fa
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

رفتن به کانال در Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Khairul Hakimin Muhammad

کانال Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 35 303 مشترک است و جایگاه 275 را در دسته بازاریابی و PR و رتبه 890 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 35 303 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 21 سپتامبر, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -251 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -13 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 8.63% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً N/A% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 0 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 0 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 22 سپتامبر, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته بازاریابی و PR تبدیل کرده‌اند.

35 303
مشترکین
-1324 ساعت
-617 روز
-25130 روز
آرشیو پست ها
photo content

Kemaskini, Tiktok saya sudah 800 follower okeh. Ada 1 video dapat 17k view. Dah tahu sikit-sikit ni nak main macam mana. Tunggu, kau tungguuu. Haha gitu eksaited. Akaun Tiktok saya https://vt.tiktok.com/ZSR2B8BeW/

Lewat malam tadi apabila saya tulis tentang mindset, ada yang bertanya bagaimana pula jika perkara yang kita down itu berpunca dari duit. Kita tak ada duit macam mana nak beli itu ini. Baik begini gais. Saya juga pernah alami benda sama. Cuma saya nak cerita tentang seorang adik student ini: 1. Beliau terkandas di rumah sewa masuk bulan ke-7 bertiga dengan rakannya. Ke tiga-tiganya bukan orang senang. 2 daripadanya ada motorsikal dan dia tiada. Pergi ke kelas memang menumpang kawan-kawan. 2. Sepanjang 7 bulan ini, tak ada duit. Duit pinjaman pelajaran masih belum masuk. Jadi mereka bertiga buat misi selamatkan diri sendiri. Nampak lucu tapi best. 2 daripadanya yang ada motorsikal ada buat Grab, namun hasil tak banyak kerana tempat mereka terlalu ramai orang yang buat. 3. Mereka belajar di Youtube cara nak buat samosa. Korek duit dan beli bahan nak masak. Berjaya buat walau tak sedap mana kata mereka. Mereka jual kepada jiran. Buang malu, buang segan, bawa ke rumah jiran ada tak nak beli 5 biji RM2. Minggu pertama terjual 11 bekas = 55 biji. = jadi dapatlah RM22. Minggu ke-2 terjual hampir 40 bekas. Dan minggu ke-3 turun pula ke 30 bekas. Namun sepanjang ramadan, mereka dapat tempahan sekitar 100 bekas sehari, malah malam raya puasa baru ini tempahan mereka dapat ialah sebanyak 300 bekas. Bagaimana saya tahu cerita mereka, sebab salah seorangnya adalah dropship saya. Masuk ke team kami nak belajar teknik berniaga. Dengan kami beliau berjaya dapat RM1,356 bersih sepanjang puasa itu hari. Dalam masa sama, beliau juga jual samosa dengan kawan-kawannya. Kawan-kawan, Saya hanya boleh beri jalan, nak buat, kalian yang kena bangun dari tempat duduk dan berbuat. Ini saya boleh bantu: - kena kuatkan mindset untuk bangun dari tempat sekarang. Bergerak dan berbuat. Yang ini dapat dipecahkan, maka yang lain akan lebih senang. - kemudian, pecahkan sifat malu. Lantakkan apa orang kata. Benar student mungkin tak segan sangat, kita dah bekerja, ada kereta sedap tiba-tiba hilang gaji bagai. No worries gais, buang semua itu, kita semua sama sekarang, semua sedang struggle dengan cara masing-masing. Bangkit dan lawan sifat malu tersebut. Cari jalan nak cari pendapatan. - duit adalah makhluk yang boleh dicari. Letak itu dalam kepala. Jangan disempitkan dengan perkataan "susahnya" "payahnya" "peninglah nak cari duit." Jangan! Teruskan berusaha dengan cakap "hari ini insya-Allah dapat RM50, hari ini Allah bantu untuk aku makan, hari ini aku berusaha lagi untuk aku bantu orang lain pula. Kawan-kawan, ubah cara berfikir okeh. Kita berusaha sampai kita dapat hasil. Perjalanan memang sakit, penat, perit. Namun pasti ada jalan. Saya yakin kita semua semakin ramai sudah divaksin, walau kes tinggi, saya yakin akan ada sinar dihujungnya. Bersangka baik dengan Allah, pasti kita semua dapat kebaikannya semula. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad. Semua orang struggle. Bismillah.

