fa
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

رفتن به کانال در Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Khairul Hakimin Muhammad

کانال Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 36 306 مشترک است و جایگاه 285 را در دسته بازاریابی و PR و رتبه 906 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 36 306 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 20 ژوئن, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -389 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -8 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 8.78% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً 2.02% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 3 187 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 734 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 21 ژوئن, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته بازاریابی و PR تبدیل کرده‌اند.

36 306
مشترکین
-824 ساعت
-957 روز
-38930 روز
آرشیو پست ها
"Dah join baru tahu. Rupa-rupanya, kelas copywriting ini memang lain dari yang selalu! Dalam kelas ini dibongkarkan resipi ra
"Dah join baru tahu. Rupa-rupanya, kelas copywriting ini memang lain dari yang selalu! Dalam kelas ini dibongkarkan resipi rahsia penulisan yang cukup rasa. Siap praktis sampai 'pecah minyak'. Kemudian, boleh review dalam seminggu. " Inilah testimoni dari seorang peserta Kelas Copywriting Power baru-baru ini. Syukur sesangat kelas ini dapat bantu ramai orang dalam dunia penulisan copywriting. Sekarang ini, tinggal 5 seat sahaja lagi untuk kelas malam ini. Daftar sekarang dan kalian siap dapat rakaman kelas untuk tonton berulang-kali. Tekan terus link di bawah: https://bit.ly/3fpDkXf https://bit.ly/3fpDkXf https://bit.ly/3fpDkXf

Cikgu saya pesan “saya bukan doktor, namun benda ini semua berkait. Saya tak tahu yang ada kajian ke tak, namun saya pergi ke mana-mana seminar dan jumpa ramai orang termasuk pakar sana sini, mereka akui kebenaran hal-hal begini.” Kalau kita kuat marah, hati kita cepat rosak. Kalau kita selalu bersedih, pernafasan kita tak cantik. Kalau kita selalu risau benda tak perlu, perut kita tak ok. Kalau kita sering stress, maka kita akan mudah sakit kepala dan sakit jantung. Dan kalau kita selalu takut sana takut sini, maka buah pinggang kita akan ada masalah. Jujurnya kita semua kena ada keyakinan diri, kena ubah cara hidup, kena ubah cara kerja, ubah cara berfikir. Saya ingat pesan cikgu saya “badan dan minda kena seiring. Kalau kita paksa kepala kita dalam keadaan badan kita tak boleh terima, badan kita akan mudah sakit. Badan kena terima apa yang otak duk rancang. Apabila ia menolak, ia akan mudah sakit. Jadi kena buat ikut keperluan. Waktu kerja, kerja betul-betul. Waktu rehat, rehat betul-betul. Hadap stress, namun bijak urus. Hadap ujian, namun pandai selesai. Hadap cabaran, namun rajin memohon bantuan Allah.” Kawan-kawan, Kita yang kawal otak kita, badan kita. Kita yang bertanggungjawab sepenuhnya. Maka hari ini mari kita ubah semuanya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kena jaga diri sendiri baik-baik. Bismillah.

Hari ini, kami lancarkan WEBINAR GEGARKAN BISNES DENGAN CONTENT MARKETING secara ekslusif. Pendiri bisnes, pekerja, usahawan,
Hari ini, kami lancarkan WEBINAR GEGARKAN BISNES DENGAN CONTENT MARKETING secara ekslusif. Pendiri bisnes, pekerja, usahawan, organisasi atau sesiapa sahaja yang punyai bisnes, webinar ini khas untuk kalian! Webinar ini diadakan pada hari Sabtu, 8.30 malam secara Facebook LIVE di dalam Group FB Tertutup. Saya dan Kapten Hamk akan membimbing kalian bersama-sama untuk gegarkan bisnes tahun ini! Yeay! Webinar ini bernilai RM1,516, namun untuk 50 orang terawal dapat harga early bird RM79.00 sahaja. Seat terhad gais! Terus tekan link di bawah: https://bit.ly/3Jdy7i1 https://bit.ly/3Jdy7i1 https://bit.ly/3Jdy7i1

