fa
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

رفتن به کانال در Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Khairul Hakimin Muhammad

کانال Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 36 378 مشترک است و جایگاه 285 را در دسته بازاریابی و PR و رتبه 910 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 36 378 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 15 ژوئن, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -384 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -18 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 6.29% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً N/A% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 2 287 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 0 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 16 ژوئن, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته بازاریابی و PR تبدیل کرده‌اند.

36 378
مشترکین
-1824 ساعت
-987 روز
-38430 روز
آرشیو پست ها
Kita ada lagi sekitar 6 bulan untuk capai target jumlah follower dan sales tahun ini. 6 bulan = 182.5 hari. Jika kita boleh konsisten memuat naik #content “crowd” pada setiap hari sebanyak 1 kali. Dan status itu mendapat lebih 100 share, boleh jadi kenaikan follower sebanyak 30-50 orang sehari. 182.5 hari x 50 orang = 9,125 orang follower masih boleh dikejar tahun ini. Dan sekiranya jika kita membuat jualan sebanyak 1 kali sehari, susun strategi supaya orang membeli dan membeli serta merekomenkan kepada orang lain, jaga servis serta sentiasa alert dengan rungutan dan sebagainya, maka kita boleh dapat sekitar RM200-500 sehari. 182.5 hari x RM500 sales sehari = RM91,500 sales lagi tahun ini. *** Kawan-kawan, tinggal nak susun sahaja semuanya. Bagaimana saya buat, kalian boleh sahaja tiru. Saya bina bank content. 1. Bangun tidur 4.30 pagi setiap hari, baca sekurang-kurangnya 5 muka surat apa sahaja buku. 2. Sediakan sekurang-kurangnya 1 write up sebelum waktu subuh. Mulakan dengan minima 100 patah perkataan. Terpulang nak tulis di telefon atau laptop, saya suka guna Ms Word. 3. Selesaikan hal anak nak sekolah, hantar anak dan terus ke pejabat (jika suri rumah, sediakan ruang kerja 1 meja dan kerusi untuk dapatkan mood ini). 4. Sampai di pejabat, terus buka laptop dan sediakan lagi 1 write up selepas baca 5 muka surat lagi mana-mana buku. Kemudian mula kerja 5. Setiap waktu lunch, ambil 10 minit untuk membaca sebanyak-banyaknya perkara yang anda suka untuk up di media sosial. Jika suka memasak, baca buku resipi, jika suka bercerita, baca novel dan sebagainya. 6. Sambung kerja, jumpa orang dan sebagainya. Sambil-sambil tengok keliling untuk dapatkan story. 7. Habis kerja, susun semua write up yang ditulis tadi (biasanya saya tulis di Ms Word) kemudian masukkan dalam folder. Ini yang dinamakan sebagai bank content. 8. Buat posting untuk keesokan harinya atau hari-hari lain. Tak semestinya write up hari ini untuk hari ini. Boleh sahaja susun untuk esok, lusa, minggu depan, bulan depan. 9. Kita sentiasa akan ada #content dan #Story untuk up. 10. Rajin observe, rajin melihat dan mendengar. Dan yang paling saya suka buat ialah memohon kepada Allah semasa saya bangun tidur (nombor 1) dengan doa “Ya Allah, beri aku cerita yang baik hari ini untuk aku kongsi di media sosial aku Ya Allah.” Saya akan tidur sekitar 11.00 malam ke atas. Sebelum tidur pun saya pastikan saya membaca 5-10 muka surat lagi. Yang ini saya akan cuba cari bacaan tentang Surah Yusuf, ada sangat banyak buku tentangnya. Masukkan juga tafsir Al-Quran. Di situ punca segala cerita dan adab dalam berkomunikasi. Letak Tuhan di hadapan akan jadikan kita sentiasa fokus dan masih dalam jalan yang bagus. Nak hasil, buat. Bangun dan cergas. Berhenti tengok orang lain. Fokus kepada diri sendiri. Orang lain tak bayar bil kita. Semua kita kena usaha sebaik-baiknya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak kaya, mulakan sekarang. Nak kelas, terus ke sini https://ezy.la/YudaSesiPertamaOgos

