fa
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

رفتن به کانال در Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Khairul Hakimin Muhammad

کانال Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 35 194 مشترک است و جایگاه 278 را در دسته بازاریابی و PR و رتبه 898 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 35 194 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 01 اکتبر, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -268 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -14 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 8.66% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً N/A% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 0 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 0 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994”

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 02 اکتبر, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته بازاریابی و PR تبدیل کرده‌اند.

35 194
مشترکین
-1424 ساعت
-817 روز
-26830 روز
آرشیو پست ها
Ramai yang keliru dengan pembangunan diri di media sosial. Adakah perlu tiru sahaja mereka yang sudah popular atau sudah dikenali begitu sahaja? Atau relaks dan tenang jadi diri sendiri namun bina content secara perlahan-lahan. Baik, begini: Laluilah setiap satu cabaran di media sosial ini dengan fasa-fasa yang berbeza. Ianya memberikan kalian pengalaman yang amat berharga dalam membangunkan kredibiliti diri sebagai pemilik perniagaan atau apa sahaja yang kalian sedang ceburi. 1. Fasa Kampung (0 - 3,000 Pengikut). Fasa ini adalah fasa pengenalan. Bangunkan penulisan content dengan santai. Perbanyakkan cerita mengenai diri, perjalanan kehidupan dan kisah-kisah yang kalian jumpa. Untuk fasa ini, menjual dan membuat posting RM akan dirasakan sedikit payah. Namun tetap kena buat perlahan-lahan. Nisbahnya tetap kecil dan posting crowd perlu dibuat sebanyak banyaknya. Waktu ini, elak beriya-iya membuat status dengan menaikkan pendapat sendiri. Kalian belum dikenali, nak sibuk beri pendapat tentang isu, entah-entah tak pasal-pasal kena bantai (bash) semula. 2. Fasa Pekan (3,001 - 10,000 pengikut). Fasa ini adalah fasa membangunkan kepakaran. Nisbah posting perlu begini: 40% kepakaran. 30% ulasan isu. 20% tips (apa-apa sahaja). 10% kehidupan diri. Di sini, jika nak menjual, buat posting kehidupan yang ada nilai RM. Dengan kata lain, jika mahu buat posting iklan sekalipun, ia mesti dalam bentuk story (copy-writing). 3. Fasa Bandar (10,001 - 25,000 pengikut). Untuk fasa ini, kalian sudah semakin dikenali. Teruskan dengan nisbah Fasa Pekan, namun kalian perlu perbanyakkan posting crowd yang tersusun. Ia perlu masuk di bahagian posting kepakaran tersebut. Sebagai contoh, kalian punya posting crowd ialah travel. Dan itu memang kalian punya kepakaran. Jadi, posting travel mesti disusun sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu. Wajib. 4. Fasa ADUN (25,001 - 50,000 pengikut). Ini adalah fasa kalian sudah pun dikenali. Malah ramai yang mengatakan untuk jadi orang yang berpengaruh di media sosial, kalian wajib ada sekurang-kurangnya 25,000 pengikut. Jika sudah sampai ke tahap ini, tahniah! Kalian sudah dikenali. Bangunkan imej, bina pengikut dengan memberitahu tentang produk, kepakaran serta perkhidmatan yang dibuat. Dan tidak lupa untuk perkenalkan diri ya! 5. Fasa Parlimen (50,000 - 100,000 pengikut dan seterusnya). Waktu ini kalian sudah jadi idola seseorang. Posting kalian akan dinanti-nanti. Imej kalian sudah pun diterima. Dan pada waktu itu, hanya jaga konsistensi posting yang bagus-bagus. Sentiasa alert dengan isu, dan sentiasa juga berinteraksi dengan audien dengan membalas komen, membuat live video dan sebagainya. Fasa kita berbeza, cabaran juga berbeza, tenang sahaja okeh! Bina perlahan-lahan dan alaminya sendiri bagaimana perasaan tersebut. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Rindunya fasa kampung! Terus dapatkan tips menulis content di sini ya https://t.me/ContentKHM