Jika nak selalu ditolong Allah, lakukan ini kawan-kawan: 1. Banyakkan syukur sama ada sedang senang atau sedang susah. Kesenangan adalah hadiah dan kesusahan adalah ujian. 2-2nya perlu bersabar dan bersyukur. 2. Terus menolong tanpa peduli kata orang. Jika nampak perkara yang wajar dibantu, terus sahaja bergerak dan berbuat. 3. Ada sedikit, hulurlah sedikit. Ada banyak, hulurlah banyak. Memberi, hadiah, dan bersedekah adalah amalan yang membuka banyaknya pintu-pintu rezeki. 4. Sama sekali tidak menyakiti orang lain. Sedetik tersusah atau tidak sengaja mengguris hati orang, boleh jadi doanya yang kecil itu dibawa naik berjumpa Tuhan. 5. Banyak-banyak melihat wajah ibu bapa, bantu mana yang mampu dan sering sahaja membaca al-fatihah walau mereka masih hidul atau telah pun pergi. Doakan kebaikan dan sentiasa berlembut dengan mereka walau apa yang sedang terjadi. 6. Berkawan dan sentiasa ikhlas dalam hubungan. Susah senang sama-sama. Sesungguhnya yang bersahabat kerana Dia itu adalah sebuah tali kasih sayang yang Allah suka. 7. Suka membantu, ziarah, berdoa buat keluarga, adik beradik, ipar duai, mentua, anak saudara, sepupu sepapat dan sebagainya. Mereka ini adalah ahli terdekat dan perlu diutamakan. 8. Sering berbahagi rezeki. Untuk kakitangan, untuk makan-makan dan selalu sahaja ada sedikit untuk begitu begini di mana-mana 9. Banyak-banyak bersederhana dalam bercakap. Lebih suka mendengar, belajar dan ambil sebagai ilmu pengetahuan dari sibuknya nak bersembang dan angkat diri sendiri. Mendapat ilmu adalah sebuah rezeki dari Allah. 10. Sentiasa memberi hadiah kepada pasangan. Isteri atau suami adalah hiburan yang menyenangkan. Jika kita menyusahkan, memberi perit dan sentiasa menghulur resah, maka jaranglah Allah mahu menambah hadiah, memberi barokah dan membuka pintu rezeki ke rumah. Begitulah. Nak Allah tolong kita, kita kena tolong diri sendiri dahulu. Kita selalu rasa kita sudah banyak berusaha, namun boleh jadi semua yang disusun di atas kita tidak berbuat dan kita berfikir kenapalah belum lagi Allah mendengar doa kita. Maka, berusahalah lunaskan 1-1 ya. Semoga bermanfaat kawan-kawan. Khairul Hakimin Muhammad, Semoga Allah curahkan bantuan kepada kita hari ini.

Apabila kita berbuat salah, kita ditegur kerana kesalahan itu, kemudian kita tak merasakan teguran itu betul lalu kita menegur pula orang yang menegur kita pada saat yang sama, maka ketahuilah kita sedang menjadi hina. Selamat malam semua.

TINGGAL 5 JAM LAGI GAIS! FLASH SALE KELAS COPYWRITING POWER AKAN TAMAT PADA JAM 12.00 MALAM INI. Dapatkan pada harga kelas se
TINGGAL 5 JAM LAGI GAIS! FLASH SALE KELAS COPYWRITING POWER AKAN TAMAT PADA JAM 12.00 MALAM INI. Dapatkan pada harga kelas serendah RM49 sahaja. Terhad kepada 11 orang terawal. Dengan kelas ini, kalian dapat belajar cara buat copywriting tarik crowd dan Formula Copywriting naikkan sale. Kelas ini diadakan oleh Kapten Hamk pada Rabu Malam 8.30 sehingga 10.30 malam. Kalian siap diberikan rakaman kelas. Boleh tonton dan ulangkaji bila-bila dan di mana juga. Terus daftar, lekas : https://bit.ly/3fpDkXf https://bit.ly/3fpDkXf https://bit.ly/3fpDkXf

