fa
Feedback

فریب کلاهبرداران را نخورید! تل‌متریو این کانال‌ها را شناسایی و برچسب‌گذاری می‌کند 👉 برای مشاهده برچسب، اشتراک تهیه کنید

Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

رفتن به کانال در Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Khairul Hakimin Muhammad

کانال Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 34 993 مشترک است و جایگاه 277 را در دسته بازاریابی و PR و رتبه 907 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 34 993 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 14 اکتبر, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -351 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر 0 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 8.05% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً 3.24% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 2 819 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 1 134 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994”

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 15 اکتبر, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته بازاریابی و PR تبدیل کرده‌اند.

34 993
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
-1067 روز
-35130 روز
آرشیو پست ها
photo content

photo content

Self publicity (bergambar dengan orang kenamaan, ikon, idola, artis, pemimpin, usahawan berjaya, mufti, imam). Hanya 5% sahaja (ia termasuk dalam posting “side”. Lagi 95% up content. #TipsContentKHM

Posting Kehidupan yang tak perlu ada elemen peribadi: 1. Jika nak cerita hal masak apa, tulis resipi. Orang bukan tahu kita sedang masak kepada yang tersayang. Ambil gambar makanan, step by step. Itu akan beri impak positif kepada audien. Ada banyak cara, bento kepada anak, bekal kepada suami, boleh jadi ada resipi setiap hari. Walau bisnes kosmetik, tulis resipi adalah termasuk dalam posting kehidupan, ia ok. 2. Jika keluar dari rumah mahu makan di kedai bersama keluarga. Tak perlu selfie sekeluarga. Cukup buat ulasan kedai tersebut, makan apa, tulis apa yang dihidang, apa yang bersih, parking bagaimana dan lokasinya. Itu impak positif kepada audien. 3. Di rumah, anak selalu ada masalah belajar. Namun kita tahu tips dan teknik nak beri dia fokus. Tulislah posting itu tanpa perlu sebut pun nama anak, tanpa perlu letak pun gambar anak. Itu adalah impak positif kepada audien. 4. Tips sidai baju, lipat baju, susun baju, organize baju. 5. Organize dapur, guna elemen tupperware dan sebagainya. 6. Kalau pandai deko, cerita bagaimana konsep dan sebagainya. Semua boleh. 7. Tips mengaji, belajar, senangnya didik anak begitu begini semua boleh sahaja kongsi. 8. Janji ada impak positif kepada audien. Ingat, elemen peribadi bermaksud perkara-perkara yang sangat rapat dengan kehidupan kalian seperti kisah dalam bilik tidur, gambar anak-anak, gambar isteri / suami. Ada banyak elemen dalam rumah yang boleh ditulis tanpa perlu ada elemen peribadi, ia mesti beri sesuatu kepada yang membaca. Apabila dia sudah baca, dia rasa terisi dengan ilmu, rasa boleh buat terus dan ada perasaan untuk cuba. Itulah impak positif kepada audien. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Tenang-tenang tulis.

Personal Branding di Media Sosial. 1. Dalam 4 posting sehari, 3 post kehidupan, 1 post sahaja bisnes. 2. Akaun personal ialah medan kehidupan. Akaun page = bisnes. 3. Kalau ada bisnes kosmetik, tak perlu bersusah payah nak bangunkan semua hal kosmetik. Buat post dalam kehidupan seharian, bagaimana guna, video make up, tips cara pakai dan untuk iklan, fokus sahaja kepada 2 jenis (hard sell dan soft sell). 4. Personal branding di media sosial berbeza dengan orang yang sudah dikenali sebelum ada media sosial dan orang yang baru nak up. Orang dah dikenali, bolehlah sembang kata kena up pasal bisnes dia hari-hari. Orang yang baru nak up, ia perlu dapat trust dahulu. Sembang banyak pasal bisnes, orang nak follow pun takut apatah lagi nak beli barang. 5. Personal branding lebih rendah kekuatannya berbanding company branding. Namun 2-2nya boleh naik seiring dengan baik. Orang yang mahu menaikkan diri dalam bidangnya di media sosial, kena sembang juga hal kehidupan, barulah ada kepercayaan tinggi. Kalau hari-hari tak habis tentang tips, berjual, kempen beriya sana sini, tak mahu ada posting yang mahu buktikan dia wujud seperti manusia biasa, berhati-hatilah. Orang yang tak mahu reveal kehidupannya, boleh jadi dia itu sendiri adalah palsu. Apatah lagi postingnya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Storyteller, Traveler, Tips Tulis Content dan Memasak.

