fa
Feedback

فریب کلاهبرداران را نخورید! تل‌متریو این کانال‌ها را شناسایی و برچسب‌گذاری می‌کند 👉 برای مشاهده برچسب، اشتراک تهیه کنید 👈

Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

رفتن به کانال در Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Khairul Hakimin Muhammad

کانال Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 35 071 مشترک است و جایگاه 276 را در دسته بازاریابی و PR و رتبه 897 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 35 071 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 08 اکتبر, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -308 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -20 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 10.03% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً 3.05% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 0 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 1 072 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994”

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 09 اکتبر, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته بازاریابی و PR تبدیل کرده‌اند.

35 071
مشترکین
-2024 ساعت
-1017 روز
-30830 روز
آرشیو پست ها
💪💪💪
💪💪💪

Jika kalian perasan, mana-mana individu yang punya pengikut di laman sosial merupakan mereka yang ketengahkan minat dan bakatnya berbanding kehidupan peribadinya. Untuk mendapatkan pengaruh, kalian tulis apa yang kalian suka dengan syarat ia ditulis dengan pecahan 95% sebagai perkara umum (ilmu) dan 5% sebagai pendapat dalam kehidupan kalian. Contoh, saya tulis resipi yang mana 95% isinya ialah fakta dan ketepatan dalam teknik memasak. 5% pula saya masukkan elemen membebel, tambahan tips dan punchline. Berbanding kalian ambil gambar lima menu yang telah siap dimasak di atas meja dan tulis caption "Siap masak, jemput makan." Ingat kawan, untuk dapatkan pengikut, gunakan minat, hobi, kesukaan serta apa sahaja yang kalian lakukan sebagai terapi diri sendiri sebagai perkara yang boleh diketengahkan di media sosial. Ia boleh jadi komersil dan kalian akan disuluh oleh pelbagai medium untuk dipasarkan. Kemudian lihatlah kehidupan kalian berubah selepas itu. Lebih banyak kita berkongsi, lebih banyak kita mendapat. Sifir mudah Tuhan dalam hal-hal rezeki. Cubalah.

Bersembang Dengan Orang Bisnes https://ift.tt/2EpQpgC

Tinggal 10 Seat lagi untuk #BootcampContentMarketing di #JohorBharu hujung minggu ini. Harga asal #RM1499 kini hanya #RM999 sahaja sempena #YearEndSales. Ini adalah bootcamp terakhir ya! Selepas ini tiada lagi. Lekas daftar sekarang dan kita buat sales juta-juta gais! Klik sini ya! https://bykhm.onpay.my/order/form/yes_cmb2019 https://bykhm.onpay.my/order/form/yes_cmb2019 https://bykhm.onpay.my/order/form/yes_cmb2019 Jika ada masalah, hubungi 0139249877 atau 0193505175 ya.

20 Perkara Tentang Facebook https://ift.tt/2tm6tOc

Salam semua! Sekiranya anda ada team atau kawan-kawan yang juga suka hal content dan marketing di media sosial, kalian boleh sebarkan link ini ya: https://t.me/ContentKHM Ke Group Whatsapp, Facebook atau mana-manalah yang kalian okey! Silakan ya! Lagi ramai lagi seronok kita di sini! Terima kasihhh!

Akaun Facebook (Personal) untuk yang baru nak bina personal branding ialah: 1. Menggunakan nama manusia. Tak kisahlah nama timangan, nama komersil, nama manja dan sebagainya. Yang penting nama manusia macam orang lain. 2. Meletakkan gambar cover dengan gambar kehidupan biasa. Bukan produk atau perkhidmatan. Ia akan buat audien berundur dari nak follow, takut kalian berjual lebih banyak dari bercerita tentang kehidupan. Nak menjual, gunakan posting. Bukan tepek iklan di ruangan view profile. Rugi orang tak mahu follow. 3. Gambar profil mesti seorang. Lagi cantik jika besar (dari paras dada hingga kepala). Jika berdua, akan keliru, ramai lagilah pening. Jika dengan kucing, oklah. 4. Bahagian bio, letak 2-3 minat, bukan hashtag produk atau syarikat, nak letak boleh bab kerjaya namun di bahagian working. 5. Letakkan kerjaya kalian di bahagian about, termasuklah kalian jadi ejen atau dropship apa-apa. 6. Susun posting kehidupan lebih banyak dari posting menjual. Ia bagus dalam menambah crowd (pengikut baru). 7. Buat posting dengan menaikkan nilai diri seperti mengeja dengan betul, gunakan tatabahasa dengan betul serta pastikan ada impak positif kepada audien. Ingat, untuk audien. 8. Elak menulis perkara yang mendatangkan kemarahan orang seperti hal politik, rasis, mengejek serta apa sahaja kaitan dengan permusuhan kaum, bangsa dan agama. 9. Rajin-rajin berkongsi kebaikan. 10. Hanya cerita perkara baik yang dilalui. Yang tidak, disimpan sendiri baik-baik. Tak perlu bawa ke media sosial. Paling bagus ialah jika sedih, gelisah, marah dan kecewa, elak dari bermain Facebook. Begitulah. Jika sudah ada 25,000 pengikut ke atas, sudah boleh letak elemen bisnes di bio dan cover. Itu tandanya kalian sudah dikenali. 25,000 = influencer. Khairul Hakimin Muhammad, Penulis naskhah Best Seller, Rahsia Bapa Viral Kebangsaan.

