fa
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

رفتن به کانال در Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Khairul Hakimin Muhammad

کانال Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 36 370 مشترک است و جایگاه 285 را در دسته بازاریابی و PR و رتبه 915 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 36 370 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 16 ژوئن, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -373 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -4 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 6.97% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً N/A% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 2 534 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 0 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 17 ژوئن, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته بازاریابی و PR تبدیل کرده‌اند.

36 370
مشترکین
-424 ساعت
-927 روز
-37330 روز
آرشیو پست ها
Berita awal pagi. Saya kembali buat kelas bina konten. Baca di sini: https://ezy.la/KelasSeniBinaKonten

Bangganya! Puan Jamiah Tulisman gunakan resipi kami dan jadikan produk mereka di Unique Bakery, Melaka. Beliau beli buku digi
+2
Bangganya! Puan Jamiah Tulisman gunakan resipi kami dan jadikan produk mereka di Unique Bakery, Melaka. Beliau beli buku digital kami, 20 Resipi Biskut Terlaris dan pilih biskut peanut butter dan biskut red velvet sebagai produk. Alhamdulillah menjadi dengan baik. Syukurnya! Orang Melaka yang rindukan produk kami, boleh ke sini ya! Nak beli ebook resipi biskut kami, klik sini https://ezy.la/EbookResipiBiskut Esok lusa kami dah nak naikkan harga!

Gais, minta tolong, posting ni lalu tak dekat wall hangpa semua? Saya berusaha benar nak bantu ibu bapa, tapi macam tak lalu. Tengokkan boleh https://www.facebook.com/share/p/xwnAx64FLix2XN5R/?mibextid=WC7FNe

Beli di sini ya kawan-kawan, jadilah pembaca pertama Ya Abdullah! Klik sini segera https://ezy.la/EBOOK_YA-ABDULLAH
Beli di sini ya kawan-kawan, jadilah pembaca pertama Ya Abdullah! Klik sini segera https://ezy.la/EBOOK_YA-ABDULLAH

Jadi pembaca pertama "Ya Abdullah", kawan-kawan. Sikit masa lagi, kami buka linknya. Harga kalian letak sendiri ya, tak kisah berapa, kalian tentukan.

Jika kalian seorang #founder (pengasas atau pemilik bisnes) yang punya ejen, elakkan menulis #content hal-hal yang boleh mengguris hati mereka seperti perli-perli kerana tidak menjual, berkasar konon nak beri semangat, serta terpaksa menulis hal sentap kerana nak beri kesedaran. Pilihlah menulis atau menyebarkan hal yang kalian inginkan itu dengan sabar dan hemah. Ingat ini, sekali sahaja kalian up hal menguris perasaan ini, 100 orang lari. Dan jika seorang ejen boleh jual kepada 10 orang, maka kalian sudah rugi 1,000 prospek. Jaga-jaga. Tak perlu bongkak, sombong dan ego hanya kerana kalian kononnya membantu orang lain nak cari rezeki. Jika benar nak tolong, buatlah dengan senang hati. Rezeki datang apabila kita berbaik, menjaga hubungan dan sentiasa nenyantuni bab hati. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Apa khabar #Affiliate semua?

