fa
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

رفتن به کانال در Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Khairul Hakimin Muhammad

کانال Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 36 183 مشترک است و جایگاه 284 را در دسته بازاریابی و PR و رتبه 903 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 36 183 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 01 ژوئیه, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -376 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -11 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 4.79% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً N/A% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 1 735 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 0 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 02 ژوئیه, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته بازاریابی و PR تبدیل کرده‌اند.

36 183
مشترکین
-1124 ساعت
-777 روز
-37630 روز
آرشیو پست ها
Syukur sangat ramai yang beli semalam berpuas hati dengan ebook ini. Iyalah, ada 10 ebook, lengkap dengan gerak kerja dan 6 v
Syukur sangat ramai yang beli semalam berpuas hati dengan ebook ini. Iyalah, ada 10 ebook, lengkap dengan gerak kerja dan 6 video untuk kalian buat sendiri kasi jadi. #HargaPromosi hari ini ialah #RM79 sahaja. Esok terus naik harga bermula 12.00 malam ini dan akan naik sampai ke harga asalnya, RM1,297! klik sini dan lekas-lekas buat pembelian. Ada 10 ebook lengkap dengan how to dan work task untuk kalian buat sendiri. Klik sini! https://digitalbook.onpay.my/order/form/iv001/9 https://digitalbook.onpay.my/order/form/iv001/9 https://digitalbook.onpay.my/order/form/iv001/9

Masa personal coaching baru-baru ini, ada seorang puan beritahu yang beliau selalu sahaja didengki oleh orang berdekatan. Buat kek, post di Facebook, orang bantai. Buat biskut kena juga. Buat kuih pun kena juga. Tulis tentang jaga anak, kena juga. Tulis tentang jaga emak sakit pun kena tuduh poyo dan tunjuk baik. Macam-macam. Aku pesan dekat dia begini: "Nak bermain media sosial, hati kena cekal. Jika kita dah buat baik pun orang kata tak baik, biar sahajalah. Cuma, tak perlu berlebih-lebih. Kadang-kadang orang jelik kerana kita memang suka kata kita baik. Kita hebat. Jadi orang bosan dan mula menyampah. Apa yang boleh kita buat ialah kongsi kebaikan dengan ayat neutral. Tak angkat diri, tak juga bangga diri. Kekal relaks dan merendah diri dalam apa pun bentuk penulisan. Kuncinya, cekal. Hati kena kuat. Inilah media sosial. Orang akan bantai tanpa pernah belas kasihan. Sampai kita boleh mati berkali-kali hanya dengan sebuah kesilapan kecil. Kadang-kadang kita berhajat sekadar nak kongsi, namun yang dekat-dekat ini mudah iri. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Relaks.

Kawan-kawan, Sebelum kita mahu melangkah untuk membangunkan 100,000 follower, kita kena yakin yang kita akan dapat 1,000 orang dahulu. Bagaimana nak dapat? Begini, Mulai hari ini, susun content mengikut posisi kalian yang paling mudah, iya, setiap orang ada posisi dalam kehidupannya kan? seorang wanita, boleh jadi sekejap jadi ibu, sekejap jadi anak, sekejap jadi isteri, sekejap jadi bos, sekejap jadi pemandu, sekejap jadi pembeli tudung, sekejap lagi jadi kawan baik. Semua posisi ini ada content-contentnya. Dan semuanya boleh ditulis untuk memberi manfaat kepada orang lain. Content Ibu: - Uruskan anak. - Pakaian anak sekolah. - Sarapan anak-anak. - Kesihatan dan keselamatan anak-anak. Content isteri: - Uruskan rumah tangga. - Uruskan pakaian keluarga. - Makan, travel, kemas rumah, deko, berkebun. - Kesihatan dan keselamatan keluarga. - Kecantikan diri. Content Lady Bos: - Uruskan kakitangan. - Tips mendapatkan jualan. - Mengurus mesyuarat. - Penerangan produk. - Iklan. Ini 3 contoh mudah yang saya boleh berikan. Ada banyak lagi kawan-kawan. Kadang-kadang kita tak perasan yang kita ini ada bersepah-sepah content kiri kanan kita. Dan kita tak tahu itu semua adalah titik persamaan yang tinggi dengan apa kehendak orang lain. Ingat ini, Tulis perkara yang memberi impak positif kepada audien. Yang tidak, simpan sendiri. Walaupun ia sekadar resepi kecil dalam keluarga sendiri. ia boleh jadi bermanfaat kepada orang lain. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Ada di sekeliling kita. Nak tips lagi, terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