❌ reti nak buat hantaran media sosial ❌ tak tahu nak buat topik apa ❌ buat hantaran, tapi sendu ❌ penat taip, like tak ada, s
+1
❌ reti nak buat hantaran media sosial ❌ tak tahu nak buat topik apa ❌ buat hantaran, tapi sendu ❌ penat taip, like tak ada, share lagilah tak ada ❌ follower tak naik-naik ❌ nak menjual tapi tak tahu macam mana ❌ macam mana nak dapat 100k follower pun tak tau ❌ zero kos, tak ada duit nak pakai ads ❌ konten pun tak tahu apa benda, tak faham Kalau kalian di sini, saya boleh bantu. Modul saya ini digunakan oleh hampir semua pempengaruh di luar sana. Sama ada mereka sendiri yang datang ke kelas saya, atau mereka hantar team untuk hadir. ✅ tahu bagaimana nak kumpul 100,000 follower ✅ senangnya menjual apabila dah tahu susunan topik ✅ dah tahu apa strategi konten yang betul ✅ dari 1 perkataan rupanya boleh jana 1,000 posting ✅ jualan RM1k sehari boleh cecah RM50k sehari ✅ senangnya membuat posting apabila dah ada topik betul Semua ini saya bantu kongsikan ilmunya. Modul tersusun dan berstruktur. Tak ada sembang teori petik bintang di langit. Ia ada langkah demi langkahnya. Kelas fizikal terakhir. Selepas ini 100% secara online. Ha nak jumpa, ayuhlah. 29hb ini, sabtu. 2 jam sahaja kalian akan dapat rahsia pempengaruh membina konten tersusun di platform yang mereka pilih. Ada 2 sesi. Pilih salah 1, kelasnya di INSPEN, Kajang. Ayuh sertai! Sesi pagi ada lagi 141 kerusi Sesi petang ada lagi 193 kerusi Ayuhhh! Ini sesi terakhir untuk kelas fizikaaaal! Klik sini: https://ezy.la/KelasBinaKontenJun Daftar lekas! Sendiri tak dapat hadir, hantar pasukan andaaaa!

Soalan: Bang saya jual Takaful. Saya tak tahu bagaimana nak tulis #content apa di media sosial. Bila up pasal insuran, hal Takaful haram tak ada orang suka. Macam mana bang? Jawapan: Asingkan content untuk kehidupan dan juga untuk jana wang. Tak boleh semua posting itu tentang duit duit duit. Ia akan ubah mentaliti orang lain kepada akaun media sosial kita. Kalau hari-hari kita kemaskini tentang hal sama yang menjana duit, posting itu pula semuanya berbentuk iklan, maka orang akan kata akaun kita ini adalah KEDAI, bukan MANUSIA. Dan itu menyebabkan orang akan mula berundur perlahan-lahan. Akaun kita ini kita yang jaga. Dan kita kena jadi manusia biasa. Hal kehidupan, kita up content kehidupan. Tak perlu peribadi sangat. Sekadar kemaskini perkara yang orang boleh ikut dan faham terus. Dari situ akan naik rasa percaya. Dari percaya, terus kepada setia. Saat sudah setia, jual produk dan perkhidmatan. Di situ akan mula jana kewangan. Ingat kawan, Susun posting. Sekejap-sekejap kehidupan, sekejap-sekejap iklan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Jual buku, kelas dan periuk. Hihihi. Nak ke kelas content, terus ke sini ya https://ezy.la/KelasBinaKontenJun

Sifir mudah mulakan bisnes. Mesti produk yang diperlukan orang. Bukan kita yang suka tentang produk tersebut. Buang ayat ini
Sifir mudah mulakan bisnes. Mesti produk yang diperlukan orang. Bukan kita yang suka tentang produk tersebut. Buang ayat ini dalam kepala “Saya buat bisnes ni sebab saya sendiri suka produk ini.” Dan gantikan dengan ayat “ramai orang perlukan produk ini, saya kena belajar dan sentiasa perbaharui ilmu tentangnya.” Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Buat bisnes bukan sebab orang lain buat bisnes.