Tak usah pandang orang lain gais. Fokus diri sendiri sahaja. - Kita dah buat baik, berhenti tengok orang lain bermalas-malas. - Kita dah buat yang terbaik, berhenti tengok orang lain tak buat apa. - Kita dah rajin, serba serbi kita buat, berhenti suruh hati kita penat nak kecewa bagai. Kita hebat, Alhamdulillah. Allah beri kita kudrat jadi rajin, Allah beri kita peluang sentiasa buat perkara itu menjadi dan Allah beri kita hati waja yang tak pernah putus asa. Kena beringat, syaitan juga tak berhenti buat kita benci, marah dan kecewa. Si syaitan akan berusaha cakap ke telinga kita "tengok kau buat kemain banyak, dia tu duk sesaja ja. Hujung bulan dapat gaji sama-sama." Jadi kita pun bengkek. Mula tak suka dia. Mula marah ke dia. Lalu perlahan-lahan hati kita jadilah keras. Pandang tak boleh, bercakap tak boleh. Mula masam muka. Sedangkan kita sendiri tahu kita takkan boleh ubah orang. Gais. Ini terjadi di mana-mana. Kalau di tempat kerja, serah kepada bos-bos untuk lakukan sesuatu. Performance, KPI, semuanya ada untuk beri dia pelajaran baik buruk di tempat kerja. Kalau di rumah, nasihatlah baik-baik sebagai ahli keluarga. Kalau dah selesai berpesan-pesan, tak nak dengar, lantak sahaja. Bahagian kita dah pun selesai. Tugas kita adalah sentiasa berbuat sahaja. Ada orang sangat rajin ziarah ibu bapa dia setiap hari. Namun nak basuh sepiring pinggan pun dia tak boleh buat. Patutnya dia datang, dia tolong. Namun dia tak buat. Jadinya yang ada di rumah akan bantu mana boleh. Jika hati kita baik, kita akan cakap dalam hati "ini bahagian aku untuk aku buat baik. Dia dah buat baik ziarah mak hari-hari." Kalau hati kita busuk, kita akan cakap "lagi-lagi aku kena basuh pinggan. Hari-hari inilah kerja aku." Apa masalah dengan hari-hari kita buat? Apa masalah dengan setiap kali itu kita kena buat? Gais, tengok emak kita. Pernah merungut anak datang, dia masak masakan kegemaran anak-anak. Hari-hari buat kerja rutin kemas, basuh, susun, sapu semua. Pernah dia bising dia cakap hari-hari buat kerja sama? Tak pernah. Sebab emak kita hati waja. Emak kita dah terbiasa dengan buat sahaja, bab lain Allah bantu. Kita ada adik beradik, bersyukur. Ada orang, tunggal sahaja. Bab mereka ada yang rajin ada yang malas, apa kita boleh buat. Kita yang rajin, buatlah tanpa fikir tentang orang lain punya kemalasan. Kita rajin, kita banyak dosa, boleh jadi semua kudrat kita yang bantu buat sana sini itu boleh bantu juga kita memberi pahala depan Allah nanti. Biar sama-sama dengan hati jadi baik. Kita boleh lakukan tanpa sakitnya hati, iaitu buat sahaja. Tolong sahaja. Bantu sahaja. Tolong = pahala. Bantu = pahala. Siapa nak, dia buat. Tak nak, tak payah paksa. Jadi gaduh, masam muka akhirnya berantakan. Dari hal yang boleh dapat pahala, akhirnya jadi dosa. Ruginya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Buat ja.

Kesabaran itu ada dua macam: sabar atas sesuatu yang tidak kau ingin dan sabar menahan diri dari sesuatu yang kau ingini.

Menyebarkan rahsia syarikat adalah salah. Boleh didakwa, boleh dihukum, boleh dipersoal berbagai cara oleh pemilik syarikat. Dah siap tadi semuanya, selesai semak, pasukan desain hantar kepada saya butiran akhir sebelum nak buka untuk jualan. Ya saya akan jual rahsia saya paling besar semasa membuka kilang biskut yang amat-amat saya sayangi. Saya jual resipi rahsianya. Saya jual pengiraan kosnya. Saya jual bagaimana nak buat. Biskut kami tak ada guna telur. Kami berjaya buat dan ia dihasilkan dengan sangat baik. Pasukan pembangunan dan penyelidikan kami hasilkan yang terbaik demi peminat-peminat biskut kami. Rasanya lain. Orang cakap kena beli lagi takut habis cepat. Banyak komen kami terima sangat kesal apabila kami tutup perusahaan tersebut. Tadi rasa syahdu sangat. Bergenang air mata sampai ke tahap ini saya berusaha untuk selesaikan hutang-hutang bisnes saya. Nak minta kami buka semula kilangnya, ia sukar dalam tempoh ini. Namun kami nak ada 1,000 lagi pemain industri yang akan wujud selepas saya edarkan rahsia saya ini. Buatlah, jadilah kaya. Semoga ada saham kami bersama kalian. Ia adalah 20 resipi dan kos biskut paling laris di perusahaan kami. Yang pernah mengeluarkan ratusan ribu balang, pernah ada 22,000 ejen, pernah masuk ke 46 cawangan Mydin seluruh semenanjung. 1,000 pertama dapat harga istimewa. Bismillah. Klik di sini ya: https://ezy.la/EbookResipiBiskut Khairul Hakimin Muhammad, Bantu kami Ya Rabb.

