cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

Bijak Emosi Suami Isteri - FADZLI AZIZ

Sesi kongsi ilmu rumahtangga & juga kewangan

نمایش بیشتر
ماليزيا11 943زبان مشخص نشده استروان‌شناسی2 682
پست‌های تبلیغاتی
8 339
مشترکین
+824 ساعت
+1667 روز
+50730 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

Photo unavailableShow in Telegram
Cantiknya seorang isteri ni apabila si suami menjaga pandangannya dan juga hubungan sosialnya. Maka insyaAllah isteri akan sentiasa cantik di matanya. Tetapi apabila si suami tidak lagi menjaga pandangannya, maka kecantikan isteri akan dilihat biasa sahaja. Walaupun mungkin betapa orang di luar yang merasakan beruntungnya si suami kerana mempunyai isteri yang cantik, tetapi tidak lagi di mata suami. Pandangannya hanya akan tertumpu kepada orang lain. Melihat kecantikan orang lain. Mengagumi wajah orang lain. Bahkan membanding-bandingkan orang lain dengan isterinya. Kemuncaknya adalah mengidamkan yang belum halal berbading dengan yang sedia halal. Maka tundukkanlah pandangan, nikmati yang halal, hargai yang halal. Bahagiakan yang halal kerana setiap usaha tersebut adalah berpahala. Wallahu aalam Fadzli Aziz
نمایش همه...
Anda berminat untuk join komuniti positif (private) suami isteri yang mana anda boleh berbincang, berkongsi pengalaman dan perasaan serta dipandu dan dikendalikan sendiri oleh Fadzli Aziz (berbayar (yuran penyertaan sahaja))Anonymous voting
  • Ya
  • Tidak
0 votes
“Sepanjang pengalaman en Fadzli, apa perkara yang susah kita nak buat dalam rumahtangga?” “Tenang dalam konflik” jawab saya. Benar, bila saya fikirkan balik antara benda yang paling susah adalah nak bertenang dalam konflik. Terkadang mulut ni geram je nak cakap, laju je nak debat tambahan lagi kalau pasangan kita tu sebut benda yang tak betul. Biar lepas. Biar bebas, biar puas… Cumanya adakah konflik akan reda, isu akan selesai, masalah akan terungkai? Sebab tu pada saya jangan bincang, tegur, komplain atau nasihat dalam keadaan emosi tegang. “Macam mana cara nak berbincang En Fadzli?” 1. Rancang perbincangan Cari waktu yang sesuai. Bila dirancang waktunya, insyaAllah kita dan pasangan akan lebih bersedia dari segi emosi, mental dan isi perbincangannya. Elakkan dilakukan secara spontan dan reaktif mengikut emosi dan situasi. 2. Tempat yang kondusif Berbincang isu yang besar adalah lebih baik dijalankan ditempat yang kondusif. Tiada gangguan. Lebih fokus dan berkualiti. 3. Waktu yang sesuai Bilakah waktu pasangan kita paling relaks keadaannya? Itulah waktu yang sesuai. Tidak terkejar-kejar dan hilang fokusnya. 4. Bermula dengan positif Bermula dengan syukur, bahagia dan saling menyayangi. Memulakan dengan hal yang positif akan mewujudkan mood dan emosi yang positif. Ini akan membantu mewujudkan suasan perbincangan yang best. 5. Fokus kepada solusi Jangan tanya soalan siapa, tapi tanyalah soalan bagaimana. Bagaimana kita boleh perbaiki keadaan ini. Apa solusinya. Jawapan kepada soalan ni jauh lebih membantu berbanding siapa yang bersalah. 