4 cara hidup setiap hari dengan relaks, tenang dan happy. 1. Pandang kisah lama, belajar dan berterima kasih kepada Allah kerana ujian-ujian tersebut. 2. Terus maju ke hadapan, berusaha, berdoa dan sentiasa percaya kepada Allah. 3. Tengok sekeliling, pandang segala apa yang kita ada, dan sentiasa bersyukur kepada Allah. 4. Sentiasa lihat diri sendiri, kelemahan diri, perbaiki, repair untuk mencari cinta Allah. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Ya Rabb, alhamdulillah. Baru sampai Dubai, lagi 3 jam ke Kuala Lumpur

photo content

Tanya Pada Diri Sendiri https://ift.tt/38n5TQ3

Yang belum sempat hadir ke kelas, atau dah datang pun dan masih perlu rujukan, dapatkan 5 ebook content saya berharga hanya #RM199 sahaja. Harga asalnya ialah #RM431. Sekarang masih lagi musim Year End Sales. Jadi lekas-lekaslah rebut. Ada 5 buah, semuany berkait dan akan dapat bantu kalian bina follower dari 0 ke ratus ribu orang, juga menjana jualan hingga jutaan ringgit. Beli di sini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/yes_komboeb https://bykhm.onpay.my/order/form/yes_komboeb https://bykhm.onpay.my/order/form/yes_komboeb

photo content

Ini kempen negara maju (USA, England, Jepun - sekadar contoh) tentang budaya membaca: 1. Buku = Jadi Kaya. 2. Banyak membaca = Banyak Harta. 3. Ada perpustakaan di rumah = orang kaya. 4. Ada TV besar di rumah = orang miskin. 5. Sikap yang baik, merendah diri dan berakhlak datang dari orang banyak membaca. 6. Membaca 10 muka surat sehari adalah untuk kerjaya penting 10 tahun akan datang. 7. Buku = roh seseorang tentang kehidupan. 8. Tidak membaca, kebodohan abadi (yang ini macam kasar ja). 9. Membaca buku, majalah serta komik akan menyediakan anda kunci kepada banyaknya lorong kekayaan. 10. Membaca menjauhkan manusia dari depress dan stress. Ok power. Khairul Hakimin Muhammad, Kena membaca.

Sekiranya mahu muat naik status ke Facebook, fikir semula tentang: 1. Adakah ia beri impak positif kepada diri sendiri? Jika ya, teruskan. 2. Adakah ia beri impak positif kepada audien (friends dan follower)? Jika ya, teruskan. Antara yang menjadikan impak negatif dalam satu-satu posting ialah perkara yang boleh menjadikan pergaduhan, perbalahan, bantaian, kesipuan serta apa sahaja bentuk penulisan yang ada nilai kemarahan dan keburukan di dalam ruang komen. Ingat, fungsi like, komen dan share hanya untuk perkara kebaikan sahaja. Facebook membawa pendamaian. Tidak ada butang unlike disediakan. Like perkara yang kalian suka, komen baik-baik dan kongsilah perkara yang bawa kesan positif kepada kehidupan.

Mengapa para pemimpin, doktor, jurutera, pendiri bisnes, usahawan berjaya, ikon dalam bidang tersendiri, elitis, anak cemerlang, suka membaca? 1. Sentiasa berjumpa dengan ilmu baru, benda baru. 2. Mengasah otak untuk lebih cergas, lebih cerdas dan lebih aktif. Otak perlu senaman seperti tubuh badan. Tidak bersenam (membaca), minda akan menjadi perlahan dan banyak “penyakit”. 3. Membaca akan berjumpa dengan perkataan, ia membantu pertuturan, latihan minda dalam bentuk perbincangan dan kematangan membuat keputusan. 4. Mereka ada sentiasa segar dengan ilmu, berbual tentang idea dan selalu bercakap tentang fakta daripada memberi pendapat. 5. Jika mereka memberi pendapat, pendapat mereka ada hujah yang tepat dilengkapi banyaknya fakta. 6. Kebanyakan mereka super duper sibuk, namun mereka akan berusaha membaca sekurang-kurangnya 5-20 muka surat sehari. Sebulan, 300 muka surat = 1 buku (atau lebih). 7. Beranggapan tabiat membaca adalah “me time” yang sangat bermanfaat berbanding aktiviti lain. 8. Kebanyakan mereka bersetuju denagan pepatah inggeris yang mengatakan “orang miskin ada tv 50 inci, orang kaya ada perpustakaan di rumahnya.” Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kena baca!

YEAR END SALE! CONTENT MARKETING BOOTCAMP DISKAUN RM500! https://ift.tt/364LnBQ

Viral Yang Penuh Ilmu. https://ift.tt/2DKWYds
Viral Yang Penuh Ilmu. https://ift.tt/2DKWYds

Mula Dari Kosong https://ift.tt/2Re6AFy

10 perkara paling kritikal dalam menyusuri jalan kejayaan ialah: 1. Jika setuju, maka berbuatlah kerja. 2. Jika tidak setuju, maka sebutlah depan-depan. 3. Jika berjaya, raikan bersama-sama. 4. Jika gagal, buat lagi sama-sama. 5. Jika ada yang khianat, belajar merendah diri. 6. Jika ada yang memuji, bersabar dalam gembira. 7. Jika ada yang tumbang, yang lain siap sedia. 8. Jika ada yang diculik oleh yang lagi besar, yang lain perlu berpegang tangan. 9. Jika akhirnya semuanya gagal, maka salinglah berkawan. 10. Dan jika dihujungnya sebuah kejayaan, bawalah itu sebagai pahala membantu yang lain pula. Khairul Hakimin Muhammad, Semoga bermanfaat, selamat malam semua!

Makan Malam Amal Cinta Syria Malaysia-CSM https://ift.tt/2R9EdrP