Agar rezeki kalian sentiasa dicurah-curah oleh Allah: - pelihara cara syukurmu. - perbaiki solatmu. - senangi orang tuamu. - cukupkan keluargamu dahulu. - sedekahkan isi poketmu. - hadiahkan kesukaanmu. - cintai tetanggamu. - cantikkan budimu. - maksimakan tawakkalmu. - tinggikan kehormatanmu. - rendahkan sombongmu. - mohon taubat atas apapun dosamu. - minta apa keperluanmu. Insya-Allah, akan dibuka beribu pintu, disediakan jutaan kunci. Tinggal diri kita sahaja mampu capai atau sekadar lihat orang lain yang membuka pintu tersebut. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, 🥰

Malam terakhir kempen 3 Ebook KENAPA SAYA BANGKIT. Saya dah keluarkan ebook baharu, maka ebook ini saya hentikan kempen jualannya. Sekarang kalian boleh bayar dengan harga berapapun. RM1 ke, RM10 ke, RM100 ke semua saya terima. Dapat 3-3 ebook tersebut. 3 ebook itu ialah: 1. Kenapa saya gagal? - kisah kegagalan saya di perusahaan biskut dan menanggung hutang sebanyak RM4.09 juta 2. Hiduplah Semula. - bagaimana saya bangkit dan berjaya bayar sekitar RM2 juta dalam tempoh 1 tahun. 3. Dijemput Lagi, - tentang rezeki tentang dijemput lagi ke tanah suci. Dapatkannya di sini ya: https://ezy.la/KOMBO_3_EBOOK Dapatkannya tau. Rugi tak beli sekarang.

3 ayat yang kita kena tukar apabila bercakap kepada diri kita sendiri. 1. Apabila kita berbuat kesilapan, kita akan cakap apa kena dengan diri aku ini? Kenapa teruk sangat? - ayat yang betul ialah, di mana aku nak baiki kesilapan aku, diri aku tak ada salah silap, cara kerja aku sahaja perlu diperbaiki. - jika ia tentang kerja, ia tak ada kaitan dengan diri kita. Ia tentang kerja. Ingat itu. Walau boses atau rakan sekerja kata kita bodoh, kita teruk, namun buang perkataan itu cepat-cepat dari dalam kepala. Fokus kepada cara kerja, baiki semua sistem. 2. Apabila kita terbuat kesilapan yang berulang kita akan cakap "bodohnya diri aku, kenapalah tak terfikir nak buat gitu gini." - ayat yang betul ialah, "alhamdulillah belajar lagi. Silap kali ke-2, kali ke-3 takkan salah lagi. Sekarang lagi clear nak buat apa. - tak semua orang belajar pada kali pertama buat salah. Ada orang, dia akan belajar berkali-kali. Kita sebagai rakan, wajar bantu bukannya hina dan sindir seteruk-teruknya. Selagi dia berusaha, selagi itu kita bantu. 3. Apabila kita buat silap, kita akan cakap "apalah yang depa fikir pasal aku. Mesti depa kata aku teruk." - ayat yang betul ialah "aku takkan benarkan otak aku fikir pasal apa orang fikir tentang aku. Aku kena fokus baiki kesilapan aku. Orang takkan berhenti bercakap, aku pula takkan berhenti baiki dan berubah jadi lebih baik." Kawan-kawan, Tak semua dari kalangan kita ini pandai dan hebat seperti Elon Musk, Jeff Bezos atau Dr Amalina. Kita boleh jadi hebat dengan dapat belajar dari kesilapan kita hari ini, kemudian kita baiki terus untuk buat lebih baik esok hari. Kita jadi hebat apabila kita berusaha berbuat kebaikan. Sama ada sama seperti semalam atau lebih baik, itu keutamaan. Buang segala apa yang tak baik untuk difikirkan dan dicakapkan kepada diri, cakap hal baik sahaja. Tak baik, buang terus dari kepala. Kita kawal diri kita, Kita kawal otak kita, Kita kawal jiwa kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Mahu jadi lebih hebat dari hari ini, bismillah 💪