Hai semua, kami ada buat sales hari ini! 4 buku harga asal RM90. Sekarang RM50 sahaja, FREE KURIER! Klik link ini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/bukukhm

Sedikit tips Penulisan Berpengaruh yang saya amalkan dari tahun 2015 dan kini mempunyai lebih 188,000 pengikut. 1. Ejaan Betul. Tidak kira kalian siapa, santai atau rojak atau biasa, tulislah dengan ejaan yang betul tanpa 1 singkatan pun. Ejaan yang bagus akan membantu menaikkan kredibiliti, memberi kefahaman yang baik dan membantu ‘see translation’ berfungsi dengan sempurna. 2. Perkataan biasa. Sebaiknya guna perkataan yang biasa. Tidak perlu sampai menulis dengan perkataan canggih dan bombastik hingga akhirnya memberi orang lain sukar untuk faham. 3. Beri ayat yang tepat. Tak perlu panjang lebar memberi penerangan. Sekiranya boleh diringkaskan dan sudah memberi kefahaman, terus titik noktah. Panjang-panjang nanti akan jadi membebel. 4. Satu lagi hal membebel iala banyaknya pengulangan perkataan yang sama di dalam 1 perenggan. Elakkan. Ia akan tambah bosan orang membaca. 5. Pastikan 4-5 baris ayat, buat perenggan. Ia mesti ada ruang antara 1-1 perenggan itu supaya ia memudahkan orang membaca menggunakan telefon bimbit. Ingat, 90% pengguna media sosial, guna telefon bukan laptop. 6. Pastikan tulisan kita beri impak positif kepada audien. Jika tidak, sukar benar mereka ingin klik butang share. 7. Tenang dalam menggunakan perkataan. Sama ada marah, gelisah atau teruja, pilih perkataan yang sesuai. Dilarang sama sekali berkasar, mencarut dan sebagainya. 8. Tulis perkara yang kita mahir, suka dan sudah kaji. Jika tidak, kita akan dapat soalan yang kita sendiri tidak tahu jawapannya. 9. Jika ingin banyak share (untuk naikkan follower), tulis perkara yang banyak titik persamaan di antara kita semua. Jika tulis perkara rare, orang akan keliru dan kita sahaja yang akan faham. 10. Untuk dapat like dan komen (bagi naikkan enggagement) tulis perkara yang menghiburkan orang. Audien yang tersenyum biasanya akan setia. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Content Developer.

2 JAM SAHAJA LAGI! Kemudian harga kembali normal ke RM97! Kalau sesiapa kenal Dr. Taufiq Razif, beliau hari ini beri harga RM50 sahaja untuk 3 ebook Parenting beliau. Rugi tak beli! Ianya sangat bagus untuk ibu bapa seperti kita. Dan ianya berbaloi menjadi rujukan kita semua. Menjadi emosi ibu, emosi anak-anak, semuanya ditulis dengan teliti di 3-3 ebook ini, sebelum tengah malam ini harganya hanya RM50 sahaja! Esok kembali ke harga asal. Dapatkannya di sini ya: https://proparenting.onpay.my/order/form/go2/100

Kita memahami maksud kaya dengan banyaknya perbezaan. Dan ianya menjadi ketenangan apabila kita berlapang dada dalam suasana yang kita bina. 1. Seorang guru mungkin tidak kaya harta, namun mereka ini kaya dengan anak murid, rakan sekerja dan penuh dengan doa-doa dari banyaknya generasi. 2. Seorang doktor mungkin tidak kaya dengan masa. Mereka ini sering sahaja kaya dengan pengalaman, yang mana menyelamatkan, merawat dan membantu orang yang sakit sentiasa memberikan mereka ini terus sihat dan berkhidmat kepada ramainya orang. 3. Orang yang berniaga (Majikan - pemilik bisnes) mungkin kaya dengan wang dan harta. Dan mereka punya kekayaan ini adalah hasil dari kekayaan bangun pagi, kehidupan yang tersusun dan tak pernah berhenti berusaha. Orang bisnes, masanya juga adalah wang. 4. Pekerja yang bekerja kepada majikan atau kerajaan mungkin tidak kaya seperti orang bisnes. Namun mungkin mereka ini kaya dengan masa keluarga dan anak-anak. 5. Pelajar biasanya tidak kaya dengan wang dan masa. Namun pada waktu ini mereka kaya dengan kawan-kawan, pengalaman dan kekayaan budi menuntut ilmu. Tak perlu bergaduh perli sesiapa bab kaya. Kita boleh sahaja kaya kata-kata dan kaya adab dengan sentiasa mendengar mereka bercakap tentang kelebihan masing-masing. Jika ada yang berbeza, telanlah. Dia dan kita takkan pernah sama. Sama ada dia lebih atau kita yang kurang, itu normal. Berusahalah mengubah diri jika kita mahu lebih kaya dari apa yang kita ada sekarang. Apapun, kaya dengan ibadah adalah kewajipan yang sentiasa kena ada pada setiap 5 jenis kekayaan di atas. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Mahu kaya dengan sabar. Huhu.