1 jam terakhir!! Untuk dapatkan harga RM50 ini kawan-kawan. 299 muka surat, siap ada gerak kerja semua! 10 ebook menampilkan 8 orang penulis yang membongkar rahsia #PersonalBranding dan #PenulisanViral di media sosial masing-masing. Boleh kata 100,000 follower belaka. Dan kalian boleh jadi seperti kami. #HargaPromosi hari ini ialah #RM50 sahaja. Esok terus naik harga bermula 12.00 malam ini dan akan naik sampai ke harga asalnya, RM1,297! klik sini dan lekas-lekas buat pembelian. Ada 10 ebook lengkap dengan how to dan work task untuk kalian buat sendiri. Klik sini! https://digitalbook.onpay.my/order/form/iv001/9 https://digitalbook.onpay.my/order/form/iv001/9 https://digitalbook.onpay.my/order/form/iv001/9

Dapatkan Segera EBook Formula Rahsia Personal Branding & Penulisan Viral Di Facebook https://ift.tt/2yabJU0

Dapatkannya segera, hari ini hanya RM50 sahaja sempena pelancaran! https://digitalbook.onpay.my/order/form/iv001/9

photo content
+8

Sudah bermulaaaa! Boleh buat pembelian di sini ya! RM50 sahaja sehingga 11.59 malam ini, 8 penulis tulis bagaimana nak tulis viral dan bina follower! https://digitalbook.onpay.my/order/form/iv001/9

Countdown Jualan Ebook Formula Rahsia #PersonalBranding dan #PenulisanViral https://ift.tt/2GoBwfK

1 jam sahaja lagi saya akan buka jualan ebook ini. 8 orang penulis membongkar rahsia #PersonalBranding dan #PenulisanViral di
1 jam sahaja lagi saya akan buka jualan ebook ini. 8 orang penulis membongkar rahsia #PersonalBranding dan #PenulisanViral di media sosial masing-masing. Boleh kata 100,000 follower belaka. Dan kalian boleh jadi seperti kami. #HargaPromosi hari ini ialah #RM50 sahaja. Esok terus naik harga dan akan naik sampai ke harga asalnya ya. Sejam lagi, klik sini dan lekas-lekas buat pembelian. Ada 10 ebook lengkap dengan how to dan work task untuk kalian buat sendiri. Mula jam 10.00 pagi hari ini okey! https://digitalbook.onpay.my/order/form/iv001/9 https://digitalbook.onpay.my/order/form/iv001/9 https://digitalbook.onpay.my/order/form/iv001/9