Bacaan awal pagi ini: 1. Hidup adalah dapat bangun pagi, kemudian tidur pada waktu malam. 2. Bangun adalah untuk akhirat. Tidur pula untuk bangun semula esoknya. 3. Namun ada ramai yang tak dapat bangun, tak boleh bangun atau memilih tak mahu bangun. 4. Sedangkan bangun itu bukan pilihan. - sekiranya boleh bangun, maka bangun. - sekiranya tak boleh, boleh jadi roh kita sudah ditarik. - sekiranya tak mahu, maka kita sudah menghalang rezeki dan ia tak masuk ke depan pintu rumah kita. 5. Rezeki berkait rapat dengan niat dan perbuatan. - nak bangun pagi: niat. - bangun pagi: perbuatan. Nak bawa masuk rezeki, perlu ada niat nak jemput ia masuk. Sesudah ia datang, pintu perlu dibuka dan ia perlu dilayan dengan baik, hemah dan penuh sahsiah. Maka dengan kata lain, Hidup adalah membawa rezeki masuk ke dalam diri kita, keluarga kita, jiran kita, rakan dan sahabat kita, masyarakat kita serta negara kita. Kita bangun pagi untuk memberi. Jadi manusia bermanfaat untuk bawa rezeki. Maka hidup adalah untuk memberi. Beri niat baik. Beri perbuatan baik. Dunia dapat rezeki. Akhirat dapat syurga. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bismillah.

Main affiliate ini kalian boleh pilih sama ada nak bina team atau tak. - sekadar nak menjual, maka jual sahaja tanpa pening nak jaga team. - tapi kalau affiliate tersebut benarkan ada team, dan team jual kita akan dapat override komisen, maka itu terbaik. Saya biasanya akan ambil risiko jaga team. Senang sangat nak jaga: 1. Bina group Telegram. - setkan undang-undang. - jaga 1 level sahaja. - level di bawah team kalian, minta team jaga sendiri. Benarkan mereka ambil semua bahan, media, copy writing, nota yang kita dah letak di group kita untuk mereka kongsi di group mereka sendiri. 2. Sentiasa kemaskini dan beri mereka ilmu. Jangan berhenti kasi ilmu. Ini penguat mereka berada dalam team! Kita power, team power. Team power, kita power. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kasi jadi gais!

Kalian dah dapatkan kombo 3 ebook yang kalian boleh beli dengan harga berapapun? Lekas ya. Kami dah nak tutup jualan untuk beri laluan kepada ebook baharu. 3 ebook itu ialah: 1. Kenapa saya gagal? - kisah kegagalan saya di perusahaan biskut dan menanggung hutang sebanyak RM4.09 juta 2. Hiduplah Semula. - bagaimana saya bangkit dan berjaya bayar sekitar RM2 juta dalam tempoh 1 tahun. 3. Dijemput Lagi, - tentang rezeki tentang dijemput lagi ke tanah suci. Dapatkannya di sini ya: https://ezy.la/KOMBO_3_EBOOK Klik link di atas ya! Dapatkannya segera!

