fa
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

رفتن به کانال در Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Khairul Hakimin Muhammad

کانال Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 36 378 مشترک است و جایگاه 285 را در دسته بازاریابی و PR و رتبه 910 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 36 378 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 15 ژوئن, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -384 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -18 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 6.29% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً N/A% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 2 287 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 0 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 16 ژوئن, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته بازاریابی و PR تبدیل کرده‌اند.

36 378
مشترکین
-1824 ساعت
-987 روز
-38430 روز
آرشیو پست ها
Tips menang melawan syaitan di media sosial. 1. Dia tulis benda sakitkan hati, jangan layan dengan marah. Kau maki ja hina ja
Tips menang melawan syaitan di media sosial. 1. Dia tulis benda sakitkan hati, jangan layan dengan marah. Kau maki ja hina ja benci ja, dia tahu kau dapat dosa sama dengan dia. Ya dia kan syaitan, jadi berjaya recruit kau. Power tak cara dia gais. Ingat dia sangat bijak bab nak ambil orang macam dia buat kerja dia. 2. Tulis balik dengan sabar dan tenang seperti, “Ya Allah, semoga kau kembali kepada Allah dan Allah menerima taubat kau, terus solat dan terus berbuat baik, kau pasti tenang dan tak ganggu sesiapa lagi insya-Allah, Allah maha baik untuk ampunkan kau.” Kau kasi ja ayat ini, syaitan mana pun patah balik. Terus tutup akaun dan pi duduk dekat FB pluto sana. Sekian tips menulis #Content melawan syaitan di media sosial. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Duduk dalam dunia HR 10 tahun, saya adalah pengalaman sikit tentang bab team yang tak pandai dan sentiasa perlu dibantu. - memang ada yang dah diajar beribu kali, masih tak pandai, namun mereka orang baik. Jadi kita putuskan kekalkan dia dalam team kita. Kita tahu dia sedang dan sentiasa belajar jadi lebih baik. Kalau dia tak nak belajar baru kita slow talk dan tanya apa hala tuju dia bersama kita. - memang ada sering buat salah. Asal ada task baru, akan ada kesilapan, namun sebab dia baik, kita kekalkan dia dalam team. Kita tahu dia belajar pada setiap kesilapan dia walau berulang kali. Kalau dia tak nak belajar baru kita slow talk dan tanya apa hala tuju dia bersama kita. - memang ada yang dalam setahun rajin, adalah 4-5 hari down, malas, banyak masalah family dan sebagainya. Namun kita kekalkan dia dalam team sebab dia baik. Kita tahu masalah dia itu akan dia selesaikan dan insya-Allah takkan bawa lagi ke pejabat. Kawan-kawan, Apabila saya dah buat bisnes sendiri, pengalaman mendapatkan "orang baik" ini mematangkan saya. Saya tak nak orang hebat bekerja, namun "bijak" dalam curi tulang. Saya tak nak orang power dalam berkomunikasi, namun sentiasa juga dia menipu dan mencuri. Saya tak nak orang terbaik dalam bidang dia, namun dia gunakan itu untuk ambil dan kaut hasil syarikat masuk poket dia. Saya nak orang baik. - tak pandai, boleh diajar. - tak hebat, boleh masuk kelas. - tak power, boleh diberi kekuatan. - tak minat, boleh dipupuk. Janji orang baik. Itu sahaja. Sikap yang ini tak boleh dibeli dengan adanya deans list, dengan adanya anugerah cemerlang langit ke-7 Universiti terbaik dunia. Tak ada. Ia adalah jati diri yang diajar di rumah, adab yang didahulukan dan tertib dalam beragama. Orang ini, saya akan kekalkan dia dalam team. Jadi saudara sampai bila-bila. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Saya pilih yang ada sikap baik.

