fa
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

رفتن به کانال در Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Khairul Hakimin Muhammad

کانال Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 36 361 مشترک است و جایگاه 285 را در دسته بازاریابی و PR و رتبه 915 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 36 361 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 16 ژوئن, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -373 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -4 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 6.97% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً N/A% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 2 534 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 0 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 17 ژوئن, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته بازاریابی و PR تبدیل کرده‌اند.

36 361
مشترکین
-424 ساعت
-927 روز
-37330 روز
آرشیو پست ها
10 kesilapan biasa mengapa peniaga (usahawan) sukar nak naikkan Follower di Facebook. 1. Kesilapan membuat setting di profile, letak gambar iklan di cover picture, profile picture semua bantai bubuh produk, nama syarikat dan mana jawatan. Contohnya pergi letak gambar Coway, Cuckoo, Kad Bisnes Insuran, Hartanah, gambar kad bisnes perunding kewangan. Memang larilah orang. Letak gambar cover, kehidupan biasa seperti travel, keluarga dan dengan haiwan kesayangan. Gambar profile elok gambar seorang yang santai, tak perlu pakai kot bagai. Ini media sosial kawan! 2. Tidak guna nama orang. Pergi letak nama syarikat atau nama produk di akaun personal. Mesti nama manusia, tak kisah nama samaran atau nama komersil. 3. Suka menulis perkara kebencian dan tidak beri impak positif kepada orang lain. Di ruang komen tak berhenti orang bergaduh. 4. Asyik-asyik buat iklan. Nisbah paling baik untuk buat iklan di wall ialah setiap 4 posting biasa, barulah 1 kali iklan. Tak kisah setiap hari atau kiraan mingguan. 5. Asyik-asyik selfie, kalau sesekali tak apalah, ini semua posting dia bantai selfie, live tanpa topik dan berkongsi kisah peribadi yang tiada impak kepada audien. Di media social, sebaiknya apa yang kita kongsikan memberi impak kepada audien. Sekiranya semua benda hanya perkara peribadi, maka tak perlu ada follower. 6. Focus kepada 2-3 perkara yang menjadi forte dan tulis dengan konsisten perkara tersebut. Kalau semua benda nak tulis, nak lawan dan nak ambil perhatian. Akhirnya macam cakap seorang diri sahaja. 7. Tidak menulis dengan ejaan yang betul. Suka sangat ejaan singkatan sampai ke tahap sukarnya nak dibaca dan difahami. 8. Tidak melayan soalan atau komen di ruang komen. Anggap diri diva dan konon kata sibuk tak sempat. Percayalah sekali dua komen tak dibalas itu ok, masuk kali ke 4-5 orang akan mula malas. 9. Suka benar menulis tentang hal politik. Biasanya hal-hal politik akan memberi semak dan rimas kepada yang suka membaca dan bermain media social. Hal politik, biarlah ahlinya yang sertai. Pengundi biasa, nak tulis, tulislah dengan hemah rakyat; bukan bantai bantai bantai. Kita orang bisnes, fokus! 10. Sikit-sikit tak puas hati. Sikit-sikit marah. Sikit-sikit emo. Semua benda nak diluahkan. Ini terus nampak kita ini orang yang negatif dan buruk. Ok cukup 10. Yang lain kalian tambahlah okeh. Semoga bermanfaat. Sila share dengan ejen dan stokis kalian okeh. Kita bina content! Khairul Hakimin Muhammad Content Master Kesayangan Negara. Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Malam tadi kami bersembang di dalam Channel Telegram saya bagaimana nak jual produk setiap minit? Hihihi. Ada rakan kami yang dapat jualan hampir setiap minit dan produknya itu berharga RM79. Katanya kerja 8 jam sehari, 1 jam = 60 minit. 60 minit x RM79 = RM4,760/ sejam. RM4,760 x 8 jam = RM37,920/hari RM37,920 x 22 hari bekerja = RM834,240/bulan. Ini normal gais. Hihi. Bagi pengasas, usahawan, jualan RM1 juta atau yang nak cecah RM1 juta sebulan ini perkara biasa sahaja untuk mereka. Dan kalian juga boleh buat perkara ini okey. Ini tips mudah untuk kalian: *** Ada 3 Fasa. Fasa 1 (seminggu) Awareness. - teaser. - reminder. Buat setiap hari jam 11.00 pagi. Posting sebelum itu mesti posting crowd yang ada share, di sini ada Double Engagement. Ia mesti menerangkan produk dengan teks yang lengkap, ringkas, atau poster atau gambar yang sesuai. Fasa 2 (menjual). Buat setiap hari jam 11.00 pagi. Posting sebelum itu mesti posting crowd yang ada share, kekalkan double engagement. Gunakan perkataan yang memberi perintah atau suruhan seperti: Dapatkan segera! Klik link ini sekarang! Tekan butang ini! Terus dapatkannya sekarang! Jangan lengah lagi! Semua arahan ini akan memudahkan orang lain ikut dan klik. CTA kena lengkap dan letak 1 sahaja. Letak lebih dari 1 CTA akan menyebabkan orang keliru dan tak membeli. Fasa 3 (Selepas menjual) Testimoni, kesan dapatkan produk, atau apa sahaja yang dapat memberi tahu keberkesanan produk. Buat jam 5.00 petang setiap hari. Posting sebelum dan selepas posting ini mesti yang ada single engagement iaitu posting side. *** Kalian akan mula dapat sales. Bukan lagi setiap 9 minit, boleh jadi setiap minit dapat! Cubalah! Khairul Hakimin Muhammad, Menjual dan jadi kaya raya dengan kreatif! Nak tips lagi, terus ke https://t.me/ContentKHM