“Rezeki ini, kita kena jemput dia masuk dalam rumah kita, pejabat kita, kilang kita, kedai kita, perut kita, keluarga kita, semuanya kena berjemput. Tak boleh main-main biarkan dia duduk luar dan berlegar,” Gulp. Tak pernah saya dengar mana-mana orang cakap begitu. Saya pun duduk sahajalah mendengar ustaz yang duduk di mejanya. Jadi orang yang ke sana ke mari, solat di mana-mana surau yang kami singgah memang selalulah nak cepat, dan selalu juga dapat momen begini rasa susahnya nak lepaskan. Beliau menyambung, “Nak jemput ia masuk, kena ada 2 cara ini,” saya pun lekas ambil telefon dan taip semuanya! Kahkah, ini bagus woih. 1. Rezeki akan mengetuk pintu rumah kita, apabila kita mendahulukan adab terhadap rezeki sebelumnya. Contohnya, adab semasa makan, adab semasa dapat gaji, adab semasa sihat, adab semasa kuat dan adab semasa hebat. Semua benda ini ada adab-adabnya. Dan itulah rezeki yang kita dapat sebelum atau pada waktu semasa. Ada makanan lebih, kongsi. Ada gaji lebih, simpan dan beri kepada keluarga dan ibu bapa, ada kesihatan lebih, bantu orang, ada kemahiran yang hebat sikit, tolong orang. Itu semua akan menyebabkan ‘rezeki’ lama akan beritahu kepada ‘rezeki’ baru untuk kembali ketuk ke rumah kita semua. 2. Menghormati pembawa dan pemberi rezeki. Umumnya kita tahu yang ibu bapa itu adalah anugerah yang sangat besar nilainya. Namun ramai tak sedar yang mereka itu adalah pembawa rezeki kepada kita semua. jadi, bagaimana ingin teruskan rezeki itu masuk ke dalam rumah kita, diri kita dan keluarga adalah dengan menyenangkan ibu bapa, memberi keselesaan serta membantu semasa senang dan susah. Waktu lapang, balik. Waktu sibuk, telefon. Dan tak boleh berkira sesen pun sekiranya mereka minta apa-apa. Biar berhabis, nanti adalah yang Allah akan ganti. Satu lagi, tentang pemberi rezeki. Semua orang boleh sebut, “rezeki ini Allah beri,” namun tak tahu disebalik Allah beri itu, ada satu makhluk yang sentiasa melihat dan membawa doa kita naik ke atas. Ia disebut berkat. Makhluk berkat ini sentiasa dengan kita. Apabila kita berbuat kebaikan, si berkat ini akan naik ke atas. Lalu berjumpa Allah dan beritahu yang kita ini sentiasa berkongsi, sentiasa bersyukur dan selalu meminta kepada Allah sama ada dalam bentuk sikit atau banyak. Dalam solatnya, dalam puasanya, dalam sedekahnya, ada sahaja yang dia minta-minta. Dan yang paling besar dalam setiap permintaannya iatu, dia mulakan dengan taubat, memohon keampunan dan kemaafan di atas segala dosanya. Lalu barulah dia meminta rezeki yang melimpah-limpah untuk dia, untuk emak ayahnya, untuk adik beradiknya, untuk keluarganya, untuk jirannya, untuk kawan-kawannya dan untuk semua yang mengenalinya. Ustaz itu duk ulang banyak kali, “berkat ini datang apabila kita nak orang sekeliling kita pun diketuk pintu rumahnya oleh rezeki-rezeki, kita bahagia apabila orang lain dapat rezeki itu memang sebuah kesempurnaan hati.” Lalu Allah makbulkan kita punya permintaan. Begitulah. Saya tulis kembali di sini untuk kalian semua. semoga kita boleh buat sama-sama ya. Semoga bermanfaat, begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Rezeki untuk semua.

Semoga tercapai 250 ekor kambing korban dan akikah, Semoga tercapai juga RM300,000 duit sumbangan. Semoga yang sedikit kami b
Semoga tercapai 250 ekor kambing korban dan akikah, Semoga tercapai juga RM300,000 duit sumbangan. Semoga yang sedikit kami bawa untuk 30,000 pelarian ini dapat beri mereka bahagia. Insya-Allah kami akan sampai sekitar kurang 3 minggu sahaja lagi. Doakan kami, 8 hari lagi nak cukupkan semuanya. Khairul Hakimin Muhammad, Rayuan untuk mereka, Klik sini: www.cintasyriamalaysia.com