Soalan: Tuan, saya dah tulis lebih dari 10 #content, share paling tinggi pun 15 ja. Dah give up lah tuan. Jawapan: Tenang. Memang ya akan penat, namun ianya berbaloi. Hari ini 1 share, minggu hadapan 15, boleh jadi bulan depan 50 share, dan naik lagi ke 100. Tak apa perlahan-lahan, janji dapat rentak untuk terus menulis kebaikan. Ingat ini, sebatang pokok yang tumbuh dan membesar, mengambil masa yang lama untuk menghasilkan buah. Boleh jadi bertahun-tahun. Namun untuk dapat buah tersebut, ia juga bermula dari buah. Jadi kawan-kawan, teruskan menulis kebaikan. Sebarkannya perlahan-lahan. Kita mahu hasil, tanamlah dengan benih yang baik, siram hari-hari, jaga supaya tidak dimakan ulat atau haiwan yang datang, nanti sudah berhasil, jika belum berbuah pun, masih boleh berteduh di bawahnya. Biar lambat, namun beri hasil jangka panjang. Dari cepat, namun tak beri sesen pun hasil, ia lagi penat. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Tak berhenti tulis content.

Bab beristeri dan keluarga ini, banyak dalam sirah, dalam Quran, dalam kisah-kisah para Nabi kita boleh pelajari; 1. Rasulullah SAW adil dan sayang semua isterinya. Semua solehah. 2. Nabi Nuh punya isteri memberontak dan tak mahu mendengar katanya sendiri. 3. Nabi Lut punya isteri yang mengkhianati dirinya sendiri. 4. Nabi Ibrahim mempunyai dua isteri iaitu Sarah dan Hajar, namun menyayangi ke dua-duanya dan dua-duanya solehah. 5. Firaun pula seorang kejam dan sesat namun mempunyai isteri solehah. Semua kisah ini ada. Jadi ambil mana paling baik untuk kita contohi. Paling baik ialah yang suaminya soleh, isterinya solehah. Jika takdir dapat suami tak baik, maka carilah yang baik. Takdir dapat isteri tak baik, maka carilah yang baik. Sedang Nabi pun ada diuji dengan isteri bermasalah, inikan kita. Bercerai bukan tak baik, kadang itu adalah penyelesaian masalah. Kita tak tahu apa mereka alami dan kita hanya boleh cakap serta beri pendapat. Yang alami, yang hadap adalah mereka. Kita aman damai, kita baik-baik sahaja, maka doakan mereka juga sama baik dengan kita. Bersyukur dapat isteri atau suami yang baik. Jangan duk mengata beriya sangat kadang yang itulah Allah uji nanti. Ha beringat okeh. Raya belum habis weh, kita dah bergaduh tentang hal rumah tangga orang. Sudah-sudahlah ya. Mari sambung raya! Haha. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, ❤️

Pendirian saya tentang orang yang menggelarkan "anjing" kepada yang tak boikot. Baca di sini. https://www.facebook.com/share/ExvJoAwXy3RxjmPN/?mibextid=WC7FNe

Jumaat mulia, Ramadan mulia, Sama-sama kita bersama menyumbang kepada CGM untuk dihantar segera bantuan ke G@za. Mereka sekar
Jumaat mulia, Ramadan mulia, Sama-sama kita bersama menyumbang kepada CGM untuk dihantar segera bantuan ke G@za. Mereka sekarang dah mula makan rumput, mengutip sisa yang jatuh, ambil sahaja air dari mana-mana lopak. Ayuh kita kena bantu. Sudahlah dibadai dengan p3luru serta letupan sana sini, mereka dihujani dengan ujian tiada makanan pula. Ya Rabb. Ayuh kita sumbang, kita hantar makanan, hantar sayur, hantar daging, ubatan dan bekalan air bersih buat mereka di sana. Sangat besar ertinya buat mereka. Klik sini https://swiy.co/khairulhakimin Sama-sama kita bantu ya! Walau RM10, tetap beri erti sangat besar buat mereka di sana.

Kami mahu anda bangkit! ❌ sangkut nak bayar hutang ❌ tak tahu nak buat apa ❌ nak keluar rumah pun takut ❌ nak tengok telefon
Kami mahu anda bangkit! ❌ sangkut nak bayar hutang ❌ tak tahu nak buat apa ❌ nak keluar rumah pun takut ❌ nak tengok telefon pun takut ❌ stress teruk ❌ sikit-sikit nak marah ❌ kelam kabut, serabut ❌ buat itu tak jadi, buat ini tak jadi Jika kalian ada masalah ini, ayuh saya bantu. Saya pun sama seperti kalian, saya berjaya selesaikan sekitar RM2.35juta hutang bisnes saya tahun lepas. Tinggal lagi RM1.74 juta. Doakan selesai segera. Saya beritahu langkah demi langkah apa kita perlu buat. Untuk kita kembali kaya. Daftar di sini https://ezy.la/KelasHiduplahSemula kelas semurah RM39 kalian dapat ilmu yang dijual lebih RM399 di luar sana. Saya nak bantu kalian, ayuh sama-sama! Bismillah!