"Nak kaya-kaya sampai pergi mana? Bukan boleh bawa masuk kubur pun kan?" Ayat biasa kita dengar. Kawan-kawan, kita kaya, berjaya, kita tetap boleh bawa masuk kubur malah boleh jadi penyebab masuk syurga. Caranya ialah: 1. Memberi sedekah sebanyak-banyaknya dengan ikhlas. 2. Membayar zakat. 3. Sentiasa memberi hadiah kepada yang tersayang. 4. Membantu permintaan dan keperluan ibu bapa. Mereka mahu apa sahaja, tunaikan. Mereka yang berduit akan memahami hal ini sebetul-betulnya. 5. Membantu adik beradik sama ada sedang susah atau senang. 6. Masak dan edarkan kepada jiran tetangga. 7. Sentiasa mengadakan jamuan makan dan memberi makan kepada yang memerlukan. 8. Membantu sekolah, madrasah, tahfiz dan sebagainya. Membantu anak-anak yang belajar di jalan Allah. 9. Sponsor pembelajaran anak-anak yatim, tahfiz dan sebagainya. 10. Membantu pelarian atau saudara di Syria, Palestin, dan banyaknya negara lain. 11. Menyediakan rumah yang selesai, pakaian dan selesa, makanan dalam rumah sendiri untuk seisi keluarga. 12. Memberi nafkah kepada isteri. 13. Sentiasa membantu rakan dalam kesusahan. 14. Nampak sahaja yang susah, terus bantu. 15. Bantu team untuk lebih maju, lebih produktif dan sentiasa bersama mereka susah senang. Banyak lagi kawan-kawan. Sesiapa yang pernah lalui semua perkara di atas akan tahu semua itu memerlukan duit. Kita tahu duit kita itu bermanfaat untuk orang lain. Kita tahu Allah sediakan kepada kita sebanyak-banyaknya untuk bantu orang lain. Kita sentiasa bersyukur dapat kawan, saudara mara yang sentiasa berdoa kepada kita yang duit kita akan bawa kita lapangnya kubur kita nanti, buat kita terlepas seksa neraka dan memudahkan kita masuk syurga. Kawan-kawan, cari circle yang memahami pentingnya ada duit untuk bantu dan tolong orang lain. Benar bukan hanya duit boleh bantu orang, namun ia tetap perkara penting untuk jadi bermanfaat kepada orang lain pada zaman ini. Yang penting kita tidak bertuhankan duit. Kita tahu duit itu untuk beri kita lebih lagi pahala setiap masa setiap nafas kita. Terus buat baik ya kawan-kawan, buang hasad kita kepada orang dan doakan orang berhenti hasad kepada kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bismillah.

FUHHH! KELAS COPYWRITING TURUN HARGA GAIS! Tepat 11.30 pagi sehingga 11.59 malam, kami lancarkan Flash Sale Kelas Copywriting
FUHHH! KELAS COPYWRITING TURUN HARGA GAIS! Tepat 11.30 pagi sehingga 11.59 malam, kami lancarkan Flash Sale Kelas Copywriting Power pada harga serendah RM49.00 sahaja. Terhad kepada 14 orang terawal. Dengan kelas ini, kalian dapat belajar cara buat copywriting tarik crowd dan Formula Copywriting naikkan sale. Kelas ini diadakan oleh Kapten Hamk pada Rabu Malam 8.30 sehingga 10.30 malam. Kalian siap diberikan rakaman kelas. Boleh tonton dan ulangkaji bila-bila dan di mana juga. Cepat daftar terus dan bersedia untuk buat content viral ya: https://bit.ly/3fpDkXf https://bit.ly/3fpDkXf https://bit.ly/3fpDkXf