Baru faham maksud kalau tak ada apa-apa nak cakap, elok diam, saya tonton temu bual Graham Norton dan Taylor Swift. Mereka cakap begini: Kalau kita cakap 1, orang boleh tambah 2, 3, 4, 5 pasal apa kita cakap. Pandangan, cadangan, persoal dan pertikai. Mereka boleh darab tambah bagai. 1 x 2 = 2 1 x 5 = 5 1 x 10 = 10 Banyak gila boleh tambah dari 1 perkataan sahaja. Namun kalau kita diam sahaja. Maksudnya 0. Maka jika kita diam, orang takkan boleh tambah apa-apa. 0 x 1 = 0 0 x 2 = 0 0 x 5 = 0 0 x 10 = 0. Sungguhlah kan. Kalau tak ada apa-apa, duk diam sahaja. Jadi orang takkan boleh persoal, beri pandangan dari apa yang kita tak cakap. Ha gituhhhh. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad. Shhhh. Tiber.

Makanan sampai, saya buat muka, dahi saya agaknya nampak sangat saya berkerut. Mulut saya muncungkan. Saya terus cakap “alamak banyaknya. Macam mana ni?” Kawan saya terus sampuk, “makan mana mampu, tak habis, bawa balik dan makan nanti-nanti. Jangan duk merungut”. Saya terus tak balas. Ikut sahaja. Peristiwa ini sangat besar dalam hidup saya. Dan saya takkan buat lagi selepas ia terjadi beberapa tahun lepas. Halnya mudah sahaja, Allah kasi sepinggan pun kita merungut, dan kita boleh cakap hal-hal melawan rezeki di hadapan rezeki tersebut. Ya, kita tahu kemampuan, kita tahu tak boleh habis, yang penting terima, dan jangan merungut. Itu sahaja. Kalau boleh pergi ambil makanan sendiri, kita tahu berapa banyak kita boleh makan. Namun jika benda yang kita tak boleh kawal, ambil sahaja, mana tak habis, bawa balik walau sejemput. Kawan saya duk peringat banyak-banyak kali. Kalau yang kecil kita merungut, bagaimanalah Allah nak kasi yang besar-besar. Sebab itu jugalah kita tak dapat yang besar-besar kerana yang kecil itu pun kita dah merungut. Saya memang termenung teruk lepas kejadian ini. Lebih lagi kawan saya hurai tentang hadith Nabi (selawat) ini: “Barangsiapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka dia tidak akan mampu mensyukuri yang banyak.” [HR Ahmad 4/278] Asasnya ialah bersyukur. Pinggan datang ke depan mata, sebut alhamdulillah. Makanan sampai sebut alhamdulillah dulu. Apa sahaja sampai, syukur dulu. Bukan merungut dahulu. Kita yang tentukan rezeki kita esok hari. Kalau hari ini kita merungut 10 kali, 20 kali, bayanglah berapa lama Allah tangguhkan kita untuk dapat rezeki yang lebih banyak lagi pada hari-hari seterusnya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Thanks kawan, aku tahu kau baca. Terima kasih sangat. Syukur jadi kawan kau.

