanggup berkorban untuk mendapatkan sesuatu perkara? Berapa ramai yang antara kita faham tentang makna pengorbanan itu? Hidup ini kita memerlukan pengorbanan sama ada kecil atau besar, kerana disitulah terletaknya kesungguhan untuk mendapatkan sesuatu kejayaan. . . Selamat Hari Raya Aidiladha! 😊 #KhalilKongsi
نمایش همه...
MASALAH/STRESS Segelas cawan yang berisi air apabila kita memegangnya selama 10saat, kita tak akan rasa apa-apa. Namun apabila kita memegang cawan tersebut selama seminit, mungkin kita sudah rasa sedikit lenguh. Jika memegang cawan tersebut selama sejam, mungkin kita boleh mengalami kekejangan otot. Begitulah sama dengan masalah/stress yang kita tanggung. Walaupun nampak kecil tetapi semakin lama ditanggung bebannya semakin bertambah teruk kesan dan akibatnya Segeralah berjumpa dengan mereka yang boleh membantu seperti kaunselor dan dekatkanlah diri dengan Maha Pencipta. #KhalilKongsi
نمایش همه...
Masa sesi melambai-lambai peserta naik bas dan pulang ke sekolah mereka, ada datang seorang peserta ke arah saya. Dia cakap, "Terima kasih cikgu sebab kongsikan ilmu. Mohon halalkan ilmu tersebut dan izinkan saya kongsikan ilmu tersebut." Dalam hati saya, "Apa benda ya aku kongsikan dengan dia." 😆 Sebab peserta tersebut bukan kumpulan yang saya jaga selama tiga hari dua malam dalam program tersebut. Baru teringat saya ada buat sesi perkongsian pada hari pertama program bersama mereka. . . Ilmu itu boleh dikategorikan kepada dua jenis; 1. Must know 2. Good to know Must know atau mesti tahu ialah ilmu bermanfaat yang perlu/wajib diketahui oleh pelajar/peserta kita. Senang cerita, ianya memang ada dalam silibus atau modul yang kita sampaikan. Good to know atau baik untuk mereka tahu ialah ilmu yang bermanfaat juga tapi hanya sekadar baik untuk mereka tahu. Mungkin ianya perkara yang tiada dalam silibus atau modul tapi ianya hanya ilmu tambahan kepada pelajar/peserta. Oleh itu, sebelum mengajar maka kategorikan terlebih dahulu topik-topik itu kepada 'must know ' dan 'good to know'. --------------------------------------------------- Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, "Jika matinya seorang anak adam maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga perkara iaitu (1) sedekah jariah, (2) ilmu yang bermanfaat dan (3) doa anak yang soleh." [Riwayat Muslim no.1631] #KhalilKongsi
نمایش همه...
Bila berbicara tentang 'peluang', maka ada beberapa perkara yang perlu kita ambil maklum iaitu; 1. Peluang yang kedua pasti ada, namun peluang itu tidak semestinya dengan peluang yang pertama. 2. Bila mana orang tidak memberikan kita peluang, maka ciptalah peluang itu. 3. Hari ini, esok dan hari seterusnya merupakan peluang untuk kita menambahbaik hari yang semalam dan yang lepas. 4. Peluang itu merupakan tapak-tapak pilihan yang kita telah buat untuk melakukan perubahan. 5. Peluang itu juga ada waktunya untuk kita terus ambil, kerana barangkali itulah peluang kita yang terakhir. 6. Usah takut mengambil peluang yang ada, melainkan kita berani menghadapi kegagalan. 7. Peluang untuk kita berjaya itu tidak sama seperti orang lain, maka bijaklah dalam merebut peluang. #KhalilKongsi #motivation #motivasidiri
نمایش همه...
Bismillah. Ada Empat Perkara yang Kita Boleh Buat Setiap Hari. 1. Betulkan niat. - sesungguhnya setiap amalan dengan berniat. Jika niat kita itu betul dan baik, maka baiklah. Jika tidak, maka sebaliknyalah. Niat yang betul, insyaAllah akan dipermudahkan oleh Allah swt. 2. Hari ini mesti lebih baik dari hari semalam. - ya setiap hari, sudah pasti kita mahukan yang terbaik. Jika seorang salesman semalam dapat menjual 50 produk, maka hari ini sudah tentu dia inginkan jualannya meningkat contohnya 60, 80 atau 100. Oleh itu, kembali semula kepada point pertama ialah niat. InsyaAllah moga tercapai niat dan target kita itu. 3. Doa yang baik-baik - tanpa doa atau 'bercakap' dengan Tuhan, kita sukar nak mendapatkan sesuatu perkara. Maka berdoalah! Angkatlah tangan dan mohonlah segalanya kepada Tuhan. Dalam Islam, doa itu umpama senjata orang mukmin. 4. Berbuat baik dengan orang lain - jika ada kenalan/saudara-mara kita yang ditimpa musibah, maka segerakanlah membantu mereka. Bantu mudahkan kerja orang lain, sebarkan salam dan senyum. InsyaAllah manfaat itu kita pun dapat, orang lain seronok dan kita pun seronok. #KhalilKongsi #inspirasipelajarcemerlang
نمایش همه...