Perkara penting yang perlu diingat apabila ada masalah datang kepada kita: 1. Lebih lama masalah itu ada dalam kepala, lebih berat dan lebih penat kita menghadapinya. Keluarkan ia dengan mencari solusi. 2. Ia adalah proses. Perkara pertama perlu dibuat ialah letak dalam kepala yang hal itu akan berlalu. Yang belum kita tahu ialah cepat atau lambat sahaja. 3. Selama kita mencari solusi, belajar untuk terima masalah tersebut adalah untuk kuatkan kita lagi. Masalah besar hari ini adalah untuk hadap ujian akan datang. 4. Down, stress, penat, semuanya normal. Wajib ada perasaan, perlu menjiwai, sentiasa dalam kepala dan hati yang Allah berikan semua ini untuk kita hadap. Kerana ujian setiap hamba berbeza. Maksudnya dah tentu Allah prepare ujian untuk kita adalah custome made. Sangat istimewa. Jadi hadap dengan memohon pertolongan dari Allah, meminta petunjuk, meminta jalan, meminta bantuan, meminta kemudahan dan kesenangan dalam menghadapi semua ujian tersebut. 5. Ramai orang berjaya hari ini ialah kerana dia lalui semua proses itu dengan sabar dan percaya Allah ada. Sabar di situ bermaksud cari jalan dan trust the process. Kawan-kawan, Kita semua ada masalah tersendiri. Antara doa makbul adalah doa sesama kita namun kita doakan mereka secara diam-diam. Kita tahu dia ada masalah, kita tahu kita juga ada masalah. Maka semasa kita hadap masalah kita, semasa kita berdoa untuk kita, kita juga memohon Allah kurangkan keperitan saudara kita, kawan kita dan semua yang kita kenal. Kita mohon Allah mudahkan semua urusan mereka. Apa sahaja doa baik kita panjatkan kepada Allah untuk saudara, rakan atau teman kita, doa yang baik itu jugalah akan kembali kepada kita. Kadang-kadang kita lupa, kita tidak berada dalam doa orang lain adalah kerana kita juga tak meletakkan mereka dalam doa kita. Allah yang campak ingatan itu, Allah juga boleh beri semua ingatan itu semasa kita panjatkan doa. Sentiasa berusaha cari jalan dan sentiasa berdoa. Sama-sama kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Doakan saya juga ya.

Sekadar nak cerita bagaimana saya ubah cara berfikir lepas emak cakap kepada saya perkara ini: 1. Apabila kita rajin memasak, lantakkan orang malas. Allah beri keindahan kesedapan makanan itu dan pahala itu kepada kita, jangan hancurkan pahala itu dengan berbuat dosa mempertikai orang malas. Biarkan sahaja. 2. Apabila kita rajin mengemas, lantakkan orang malas. Allah beri kemahiran itu kepada kita untuk kita buat dan buat orang selesa. Maka kita buat sahaja tanpa pertikai orang lain. Jaga pahala sendiri. 3. Apabila kita rajin membasuh, rajin menolong itu ini, maka fokus kepada diri kita. Apa yang kita boleh buat, boleh bantu dan sebagainya. Kita takkan ada masa nak lihat kemalasan orang lain. Kawan-kawan, Dalam keluarga, akan ada yang super rajin. Ataupun dia sahaja yang kena suruh. Buat itu buat ini serba serbi dia kena. Waktu dia penat, dia akan fikir kenapalah diri dia sahaja, sedangkan orang lain juga ada. Ha itulah pesan emak. Bersyukur emak panggil kita bukan orang lain. Suara emak sebut nama kita itu sahaja pun sudah dikira sebagai keindahan paling besar semasa emak ayah kita masih ada. Maka, bersyukur dan gunakanlah sebaiknya. Orang malas, orang taknak buat, orang tak peduli, itu hal orang. Kita buat sahaja sebab kita rajin, kita ada kemahiran, kita ada keistimewaan itu. Semua itu pahala yang buat murahnya rezeki, mudahnya perjalanan dan memakbulkan doa-doa kita Jadi mula hari ini, berhenti merungut, berhenti mempertikai, berhenti melihat orang lain dan berhenti persoal. Buat sahaja okeh. Kita takkan penat dengan berbuat baik. Semua itu janji Allah untuk dapat masuk syurga. Jaga pahala sebaiknya supaya tidak dirosakkan oleh dosa yang kita sendiri tak sedar. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Orang rajin tak ada masa nak tengok orang lain.