Hai semua! Hari ini Lazada, Shopee semua buat sales, saya juga turut serta. Saya jual ebook dari Dr Taufiq Razif. Ada lagi 12 jam untuk grab 3 ebook parenting dengan harga RM50 sahaja. Kalau tak harganya RM97! https://proparenting.onpay.my/order/form/main-downsell-bp/100

Buat semua Affiliate, ini bukan Link Kalian. Kalian perlu ambil link di akaun kalian sendiri.

8 jam dah berlalu

Bermula sekarang 12 tengah malam, sampai 11.59 malam esok, harga ebook kombo ini hanya RM48 sahaja! Ini linknya ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/ebookkhm11-11

Beberapa jam sahaja lagi kami akan buka link untuk pembelian ebook content (kombo 2 ebook) dengan harga RM48 sahajaaaaa

photo content

Mana yang tak sempat itu hari nak beli Ebook Parenting Dr Taufiq Razif dengan harga RM60 kerana harga dah kembali ke RM187. Cuba klik link ini. Mana tahu ada rezeki masih dapat harga RM60 tu. hihihi. Rahsia tauuu. https://proparenting.onpay.my/order/form/main-downsell-bp/100

1. Kebanyakkan orang yang sering bercakap kasar, mencarut dan sering marah, adalah orang yang tak boleh ditegur. 2. Dikatakan, sekiranya kita menulis 1 kali sahaja dengan ayat maki hamun di media sosial, kita akan sangat tidak rasional terhadap apa yang kita dengar dan baca, selalu tidak faham situasi dan apa sahaja masalah walau ia sekecil kuman akan jadi perkara besar. Untuk rawat itu semula akan ambil masa sekurang-kurangnya 4 jam untuk kembali rasional. 3. Media sosial, ruang komen bersifat teks. Sekiranya kita komen secara kasar, mencarut, menghina dan berkata buruk, otak kita akan dikuasai oleh elemen negatif. Dan itu akan menyukarkan kita berfikir secara rasional, teks adalah perkataan yang kita bina melalui minda, ia adalah sebuah proses yang kompleks dan kita akan ingat bertahun-tahun. 4. Orang yang kerap marah terhadap 1-1 hal, akan menyebabkan organ dalam badannya mudah gagal, darahnya sering naik turun dengan tidak seimbang dan otak serta badannya sering stress. 5. Kebiasaannya orang-orang ini tak berani untuk menggunakan akaun media sosial yang real. Dia sendiri meletakkan dirinya dalam mood “selamat” kerana ingin melakukan perkara yang tidak baik seperti di atas. Kita pilih kita mahu komen yang bagaimana. Untuk nak menegur orang buat salah dan silap, boleh sahaja menegur dengan ayat baik dan perkataan yang baik-baik. Marahlah, tegaslah. Namun tidak guna perkataan kasar, carut dan maki. Ianya bukan sahaja merosakkan orang yang dihamun, namun ia sedang menjadi penyakit kepada yang sedang marah. Begitulah. Semoga kita dapat kawal diri di media sosial. Ada benda kita boleh kutuk, ada benda kita kritik dan belajar. Khairul Hakimin Muhammad, Komen positif sahaja!

23 minit lagi! Klik link di atas ya kalau nak dapatkan 2 ebook itu berharga RM60!