photo content

Follower Dr Mazliana Mazlan. Facebook: 61,700. Instagram: 60,000. Walaupun Dr Mazliana seorang Dr perubatan, namun beliau menyusun contentnya dengan membina posting makanan sihat. Ada sahaja setiap hari posting-posting menarik. Resipi yang sedap dan paling penting senang dibuat. Beliau hadir ke kelas saya beberapa tahun lalu dan kini beliau sendiri mengakui kehidupannya berubah sejak beliau mempunyai sejumlah follower dan mudah untuk meneruskan bisnesnya. Kita sendiri kena pegang stereng marketing kan? Jadi itulah kita kena lakukan. Tahniah Puan Dr! Hari isnin ini saya akan kongsikan bagaimana kita nak sentiasa ada posting. Saya akan share tips dan trick bagaimana nak buat bank content. Bagaimana nak susun posting sehingga dari 1 topik boleh bina 1,000 posting. Jadi setiap hari kita ada banyaknya posting bermanfaat. Idea sentiasa ada! Follower bertambah dan kita senang nak buat jualan. Sertai kami jom. Tak dapat tonton live, boleh tonton rakaman okeh. Kelas hanya RM65 sahaja! Tinggal 190 seat sahaja lagi. Klik sini: https://onecookies.onpay.my/order/form/kcmb_og https://onecookies.onpay.my/order/form/kcmb_og https://onecookies.onpay.my/order/form/kcmb_og

photo content

Soalan: Saya hanya ada 200 friend dan belum ada follower, macam mana nak dapat share banyak-banyak? Jawapan: Tenang. Jika semua benda nak cepat, cepat juga ia tumbang. Saya dulu bermula dengan 800 friend, tiada follower. Tahun 2015 saya mula tulis resipi. Ada 1 share, kemudian naik ke 5 share, 20 share. Sampailah pada 6hb Januari 2016, artikel saya dikongsi oleh 19,000 orang dan mendapat like sebanyak 60,000 kali. Follower saya naik ke 17,000 orang dalam 1 malam. Apa yang berlaku selepas itu adalah usaha yang berterusan. Semua resipi, tips travel, tips menulis serta cerita-cerita saya yang pernah saya tulis sebelumnya, dikongsi lagi dan lagi. Lebih dari itu, saya teruskan menyusun #content untuk hari-hari seterusnya. Selepas itu, Ada yang 120,000 share, Ada yang 60,000 share, Ada 1,000 share. Semuanya content yang dimuat naik secara tersusun. Saya kerja keras dengan buat table dalam Ms Excel. Berapa dapat like, berapa dapat share, berapa dapat komen dalam tempoh setahun itu (dan masih buat sampai sekarang) untuk tengok topik apa yang disukai. April 2016, follower saya naik ke 50,000 orang dan pada Januari 2017, saya berjaya raih 100,000 follower. Hari ini alhamdulillah 220,000 follower. Saya bukan artis, bukan selebriti, bukan ahli politik. Saya hanya menulis content dan buat bisnes. Apabila ramainya orang berkerumun, mudahnya kita nak buat jualan. Itu sifir mudah. Kawan-kawan, Tak ada masalah nak bermula dengan kosong. Yang ada masalah ialah semua benda nak cepat. Kita tak mahu kerja keras, tak mahu membaca, tak mahu merancang. Kita beri alasan perlu buat itu kena buat ini dan akhirnya kita merungut itu tak jadi ini tak boleh. Semua orang ada 24 jam yang sama. Ada orang boleh buat 10 kerja dalam masa itu, ada orang 1 kerja pun belum tentu siap. Ingat, kerja keras adalah usaha yang berterusan untuk jangka masa panjang. Konsiten serta fokus dengan apa yang kita tuju. Kadang-kadang kita tumbang, kadang-kadang kita menang. Saat jatuh, kita belajar, saat juara kita bantu yang lain. Content terbina dengan apa yang kita minat, kita suka, kita mahir dan kita ada passion tentang itu. Dan itulah yang orang nak baca. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Sebuah rumah tak terbina dalam sehari. Nak tips lagi, klik sini https://t.me/ContentKHM