Kita tunjuk kereta baharu, tunjuk rumah terpaling besar, segala benda dibeli ditayang, sudah dikongsi semua, kemudian LHDN nampak, buat taksiran, kita marah. Pemilik bangunan nampak, naikkan sewa, kita marah. Kawan-kawan, Orang lain tayang, depa bayar je LHDN juta-juta setahun. Mereka ini dah sedia kenaikan sewa dalam tempoh 10-20 tahun. Kita yang tak bersedia, jangan duk buat. Simpan baik-baik apa sahaja yang kita beli. Tak semua benda kita wajar tayang. Kadang-kadang yang itulah bawa bala. Ini orang tayang, kita pun sibuk nak tayang. Tumpang ombak katanya. Kita tak sedar dia bawa kapal persiaran. Jualan dia siap boleh bawa orang cruise antara negara, yang kita sampan kecil masih memancing ikan pesisir pantai kat kampung kita sahaja. Hah sekali badai je terbalik lemas terus sampai hilang kat dasar laut orang lain tak jumpa-jumpa dah. Tengok diri sendiri dahulu ya. Tanya diri sendiri nak like ke nak happy. Kalau sekadar nak like sehari, natijahnya sad hari-hari. Namun kalau nak happy hari-hari, simpan dan hayati keseronokan diri itu sesama keluarga sahaja. Itu jauh lebih bahagia. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad. Bebel selepas subuh. Gituh.

Rutin ringkas orang berjaya: - bangun awal. - tahu apa yang nak dibuat pada hari tersebut. - menunaikan kewajipan kepada Alla
Rutin ringkas orang berjaya: - bangun awal. - tahu apa yang nak dibuat pada hari tersebut. - menunaikan kewajipan kepada Allah terlebih dahulu. - menunaikan kewajipan kepada keluarga terlebih dahulu. - menunaikan kewajipan kepada majikan dan tempat kerja. - pergi kerja dengan semangat dan tanggungjawab. - pulang kerja dengan harga diri dan penuh kekuatan kembali kepada keluarga. - tidur dengan penuh rahmat dan kemaafan. Dari mata kasar, nampak rutin itu adalah untuk orang lain. Namun, jika dilihat itulah kekuatan seseorang untuk dirinya sendiri. Dia berjaya kerana dia ada rutin hebat yang sentiasa mendahului jiwanya untuk jadi terbaik setiap hari. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kita tentukan rutin kita.

EP02: SekolahKonten gaiss https://vt.tiktok.com/ZSYS4dtUM/

Modul ini adalah modul YUDA. Saya padatkan dalam pembangunan modul tersusun. Semua tentang konten. Konten bagus, membawa kepa
Modul ini adalah modul YUDA. Saya padatkan dalam pembangunan modul tersusun. Semua tentang konten. Konten bagus, membawa kepada pengikut bagus. Konten bagus, menarik kuasa beli. Konten bagus, menyentuh emosi pengikut. Konten bagus, makin lama makin ramai pengikut. Semua sifir ini bersifat teknikal. Ia bukan teori semata-mata. Kena buat langkah demi langkahnya. Kena susun itu ini, kena lengkapkan begitu begini, kena buat sana sini, usahanya boleh tahan. Lalu hasilnya guna hebat. Syukur alhamdulillah. Ustazah Badariah dulunya jualan RM1,000 sehari, kini RM6,000 sehari. Kawan-kawan, Kelas YUDA akan bermula 14hb Jun. Ada 9 modul. 1 akaun daftar, boleh kongsi dengan pasukan. 100% online. Daftar di sini ya! Ayuh! Klik sini sekarang https://ezy.la/YudaSesiPertama Kita yuda sama-sama! Yuda Konten!