Allah ada pada setiap perkara kecil. Allah juga ada pada setiap perkara besar. Saat sedang sukar lalui itu lalui ini, berhenti sebentar bercerita. Usaha mencari jalan menemukan solusi. Selepas ada kejayaan dibantu Allah depan, belakang kiri dan kanan, atas dan bawah, maka ceritalah kepada yang sepatutnya. Supaya hal kecil dan besar adanya Allah itu penting dipelajari. Niatnya harus ikhlas. Cerita untuk pelajaran. Cerita untuk kita ini berjalan dengan semangat sama, Allah ada pada setiap ketika, setiap tarik hembus nafas, setiap detik pandang serta setiap titik dengar. Allah ada. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Jalan terus. Allah ada.

Ryan Bakery bukan penganggur. Ume Cikin bukan penganggur. Penganggur bermaksud orang tidak mempunyai pekerjaan, tidak melakukan apa-apa, duduk sesaja tanpa buat apa. Sedangkan Ryan dan Ume bekerja setiap hari. Mereka bangunkan content. Mereka bersiap, menyediakan skrip, plot, prop, cerita dan bersungguh mendapatkan peralatan dan kelengkapan. Orang menganggur tidak lakukan itu. Penyedia content bagus adalah sebuah pekerjaan. Pekerjaan lumayan yang mencipta masa depan. Mereka nampak luasnya media sosial untuk buat kebaikan dan menjana sesuatu. Mereka tahu usaha mereka bukan biasa dan bukan sia-sia. Mereka bekerja! Tolonglah mereka bukan penganggur. Merekalah content creator. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Haih.

Esok saya nak demo memasak guna Ommi Thermal Blender di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi. 10 orang ja. Tak mau ramai-ramai. 10am
Esok saya nak demo memasak guna Ommi Thermal Blender di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi. 10 orang ja. Tak mau ramai-ramai. 10am-11am pun sama tak mau lama-lama kang merepek bersembang tak tentu hala haha. Jadinya sesiapa nak datang, klik sini. Pastikan datang. Jangan daftar lepas itu esok kata suami tak kasilah, bangun lambatlah, kereta parking jauhlah, anak meragamlah, jangan mengada, boleh datang, daftar okehhh. Haha garang tak ai. Free ja! Daftar di sini ya, https://bykhm.onpay.my/order/form/253

Buat ini hari ini: Minum 9 cawan air. Kerja 8 jam sehari. Tidur 7 jam malam ini. Bantu 6 orang hari ini. Jangan tinggal solat 5 waktu ya. Siapkan 4 posting bermanfaat di media sosial. Bantu 3 kerja isteri / suami di rumah. Baca 2 helai mana-mana buku. Bersenam 1 jam hari ini. Pastikan 0 stress okeh! Ha gituh. Nak manfaatkan 86,400 saat sehari, kena rancang untuk sentiasa beri manfaat kepada diri sendiri dan orang lain ya! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bismillah.