photo content

Soalan: Saya dah cuba tulis, tak viral, tak jadi apa, saya rasa macam nak putus asa dah tuan. Penatlah. Jawapan: Oh. Saya cuba menulis di media sosial dari 2013. Tak menjadi juga. Namun permulaan itu ialah pada 2015. Dan yang viral sampai berbelas ribu share ialah pada 2016. Jauh masanya, bertahun. Cuba baca ini, inilah yang buat saya sentiasa rasa ada semangat. Ada sebuah syarikat yang dibina oleh 3 sahabat. Mereka membina aps untuk 51 buat game dan tidak mendapat sambutan langsung. Ini menyebabkan ke tiga-tiga mereka diistihar muflis kerana terlalu banyak melaburkan duit. Mereka kemudiannya duduk kembali di satu meja dan ingin membina 1 game terakhir. Ia adalah do or die. Lalu mereka rancang dengan setiap seorang memberi 10 idea. Lalu mereka mendapat 30 idea dan bangunkan game tersebut. Ia adalah Angry Bird yang mana mendapat tawaran jualan dari Zynga berjumlah USD2.25 Billion (RM10.8B) lalu terus menjualnya. Hari ini ke tiga-tiga mereka masih membangunkan game dan menjadi orang kaya yang masih mengejar sales. *** Kawan-kawan, Kita memang sibuk, namun kita tetap kena rancang. Kena bersembang (networking) kena dapatkan idea (survey dan observe). Kalau kita duduk setempat, #content kita boleh jadi kita sahaja yang faham. Nak tulis, tulislah perkara yang orang suka. Yang banyak titik persamaan dengan orang lain. Ia mesti dirancang, disusun dan kita sendiri hadam tentang hal tersebut. Jika tidak, kita akan gagal berkali-kali. Bangkit, rancang dan buat lagi sampai jadi. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

"Tuan, macam mana tuan sentiasa ada benda nak up dekat wall tuan? Macam mana tuan dapat idea, bila tuan menulis? Tuan kan ada kilang bagai, ke tuan suruh sesiapa tulis?" Tu dia banyaknya soalan. Kita pergi satu demi satu okeh. 1. Saya sentiasa ada benda nak up sebab saya buat content mapping. Apa benda mapping-mapping ini? Hah ia ada perkembangan dari 1 topik kepada 1,000 posting. Ada teknik yang dibuat untuk dapatkan sebanyak-banyaknya posting dari hanya 1 topik. Sebab itu content mapping ini tersangatlah mahal kosnya kalau nak belajar di luar negara. 2. Idea semua dapat dari content mapping tersebut. Dari situlah posting demi posting muncul. 3. Saya tulis time saya free. Kemudian saya simpan dalam ms word. Saya letak folder Bank Content. Sekarang ada lebih 400 posting yang belum dimuat naik. Dah tulis siap-siap dah tinggal nak buat post sahaja. 4. Semua saya tulis sendiri tanpa bantuan team atau jiran sekampung mahupun makcik kantin sekolah anak saya. Tak ada semua saya buat sendiri. 5. Kadang-kadang saya up kejadian hari sebenar. Namun hampir setiap posting saya adalah posting yang saya rancang. Saya tulis awal, kemudian saya susun je nak up bila. Semua ini saya dan Mohd Faisal Yusuf akan ceritakan dalam Kelas Strategy Content Mapping pada isnin hadapan. Harga cuma RM65. Punyalah murah ya amat untuk bina setahun punya content terus. Ruginya kalau kalian tak grab. Kelasnya 8 malam. Tak dapat sertai live, mari tonton rakaman okeh. Ada lagi 220 seat. Klik sini untuk sertai kelasnya, angkut kawan sepejabat mana tahu nak share posting pasal drama pepetang kheeen: https://onecookies.onpay.my/order/form/kcmb_og https://onecookies.onpay.my/order/form/kcmb_og https://onecookies.onpay.my/order/form/kcmb_og

Hah ramai tanya tentang biskut RM8 ni, nahhhh kami bawakan ke sini. Boleh kurier. Hah bolehlah beri hadiah kepada yang tersay
Hah ramai tanya tentang biskut RM8 ni, nahhhh kami bawakan ke sini. Boleh kurier. Hah bolehlah beri hadiah kepada yang tersayang di hari jumaat yang mulia ini. Kami kurierkan untuk kalian. Klik ja sini okeh: https://onecookies.onpay.my/order/form/10 https://onecookies.onpay.my/order/form/10 https://onecookies.onpay.my/order/form/10