Bermodalkan hanya RM59.00, kalian dapat belajar menulis content di media sosial. Kelas ini diadakan oleh editor saya, Kapten
Bermodalkan hanya RM59.00, kalian dapat belajar menulis content di media sosial. Kelas ini diadakan oleh editor saya, Kapten Hamk pada Rabu Malam 8.30 sehingga 10.30 malam. Kalian siap diberikan rakaman kelas. Boleh tonton dan ulangkaji bila-bila dan di mana juga. Sertai segera. Terhad kepada 27 orang sahaja hari ini: https://bit.ly/3fpDkXf https://bit.ly/3fpDkXf https://bit.ly/3fpDkXf

Guna prinsip ini setiap kali nak berkongsi di media sosial: 1. I - Ingin menyampaikan. Jadi tulis sesuatu perkara dengan fokus kebaikan sahaja. Tak boleh buat perbandingan dengan perkara keburukan dan sekiranya ada, tak perlu tulis. Tulis hal kebaikan sahaja. 2. C - Content. Mesti ada asas content. Wajib! Fakta, Emosi, Bahasa dan Impak Positif tersusun setiap satunya dan apabila kita baca, kita tahu itu adalah maklumat dan ianya bermanfaat. 3. D - Debrief. Wajar untuk kita semua tutup (closing) penulisan tersebut dengan memberi peringatan umum, menaikkan info dengan memberi impak positif kepada audien tanpa mengajar-ajar, tanpa elemen memerintah juga tanpa elemen arahan. Ini adalah media sosial. Sekiranya ada perkara buruk berlaku, tulis bagaimana solusi dan pencegahannya. Tak boleh sesekali kita campak hal buruk, kemudian kita diam dan biarkan orang bergaduh di ruang komen. Ingat kawan, Punya ramai mengatakan sosial media adalah lubuk keburukan, sedangkan ianya adalah pusat informasi, titik tengah antara berkawan dan berbisnes dan semestinya menaikkan pendapatan seisi keluarga. Seperti pisau, ada orang guna untuk memotong daging, ayam, sayur, buah bagai. Ada juga yang guna untuk keburukan. Kita pilih. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak dapatkan buku Rahsia Penulisan Berpengaruh 2.0: Idea Content Mantul, klik sini: https://bykhm.onpay.my/order/form/brpb2_icm

Untungnya peserta kelas Kickstart Content malam ini. Selepas kelas nanti, kami beri 30 copywriting tarik crowd berserta gamba
+2
Untungnya peserta kelas Kickstart Content malam ini. Selepas kelas nanti, kami beri 30 copywriting tarik crowd berserta gambar berharga RM1,500 dan 15 copywriting sales berharga RM750. Semua percuma gais! Caranya hanya perlu daftar dan hadir ke Kelas Kickstart Content yang berlangsung pada 8.30 malam ini. Tak dapat hadir, boleh tonton rakaman berulangkali. Yeay! Hanya berbaki 3 seat sahaja lagi. Daftar segera di sini: https://bit.ly/3KNcGG8 https://bit.ly/3KNcGG8 https://bit.ly/3KNcGG8

