fa
Feedback
INSKEN Official Channel

INSKEN Official Channel

رفتن به کانال در Telegram

Channel ini ditubuhkan bagi tujuan pemakluman dan komunikasi program latihan dan bimbingan keusahawanan INSKEN

نمایش بیشتر
2 655
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
-17 روز
-1330 روز
آرشیو پست ها
Malam ini INSKEN akan membawakan Encik Haji Ahmad Fadzli Bin Yusof, Penceramah Motivasi & Presiden Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) secara langsung di FB Live MEDAC2U bagi berkongsi mengenai Teknik Mengubah Minda Untuk Berjaya. Jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam sesi perkongsian yang bermanfaat ini pada: Tarikh: 19 Ogos 2021 (Khamis) Masa: 9:00 malam Facebook: Institut Keusahawanan Negara #inskenofficial #staysafe #inskenprihatin

photo content

Malam ini INSKEN akan membawakan Encik Syafiq Taib, Trainer & Coach INSKEN secara langsung di FB Live MEDAC2U untuk berkongsi mengenai Teknik Optimumkan Iklan Facebook Anda Untuk Menghasilkan Jualan. Jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam sesi perkongsian yang bermanfaat ini pada: Tarikh: 18 Ogos 2021 (Rabu) Masa: 9:00 malam Facebook: Institut Keusahawanan Negara #inskenofficial #staysafe #inskenprihatin

photo content

Puan Aini Farhana juga telah beralih ke platform digital dan berjaya meningkatkan hasil jualan dengan menggunakan Facebook. Beliau telah mendapatkan bimbingan selama 4 bulan melalui program E-Board dan terbukti berhasil! Jika anda juga ingin meningkatkan hasil jualan melalui platform lain seperti IG, Shopee, Lazada, TikTok dan pelbagai lagi jom sertai program E-Board dengan mendaftar di www.rebrand.ly/E-Board_2021 #inskenofficial #staysafe #inskenprihatin

photo content

Alhamdulillah, setelah mengikuti program bimbingan E-Board selama 4 bulan, Encik Mus berjaya meningkatkan hasil jualan sebanyak 237.56%. Jom transformasikan perniagaan anda ke arah digital dengan menyertai program E-Board. Pendaftaran masih dibuka di www.rebrand.ly/E-Board_2021 #inskenofficial #staysafe #inskenprihatin

photo content
+4

BERITA BAIK UNTUK SEMUA USAHAWAN! Anda boleh mula merekod jualan bulanan dengan menggunakan aplikasi INSKEN IPRO yang boleh dimuat turun melalui Apple Apps Store atau Google Play Store. Jika anda komited menggunakan aplikasi ini, ia akan memudahkan anda untuk memantau pencapaian perniagaan serta dapat membuat analisis terhadap prestasi perniagaan berdasarkan data yang telah direkodkan. Dah tak perlu susah-susah nak guna kertas dan tulis satu-satu data jualan anda. INSKEN bantu untuk memudahkan anda melalui aplikasi IPRO dan sekaligus dapat melatih semua usahawan beralih ke arah digital. Dalam masa yang sama, kita sokong kempen "Go Green" dengan mengurangkan penggunaan kertas. Ikut sahaja langkah yang tertera di dalam infografik ini dan anda boleh terus mula menggunakan INSKEN IPRO. Dah download nanti, kenalah rajin-rajin update data jualan tau! #inskenofficial #staysafe #inskenprihatin