Sekiranya kalian sedang down dengan berbagai hal, buat ini: 1. Tak perlu tunggu sesiapa untuk teman minum kopi atau makan. Beli sahaja, makan. Beli sahaja, minum. On tv atau Netflix, layan. Hanya kita kawal diri kita untuk terus happy. Bersendirian tanpa teman tak bermakna tak boleh happy okeh. 2. Sekiranya kita dikritik, tenang. Telan sahaja dan letak dalam kepala "kita kenal diri kita, kita takkan boleh kawal apa orang lain fikir tentang kita." Biarkan sahaja ia berlalu. 3. Tak semua orang memahami dan nak memahami perjalanan hidup kita. Ada yang akan persoal, ada juga akan pertikai, ada juga yang cakap ya di depan dan di belakang akan bantai. Tenang, diamkan sahaja. Hanya jawab apabila ditanya. Waktu belum berjaya semua tak peduli, tunggu kau dah berjaya dan kaya, semua nak dengar cerita kau. 4. Mindset adalah 90% kekuatan. Bukan badan kau, bukan hati kau, bukan fikiran kau, tapi kekentalan kau meletakkan mindset. Mindset akan ada tujuan. Dengan ada matlamat tersebut akan timbul fokus. Apabila dah ada fokus, kita akan berdisiplin untuk berusaha dan berjaya, akan ada rutin, akan ada semangat dan motivasi. Jadi letak mindset betul-betul. Jangan tersalah. Letak terus; Umur 25 nak kahwin. Umur 35 nak beli rumah. Umur 40 nak belikan emak abah rumah, kereta Nak sedekah 10 orang sehari. Nak bantu 10,000 orang setahun. Letak itu sebagai mindset dan kita akan mula boleh capai! Gais, kita jauh lebih kuat dari apa yang orang kata. Kita kenal diri kita. Bangkit dan perjuangkan nasib kita sendiri okeh! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bismillah!

"Tuan, macam mana tuan sentiasa ada benda nak up dekat wall tuan? Macam mana tuan dapat idea, bila tuan menulis? Tuan kan ada kilang bagai, ke tuan suruh sesiapa tulis?" Tu dia banyaknya soalan. Kita pergi satu demi satu okeh. 1. Saya sentiasa ada benda nak up sebab saya buat content mapping. Apa benda mapping-mapping ini? Hah ia ada perkembangan dari 1 topik kepada 1,000 posting. Ada teknik yang dibuat untuk dapatkan sebanyak-banyaknya posting dari hanya 1 topik. Sebab itu content mapping ini tersangatlah mahal kosnya kalau nak belajar di luar negara. 2. Idea semua dapat dari content mapping tersebut. Dari situlah posting demi posting muncul. 3. Saya tulis time saya free. Kemudian saya simpan dalam ms word. Saya letak folder Bank Content. Sekarang ada lebih 400 posting yang belum dimuat naik. Dah tulis siap-siap dah tinggal nak buat post sahaja. 4. Semua saya tulis sendiri tanpa bantuan team atau jiran sekampung mahupun makcik kantin sekolah anak saya. Tak ada semua saya buat sendiri. 5. Kadang-kadang saya up kejadian hari sebenar. Namun hampir setiap posting saya adalah posting yang saya rancang. Saya tulis awal, kemudian saya susun je nak up bila. Semua ini saya dan Mohd Faisal Yusuf akan ceritakan dalam Kelas Strategy Content Mapping pada isnin hadapan. Harga cuma RM65. Punyalah murah ya amat untuk bina setahun punya content terus. Ruginya kalau kalian tak grab. Kelasnya 8 malam. Tak dapat sertai live, mari tonton rakaman okeh. Ada lagi 220 seat. Klik sini untuk sertai kelasnya, angkut kawan sepejabat mana tahu nak share posting pasal drama pepetang kheeen: https://onecookies.onpay.my/order/form/kcmb_og https://onecookies.onpay.my/order/form/kcmb_og https://onecookies.onpay.my/order/form/kcmb_og

Follower Kak Eli Suhaili Baharudin di Facebook kini sudah mencecah 42,500 orang. Satu pencapaian yang saya banggakan. Waktu beliau masuk ke kelas content beberapa tahun lalu, beliau antara yang tertanya-tanya bagaimana konsep Zero Kos Marketing ini berjalan. Saya cakap "kita sendiri kena jadi marketer kepada produk kita." Dia nampak pening. Beberapa kali berjumpa malah saya balik ke Mentakab pun beliau kejar. Kami berjumpa di Temerloh dan saya bantu beliau bagaimana nak kembangkan posting dari 1 topik. Dari topik yang Kak Eli pilih, kita berjaya bangunkan bank content dan ia memberi Kak Eli idea untuk lagi 1,000 posting. Itu kelebihan bermain dengan Content Mapping. Kak Eli mengeluarkan sabun dari rumahnya sendiri. Cantik dan ada jenis-jenis tersendiri. Saya suka yang ada kayu manis. Kulit pun terjaga kerana banyak pakai bahan bagus dan organik. Sekiranya kalian nak belajar seperti Kak Eli, kalian boleh sertai kami di Kelas: 1. Kelas Content Mapping, bina 1,000 posting dari 1 topik (1hb Ogos) https://onecookies.onpay.my/order/form/kcmb_og (24hb Ogos). 2. Kelas Content Marketing, belajar buat posting menggunakan teknik content sebenar https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-ogo Hanya RM65, kalian dapat belajar dan menjana pendapatan sehingga jutaan ringgit. Jumpa di sana ya! Jika tak dapat sertai kelas live, rakaman ada disediakan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Jom gais jadi macam Kak Eli!