Peluang terakhir untuk sertai Kelas Facebook Content Strategy 2021. Live pada jam 10.00 pagi ini di Group Facebook. Mana tak
Peluang terakhir untuk sertai Kelas Facebook Content Strategy 2021. Live pada jam 10.00 pagi ini di Group Facebook. Mana tak sempat boleh tonton rakaman! RM199 sahaja termasuk workbook diberi percuma! Klik sini okey: https://bykhm.onpay.my/order/form/fcs29dis https://bykhm.onpay.my/order/form/fcs29dis https://bykhm.onpay.my/order/form/fcs29dis Yang sudah mendaftar, semak email untuk masuk ke Group. Jika tak terima email, segera hubungi team support di talian 0139249877 ya. Jumpa sekejap lagi!

Saya tulis ini pada tahun lepas (2019). Masih ok untuk saya kongsikan. ___________________ Hari ini sudah 27hb Disember. Lima hari lagi menuju 2020. Kebiasaannya saya sudah susun #content mapping untuk penulisan tahun hadapan. Saya beritahu serba sedikit mengapa saya sentiasa ada posting untuk ditulis: 1. 80% posting saya adalah posting yang saya rancang. 2. Rancang bermaksud tulis lebih awal di laptop kemudian susun untuk dimuat naik di media sosial. 3. Posting cerita, educate, step by step semuanya termasuk dalam 80% tersebut. 4. Baki 20% ialah selfie, serta hal-hal adhoc yang saya jumpa di mana-mana. 5. Mengapa saya rancang? Kerana saya sibuk bekerja menguruskan beberapa buah syarikat. Jadi saya sudah susun dan atur supaya media sosial saya sentiasa hidup. 6. Saya hanya balas komen sekiranya sempat. Tak sempat saya akan beri reaction seperti like, haha, love serta wow di komen kalian. Setiap komen, saya hargai sangat-sangat. 7. Ya, saya masih ada sekitar 200 posting di dalam bank content saya yang belum lagi dimuat naik di wall ini, juga ada lebih 40 resepi dalam simpanan. Hihi. 8. Posting saya tersusun mengikut masa. 9. Saya berpegang kepada susun atur itu lebih baik dari membantai sana sini. Sedang waktu solat pun Allah atur untuk menambah baik nilai diri, bersyukur dan berhubung dengan Allah, inikan benda yang kita nak buat dan ada kaitan dengan rezeki. 10. Semua rahsia penulisan ini bermula dari pemilihan topik sehinggalah ia jadi posting viral, saya dedahkan dalam 3 kelas sepanjang tahun ini, dan ia akan berakhir esok. Tiada lagi kelas tersebut. Yang ada hanya kelas apprentice bagi mereka yang benar-benar serius mahu belajar dan dalami hal ini sahaja sepanjang tahun hadapan. Semua orang ada alasan mengapa nak guna media sosial, bermula tahun 2015, saya tekad untuk bina penulisan yang beri manfaat kepada yang membaca. Saya bersyukur, penulisan pertama dulu tiada yang share, saya juga belajar bersyukur ada tulisan yang sentiasa dapat share ratus dan ribu pada setiap bulan. Alhamdulillah, semoga kalian semua dapat manfaatnya. Serta semoga hajat itu terus saya pegang selagi akaun ini wujud dan saya masih hidup. Ingat kawan, main media sosial ini boleh jadi kebaikan, boleh jadi keburukan. Jadi gunakan sebaiknya. Bersyukur kita masih boleh gunakan medan percuma ini dengan baik. Bersyukur sungguh-sungguh, kerana boleh jadi hal-hal kecil ini adalah rahmat yang Allah beri kepada kita dalam bab rezeki yang kita makan serta berkawan dalam sedar tak sedar. Begitulah. “Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat”(Ibrahim: 7) Khairul Hakimin Muhammad, Menuju langkah baru tahun 2020. Oh ya, jika nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