5 langkah bagaimana nak susun niche dalam penulisan #content di media sosial. 1. Senaraikan apa yang anda minat, mahir dan suka. Sebanyak mana yang ada. 2. Kemudian, susun tahap pengetahuan di senarai tersebut. Buat tahap 1 (paling rendah) tahap 10 (paling tinggi) 3. Alihkan yang punya tahap 6 ke atas ke helaian baru. Ia akan jadi senarai yang baru. 4. Susun mana yang paling orang lain suka atau yang punya titik persamaan paling besar dengan orang lain. Contoh, senarainya: memancing, bersukan, makanan. Susunannya akan jadi: makanan, bersukan dan memancing. 5. Ambil 3 yang teratas sahaja untuk dibuat posting di media sosial, kemudian start enjin pergi kedai buku, beli buku yang ada kaitan dengan topik tersebut, jadikan ia sebagai rujukan. Rujukan okey, bukan copy-paste dari buku! Senang kan? Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak saya bantu kalian jadi leader dan pandai menjual di socmed. Ayuh jadi leader Ommi Thermal Blender. Beli di sini dan daftar affiliate terus ya! https://ommi.my/khm

Semoga Ogos ini: - diampuni semua dosa. - dipenuhi doa kebaikan. - dilimpahi sebanyak-banyak rezeki - disirami dengan berbagai keindahan. - disulami dengan banyaknya bahagia. - disusuli dengan sekuat-kuat hubungan baik. - disinari dengan tercapainya impian. - dikerumuni seramai-ramai orang baik dan yang memberi kebaikan. Amin, amin, amin. Khairul Hakimin Muhammad, ❤️❤️❤️

Ajar dan paksa diri fikir 7 perkara setiap pagi: 1. Fikir ketenangan. 2. Fikir nak bantu orang. 3. Fikir nak kemajuan dalam hidup. 4. Fikir kebahagiaan keluarga. 5. Fikir kesenangan team. 6. Fikir kejayaan hari ini dan esok. 7. Fikir kejayaan akhirat. Setiap hari, setiap pagi, paksa diri untuk pasak dalam minda untuk berfikir hal begini. Jika termasuk juga perkara tak best, lekas-lekas istighfar dan cari jalan nak selesaikan hal tersebut. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bismillah.

Soalan: Saya dah cuba tulis, tak viral, tak jadi apa, saya rasa macam nak putus asa dah tuan. Penatlah. Jawapan: Oh. Saya cuba menulis di media sosial dari 2013. Tak menjadi juga. Namun permulaan itu ialah pada 2015. Dan yang viral sampai berbelas ribu share ialah pada 2016. Jauh masanya, bertahun. Cuba baca ini, inilah yang buat saya sentiasa rasa ada semangat. Ada sebuah syarikat yang dibina oleh 3 sahabat. Mereka membina aps untuk 51 buat game dan tidak mendapat sambutan langsung. Ini menyebabkan ke tiga-tiga mereka diistihar muflis kerana terlalu banyak melaburkan duit. Mereka kemudiannya duduk kembali di satu meja dan ingin membina 1 game terakhir. Ia adalah do or die. Lalu mereka rancang dengan setiap seorang memberi 10 idea. Lalu mereka mendapat 30 idea dan bangunkan game tersebut. Ia adalah Angry Bird yang mana mendapat tawaran jualan dari Zynga berjumlah USD2.25 Billion (RM10.8B) lalu terus menjualnya. Hari ini ke tiga-tiga mereka masih membangunkan game dan menjadi orang kaya yang masih mengejar sales. *** Kawan-kawan, Kita memang sibuk, namun kita tetap kena rancang. Kena bersembang (networking) kena dapatkan idea (survey dan observe). Kalau kita duduk setempat, #content kita boleh jadi kita sahaja yang faham. Nak tulis, tulislah perkara yang orang suka. Yang banyak titik persamaan dengan orang lain. Ia mesti dirancang, disusun dan kita sendiri hadam tentang hal tersebut. Jika tidak, kita akan gagal berkali-kali. Bangkit, rancang dan buat lagi sampai jadi. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Cuba sampai jadi.

