fa
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

رفتن به کانال در Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Khairul Hakimin Muhammad

کانال Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 35 135 مشترک است و جایگاه 278 را در دسته بازاریابی و PR و رتبه 897 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 35 135 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 06 اکتبر, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -293 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -12 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 8.67% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً 3.05% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 0 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 1 072 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994”

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 07 اکتبر, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته بازاریابی و PR تبدیل کرده‌اند.

35 135
مشترکین
-1224 ساعت
-827 روز
-29330 روز
آرشیو پست ها
Ustaz jiran saya kata ada 4 benda kecil yang mempengaruhi rezeki kita esok, lusa dan seterusnya ialah: 1. Kalau orang dah nak masuk simpang atau masuk ke Lorong kita, kita sengaja lajukan kereta, sedangkan kita boleh je beri dia laluan. Memberi laluan adalah perkara kebaikan, sudah tentunya membuka banyak pintu rezeki. 2. Kalau anak kita panggil berkali-kali, namun kita sibuk dengan bersembang dengan orang lain dan memarahi anak yang tidak tahu apa-apa itu serta suruh mereka tak perlu kacau beborak. Sedangkan kita boleh sahaja jawab sesaat “ya sayang, ada apa?”. Menyantuni anak-anak adalah perkara yang disukai oleh Tuhan, mereka antara yang tidak berdosa dan juga sudah tentunya menyebabkan kita juga disayangi Allah. 3. Nampak sampah namun mengendahkannya. Mengutip serta membuang sampah adalah perkara yang sangat baik untuk komuniti. Perkara tersebut akan menjadikan tempat bersih dan selesa. Itu adalah kebaikan dalam beragama. Sudah tentunya dibalas dengan kebaikan dan banyaknya kunci rezeki. 4. Memberi sahaja kepada yang meminta di meja, kerusi, saat kita sedang duduk mengadap rezeki (makan atau minum), ada RM10, kasi. Ada RM1, kasi tanpa prejudis. Ajar hati tentang memberi supaya kita sendiri mendidik untuk jadi pemurah. 4 perkara ini adalah perkara remeh yang kita biasa buat. Kita tak perasan yang anak duk panggil itu adalah rezeki. Kita juga tak pernah peduli tentang sampah yang ada di hujung kaki kita. Itu sampah orang, dan buat apa kita kena bantu. Namun, berbuat segala kebaikan ini, akan dibalas balik segalanya direct oleh Allah. Kita duk berharap sangat manusia duk tengok kita buat, supaya kita dapat habuan, padahal yang paling penting ialah hadiah dari Allah itulah yang paling utama. Dan bab itu, jujurnya kita tak terfikir pun apabila kita berbuat. Sekadar spontan, dan akhirnya membuka kepada banyaknya pintu rezeki. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kena belajar semula tentang ikhlas. Huhu

photo content

Link Pemberian Percuma Ebook 118 Idea Menulis Content sudah ditutup. Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapatkannya! Gunakan ia sebaiknya yaaaaa

3 Laman Web super bagus untuk dibaca selalu: 1. www.thevocket.com 2. www.fakulti.com 3. www.says.com

Sudah 8 hari saya tak kongsikan tips menulis content di wall saya kerana saya beri ebook 118 Idea Tulis Content dengan percuma. Kalian mahu saya kongsikan semula semuanya di sini dan di wall FB?
Anonymous voting

Semoga yang belum sihat, Allah sembuhkan. Semoga yang berusaha keras, Allah bukakan banyaknya pintu rezeki dan semoga yang sedang berjauhan, Allah bantu untuk mereka kembali dekat-dekatkan. Amin.

1 jam terakhir gaisss! Lekass! Lepas 12.00 tengah malam harganya naik ke RM89! Lekas dapatkannya sekarang! RM69 sahaja. 101 T
1 jam terakhir gaisss! Lekass! Lepas 12.00 tengah malam harganya naik ke RM89! Lekas dapatkannya sekarang! RM69 sahaja. 101 Tips Pandai BerFacebook! Klik sini sekarang gais https://bykhm.onpay.my/order/form/101tipsfb https://bykhm.onpay.my/order/form/101tipsfb https://bykhm.onpay.my/order/form/101tipsfb

Rupanya ramai antara follower saya yang suami bekerja di tempat lain, isteri di tempat lain. Ada anak bersama suami, ada anak bersama isteri. Ada juga anak bersama keluarga ibu bapa di kampung. Mari doakan supaya mereka ini terus tabah dan kuat. 🤍

3 jam sahaja lagi gais! Selepas ini harga akan naik semula ke harga asal, RM89! Bayangkan ebook 100 muka surat ini hanya RM69
3 jam sahaja lagi gais! Selepas ini harga akan naik semula ke harga asal, RM89! Bayangkan ebook 100 muka surat ini hanya RM69 sahaja sekarang. Saya tahu kalian sudah dapatkan ebook 118 Idea Menulis Content dengan percuma, namun kalian kena tahu ebook ini akan membantu kalian pergi lagi jauh dalam dunia menulis di Facebook. Lekas gais! 101 Tips Pandai BerFacebook, hanya RM69 sahaja sekarang. Tepat 12.00 tengah malam, harganya kembali ke RM89. Klik sini segera! https://bykhm.onpay.my/order/form/101tipsfb https://bykhm.onpay.my/order/form/101tipsfb https://bykhm.onpay.my/order/form/101tipsfb

Yang belum mendaftar Affiliate, kalian boleh semak email mana-mana pembelian (termasuk email akses ke ebook yang diberi percuma 118 Idea Menulis Content), ada link pendaftaran di situ.