6. Mendengar dengan baik Jangan potong cakap. Beri peluang kepada pasangan untuk bercakap secukupnya. Biarkan pasangan merasai bahawa dirinya didengari. 7. Buat refleksi diri dan pasangan Nyatakan kepada pasangan apa yang anda faham dari luahan pasangan supaya pasangan tahu anda cuba untuk memahaminya. Jangan marah kalau pasangan memperbetulkan apa yang kita sebut. 8. Berehat seketika Andaikata keadaan menjadi bertambah tegang, maka bertenang dan berehat seketika. Usah teruskan kerana keadaan akan menjadi bertambah buruk. Bangun dan buatkan air atau apa sahaja yang mampu meredakan seketika. 9. Doa Sebelum bermula perbincangan, berdoalah pada Allah mohon dilancarkan dengan perbincangan. Mulakanlah dengan doa dan tutuplah juga dengan doa. Suami perlu memainkan peranan sebagai pemohon doa. Kalau dapat disebutkan tujuan dan harapan terhadap hasil perbincangan dalam doa, itu lebih baik. 10. Cari isu yang bersepakat Pastikan setiap kali berbincang, ada isu yang disepakati secara bersama. Barulah kita rasakan perbincangan berhasil dan insyaAllah akan ada susulan. Sedikit tips ringkas perbincangan rumahtangga yang boleh dipraktikkan. Memperbaiki cara perbincangan insyaAllah juga akan membantu melancarkan perbincangan. Selagi ada cinta dan sayang, insyaAllah perbincangan akan menjadi efektif dan berkesan. Budayakan perbincangan yang baik dalam rumahtangga kerana rumahtangga BUKAN SEKADAR CINTA. Wallahuaalam Fadzli Aziz
نمایش همه...
Rumah tangga ni sebenarnya sangat indah dan best bila kita pandai menambah nilai. Jangan jadikan perhubungan kita dirumah dengan pasangan dan anak-anak sebagai hubungan profesional, hanya bincang hal-hal keperluan semata dengan muka yang ketat dan masa yang terhad. Bimbang bila takde orang dalam rumah nak bergurau, orang di luar rumah pulak yang bergurau dan terhibur, maka beralih arahlah kasih sayang dan cinta… So selamat bergurau dengan pasangan masing-masing dan jangan melampau dalam bergurau yer. #bijakemosi #bijaksanabijaksini #minorchangesmajorimpact Fadzli Aziz Kaunselor Berdaftar Motivator
نمایش همه...
Tips Bergurau Dengan Pasangan Suami Isteri (Part 1) Saya pernah bawak kereta terperangkap dalam jem, nampak satu pasangan ni saya dapat rasakan yang pasangan suami isteri. Nampak pasangan ni langsung tak bercakap. Muka ketat jer masing-masing. Sorang pandang depan, sorang lagi pandang ke luar.. . Kita yang tengok pun nampak pasangan ni stress, dan kita pulak rasa stress bila tengok… Pernah jumpa? Semua orang tau komunikasi penting dalam rumahtangga. Kata-kata, perbualan, gurauan . Sepanjang saya jadi kaunselor membantu suami isteri, berapa ramai di kalangan suami isteri yang tak bercakap sesama sendiri, apatah lagi nak bergurau. Takde emosi dalam komunikasi. Bercakap pun hanya fakta dan data. Seolah-olah bos dan staf. Saya rasa bos dan staf pun bergurau juga. Rumah tangga tak de warna, sunyi dan suram sebab xde gelak tawa isi rumah. Lagi teruk masing-masing sibuk dengan telefon masing. Langsung tak bercakap atau bertanya. Ada juga yg biasa bergurau dengan anak-anak, tapi tidak dengan isteri. Katanya