Zaman ramai dah pandai buat content dan jadi influencer ini, saya betul-betul nak pesan kepada semua. Jangan jadi seperti saya: - ambil tahu tentang LHDN. Walau ada tax ejen, tetap kena ambil tahu. Ambil tahu apa kena bayar, apa kena submit dan sebagainya. - jika dah mula buat produk, wajib tahu costing. Jangan kasi orang lain buat. Belajar sendiri dan pastikan sendiri tahu serba serbi. - jika dah mula nak ambil barang / produk dari orang lain kemudian jual semula (trading), pastikan sendiri yang berurusan. Jangan sesekali tak ambil tahu dari mana, berapa harga sekian sekian suruh sesiapa deal. Deal mesti kita sendiri. 3 hal ini yang buat saya tumbang. Orang tahu saya sibuk. Orang tahu saya ke sana ke mari. Orang tahu saya akan sign sahaja sebab saya percaya orang sana percaya orang sini. Hasilnya, saya terkena. Saya tak boleh finger pointing orang itu salah, orang ini salah. Saya yang salah. Saya yang tak ambil tahu. Saya yang pergi suruh orang buat akhirnya orang khianat. Semua saya yang salah. Kawan-kawan, Pastikan tahu. Jangan jadi seperti saya. Nasihat sungguh ini. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kita bangkit jadi lebih pandai okeh. Bismillah. Telan. Hadap.

Bentuk #content yang disukai dan senang dibaca oleh audien selain dari bercerita: 1. List post. - Bersifat numbering. - Tidak ada emosi, hanya terus sahaja kepada fakta. - Ditutup dengan impak positif. - Biasanya posting “to educate”. 2. Posting How-To. - Bersifat step by step. - Ada emosi berselang seli dengan fakta. - Posting DIY, resipi, tips serta apa sahaja perkara yang boleh diletakkan dalam bentuk langkah demi langkah. - Menggunakan gambar atau video yang lengkap. - Impak positif = boleh buat orang baca, terus faham dan buat sendiri di rumah. - Biasanya posting “to educate”. 3. Posting Infografik. - Bersifat fokus kepada satu-satu topik. - Mempunyai grafik dan penunjuk yang bagus serta mudah difahami. - Gambar grafik sebagai aksesori dan caption menerangkan semuanya dengan lengkap. - Biasanya posting “to educate.” *** Untuk “to inform” dan “to inspire” biasanya ditulis dalam bentuk story telling. Ia juga sangat bagus untuk dijadikan posting. Namun ia bukan posting yang mudah untuk dibina kerana ia perlu ada Teknik bercerita yang kuat. Apapun, 3 jenis posting di atas boleh digunakan untuk kalian membina posting awal dan mendapatkan crowd kalian sendiri. Cubalah ya. Pilih topik, tentukan matlamat dan up! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Suka nombo 2, tulis resipi!

Cikgu saya ajar mudah sahaja tentang maksud kemampuan. 1. Pastikan kita boleh bayar 2 kali barang yang kita beli, baru kita beli. 2. Contohnya: Iphone 11 berharga RM5,000. Kita hanya ada RM5,500. Maka kita hanya mampu beli 1. Jadi sebenarnya kita tak mampu. Jangan beli. Yang kita mampu ialah telefon yang berharga kurang RM2,500. 3. Contoh benda besar pula. Kita ambil rumah. Kalau kita rasa kita mampu bayar RM2,000/bulan. Kita kena cek balik boleh dak kalau kita bayar RM4,000 sebulan. Kalau tak boleh, maka sebenarnya kita tak mampu. Yang kita mampu sebenarnya rumah yang bayaran bulannya RM1,000 sahaja. Cikgu saya pesan “barang yang kita beli itu tanda kita mampu. Maksud mampu ialah apabila kita beli barang, kita masih ada wang.” Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Mari belajar sama-sama gais.