photo content

KHAS UNTUK USAHAWAN DI SEKITAR LEMBAH KLANG , PULAU PINANG & JOHOR Anda ada produk nak jual, customer confirm nak beli tapi customer tak boleh nak datang pick up. Bukan sebab PKP sahaja, kadang-kadang customer ni tak nak redah jammed, tak boleh drive sebab ada anak kecil dan macam-macam masalah lagi. Kalau kita tak bertindak, memang rugi dah 1 sales. Apa kita patut buat, biar kita yang selesaikan masalah dia orang tadi dengan terus delivery produk tu sampai depan rumah customer. Tak susah pun guys! Yang jadi susah bila usahawan tak tahu cara. Bukan korang pun yang kena pergi hantar, kita gunalah perkhidmatan Lalamove. Kalau barang saya jual tu besar, sanggup ke brother Lalamove nak hantar? Kecil, besar, panjang, lebar semua boleh tak ada masalah. Tapi! Ada teknik asas untuk kita maksimumkan keuntungan apabila nak guna platform Lalamove ni. Bukan main redah je. Join INSKEN Masterclass Lalamove, kita bongkar strateginya pada 26 Ogos 2021. Daftar segera di www.rebrand.ly/MC2021_Lalamove02 #inskenofficial #staysafe #inskenprihatin

photo content

Malam ini INSKEN akan membawakan Dr. Haji Tengku Asmadi Tengku Mohamad, Motivator dan Penulis Buku yang akan bersama dengan anda secara langsung di FB Live MEDAC2U untuk berkongsi mengenai topik Menukar Cabaran Hidup Menjadi Satu Peluang Untuk Terus Ke Hadapan. Jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam sesi perkongsian yang bermanfaat ini pada: Tarikh: 12 Ogos 2021 (Khamis) Masa: 9:00 malam Facebook: Institut Keusahawanan Negara #inskenofficial #staysafe #inskenprihatin

photo content

TIPS MEMANTAPKAN PERNIAGAAN HANYA DI WHATSAPP Malam ini INSKEN akan membawakan Dr. Adly, Trainer & Coach INSKEN secara langsung di FB Live MEDAC2U untuk berkongsi mengenai topik Tips Memantapkan Perniagaan Hanya Di Whatsapp. Jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam sesi perkongsian yang bermanfaat ini pada: Tarikh: 11 Ogos 2021 (Rabu) Masa: 9.00 malam Facebook: Institut Keusahawanan Negara #inskenofficial #staysafe #inskenprihatin

photo content

Ramai usahawan yang tidak dapat menjalankan perniagaan mereka selama hampir setahun kini berdepan masalah kewangan, dan ini turut memberi kesan kepada aspek emosi mereka. Untuk menangani masalah ini dan sebagai tanda sokongan kepada usahawan, MEDAC telah mewujudkan hotline ADU@MEDAC di nombor 1-300-88-1020 yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 9 malam yang turut menjadi talian sehenti kepada usahawan. Melalui talian ini, sebarang panggilan berkaitan isu kewangan akan diserahkan kepada agensi di bawah MEDAC, manakala isu berkaitan mental akan diuruskan oleh agensi isu psikososial seperti Talian Kasih dan Talian Bantuan Psikososial Covid-19. #inskenofficial #inskenprihatin #staysafe

photo content

Perniagaan baru nak bernafas semula, tup-tup dah masuk PKP 3.0. Runsing, buntu, risau,macam mana dengan masa hadapan bisnes? Perasaan bercampur baur, bermacam-macam soalan yang bermain di fikiran sekarang. Semuanya yang negatif, tak tahu masih ada harapan lagi ke untuk meneruskan bisnes atau terpaksa gulung tikar? Jangan berputus asa, buang semua fikiran negatif kerana INSKEN sedia membantu anda melalui bimbingan percuma dari yang pakar. Dapatkan konsultasi dari BisKaunselor INSKEN secara atas talian untuk berkongsi pendapat,cadangan dan tindakan yang harus diambil bagi memastikan bisnes anda kekal bertahan ketika PKP. Caranya mudah sahaja, layari www.e-bizclinic.com Daftar segera kerana program ini adalah PERCUMA. Selain konsultasi dan bimbingan, anda juga akan menerima faedah lain seperti: 1. Informasi mengenai bantuan atau insentif terkini kerajaan sempena menghadapi PKP 3.0 2. Maklumat program-program yang ditawarkan INSKEN dan agensi agensi kerajaan di sepanjang tempoh PKP 3.0 3. Input mengenai hala tuju yang perlu dilakukan bagi meneruskan operasi perniagaan serta terus kekal bertahan #inskenofficial #staysafe #inskenprihatin

photo content