Setakat ini kutipan saya paling corot, ayuh kawan-kawan, kita sumbang serba sedikit kepada mereka di sana. Masa Tuan Nadir Al
Setakat ini kutipan saya paling corot, ayuh kawan-kawan, kita sumbang serba sedikit kepada mereka di sana. Masa Tuan Nadir Al-Nuri hubungi saya, saya tak fikir panjang, saya setuju ja. Saya yakin pengikut saya semuanya baik-baik. Kami semua pempengaruh tak dibayar pun untuk misi ini. Kami hanya mahu sama-sama kita menyumbang kepada saudara kita di G@za. Ayuh kawan-kawan, Klik sini https://swiy.co/khairulhakimin Sebarkan juga, mana tahu saya naik ke nombor atas sikit ke kannnn. Terima kasih semua!

Jual makanan Jual baju Jual tudung Jual dendeng Jual sambal Jual kereta Jual katering Jual mak andam Jual baju bundle Jual kasut Jual kuih Jual kek Jual takaful Jual rumah Jual hartanah Jual biskut Jual apa sahajalah. Tapi tak tahu nak bermula dari mana. Tak tahu apa maksud konten. Tak tahu kena muat naik apa. Tak tahu nak susun apa benda di paparan media sosial. Hah bacalah naskhah "Seni Membina Konten." Dapatkannya di sini Dapatkannya di sini, baca, terus buat tau! Mana tahu boleh bina 100,000 pengikut dalam 3 bulan. Bismillah! Klik sini lekas https://ezy.la/EbookSeniMembinaKonten Lekas ya! Dah beli, teruslah baca dan buat!

Pilih salah satu tarikh ya. Tak dapat sertai secara langsung, ada rakaman. Cuma secara langsung boleh bertanya. Saya buka kel
Pilih salah satu tarikh ya. Tak dapat sertai secara langsung, ada rakaman. Cuma secara langsung boleh bertanya. Saya buka kelas bagaimana saya urus hutang saya. Kita bincang sama-sama macam mana saya buat. Sebarkan, beritahu, maklumkan kepada sesiapa yang kalian tahu dia stress dengan hutang dia. Saya akan cerita semuanya dalam kelas ini. Modul dah siap. Dapat ebook percuma sekali. Pilih 1 tarikh ja tau melainkan nak hadir semua tarikh haha. Jumpa nanti ya, klik sini https://ezy.la/KelasHiduplahSemula Kita hidup semula tau! Bangkit semula! Bismillah!

Suka benar dengan nasihat "nasibmu ada pada solatmu." Jika solat tak dijaga, dunia gelisah, akhirat juga susah. Jika solat dijaga, dunia tenang, akhirat juga aman.

Alang-alang bangun salin lampin anak, ayuhlah kita jual biskut si hitam manis ini ha. Hahahaha. Nak beli di Shopee (potensi h
Alang-alang bangun salin lampin anak, ayuhlah kita jual biskut si hitam manis ini ha. Hahahaha. Nak beli di Shopee (potensi hancur itu ada) haha. Klik sini: https://shope.ee/3pzUP5gZRD Orang Mentakab / Temerloh, Whatsapp sini: https://wa.link/tc59rx Orang Bangi, Kajang, Nilai, Beranang, Semenyih, Lenggeng, Whatsapp sini: https://wa.link/vrt301

Main media sosial lebih 5 tahun, tapi masih tak reti-reti nak bangunkan pengikut. Masih bawah 10,000 orang, jualan masih ke laut. Lalu masih ada masalah ini: ❌ tak tahu nak main di FB atau di T*ktok ❌ tak tahu nak bangunkan apa ❌ nak guna page ke personal akaun? ❌ kenapa pengikut tak naik-naik? ❌ apa teknik posting yang paling disukai? Ha semua saya tulis dalam naskhah terbaharu saya, "Seni Membina Konten di Media Sosial." Dapatkannya ya! Untuk dapatkan ebook sahaja: https://ezy.la/EbookSeniMembinaKonten Untuk dapatkan ebook + kelas sekali, di sini: https://ezy.la/KelasSeniMembinaKonten

Facebook down ya kawan-kawan?