Personal Branding Mudah https://ift.tt/2SAvkWX

Monday Sale 22.7.19 -77 Tips Pandai BerFacebook https://ift.tt/2Z5HedM

Pagi tadi dapat ilmu baru di surau. Insaf juga. Teguran untuk diri sendiri, saya sampaikan ya kepada kawan-kawan. Ini yang saya sempat taip di notes. Kadang-kadang kita kena tengok diri kita lebih banyak, lebih teliti dan lebih tekun. Selalu rasa sempit walau dah banyak kita rasa kita buat baik. Kita duk marah kenapa jadi begini kenapa jadi begitu. Dalam tak sedar, mungkin kita telah lakukan ini: 1. Sedekah, namun tidak berusaha bekerja. 2. Pemurah, namun tidak menjaga mulut. 3. Banyak memberi, namun suka menunjuk-nunjuk dan nak disebut-sebut. 4. Suka buat kebaikan, namun suka dipuji-puji dan ada rasa kecewa apabila orang tidak berterima kasih. 5. Banyak membantu ibu bapa, namun suka bergaduh sesama adik beradik. 6. Gemar berbelanja rakan taulan, namun kedekut dengan keluarga. 7. Suka berilmu namun rasa bagus dengan banyaknya berbahas. Semua 7 perkara ini akan jadi paku kepada tong-tong pahala kita. Ia akan membocor dan tiris semuanya perlahan-lahan. Jadi nak buka kunci rezeki tak sempat kerana pahala itu hilang begitu sahaja. Ia seperti kalian pergi ambil air di perigi menggunakan baldi yang bocor. Saat ambil ia penuh, dalam perjalanan ia hilang sedikit demi sedikit, lalu perlu ulang lagi dan lagi sampailah kita perasan yang bocor itu perlu ditutup dahulu barulah kita dapat sepenuhnya. Mari kita tutup dan tampal semua bocor-bocor tersebut ya. Semoga semua amal baik, dapat membuka pintu rezeki dengan seluas-luasnya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Teguran untuk diri sendiri juga.

Puan Has beritahu jualannya setakat 20hb (semalam) ialah RM24,865. Saya tanya, “ok ke tak banyak tu?” Beliau jawab, “tak pernah lagi capai sampai macam ni. Biasanya RM5-6k je sebulan.” Saya tanya lagi, “apa yang puan buat sampai boleh jadi RM24k? Boleh puan tulis 5 perkara yang puan buat dan ianya menjadi?” Jawapannya ialah: 1. Pagi-pagi tak perlu tulis ucapan selamat pagi bagai, terus tulis #content ke, tips ke, kasi manfaat pagi-pagi di media sosial. Itu semua hadiah percuma kita kepada orang. 2. Kemudian lepas dua tiga jam, buat sahaja iklan. Setakat ini, alhamdulillah ada yang membeli. Saya syukur sangat. 3. Petang-petang, saya muat naik kehidupan saya dengan anak-anak. Nak bagi orang rasa percaya yang saya ini wujud, saya asli dan tak fake. 4. Walau follower saya baru 561 orang dan tuan jangan print screen sebab saya baru nak pergi daftar SSM, saya percaya yang semua orang boleh buat. Tulis je. 5. Malam-malam saya fokus membaca. Anak dah tidur, suami pun dah rehat, saya beritahu suami saya nak baca buku sekejap dalam 10 ke 15 minit. Saya puas hati sebab bila saya membaca, esok pagi saya senang je menulis. Saya tinggal nak buat bank content je. Lepas ni mesti saya lebih dapat banyak lagi income. Begitulah. Semua orang boleh. Ohya, Puan ini belum pernah pun viral lagi. Dan beliau takut nak viral, beliau berniaga brownies, kek dan biskut dari rumahnya sahaja. Dah ok nanti, semua dah cantik, kita bantu beliau upkan bisnesnya ya. Iya, hanya kena buat, pasang strategi dan konsisten. Khairul Hakimin Muhammad, Semua orang boleh kaya hari ini. Nak tips lagi, ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