Tahun ini kita ubah dengan disiplin bercakap 5 ayat bersyukur setiap hari wajib kita buat: 1. Bangun pagi: "Syukur alhamdulillah Allah hidupkan hari ini untuk kita perbaiki apa kesilapan dan kesalahan semalam." 2. Sebelum solat: "Syukur alhamdulillah masih dapat solat kepadaMu Ya Allah. Ampuni aku Ya Allah." 3. Selepas solat: "Syukur alhamdulillah selesai dapat tunaikan solat waktu ini, terimalah taubat dan berilah aku keampunan atas apa sahaja dosa yang telah aku berbuat Ya Allah." 4. Berjumpa dan melihat wajah ahli keluarga / team / pasukan / kawan atau sesiapa yang kita kenal: "Syukur alhamdulillah Ya Allah kau masih beri nikmat orang-orang ini ada di sisi aku." 5. Apabila ada sedikit wang: "Syukur alhamdulillah, masih ada sesuatu untuk membeli, untuk memberi dan untuk memiliki. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah." Ada banyak lagi perbuatan yang kita buat setiap hari, kita syukuri. Berbasikal, bersukan, makan bersama keluarga, hadiri kelas, ada sahabat baik, ada rakan atau keluarga beri ilmu dalam group whatsapp dan sebagainya. Semuanya wajib kita syukuri. Dari sekecil-kecil hal kepada benda besar, bersyukur! Bersyukur! Bersyukur! Kawan-kawan, Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7) Belajar bercakap dengan Allah. Semasa nak keluar dari rumah, semasa bangun tidur, semasa dah balik ke rumah, semasa dah duduk nak buat kerja, cakap kepada Allah "Ya Allah, aku bersyukur atas apa sahaja pemberianMu hari ini, terima kasih Ya Allah." Hati tenang, jiwa sejahtera dan kita seronok dapat berbuat baik kerana kita tahu Allah sangat dekat dengan kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bersyukur ramainya masih support bisnes dan support setiap tulisan saya. Terima kasih semua, alhamdulillah terima kasih Ya Allah. 🥰

Dapatkannya di sini, saya mungkin jual sekejap sahaja begini. Nanti ia kembali ke harga asal ya. Ini linknya, dapatkannya seg
Dapatkannya di sini, saya mungkin jual sekejap sahaja begini. Nanti ia kembali ke harga asal ya. Ini linknya, dapatkannya segera tau. https://ezy.la/KOMBO_3_EBOOK Ebooknya ialah: 1. KENAPA SAYA GAGAL? 2. HIDUPLAH SEMULA 3. DIJEMPUT LAGI. Dapatkannya sekarang ya.

Rezeki Allah beri tak ada limit. Luasnya lebih luas dari langit. Banyaknya itu dan tak putus-putus seperti tak putusnya air zam-zam. Allah dah beri gambaran, kita sahaja pergi letak limit. Limit dengan masa, Limitkan tenaga, Limitkan hubungan baik, Limitkan sedekah, Limitkan berbuat baik, Limitkan bertanya khabar emak ayah, Limitkan bantu adik beradik Limitkan bertegur sapa jiran. Limitkan ziarah orang sakit, Limitkan senyum, Limitkan bersyukur, Dan limitkan ibadah. Semuanya buat asal boleh. Janji buat, sudah. Solat semua cukup, lepas solat terus bangun doa pun main pakat dalam hati tangan pun tak sempat angkat letak betul-betul. Semua berlimit. Dan kita persoal pula kenapa Allah limitkan rezeki kepada kita. Haih. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak sales 20 juta, kena perangai pun seperti nak 20 juta.