sebab dah lama kahwin, takde idea nak bergurau. Tapi yang pelik, bila whatsapps orang lain, pandai plak bergurau yer. Best tau bila kita pandai melawak dan bergurau dengan isteri dan anak-anak. Cer gurau dengan isteri, anak-anak pun join sekali. Terhibur kita dan mereka. Macam mana nak tambah perasaan sayang kalau tak rasa gembira? Jadi kali ni, saya nak kongsi beberapa tips sebagai idea yang boleh anda praktik , supaya anda yang rasa diri anda batu dan kayu, keras je memanjang, tak pandai bergurau dengan isteri ada idea untuk bergurau. Yang mana rasa sesuai silakan… (Amaran : JANGAN MELAMPAU) 1. Peluk Dari Belakang Berapa kali anda peluk pasangan anda setiap hari? Masalahnya ada orang yang jangan kata nak peluk, bersentuh pun tidak. Kalau macam tu memang parah. Semakin kita sayang sebenarnya semakin banyak kita sentuh. Kalau tak cukup sentuhan akan rasa kurang disayangi sebenarnya. Penting untuk sentuh pasangan kita setiap hari , lagi bagus peluk. Lau nak bergurau, peluk dari belakang masa pasangan tengah sibuk basuh pinggan ke, gosok baju ke…. Baru wujud kemesraan 2. Main Sorok-sorok Yang ni pun best juga, suka buat terkejut. Main sorok-sorok. Nampak macam buang tebiat, tapi sebenarnya perangai budak-budak yang dibuat oleh orang yang dah kahwin ni lah yang jadi bahan gurauan dengan pasangan. Cuba sekali sekala pasangan panggil, kita diam, menyorok sekejap lepas tu…haaaaaaaa!!!!. Kan best tu. Zaman budak-budak pandai je main sorok-sorok. Dah jadi bapa, hilang dah skillnya? 3. Panggilan Hangit Yang ni boleh cuba, guna telefon yang pasangan kita tak simpan nombor tu. Telefon pasangan dan menyamarlah jadi pegawai bank ke, along kutip hutang ke, wartawan ke… Kena kreatif sikit menyamar. Biasanya pasangan yang selalu bercakap akan mudah mengenali suara pasangannya. Kalau tak kenal suara tu samada pasangan kita pandai ubah suara atau pun sebenarnya kita yang jarang sangat bercakap. Itu yang susah nak cam suara. 4. Melawak Susah ke nak melawak? Sebenarnya takde lah susah sangat, cuma kena berlatih sikit. Contoh idea lawak ni adalah benda yang biasa, dilakukan secara luar biasa akan jadi lawak. Contoh bila bercakap dengan pasangan cuba renung ke dalam mata sedalam-dalamnya sambil tersenyum. Abaikan topik pasangan kita bercakap, buat-buat tak dengar, lepas tu puji lah dia dan bandingkan dengan artis yang paling cantik kat Malaysia… tengok apa responnya… ni contoh lah kan… Ataupun perkataan yang dia salah sebut tu contohnya butang jadi busyang. Kita guna jer perkataan tu sampai dia dah tak ketawa dah. hehe 5. Menyanyi Kalau anda suka menyayi walaupun pitching tak dapat dikesan, tak apa, yang penting nyanyikan lagu untuk dia. Terkadang masa bawak kereta tu miming jer lagu tu dan buat gaya seolah-olah lagu tu ditujukan untuk pasangan anda. Lagi over lagi bagus.. tapi hati-hatilah yer sambil memandu tu.. Sebenarnya ada banyak lagi tips yang saya nak kongsikan tapi ada beberapa tips tak sesuai untuk bacaan umum. Jadi saya akn bantu dan bagi kepada pasangan yang memerlukan sahaja.
نمایش همه...