photo content

1 jam lagi kawan-kawan nak dapat potongan harga 50% ini! Lekassss! Tuan Hafiz Mansor buat promosi hari ini sehingga jam 11.59 malam ini sempena hari lahir anaknya. Beliau sediakan 176 Template Story Telling ini asalnya dengan Harga RM197. Namun hari ini sampai tengah malam ini hanya #RM98.50 sahaja! 50% diskaun! Bukan senang nak dapat harga begini! Gunakan KUPON: DYAZARA01 untuk dapatkan diskaun 50% ini yaaa! Klik Link ini: https://bukulali.onpay.my/order/form/tsspl/776 https://bukulali.onpay.my/order/form/tsspl/776 https://bukulali.onpay.my/order/form/tsspl/776 Lekassss.

“Abah, tahun ni abah pergi Syria juga ke?” Saya jawab ya. Insya-Allah. “Semua orang Syria tak dapat makan lagi ke abah?” Kami pun duduklah bersembang. Seperti biasa tunjukkan gambar-gambar supaya dia faham keadaan di sana belum ada perubahan malah makin teruk kerana rejim tak pernah berhenti mengebom dan menghancurkan bandar dan kampung-kampung. Masih tinggal dalam khemah, Masih makan barli, dhal, kentang, terung dan tomato setiap hari, Masih tiada kelengkapan rumah, Banyaknya kem masih tiada akses pendidikan serta sekolah, Lebih dari itu, hal rawatan, ubat-ubatan semuanya masih terlalu kecil untuk para pelarian ini. Hingga hari ini, sudah lebih 4.5 juta pelarian Syria berada di Turki sahaja, tidak termasuk di negara jiran dan Eropah lain. Dan yang mana berjaya menembusi sempadan dan dapat masuk, ia terus jadi penempatan buat mereka ini. Namun ia bukanlah syurga kecil seperti rumah-rumah kita semua. Khemah mereka itu hanya 8 kaki kali 6 kaki. Ada yang lebih kecil. Tiada bilik tiada langsung dinding-dinding. Itulah tempat nak memasak air, itu juga tempat tidur. Tandas semuanya berkongsi di luar. Hiduplah mereka di situ dari 2011 hingga sekarang. Dan pada setiap tahun selama 8 tahun ini, adalah NGO yang akan bawa daging korban untuk mereka menikmati sebungkus daging buat sekeluarga. Kita hari-hari boleh makan, boleh pilih nak makan apa, nak masak yang bagaimana. Di sana, kebanyakan mereka akan cincang semua daging ini hingga halus. Kemudian dimasak dengan api perlahan dan ditampal diroti bulat, dapatlah mereka makan beramai-ramai. Kawan-kawan, setahun sekali, inilah masa untuk kita bantu mereka semua. Mana yang mahu korban, kita jalani ibadah ini di sana. Mana yang tak mampu, boleh sahaja sumbang berapa banyak yang kalian ada. RM1, RM2 semua kami terima dan akan bawa ke sana nanti. . Pembayaran boleh terus di bank in kan ke Akaun Rasmi Persatuan Cinta Syria Malaysia: Maybank: 562834640983 . ATAU . Pembelian kambing atau sumbangan projek qurban secara atas talian di: . http://bit.ly/ProjekQurbanCSM http://bit.ly/ProjekQurbanCSM . SASARAN : 250 EKOR KAMBING HARGA : RM1000 (SEEKOR) . Inboxkan maklumat berikut ke emel kami – cintasyriamalaysia@gmail.com: . 1) Nama penyumbang: 2) Nama yang ingin diniatkan untuk Qurban atau Akikah (jika berlainan dari penyumbang): 3) Jumlah kambing: 4) Bukti (resit) bayaran penyertaan. . Sebarang pertanyaan boleh dirujuk di whatsapp: HQ kami di +01136852190 . Ayuh! Juga jemput share ya! Mana tahu ada saudara atau kawan kita mahu menunaikan korban juga.

Posting Kehidupan dan Elemen Peribadi https://ift.tt/2GmYN1J