EP01: Penjenamaan di Media Sosial https://vt.tiktok.com/ZSYBYv64R/ Tonton tau!

photo content

Kalaulah saya ini jenis fikir berapa like dapat, berapa share dapat, kenapa tak ada orang komen, sampai ke tahap kalau like sikit kena delete posting, aiyo amma memang tak adalah nak buat content weh. Like sikit, engagement sikit. Jadi buatlah sesuatu kasi naik. Kasi tau semua audien kata posting itu slow sana slow sini. Minta bantuan belaka. Dah kenapa sampai kena delete posting kalau like sikit? Like sikit dosa ke weh? Aiyo amma sekali lagi. Haih macam-macam, orang semua sibuk jam 10 ada bau wangi, kau karang dapat pula bau penampaq. Nak? Hahahahahahaha

❌ tak ada idea nak buat apa ❌ tak tahu nak tulis apa ❌ tak reti nak menjana pendapatan ❌ tak tahu nak bermula ❌ serba serbi rasa serabut Ha mari ke kelas buat duit dengan tulis ebook, kalian akan belajar tentang: ✅ teknik memilih topik betul untuk dijual ✅ ketahui teknik menjual walau belum ada pengikut ✅ teknik mudah menulis tanpa perlu ada bakat ✅ teknikaliti menulis ebook dengan mudah ✅ belajar memasarkan karya sendiri ✅ jana pendapatan tanpa modal ✅ boleh jana melebihi RM10,000 sebulan Ayuh kawan-kawan, link daftar di komen. Kelas Buat Duit Dengan Tulis Ebook 8hb Jun 2024 Bandar Baru Bangi 11am-1pm Daftar di sini jom! https://ezy.la/KelasBuatDuitDenganTulisEbookJun

photo content

KELAS TERAKHIR KELAS TERAKHIR KELAS TERAKHIR! Tiada lagi kelas ebook selepas ini. Ini yang terakhir! Selepas ini saya fokus kelas konten sahaja. Ayuh! Kelas Buat Duit Dengan Tulis Ebook 8hb Jun 2024 Bandar Baru Bangi (Kelas Fizikal) RM89 sahaja Daftar di sini: https://ezy.la/KelasBuatDuitDenganTulisEbookJun Ayuh! Ini kelas terakhir! Tiada lagi kelas Ebook selepas ini.

YUDA. Kelas intensif pembinaan konten secara tersusun. Ayuh! Daftar di sini. Kelas bermula 14hb Jun. 100% Online. https://ezy.la/YudaSesiPertama

Malam ini sahajaaa!! Kelas Bina Konten, masukkan kupon KELASKHM20 ya! Diskaun RM20! Harga asal RM89 kini RM69! 29hb Jun - Ban
Malam ini sahajaaa!! Kelas Bina Konten, masukkan kupon KELASKHM20 ya! Diskaun RM20! Harga asal RM89 kini RM69! 29hb Jun - Bandar Baru Bangi https://ezy.la/KelasBinaKontenJun Kelas Buat Duit Dengan Tulis Ebook masukkan kupon KELASKHM20 ya! Diskaun RM20! Harga asal RM89 kini RM69! 8hb Jun - Bandar Baru Bangi (tiada lagi selepas ini) https://ezy.la/KelasBuatDuitDenganTulisEbookJun YUDA! Masukkan kupon YUDA50 untuk diskaun RM50! Kelas Intensif Pembangunan Konten 9 Modul tersusun! Daftar di sini: https://ezy.la/YudaSesiPertama