45 minit lagiii! Klik link di atasss ☝️☝️

5 jam lagi untuk grab harga RM69! Sertai sekarang, kalian akan dapat akses ke kelas Live dan juga dapat workbook percuma pada 29hb ini! Jom sama-sama ketahui bagaimana nak pecut bina content bagi tahun 2021! Klik sini ya: Facebook Content Strategy 2021, bersama bangkit! https://bykhm.onpay.my/order/form/fcs29dis https://bykhm.onpay.my/order/form/fcs29dis https://bykhm.onpay.my/order/form/fcs29dis

Ini ejaan yang betul mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Bahasa Melayu: Insya-Allah. Masya-Allah. Subhanallah. Alhamdulillah. Jika ditulis menggunakan ejaan selain dari ejaan ini dalam surat rasmi atau di dalam peperiksaan di mana-mana sekolah, adalah sebuah kesalahan / kesilapan mengeja. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Pun belajar juga.

Recap Live Bagaimana Nak Mula Tulis Planner / Diari tadi: 1. Mula memuji Allah. 2. Tulis doa specific. 3. Terus tulis apa yang dicapai dalam tahun 2021. -dicapai, bukan akan capai. Ayat kena betul okeh. Contoh ayat: 2021 saya berkahwin. 2021 saya beli sebuah kereta SUV. 2021 saya mencapai jualan RM1juta. 2021 saya ada 10,000 dropship. 2021 saya pergi haji dengan emak ayah saya. 2021 saya belikan emak ayah sebuah rumah. Ha gituh. 4. Tutup dengan doa. 5. Memuji Allah. Elakkan: Rasa diri hebat apabila tulis, ia menjadi. Mesti ada rasa KEBERGANTUNGAN kepada Allah itu kuat. Allah yang jadikan semuanya. Kita fokus capai perkara tersebut. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Jumpa dalam kelas 29/2/2020, Facebook Content Strategy okeh!

Bagaimana nak MULA menulis dalam Planner / Diari? Saya cerita dalam live sebentar tadi. Klik sini ya https://www.facebook.com/khairulhakimin.muhammad/videos/10225562845243869/?d=n

1 hari lagi untuk grab harga RM69! Mula sabtu malam ahad, ia kembali ke harga asal RM199! Sertai sekarang, hanya RM69 kalian
1 hari lagi untuk grab harga RM69! Mula sabtu malam ahad, ia kembali ke harga asal RM199! Sertai sekarang, hanya RM69 kalian akan dapat akses ke kelas Live dan juga dapat workbook percuma. Jom sama-sama ketahui bagaimana nak pecut bina content bagi tahun 2021! Klik sini ya: Facebook Content Strategy 2021, bersama bangkit! https://bykhm.onpay.my/order/form/fcs29dis https://bykhm.onpay.my/order/form/fcs29dis https://bykhm.onpay.my/order/form/fcs29dis

Soalan: Tuan, saya ada masa dapat juga komen menjengkelkan. Macam mana tuan handle ya? Jawapan: Delete komen tersebut. Kalau dia komen “kenapa delete komen saya? Penakut ke? Sentap ke?” Ha delete juga yang itu. Sekian. Khairul Hakimin Muhammad, Kau boleh komen, aku boleh delete. So? (Kahkahkah)

2 hari lagi untuk grab harga RM69! Mula sabtu malam ahad, ia kembali ke harga asal RM199! Sertai sekarang, hanya RM69 kalian
2 hari lagi untuk grab harga RM69! Mula sabtu malam ahad, ia kembali ke harga asal RM199! Sertai sekarang, hanya RM69 kalian akan dapat akses ke kelas Live dan juga dapat workbook percuma. Klik sini ya: Facebook Content Strategy 2021, bersama bangkit! https://bykhm.onpay.my/order/form/fcs29dis https://bykhm.onpay.my/order/form/fcs29dis https://bykhm.onpay.my/order/form/fcs29dis