photo content

photo content

Salam semua. Kita jumpa pada 1hb Ogos ya bincang bagaimana nak besarkan topik kepada posting. Bagaimana nak bina posting samp
Salam semua. Kita jumpa pada 1hb Ogos ya bincang bagaimana nak besarkan topik kepada posting. Bagaimana nak bina posting sampai siap terus dah setahun. Buat bank content semua. Dapatkan seat kalian okeh. Klik sini: https://onecookies.onpay.my/order/form/kcmb_og

Saya bangga apabila ada suri rumah berjaya bangunkan content untuk dirinya sendiri. Kemudian mereka juga membuat iklan untuk menjual produk yang mereka niagakan. 4.30 pagi - bangun, mandi. 4.45 pagi - solat sunat 2 rakaat, bawa bakul kain untuk dicuci - Content 1 (bagaimana asingkan baju, siapkan pakaian anak dan suami). 5.00 pagi - mula masak sarapan - Content 2 (resipi, tips masak laju, idea memasak, idea bawa bekal dan bento). 6.00 pagi - kejutkan anak-anak - Content 3 (tips hargai anak-anak waktu pagi, penyediaan buku, baju, persiapan nak ke sekolah). 6.15 pagi - suami balik dari surau, beliau sarapan. 6.45 pagi - anak-anak dan suami keluar dari rumah, baju dalam mesin siap. 7.00 pagi - sidai baju. Content 4 (tips sidai cepat kering, tidak luntur warna dan sebagainya). 8.00 pagi - mandikan baby. Content 5 (tips mandikan baby, penyediaan makanan, susu dan penjagaan). 8.30 pagi - kemas rumah. 8.45 pagi - masuk bilik, buka laptop, tulis semula Content 1 hingga 5 sampai siap. Kemudian, susunkan ikut hari. Kalian akan dapat lebih dari 20 penulisan. Ingat, 1 topik kecil = 1 posting, tak boleh campur-campur dan kemudian ‘bank’kan ia. Selepas itu, ambil write up tersebut, susun posting di wall Facebook, 1 hari 1. Selang selikan dengan iklan produk kalian. Kawan-kawan, Semua content akan dikongsikan jika ia bermanfaat. Dan apabila share itu banyak, follower akan naik. Dan juga, jualan akan naik sama. Ha, siapa kata suri rumah tak boleh buat duit? Itu baru waktu pagi okeh! Selamat mencuba! Khairul Hakimin Muhammad, #KHM

Apa maksud TITIK PERSAMAAN dalam dunia content media sosial? - minat sama - hobi sama - kesukaan sama - tertarik kepada perkara yang sama. Jika nak bangunkan content yang buat orang baca, share dan sentiasa cakap, bangunkan perkara di atas. Apakah benda yang ada titik persamaan tersebut? Tanya diri sendiri sahaja, sama tak dengan orang lain? Contoh topik yang mempunyai titik persamaan yang besar dengan orang lain ialah: - makanan - masakan - berkebun - gosip artis - sukan - diet - makanan sihat - filem - drama - kosmetik - tudung - fesyen - kereta - kesihatan - perubatan - parenting - bayi / kanak-kanak - kisah para Nabi - agama / doa / Al-Quran - senaman / jaga badan - kewangan - komputer / gadjet Dan banyak lagi! Semua ini kita suka, kita minat, kita sering tengok dan sentiasa nak ambil tahu. Maka bangunkan guna stail sendiri. Yang membezakan content kita dengan orang lain ialah stail. Bangunkan itu okeh! Bismillah. Khairul Hakimin Muhammad, 💪

Kepada semua peserta Kelas Content & FB Writing malam ini, mohon semak email untuk sertai Group Telegram. Link kelas ada di dalam group. Yang masih nak sertai, klik sini ya https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-jul