01:22
Video unavailableShow in Telegram
IMG_4367.MOV29.61 MB
Seni Merajuk Merajuk si isteri ni tujuannya baik, tujuannya murni. Tetapi bila tersalah cara, ia bukan lagi membina cinta, tapi memudar sayang. Sebab tu merajuk ni ibarat meminum air milo tabur yang dicampurkan dengan susu full cream dan diblended dengan ais. Selepas tu diletakkan whip cream dan ditaburkan atasnya coklat chip dan serbuk milo. Sedap tak? Saya yang menulis ni pun menelan air liur terbayangjan. Memang sedap. Tapi... Kalau diminum hari-hari selama 5 tahun, apa akan berlaku? Apatah lagi 10 tahun dan lebih. Jadi saya kongsikan beberapa tips supaya merajuk anda pada suami jadi best dan berkesan. Bukan menjadi bala dalam rumahtangga. Berikut adalah tipsnya. 1. Merajuk pada Hal yang sepatutnya Jadikan merajuk anda ekslusif. Jadikan merajuk anda sebagai senjata halus yang digunakan pada waktu penting sahaja. Jangan bazirkan pada hal-hal yang terlalu remeh. Contoh : suami lupa maklum balik lewat. Ingat, pada orang lelaki kalau merajuk benda remeh temeh ni akan nampak mengada, over, menyusahkan. 2. Jangan terlalu kerap Mungkin anda rasa suami dah tak sayang anda sebab suami dah tak pujuk. Berbeza waktu awal kahwin dulu. Tapi hakikatnya mungkin anda merajuk 7 kali sehari mengalahkan solat 5 waktu. Jadi menyebabkan suami sudah ‘imune’ dengan rajukan anda. 3. Jangan terlalu lama Janganlah merajuk selama 5 hari untuk suatu sebab. Takut-takut kita merajuk 5 hari, suami dah keluar ikut tabligh 40 hari. Tak ke mnyesal kita. Bahaya kalau lama-lama. Semakin memendam rasa dan semakin parah dialog diri, semakin menekan diri sendiri apabila soalan yang asyik keluar “bila suami aku nak pujuk ni?” 4. Merajuklah dengan sebab sayang Jangan merajuk dengan sebab marah dan benci. Bila merajuk, kita akan fokuskan pada perasaan itu. Kalau benci akan jadi semakin benci. Bila dipujuk lambat pulih. Kalau sebab sayang, sedikit usaha memujuk terus berkesan & makin sayang. 5. Jangan abaikan tanggungjawab walau merajuk Merajuk macam mana sekali pun, jangan abaikan tanggungjawab. Jaga makan minum suami anda. Jangan berdosa dalam merajuk. Takut jadi keadaan makin teruk. Allah tak redha dan Allah tak bantu. Terkontang-kantingkah kita dengan emosi kita seorang diri. 6. Hargai usaha pasangan memujuk Tak semua suami pandai memujuk. Bahkan banyak yang jenis batu gunung, kayu besbol, paku besi dan lain-lain. Jadi bila nampak ada sedikit usaha untuk memujuk walaupun kecil, cepat-cepat hargai. 7. Pujuklah diri sendiri andai suami juga tidak memujuk Kerana merajuk tidak berkesan dengan suami anda. Suami anda bukan tergolong dalam golongan ahli pujuk. Jadi kenapa masih nak menggunakan senjata yang tidak lagi memberi kesan? Tapi yang penting, dia sayang anda melalui tindakannya walaupun jarang diucap dengan kata-kata. 8. Jagalah Adab & Maruah walaupun merajuk Jangan merajuk di tempat awam sampai suami stress. Jangan merajuk di depan mertua, jangan buat muka. Jangan merajuk di saat suami sangat tertekan kerana dibuang kerja dan lain-lain. Jagalah air muka dan maruah suami. Nampak gaya saya kena buat buku khas bab merajuk ni. Ni pun saya cuba ringkaskan sebanyak mungkin tulisan saya. Untuk bacaan santai, nanti saya akan buka pre order untuk buku saya BUKAN SEKADAR CINTA. Berminat? Wallahu aalam. #fadzliaziz #akauncinta #bijakemosi #minorchangesmajorimpact
نمایش همه...
InsyaAllah sesi 'Personal Coaching' ini akan bermula pada bulan JUN 2024. Bagi yang berminat untuk mendapatkan sesi kaunseling, anda boleh menempah sepanjang MEI ini dan temujanjii boleh dibuat bila-bila masa sepanjang tahun 2024 bergantung kepada keperluan anda. InsyaAllah saya akan sesuaikan jadual saya berdasarkan keperluan anda. Untuk tempahan boleh klik link di bawah : https://fadzliaziz.onpay.my/order/form/khidmatkaunseling Sekian, Terima kasih
نمایش همه...
یک طرح متفاوت انتخاب کنید

طرح فعلی شما تنها برای 5 کانال تجزیه و تحلیل را مجاز می کند. برای بیشتر، لطفا یک طرح دیگر انتخاب کنید.