Esok wehhh. Hanya RM29 sahaja pelaburannya! Klik sini https://ezy.la/KelasSeniBinaKonten Ayuhhhh
Esok wehhh. Hanya RM29 sahaja pelaburannya! Klik sini https://ezy.la/KelasSeniBinaKonten Ayuhhhh

Ada 2 kelas minggu ini. 1. Kelas Seni Membina Konten di Media Sosial. Harga RM29 sahaja. Tak dapat tonton secara langsung, boleh tonton rakaman. Tarikh: 6hb Mac, 1 tengah hari Daftar di sini: https://ezy.la/KelasSeniBinaKonten 2. Kelas Kira Kos Sebelum Bisnes. Belajar mengira kos dengan benar dan betul. Tak dapat tonton secara langsung, boleh tonton rakaman. Tarikh: 9hb Mac, 10 pagi. Daftar di sini https://ezy.la/kelaskirakos Butiran lanjut ada di komen.

Soalan: Mengapa posting resipi senang untuk dapat share tinggi? Jawapan: Ia #content yang punya titik persamaan yang besar de
Soalan: Mengapa posting resipi senang untuk dapat share tinggi? Jawapan: Ia #content yang punya titik persamaan yang besar dengan semua orang. Orang suka makan, suka memasak dan suka mahu tahu bagaimana ia disiapkan. Walau ia resipi yang ringkas, ia tetap disukai. Saya mula kongsi resipi pada 2014. Waktu itu jika dapat share 1, 2, 5, dah boleh buat kenduri. Suka sangat-sangat. Kemudian saya berjaya buat resipi Brownies Walnut and Chocolate pada 2016, dan mendapat lebih 100,000 share. Sekiranya kalian konsisten menulis benda yang kalian sendiri buat, sendiri suka, dan audien juga suka, maka kalian akan mudah nak dapatkan #crowd. Bayangkan, ia kesukaan semua orang. Dan semua orang itu sedang berkumpul di wall kalian. Jadi senanglah mahu menjual segala benda kan? Ha begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Tuan Zarif Azrie seorang yang cekal. Sungguh. Beliau ambil bimbingan peribadi dengan saya, macam-macam jenis konten beliau us
Tuan Zarif Azrie seorang yang cekal. Sungguh. Beliau ambil bimbingan peribadi dengan saya, macam-macam jenis konten beliau usahakan. Beliau buat itu, tak jadi. Buat ini, tak jadi. Lalu beliau tanya saya "tuan, saya nak cerita pasal keretalah, saya suka kereta." Saya kata "boleh! Asalkan ia jadi tempat orang berkumpul di halaman tuan, silakan! Jawab saya." Walau beliau menjual baju melayu. Dari tiada pengikut. Sekarang di T*ktok, sudah mencecah 40,000 orang. Di Instagram, 39,000 orang. Syukurnya. Ya saya bantu membimbing hal konten untuk semua platform. Kawan-kawan, Kalau buat, pasti akan "belajar". Kalau sekadar belajar, tak buat, takkan "belajar!" Ia sekadar teori sahaja. Kena berbuat. Sungguh, usaha takkan mengkhianati hasil. Dah belajar, buat. Ini bukti jelas depan mata. Alhamdulillah. Tahniah Tuan Zarif! Kalian mahu bimbingan peribadi, whatsapp saya ya, klik sini; http://www.wasap.my/60122117994 Saya bantu! Kita buat sama-sama! Tapi janji tau, kena buaaaaat!

Cikgu saya kata sepatutnya setiap 1 resipi ini dijual dengan harga minima RM30. Jadi RM30 x 20 resipi = RM600 saya kena jual. Huhu tak sampai hati saya. Saya nak ramai guna dan ramai berniaga. Gunalah ya! Sekarang hanya RM49 Sahaja! Malam ini naik harga. Lekas dapatkannya ya! Klik sini https://ezy.la/EbookResipiBiskut Dapatkannya sekarang tau. Kasi khabarkan kepada yang lain.