Siapa yang sudah mendaftar sebagai Affiliate KHM, lekas masuk ke Group FB rahsia ya. Ini linknya: https://www.facebook.com/groups/1346392865537769/?ref=share

Sama-sama kita doakan keluarga rakan kita yang dijangkiti Covid-19 lekas-lekas sembuh ya. ❤️❤️

PEMAKLUMAN BERITA PALSU.pdf.pdf1.19 KB

Harga RM297 itu sehingga 6hb April sahaja ya kawan-kawan. Selepas itu ia kembali ke harga asal, RM397. Lekas ya. Klik link di atas segera 👆👆🙏🙏

Prof. Dr Muhaya membuka batch ke-3 Transformasi Kebahagiaan dan Kejayaan (Prof Dr Muhaya Circle) sekarang. Apabila kalian dah
Prof. Dr Muhaya membuka batch ke-3 Transformasi Kebahagiaan dan Kejayaan (Prof Dr Muhaya Circle) sekarang. Apabila kalian dah jumpa mesej ini, terus daftar ya. Takut terlepas batch yang ini. Klik sini segera ya. Harga sekarang hanya RM297. Klik lekas: https://bit.ly/2JsptPY

Situasi semasa jangkitan wabak COVID-19 pada 30 Mac 2020. • 91 kes telah discaj • 156 kes baharu • 94 kes positif dirawat di
+4
Situasi semasa jangkitan wabak COVID-19 pada 30 Mac 2020. • 91 kes telah discaj • 156 kes baharu • 94 kes positif dirawat di ICU (62 kes memerlukan bantuan pernafasan) • 3 kes kematian

Ada kawan saya di sini keluarganya terkena jangkitan Covid-19
Anonymous voting

EDARAN_UMUM_KETAHUI_SIAPA_ANDA_DALAM_RANTAIAN_WABAK_COVID_pdf.pdf6.83 KB

Semasa mengambil kelas #StoryTelling menggunakan Surah Yusuf di London tahun lepas, ada satu bahagian yang diberitahu cikgu kami untuk kami betul-betul fokus. Ia adalah tentang emosi semasa menulis. 1. Mesti dalam keadaan sudah bertenang. Jika sedang memandu, sedang bekerja, sedang buang air, sedang mandi, sedang penat, sedang marah-marah, hanya perlu buat catatan kecil, tak perlu terus tulis sampai siap. 2. Ia adalah kerana boleh jadi tulisan tersebut tidak beri impak seperti yang kita mahu. 3. Dari catatan tersebut, mula menulis apabila sudah rasional, maksudnya sudah tenang, dah relaks, bangun awal pagi, atau pilih waktu yang kita selesa. 4. Disiplinkan diri untuk menulis berapa patah perkataan sehari. Jika yang ini tiada, tiadalah apa yang nak ditulis. 5. Fikiran kita adalah apa yang kita baca. Segala perkataan yang kita mahu luahkan, mesti diamil dahulu, prosesnya ialah membaca. Tidak baca, tidak jumpa perkataan, jadi takkan boleh menulis. 6. Buku yang sering buat kita rasional ialah novel kemasyarakatan, novel kehidupan (tentang kejayaan seseorang) dan novel kehidupan kanak-kanak / remaja. 7. Sekiranya kita bimbang apa yang kita selalu ingat nak tulis, namun kita sentiasa sibuk, mulakan dengan menulis catatan kecil di telefon / buku 555. Ia menjadi dengan sangat baik. 8. Rasional bermaksud kita sudah bertenang. Jika menulis tanpa rasional, kita akan tersalah pilih perkataan, tersalah maksud boleh jadi memberi tersalah fahaman. 9. Di dalam Surah Yusuf, Allah menyusun cerita yang lengkap, 12 elemen penceritaan (ordinary world, call to adventure, refusal of the call, meeting the mentor, crossing the threshold, tests - allies- enemies, approach the inmost cave, ordeal, reward, the road back, resurrection, return with the elixir) ini disebut sebagai #TheHeroesJourney. Dan modul ini digunakan oleh Steven Spielberg, Plot Harry Potter, serta banyaknya filem Pixar. 10. Di dalam The Herous Journey, dikatakan cerita yang paling lengkap ialah kisah Rasulullah (selawat). Sekiranya sudah selesai membaca kisah Nabi Yusuf, perbanyak baca Sirah Nabi, kita akan dapat banyaknya ketenangan bagaimana teknik Nabi (selawat) bercakap dan bercerita. Ingat ini kawan-kawan, menulis #Content dan Story Telling dengan tenang akan beri impak positif yang super duper kuat. Dan banyaknya faedah yang akan kita berbagi sesama kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Story Teller.

Namun hari ini, saya duk dengar yang seorang tua yang sudah bertongkat, suka sangat pergi ziarah hampir setiap hari ke 2-3 rumah anak yatim dan rumah orang tua yang dibinanya kemudian pada setiap waktu maghrib dan isyak, beliau akan duduk sahaja mendengar kuliah. Lebih beliau suka ialah kisah sirah. Kata beliau, “Duit dah tak beri makna hari ini. Apabila sampai satu usia, hutang dah selesai, adik-beradik pun semua dah ok, tinggallah kita ini sahaja dengan Tuhan. Dan berharap kali ini Allah dengar pula rintihan hati kita. Semoga Allah ampunkan dosa, matikan kita dengan baik dan dapat masuk syurga.” Dan saya pula duk menangis. Entahlah jadi ke tidak buat buku kalau begini emosinya. Doakanlah kami ya. Ya Rabb, kadang-kadang rasa mahu berhenti buat kerja ini, kadang-kadang juga ada terbit rindu. Namun menjadi pendengar kemudiannya menulis kepada orang lain untuk kalian baca, juga sebuah kebahagiaan dalam hal berkongsi. Sungguh. Semoga adalah manfaatnya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Dengarkan kami Ya Rabb.