𝑫𝒊𝒓𝒊𝒘𝒂𝒚𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒐𝒍𝒆𝒉 𝑨𝒃𝒖 𝑼𝒎𝒂𝒎𝒂𝒉 𝑹𝑨, 𝒃𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂 𝑹𝒂𝒔𝒖𝒍𝒖𝒍𝒍𝒂𝒉 𝑺𝑨𝑾 𝒕𝒆𝒍𝒂𝒉 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒂𝒃𝒅𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒎𝒂𝒌𝒔𝒖𝒅: ❞𝑺𝒆𝒔𝒖𝒏𝒈𝒈𝒖𝒉𝒏𝒚𝒂 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝑺𝑾𝑻, 𝒑𝒂𝒓𝒂 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒊𝒌𝒂𝒕 𝒅𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒎𝒖𝒂 𝒑𝒆𝒏𝒅𝒖𝒅𝒖𝒌 𝒅𝒊 𝒍𝒂𝒏𝒈𝒊𝒕 𝒅𝒂𝒏 𝒅𝒊 𝒃𝒖𝒎𝒊, 𝒔𝒆𝒉𝒊𝒏𝒈𝒈𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒎𝒖𝒕 𝒅𝒊 𝒔𝒂𝒓𝒂𝒏𝒈𝒏𝒚𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝒊𝒌𝒂𝒏 (𝒅𝒊 𝒍𝒂𝒖𝒕𝒂𝒏) 𝒑𝒂𝒔𝒕𝒊 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒆𝒍𝒂𝒘𝒂𝒕 (𝒎𝒆𝒏𝒅𝒐𝒂𝒌𝒂𝒏) 𝒌𝒆𝒃𝒂𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒈𝒊 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒂𝒋𝒂𝒓𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒃𝒂𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂❞. [𝑹𝒊𝒘𝒂𝒚𝒂𝒕 𝒂𝒍-𝑻𝒊𝒓𝒎𝒊𝒛𝒊, 𝒏𝒐. 𝑯𝒂𝒅𝒊𝒕𝒉 2609] #KhalilKongsi
نمایش همه...
👍 1
Tuan/Puan boleh bantu saya ke? Saya nak minta bantu doakan emak saya yang sekarang berada di wad ICU atas sebab masalah pernafasan. InsyaAllah moga Allah permudahkan segala urusan kita semua. 😊
نمایش همه...
1
Jika kita tidak dapat sesuatu perkara, usah marah, kecewa dan putus asa. Boleh jadi, ianya sebab Tuhan nak menyelamatkan kita daripada perkara yang buruk dan tidak bermanfaat. Boleh jadi, perkara yang kita nak ambil itu sebenarnya hak orang lain. Sentiasa bersangka baiklah dengan semua. Boleh kan? 😊 #KhalilKongsi
نمایش همه...
1
Ibu ayah yang susah nak meminta maaf dan mengucapkan terima kasih akan beri kesan pada anak-anaknya. Anak-anak pun akan susah nak meminta maaf dan mengucapkan terima kasih. #KhalilKongsi #SMARTParenting
نمایش همه...
5 Tanda Anak Kita Dah Mula Jadi Raja Kepada Mak Ayahnya Kredit : NotaTaufiqRazif . Banyak sangat yang saya jumpa mak ayah yang dikawal oleh anaknya tanpa dia sendiri sedari. Ni tanda-tandanya bila anak dah mula naik kepala dan jadi raja pada mak ayahnya : . 1. Mak ayah mula jadi overprotective ▪ Anaknya tak boleh disentuh dan taknak anak susah langsung! ▪ Sifat melindungi ni bagus sebab itu memang fitrah mak ayah yang Tuhan dah bagi tapi kalau dah melampau sangat tu namanya Helicopter Parenting. ▪Anak yang datang daripada Helicopter Parents ni biasanya akan jadi manja melampau, tak pandai berdikari dan mudah mengalami masalah cemas ( anxiety ) bila dah dewasa nanti . 2. Mak ayah tak pernah cakap TAK BOLEH kat anak ▪ Semua benda mak ayah tu terpaksa tunaikan sebab anak meragam tak berhenti bila permintaan tak ditunaikan ▪ Padahal sifat meragam tu muncul sebab anak dah tahu dah bila meragam je mak dan ayahnya akan kalah dan tunaikan permintaannya . 3. Mak ayah bagi je semua makanan yang anak minta ▪ Mak ayah tu dah tak boleh bezakan antara real food dan jajan ▪ Semua makanan yang tak sihat mula memenuhi peti ais rumah masing-masing kerana mak ayah tu tak mampu tolak kemahuan anak-anak ▪ Padahal jajan tu penuh dengan kalori tetapi kosong nutrisi . 4. Mak ayah tak boleh dengar anak menangis ▪ Mak ayah tu jadi gelabah dan gelisah sangat kalau anak menangis ▪ Akhirnya mak ayah tu tunaikan segala kemahuan anak. Padahal tangisan anak tu adalah tangisan manipulatif ▪ Tangisan manipulatif ni bukan tangisan yang real pun. Tangisan manipulatif adalah tangisan yang dibuat-buat kerana anak tahu tangisan tu berjaya membuatkan mak ayahnya tunduk dan patuh pada segala kemahuannya! . 5. Smartphone mak ayah selalu berada di tangan anaknya ▪ Kalau sekali sekala tak apa. Yang bahayanya sampaikan 24 jam smartphone tu berada di tangan si anak ▪ Akhirnya anak menjadi ketagih dan mula tak dapat kawal emosi ( lack of self control ) bila berjauhan dengan smartphone mak ayahnya . . Pssst. Benda ni tak ramai mak ayah yang tahu tau. Tolong sebarkan pada mak ayah yang belum tahu ye. #KhalilKongsi #Parenting
نمایش همه...
Nota Parenting Taufiq Razif

Nota Eksklusif Tentang Parenting dan Kekeluargaan