Soalan: Mengapa sesetengah artis atau selebriti memilih kontroversi sebagai posting di media sosial? Sedangkan tuan berkeras untuk naikkan #content positif? Adakah cara mereka lebih bagus? Jawapan: Kerana mereka sudah dikenali, mudah untuk repair dan kembali semula dengan normal. Sedang kita baru nak bina nama, ia boleh menghancurkannya terus. Benda kontroversi bagi orang yang sudah dikenali, ada prosesnya: Kontroversi akan naikkan perhatian. Perhatian akan beri exposure kepada produk / perkhidmatan. Exposure akan beri awareness dan buat orang tertarik kepada produk / perkhidmatan tersebut Dan pembelian berlaku. Maka sales pun mencanak naik. Kontroversi = Attention Attention = Exposure Exposure = Awareness Awareness = Sales Ini adalah game orang yang sudah dikenali. Popular dan ada ratusan ribu atau jutaan pengikut. Dan bukan semua juga boleh bermain dengan hal begini. Mereka ini kental dan hidup merancang untuk dikecam namun akan ada % yang membeli. Bayangkan, 100 orang kecam naikkan engagement, kemudian engagement berlaku dan yang tidak kecam dapat melihat hiruk pikuk tersebut. Mereka pun membeli. Dikatakan, setiap perancangan begini, sales naik hingga jutaan ringgit hanya beberapa jam sahaja. Untuk orang awam seperti kita, naikkan content biasa. Tak perlu untuk cipta kontroversi sedang kaki kita belum kuat untuk terima hentaman media sosial begini. Namun jika nak cuba, tak jadi hal. Silakan. Mana tahu ia boleh jadikan kalian populis dalam tempoh yang singkat. Hehe. Kawan-kawan, pendapat peribadi saya, Biar kecil, asal menjadi. Nanti sudah besar pun masih bermain media sosial dengan tenang, sales tetap kencang. Begitulah. Terpulang okey. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM

photo content

Dapatkan Content Planner 2021 gais! Tinggal lagi tak sampai 90 unit sahaja! Yang dah order kami dah kurier ya! Insya-Allah mi
Dapatkan Content Planner 2021 gais! Tinggal lagi tak sampai 90 unit sahaja! Yang dah order kami dah kurier ya! Insya-Allah minggu ini sampai. Klik sini ya mana nak order, RM49 sahaja! https://bykhm.onpay.my/order/form/pembelian_cp2021

Semasa dalam bootcamp dulu-dulu, ada peserta datang berjumpa saya dan bertanya soalan ini, “Tuan, saya kena buktikan kepada keluarga dan kawan-kawan saya boleh buat, saya boleh berjaya dan saya mesti berjaya. Saya berhenti kerja sebab nak jaga anak. Saya tak mahu dah kerja pejabat keluar pagi balik petang. Saya nak anak sentiasa dengan saya. Cuma saya tak berapa tahan dengan usikan, teguran dan ejekan keluarga dan kawan-kawan. Bantu saya tuan kasi saya semangat.” Saya jawab begini sahaja. Bermain dengan apapun hal termasuklah #content di media sosial, kena tanam dalam kepala yang kita tak perlu buktikan apa-apa kepada sesiapa. Mereka boleh cakap apa sahaja, namun hidup kita, kita yang kena hadap. Orang takkan berhenti bercakap. Orang takkan berhenti mengejek. Orang takkan berhenti perli. Dan kita juga tak boleh berhenti baiki dan naikkan harga diri. Pergi kelas, belajar dan terus fokus. Ini saya anggap sebagai gangguan kecil sahaja. Saya jenis senang move on. Yang perli, yang hina, yang burukkan saya, saya undur diri dan terus lupakan. Sekiranya terserempak, saya senyum sahaja. Kena belajar dan terus buat teknik tutup telinga. Orang bercakap, kita diam dan senyum. Orang menghina, kita diam dan senyum. Orang perlu, kita diam dan senyum. Tak ada keperluan nak bertempur. Ia hanya menambah sakit hati. Selepas sentap seminit dua, move on. Tak boleh lama-lama sentap, rugi masa. Setiap minit kita sangat berharga berbanding mereka yang gunakan untuk kejahatan mulut dan hati. Saya pegang ayat ini “kita tak boleh kawal orang. Orang buat jahat kepada kita, kita tak boleh halang. Yang boleh kita buat ialah kawal diri kita. Fokus kepada hal kejayaan, buang semua perkataan negatif dalam kepala dan berusaha sungguh-sungguh. Rancang, kaji, susun dan bertindak. Dan dalam hidup ini tak perlu nak buktikan apa-apa kepada sesiapa, bukan mereka yang bayar semua bil-bil kita. Kita yang kena usahakan segalanya dengan bantuan dari Allah.” Ingat kawan, kita berbeza dengan mereka. Mereka kaki sembang, kita kaki berbuat. Sampai kita dah jumpa titik kejayaan nanti, percayalah orang-orang ini akan mengaku kita saudara mereka dan boleh jadi mereka pula minta bantuan dari kita. Dan pada waktu itu bantulah, tolonglah dan sambutlah semuanya itu dengan kerendahan diri. Kita berbeza dari mereka, jenis boleh kasi buah, kasi hadiah kepada mereka yang dah baling batu kepada kita. Ingat tau, Boleh jadi kejayaan kita juga adalah sebuah ujian dari Allah. Sentiasa berjaga bab adab dengan Allah. Dah kaya, bantu semua orang termasuk orang yang kita tak suka. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Pesanan pagi ini boleh lagi diteruskan dengan tips content percuma di sini, hihi. Klik sini ya https://t.me/ContentKHM