Tinggal beberapa jam lagi nak dapatkan EBOOK ini dengan Harga RM60!! Harga asal ialah RM189 kawan-kawan. 1. Mudahnya Kawal Emosi Ibu. 2. Mudahnya Kawal Emosi Anak. 2 E-Book ini sangat bagus bagi mereka yang dah berkeluarga. Dan semua kena baca. Emak ke, ayah ke, baca belaka. Baru boleh tahu dan hadam bagaimana nak handle hal rumah tangga sebaiknya terutama hal anak-anak. Jika kalian nak dapatkan, kalian boleh terus klik link ini ya: SAMPAI 12 TENGAH MALAM INI SAHAJA HARGA RM60! https://proparenting.onpay.my/order/form/main-downsell-bp/100 https://proparenting.onpay.my/order/form/main-downsell-bp/100 https://proparenting.onpay.my/order/form/main-downsell-bp/100

10 Bukti Yang Anda Sedang Membuang Masa. 1. Menanti-nanti inspirasi. - untuk dapatkan inspirasi, ia bukan datang bergolek. Kalian perlu bangun dan berbuat. Jika duduk sesaja, memang taklah. Ia mesti dalam bentuk tindakan. Inspirasi akan datang apabila kalian buat silap atau berjaya. Silap = baiki. Berjaya = bantu orang. 2. Risau apa yang orang lain fikir. - tak habis-habis fikir apa yang orang lain fikir tentang kita. Ia biasanya jadikan kita terperuk dalam bilik atau rumah. Tak bertindak dan jadi pengecut kepada fikiran sendiri. Bangun! Lawan dan usahakan sesuatu! 3. Kuat Merungut. - Jika kalian kuat komplen. Kena cek diri sendiri. Orang yang suka merungut biasanya mulut sahaja jalan. Diri sendiri tidak. Dan dia sendang buang masa untuk repair, untuk bantu dan untuk tolong. Jenis menjerit dan menyuruh sana sini. Sendiri buat? No. Tak ada, kemudian komplen komplen komplen. 4. Cuba untuk puaskan hati semua orang. - Tak berhenti nak buat itu ini untuk semua orang. Menjadikan ianya akan tercicir di mana-mana. Hilang fokus dan kemudian akan sesat dalam perjalanan sendiri. Relaks, dan buat perlahan-lahan untuk diri dan orang terdekat dahulu. 5. Kuat bandingkan diri dengan orang lain. - Ini 1 hal. Melihat competitor itu bagus. Belajar apa yang mereka buat juga bagus. Namun membanding kekuatan sampai tak perasan diri itu lemah bukan main itu yang jadi hal. Ia biasanya akan jadikan kita down dan malas nak teruskan perjuangan. Stop! Fokus bina tentera, pasang strategi untuk menang. 6. Ulang kesilapan. - Ini eloklah kena penampar. Kalau pernah buat 1-1 kesilapan, kemudian tak belajar dan ulang lagi dan lagi. Kau bukan sahaja membuang masa. Malah kau buang duit, tenaga dan segala yang kau laburkan. 7. Terlalu perfectionist. - Yang ini akan menjadikan kalian slow ya amat. Sikit-sikit nak repair. Sikit-sikit salah sana salah sini. Tak mahu teruskan kalau ada secubit pun perkara yang tidak memuaskan hatinya. Kadang-kadang, kena bulldoze. Buat sahaja dan tengok hasil. Kemudian, repair repair repair. Barulah belajar dari kesilapan. Oh ya, bulldoze with brain okeh. 8. Tidak susun keutamaan. - Jika jenis main belasah semua benda. Asal tersangkut, masa itulah akan terganggu semua perancangan. Kalau susun mana dulu yang priority dan sebagainya. Ia akan memudahkan kerja! 9. Jenis Takut Gagal. - Bila takut gagal, sahihlah tak mahu mencuba. Dan bila tak mencuba, tak tahu hasil dan takkan belajar mana salah silapnya. Aduhlah. 10. Tidak hidup untuk diri sendiri. - Jenis tak habis-habis nak please orang lain. Diri sendiri tak merasa hasil. Kena marah, kena maki kena macam-macam sampai diri sendiri down dan depress. Lalu hati jadi mati dan buang masa memberi kekayaan kepada orang lain. Sendiri miskin. Begitulah. Bangkit kawan-kawan! Khairul Hakimin Muhammad, Kita lawan! Masa itu duit okeh. Lambat seminit, rugi beribu! Bangun!