Kelas Bina Konten, masukkan kupon KELASKHM20 ya! Diskaun RM20! Harga asal RM89 kini RM69! 29hb Jun - Bandar Baru Bangi https:
Kelas Bina Konten, masukkan kupon KELASKHM20 ya! Diskaun RM20! Harga asal RM89 kini RM69! 29hb Jun - Bandar Baru Bangi https://ezy.la/KelasBinaKontenJun Kelas Buat Duit Dengan Tulis Ebook masukkan kupon KELASKHM20 ya! Diskaun RM20! Harga asal RM89 kini RM69! 8hb Jun - Bandar Baru Bangi (tiada lagi selepas ini) https://ezy.la/KelasBuatDuitDenganTulisEbookJun YUDA! Masukkan kupon YUDA50 untuk diskaun RM50! Kelas Intensif Pembangunan Konten 9 Modul tersusun! Daftar di sini: https://ezy.la/YudaSesiPertama

Memahami kekuatan diri sendiri supaya tinggi keyakinan. Kita buat ini: Lihat rutin setiap hari dari pagi hingga tidur: - bahagian ibadah dan menentukan pahala apa nak dibuat. Menolak dengan rasional untuk tak sertai kawanan berbuat dosa. - bahagian kesihatan diri, menentukan makan apa, senaman apa, bacaan apa, circle apa dan perbualan apa. - bahagian emosi diri, lihat bagaimana kita respon terhadap masalah, cara selesaikan masalah dan bagaimana mencari solusi. - bahagian keluarga, lihat bagaimana kita menyertai emosi keluarga semasa gembira, semasa sedih, semasa masalah dan semasa meraikan kejayaan. - bahagian kerja, lihat posisi kita semasa dalam konflik, semasa dalam hiruk piruk kerja banyak, semasa dalam selesa dan semasa dalam meraikan kejayaan. Kesemua bahagian ini jika kita dapat tentukan apa kita nak buat untuk bahagiakan diri, maka kita dah tahu kita ada inner power yang berbeza dengan orang lain. Kita matang, kita rasional, kita boleh hadap masalah dengan tenang, kita boleh switch on dan switch off melihat kepada suasana. Masuk pejabat, serius. Balik rumah boleh main nyorok-nyorok dengan anak. Ada kejayaan di office, raikan sama-sama. Ada masalah, bincang dan ajar bagaimana nak selesaikan. Semuanya boleh dan kematangan itu memberi "kuasa" besar untuk kita pergi lebih jauh lagi dari hari ini. Ingat kawan, Hari ini kena lebih baik dari hari semalam. Semua orang masih mampu ubah segalanya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bismillah.

Buat bisnes ini tak boleh sikit-sikit kecil hati. Kecil hati kawan tak beli, Kecil hati adik beradik tak beli, Kecil hati sepupu tak beli, Kecil hati keluarga tak beli, Kecil hati jiran tak beli, Kecil hati kawan sekolah, kawan u tak beli, Kecil hati orang itu orang ini tak beli. Orang membeli bersebab. Ya salah satunya ialah rasa nak support. Namun tak bolehlah kata kalau dia tak beli dia tak support. Mana kita tahu dia ada ja beli diam-diam. Mana kita tahu dia juga ada doakan kita diam-diam. Mana kita tahu dia itu tak sesuai dengan produk kita namun dia masih cakap benda baik tentang kita. Orang beli ke tak beli ke hal dia. Hal kita ialah terus menjual bijak-bijak. Buat marketing, bina ejen, bina team. Jaga keluarga. Jaga hubungan. Bantu keluarga. Bantu semua. Buat baik sahaja! Kita sendiri pun tak support semua kawan kita, semua jiran kita semua keluarga kita semua setiap seorang ahli sedarah kita. Jadi takkanlah kita nak anggap orang lain pula buat benda itu kepada kita. Pi belajar! Bina network! Berguru! Semua itu akan hadirkan rezeki buat kita. Biar sekarang mereka tak beli, lambat laun entah-entah anak mereka mai kerja dengan kitaaaaa. Hah gitu kita bantu sampai berkurun insya-Allah. Begitulah! Khairul Hakimin Muhammad, Kasi kental jiwa gais!