Kawan-kawan, 1. Jika kita tahu sesuatu ilmu, ia takkan jadi hebat sekiranya kita tak mula gunakannya. Ramai orang kata "saya tahu je benda tu, tapi malas lagi nak buat." "Ala tahu je, nantilah baru buat." "Ala senang je menda tu, esok-esok sahajala." Hati-hati dengan ayat begini, ini tanda kita tidak bersyukur dengan ilmu yang kita ada. Kita sombong dengan Allah. Allah beri untuk kita buat supaya rezeki boleh masuk tanpa sekat. 2. Jika kita tak mahu paksa diri untuk berubah, ia takkan berubah. Ramai orang kata "sorry saya susah bangun pagi. Itu memang masalah saya." "Ah, kau tak kenal aku, aku memang macam tu, kau siapa nak ubah aku?" "Aku kenal diri aku, aku ok je, tak payah nak sibuk hal aku, aku tak ada duit pun, aku susah ke aku tak minta dari kau." Hati-hati dengan kesombongan semasa susah. Jika waktu sukar pun kita masih nak mendabik dada, bagaimana Allah ingin beri kita senang? Kawan-kawan, Waktu sukar, waktu susah, waktu hidup banyak masalah, itulah waktu terbaik untuk mulakan rutin baru. Untuk ubah diri kepada hal yang jauh lebih baik. Masa untuk rendahkan diri belajar benda baru. Masa untuk buang ego dan duduk mengadap perkara baru. Lantakkan semua sombong dan ego. Buang apa orang fikir. Kita nak berjaya, kita kawal diri kita. Ada orang sindir, diam. Ada orang perli, diam. Ada orang sinis, diam dan belajarlah. Kawan-kawan, Kita takkan berjaya jika 2 perkara ini kita tak jaga, kita akan dapat mindset baru apabila kita teliti baik-baik untuk berubah. Dari mindset tersebut kita akan dapat fokus baru. Kemudian secara tak sedar, kita ada disiplin baru. Percayalah, kalian akan berubah bermula dari bulan pertama hingga 5-10 tahun akan datang. Duit mudah masuk ke rumah. Zakat senang dibayar, sedekah hujung jari sahaja. Bantu keluarga macam beli karipap, semua jadi senang gais. Sangat mudah jadinya. Kita berubah sama-sama ya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bismillah.

Allah maha kaya. Tersangat kaya sehingga kita tak dapat bayang banyaknya kekayaan Allah. Jadi minta, mohon, harap, doa dan usaha sebanyak-banyaknya. Minta kekayaan Allah supaya kita jadi manusia bermanfaat kepada diri dan orang lain. Bismillah.

Ingat tak saya ada sebut tentang bagaimana nak jana pendapatan dengan demo masakan? Ha kami dah bermula tau. Baca di sini ya https://www.facebook.com/1409650354/posts/pfbid0JbKgPX9CZANAcyz7VpKEL4JLjB6KCknqNhS1JpZdbvSXFZYqhvC94mVuECfDqgDZl/?mibextid=K8Wfd2

Hari ke-9 alhamdulillah. Macam-macam pm tepi, mesej, whatsapp, dm sana sini serta komen baik-baik saya terima. Alhamdulillah
+3
Hari ke-9 alhamdulillah. Macam-macam pm tepi, mesej, whatsapp, dm sana sini serta komen baik-baik saya terima. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Saya masih teruskan jual Ebook "Kenapa Saya Gagal" dan saya beri 12 lagi ebook secara percuma. Harganya kalian letak sendiri ya, RM10 boleh, RM100 boleh, RM1,000, RM10,000 semua boleh. Terpulang nak bayar berapa. Silakan ya. * Klik sini: https://bykhm.onpay.my/order/form/249 https://bykhm.onpay.my/order/form/249 https://bykhm.onpay.my/order/form/249 Mana nak transfer kemudian isi borang dan isi bukti pembelian, boleh juga. Maybank KHM Foodies 562263564754. Sekiranya ada masalah, boleh terus hubungi team saya di talian: https://linktr.ee/khmcustomerservice Mohon sangat bantuan semua dapatkan ebook ini ya. Kalian bantu saya, kalian juga dapat ebook dan ilmu. Terima kasih yaaaa! Kot boleh tag sesiapa dan share, juga amat saya hargainya.

Hangpa dah follow saya di Threads? Ha content sana berbeza dengan FB dan Tiktok tau. Hihi. Contohnya: https://www.threads.net/t/CvC0LsfSFZ_/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==