Tahun 2022, support diri sendiri. Belajar untuk tak berharap kepada manusia. Letak kuat-kuat dalam kepala bab kebergantungan kepada Allah itu yang paling utama. Tak ada sesiapa nak bersama minum, pergi seorang diri. Tak ada sesiapa nak ajak bersembang, pergi travel sendiri. Tak ada sesiapa nak beri idea, pergi kelas sendiri. Kita support diri sendiri. Berhenti salahkan orang. Sudah-sudahlah bercakap kita tak berjaya sebab family tak support, kita tak jadi begitu begini sebab kawan-kawan tak habis hentam. Gais, mereka boleh cakap apa sahaja. Mereka boleh buat apa sahaja. Namun kita ini jauh kena lebih kuat dari itu. Sentap sekejap, fikir sekejap, sedih sekejap. Kemudian bangkit. Tak perlu tunggu lama, cukup 2-5 minit sahaja nak sedih-sedih. Terus google kelas, bangun laju-laju belajar, baca buku, tambah ilmu. Kita takut sangat orang cakap begitu kita akan jadi begini. Kita bimbang sangat kalau orang cakap susah jual produk kita itu jadi orang tak membeli, kita gelisah sangat apabila keluarga dan kawan rapat tak pernah nak mendapatkan produk kita. Ingat ayat ini gais "hanya ilmu dapat melawan ketakutan." Jadi, pergi belajar! Apabila masuk ke kelas, jumpa kawan (networking), kita jumpa guru (hormat ilmu) dan dapat banyaknya doa (para anak murid doanya makbul). Jadi di situ dah dapat bau-bau syurga. Terus tanam dalam diri nak berjaya, nak ubah kehidupan. Lantakkan orang lain punya fikiran. Tak perlu letak dalam kepala nak tunjuk bila dah berjaya nanti begitu begini, tak ada keperluan nak heboh nak hebah. Diam-diam sahaja. Kita nak berjaya sebab kita nak ubah kehidupan, kita nak tahun 2022 lebih ramai kita dapat bantu. Itu jauh lebih mustahak. Kita nak tolong keluarga dan kawan yang tak support kita itu, kali ini biar kita support mereka, ia membezakan cara dia dan kita berfikir. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kita kuat walau sendiri. Allah sentiasa ada.

Haaa, kes naik ke 9,117. Hangpa buat apa?
Anonymous voting

Ada 30 copywriting tarik crowd berharga RM1,500 dan 15 copywriting sales berharga RM750 kami nak beri secara percuma. Caranya
Ada 30 copywriting tarik crowd berharga RM1,500 dan 15 copywriting sales berharga RM750 kami nak beri secara percuma. Caranya hanya perlu daftar dan hadir ke Kelas Kickstart Content pada esok malam. Hanya berbaki 3 seat sahaja lagi. Daftar segera di sini: https://bit.ly/3KNcGG8 https://bit.ly/3KNcGG8 https://bit.ly/3KNcGG8

Tulis sahaja. Tak perlu tunggu lengkap, cantik, tersusun, baru nak up. No, up sahaja. Belajar berbuat silap. Itu normal. Kita semua ada blind side. Kita dah rasa okey, maka terus tekan post. Jika #content dah lengkap 4 perkara tersebut (fakta, emosi, bahasa dan impak positif) maka up sahaja. Kena ada keyakinan yang tinggi. Bermainlah dalam industri mana pun, kita tak akan belajar sekiranya kita tak buat silap. Kesilapan ini adalah medan belajar yang paling diingat. Kita akan sentiasa letak dalam kepala yang itu boleh yang ini tak boleh. Sama sahaja bermain media sosial. Ada ramai yang takut nak up kerana takut buat silap, kerana laman ini tiada simpati. Salah kena kecam, Silap kena kecam, Buruk, orang tak like, Bosan orang tak share. Semuanya ada impak. Namun jika kalian ada keteguhan hati, up sahaja. Lihat bagaimana orang react itu sebagai pemangkin nak tulis lebih baik lagi. Pada tahun 2014, yang saya tulis hanya dapat 2 like, tiada share juga tiada komen. Selepas 6 tahun lihatlah perubahannya. Ingat kawan-kawan, media sosial boleh beri kalian kredibiliti, boleh juga naikkan jualan. Dua-dua perkara itu bagus untuk bisnes kalian. Maka buat dan belajar! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, 1 tahun 100,000 follower pada 2016. Alhamdulillah. Nak tips copywriting dengan lebih terperinci, sertai kelas ini: https://bit.ly/3fpDkXf https://bit.ly/3fpDkXf https://bit.ly/3fpDkXf

