"Cikgu, saya pernah terima komen begini kat post saya; `Bosan la follow kau, asyik menjual je'.
Apa perlu saya buat? Saya tengok cikgu pun ada menjual, tapi followers makin bertambah," tanya seorang kawan pada aku.
Aku senyum. Pandang muka dia lantas berkata,
"Bang. Pergi buka peti sejuk rumah abang. Berapa ekor ikan yang ada dalam peti tu dia sedekahkan?
Pergi buka pula almari baju anak-anak. Berapa helai baju anak-anak kita yang tukang kondem tu belikan?
Buka pula Tupperware gula, berapa butir gula yang ada dalam bekas itu dia tu bagi?"
Aku pandang dia. Dia pandang aku. Saling berpandangan kemudian diam membuku.
"Ada?" soalku bila sama-sama diam ni.
Dia geleng kepala.
"Jadi buat apa nak terasa dengan kata-kata dia. Orang akan terus berkata, kondem dan tidak setuju dengan kita. Sedangkan sebutir beras pun tidak pernah dia bagi kat kita.
Persetan saja orang macam tu. Jalan terus. Ini hidup kita. Setiap bil yang sampai kat rumah kita, bukan dia yang bayarkan," kata aku lagi.
"Tapi cikgu...."
Belum habis dia cakap terus aku potong,
"Bab hilang followers, usah dirunsing. People come and go. Hilang satu, kita cari seribu.
Sebab itu sangat penting kita belajar bagaimana nak tulis content di media sosial. 'Content is King'.
Belajar susun setiap posting kita. Apa yang perlu dikongsi, apa yang tidak perlu.
Bagaimana nak bina kolam, bagaimana nak kumpul ikan, bagaimana nak bagi umpan dan masa mana nak tebar jala.
Semua itu perlu ilmu. Bukan main redah sahaja. Sehari abang post 20 iklan, memang la orang bosan.
Gambar Dp pula gambar kucing, status sendiri tak pernah tulis, set pula friend only, tiada penulisan dan perkongsian bermanfaat, bagaimana nak timbulkan trust pada pembeli dan bagaimana nak orang suka dengan penulisan kita?
Menulis status pula dengan ejaan yang tak betul, guna singkatan, memang akan menjatuhkan kredibiliti.
Sesiapa yang ada ilmu tentang content dan amalkan, nescaya dia akan dapat hasil yang lumayan. Belajarlah. Bergurulah.
Masuk ke kelas. Join seminar dna sebagainya. Usah sayang nak labur beratus ringgit atau beribu ringgit untuk ilmu yang akan beri pulangan jutaan ringgit pada kita jika kena dengan gaya.
Tahukah kalian, saban tahun sahabat saya Tuan Khairul Hakimin Muhammad yang juga digelar Master Content Kesayangan Negara menghabiskan lebih kurang 60k untuk join seminar dan kelas membangunkan media sosial?
RM60,000 setahun tuan puan. Dan beliau sentiasa update ilmu dari tahun ke tahun. Bukan dah join satu kelas terus mendiam sahaja.
Beratus ribu beliau habiskan. Pulang dari kelas terus beliau buat semua ilmu yang dipelajari. Dan pulangannya memang berpuluh kali ganda lah.
Paling penting, setiap ilmu yang kita dapat kita terus BUAT. Aku ulang, dapat ilmu terus BUAT. BUAT, BUAT, BUAT sampai JADI!
Jika memang tidak mampu nak join kelas, follow saja influencer-influencer Fb yang ternama dan ada kredibiliti. Tiru cara mereka, ambil ilmu yang mereka sering kongsi.
Ingat, dapat ilmu terus BUAT!
BUAT SAMPAI JADI.
Dapat sesuatu? #SHARElah kat orang lain juga.
Ingat ya. Setiap kali orang sindir, buka Tupperware beras. Kira berapa biji beras yang orang tu bagi.
Kalau tak ada, rempuh saja. Tapi jangan rempuh membabi buta. Rempuhlah dengan ilmu didada.
#MFS
- Pedulikan kata orang, setiap bil yang sampai kita yang kena settlekan -
.
Cikgu Mohd Fadli Salleh, 6hb Disember 2019.