Bagaimana nak keluar dari zon selesa gais? Dapatkan jawapannya di sini https://khairulhakimin.com/bagaimana-nak-keluar-dari-z
Bagaimana nak keluar dari zon selesa gais? Dapatkan jawapannya di sini https://khairulhakimin.com/bagaimana-nak-keluar-dari-zon-selesa/ )

Tukarkan “nanti gemuk cepat mati” kepada “hidup sihat akan beri lebih manfaat.” Tukarkan “tak beli car seat nanti anak-anak tercampak mati accident” kepada “car seat membantu elak kemalangan maut kanak-kanak.” Tukarkan “tak ada insuran mati macam tu sahajalah” kepada “mengambil insuran akan beri perlindungan kepada yang masih hidup.” Tukarkan “dah sakit pergilah klinik! Jumpa doktor bukannya pandai-pandai google kemudian menyusahkan orang” kepada “jika sakit, adalah sangat baik bawa terus ke klinik berdekatan supaya penyakit tidak melarat.” Tukarkan “nak kaya kena rajin, bukannya tak habis kasi alasan!” Kepada “jika nak benar kaya, memang kena rancang hidup berdisiplin. Usaha kena bersungguh dan rajin berbuat baik di mana-mana.” Tukarkan “lambatnya solat, lepas tu sibuk nak Allah kasi kau rezeki banyak-banyak?” Kepada “alhamdulillah dah solat, lepas ini kalau solat lebih awal entah-entah lagi awal juga dapat projek tu kan?” * Kita yang kawal diri kita nak cakap apa, nak nasihat apa, nak jual apa. Bukannya jadikan diri kita ini dibenci hanya kerana beberapa patah perkataan yang keluar dari mulut kita. Dari orang nak beli, jadi benci. Dari orang nak hormat, jadi meluat. Hati-hati kawan-kawan. Hidup di zaman media sosial ini tak akan kemana jika kita dahului dengan ayat sindir dan perli. Buat orang sentap untuk beli barang boleh bertukar kepada kempen benci-benci sampai bisnes kalian boleh melingkup. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Tukar jadi ayat positif okey! Kredit Gambar dari Insta @two_line_quotes

photo content

Dapatkan Content Planner 2021 gais! Tinggal lagi 130 unit sahaja! Yang dah order kami dah kurier ya! Insya-Allah minggu ini sampai. Klik sini ya mana nak order, RM49 sahaja! https://bykhm.onpay.my/order/form/pembelian_cp2021

live di wall FB saya sekarang