Gunakan teknik 5/25. 1. Listkan semua 25 perkara yang kamu ingin lakukan tahun ini. 2. Kemudian fokus 5 yang paling atas. 3. Tutup 20 lagi perkara selagi 5 itu tidak tercapai. 4. Selepas berjaya siapkan 5 itu, maju ke 5 perkara lagi dan tutup 15 perkara seterusnya. Begitulah sampai habis. 5. Fokus adalah segalanya. Sekiranya tidak disusun begitu, maka kalian akan gagal menyiapkan semua perkara. Begitulah juga dalam menulis #content di media sosial. Tenang dan fokus sahaja menulis apa yang kita sudah susun. Tak perlu gopoh mahu selesaikan semuanya. Kita yang kawal diri kita. Hal orang lain, biarkan. Kita yang nak buat duit, nak bayar bil. Jadi bangunkan diri kita sebaiknya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak mula belajar content, sertai Kelas Kickstart Content esok malam. Hanya tinggal 6 seat sahaja lagi, tekan link ini: https://bit.ly/3KNcGG8 https://bit.ly/3KNcGG8 https://bit.ly/3KNcGG8

Paling saya rasa suka ialah dia buat kerja part time di Kawasan sekitar kilang tersebut. Nak isi masa supaya tak buat benda merepek. Duduk di rumah sewa yang semuanya ok-ok orangnya. Hubungan dengan adik beradik dah berjaga dan terutama hal ibu bapa diteliti dengan sangat baik. Dalam banyak-banyak hal, dia ucap terima kasih kepada saya, namun saya suka ayatnya, “sebenarnya mak memang tak suka saya dengan budak perempuan tu. Tapi saya yang nak. Akhirnya saya kena tinggal. Kemudian kalau balik ke rumah mak ulang-ulang-ulang silap saya tu. Rupanya mak hanya nak saya minta maaf ja dengan dia. Lepas abang balik semua tu, saya hulur tangan cakap dengan mak saya minta maaf. Akhirnya mak peluk saya bang. Lahhh rupanya mak ok ja. Mak abah dan kakak semua tahu pasal saya minum tu, semua kata akan bantu saya nak ubah balik semua. Sekarang alhamdulillah bang solat dah tak tinggal. Sungguhlah, betul orang cakap, kalau ada masalah, rujuk agama. Pergi surau, mengaji dan solat. Rupanya itu memang beri kita selesa. Sebenarnya bang, kasih sayang Allah tu kita dapat rasa bila kita sendiri rasa sayang kepada mak ayah kita kan bang. Itulah kasih sayang Allah. Dan kalau kita dah dapat semua itu, apa lagi kita nak bang? Tak ada apa dah. Cukup dah. Kahwin ke apa ke, betul itu semua kena berkasih sayang dengan keluarga dulu bang. Sungguhlah kan baru hidup kita tenang, murah rezeki dan kita akan fikir nak buat baik ja kat mana-mana.” Pagi itu hari saya teringat lagi kepada beliau. Beliau ada pesan, kalau teringat, terus ja doa. Kita mungkin akan berjumpa beginilah, terserempak bagai. Jadi doa sahaja penghubung kita dalam berkasih sayang jadi hamba Allah. Saya sendiri jadi seronok. Sungguhlah, Allah tak ubah nasib seseorang itu melainkan diri dia sendiri nak berubah. Namun Allah hadirkan beberapa peristiwa untuk kita berfikir sama ada kita ini di jalan betul atau tak. Waktu kita diuji, kalau kita terus berpaling dari Allah, kita rugi. Namun kalau kita merendah diri, saling mahu pulang ke jalanNya, maka kita beruntung banyak perkara. Kita yang putuskan semua itu saat kita diuji. Sungguhlah, orang yang diuji adalah orang yang disayang-sayang Tuhan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Ujilah kami dengan ujian yang kami boleh hadap Ya-Allah.

Baru sahaja saya keluar simpang, motor tersebut hentam di pintu sebelah saya. Saya terus beri signal dan berhenti di tepi jalan. Keluar dari kereta dan lihat lelaki tersebut berbaring di jalan raya. Betul-betul di tengah-tengah lampu isyarat. Sudah ada orang lain yang berdiri berdekatan. Budak itu yang langar lampu merah, saya memang di laluan lampu hijau waktu itu. Saya dengan abang seorang lagi berpandangan. Budak itu seperti tidur. Panik juga. Saya letak jari di hidungnya, alhamdulillah masih bernafas. Kami kemudian tepuk-tepuk di pipi beliau, tak bangun. Kami telefon ambulan. Lebih kurang 40 minit ambulan sampai, terus pegawai itu cakap “ini mabuk ni.” Kami terdiam. Lalu diangkatnya budak tadi ke dalam van dan mereka berlalu ke hospital berdekatan. Saya ikut di belakang. Sampai sahaja terus parking dan saya beritahu kepada pihak hospital budak ini langar kereta saya. Kereta saya okey sahaja adalah calar sikit. Selang beberapa minit, kakak misi menghantar telefon dan dompet budak tadi. Saya selamba buka dan tengok ada gambar seorang lelaki tua dan seorang wanita tua. Telefonnya penuh dengan Whatsapp namun tak dapat dibuka kerana ada pin. Saya pun tanya kakak misi budak itu ada patah-patah atau tak. Misi kata tunggu doctor. Doctor keluar dan cakap pergelangan tangan retak, kaki patah. Saya pun terkejut, boleh dia tidur dah begitu? Doctor jawab, “kalau dah mabuk, mati pun tak sedar. Kuang kuang kuang. Saya diam sahajalah.” Saya balik ke rumah kerana doctor cakap memang dia akan sedar dalam 12 jam ke atas selepas ubat semua habis. Budak itu stabil dan saya pun lega. Sampai rumah sekitar 3.00 pagi dan terus mandi dan tidur. Bangun subuh saya tak cerita apa-apa pun dengan orang rumah. Buat seperti biasa dan pergi kerja. Sekitar waktu tengah hari, saya pun ke hospital dan bawa semua barang-barang budak tersebut. Dia sudah dipindahkan ke wad biasa. Jadi naiklah ke wad dan berjumpa dengannya. Tangan kanannnya memegang kepala dan merenung ke siling. Saya beri salam dan dia jawab. “Saya Khairul, yang awak langgar malam tadi. Sekarang rasa macam mana?” Dia terkejut. “Saya langgar apa bang?” Keretalah. Saya terus tanya, memang biasa minum? Dia tergamam. Terus menangis. Saya hulurkan telefon dan dia genggam erat semua barangnya. Saya cakap kena telefon keluarga. Dia diam sahaja. Habis kesat air mata semua, dia cakap “kalau mak ayah tau ni, macam mana saya nak cakap bang. Saya dah kena buang U. Saya tipu dia orang cakap masih dekat U. So siang saya kerja, malam pun saya kerja.” Udahnya kami bersembang sampai habis waktu melawat. Kena buang university sebab kena tinggal dengan makwe. Tak pergi kelas, gagal 2 semester tak ada nak jumpa pensyarah semua, dapat notis kena buang. Kemudian cari kerja. Hidup tak ada kawan yang boleh bawa ke jalan betul, akhirnya mula minum. Simple sahaja keputusan nak minum sebab nak hilang rasa resah. Marah betul saya apabila dengar benda begini. Saya selesaikan segalanya. Bab di hospital, jumpa kakak beliau dan akhirnya emak ayah pun dating ke hospital saya yang bawa. Saya jelaskan semua penipuan dia dan alhamdulillah semuanya ok walau ada titik tegang pada awalnya. Kemudian semuanya jadi diam begitu sahaja. Saya pun dah tak hubungi semuanya. Beberapa hari selepas itu,, semasa habis kelas, saya keluar dari Bangi Golf Resort. Saya park di luar dan tunggu di dalam kereta sekejap membalas mesej klien. Budak ini ketuk cermin saya. Saya buka dan kami bersalam. Terus dia letakkan motornya di hadapan kereta dan saya keluar. Saya tanya sekarang buat apa. Katanya dah sambung balik. Pun di university sekitar sahaja. Saya tanya masalah minum macam mana? Dia jawab dah tinggalkan semua. Saya buat isyarat tangan ke atas seperti berdoa. Dia duk rasa sebak sangat sebab kemalangan malam itu banyak ubah hidup diri dia.