fa
Feedback
INSKEN Official Channel

INSKEN Official Channel

رفتن به کانال در Telegram

Channel ini ditubuhkan bagi tujuan pemakluman dan komunikasi program latihan dan bimbingan keusahawanan INSKEN

نمایش بیشتر
2 655
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
-17 روز
-1330 روز
آرشیو پست ها
Institut Keusahawanan Negara menyambut kedatangan Syawal dengan laungan Takbir Raya INSKEN Bersama Usahawan yang diketuai oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah INSKEN, Datuk Dr. Sukiman Sarmani, Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Encik Muhd Firdaus Azharuddin, BisKaunselor, usahawan serta pegawai kanan INSKEN. Saksikan siaran eksklusif yang julung kalinya diadakan ini di Facebook dan Instagram @inskenofficial pada: Tarikh: 12 Mei 2021 Masa: 8.00 malam dan Tarikh: 13 Mei 2021 Masa: 8.30 pagi Jom like & share kepada semua kenalan di media sosial dan WhatsApp😊 #RayaBersamaINSKEN #inskenofficial #staysafe #inskenprihatin

Perlu bantuan dan konsultasi perniagaan? Platform e-BizClinic adalah merupakan inisiatif untuk membantu usahawan mendapatkan khidmat nasihat serta bimbingan atas talian dan ia kini boleh dibuat melalui laman sesawang khas! Sila ikuti langkah-langkah ini untuk mendapatkan khidmat konsultasi daripada BisKaunselor INSKEN: 1. Layari www.e-bizclinic.com 2. Daftar akaun 3. Log in untuk lengkapkan permohonan sesi konsultasi 4. Anda akan dipadankan dengan BisKaunselor dan terima e-mel pemakluman 5. BisKaunselor akan menghubungi anda untuk menetapkan tarikh, masa serta platform yang akan digunakan untuk sesi konsultasi. Maklumat ini juga dipaparkan dalam sistem dan e-mel pengesahan. 6. Sesi konsultasi bersama BisKaunselor 7. Log in semula untuk memberi penilaian mengenai sesi konsultasi tersebut Daftar sekarang dan dapatkan konsultasi percuma secara atas talian di www.e-bizclinic.com #inskenofficial #staysafe #inskenprihatin

photo content

Kohort 4 bagi Online Onboarding Coaching Programme (E-Board) telah pun dibuka untuk pendaftaran. Tunggu apa lagi? Jom digitalkan perniagaan anda melalui bimbingan selama 4 bulan. INSKEN bantu anda meningkatkan hasil jualan dengan menggunakan platform online. Telegram, WhatsApp, YouTube, Facebook, Instagram, Shopee, Lazada semua akan diajar dan yang paling best, anda boleh pilih 1 platform untuk anda kuasai. Kalau anda pilih platform Shopee, coach akan membimbing anda cara untuk membuat pemasaran menggunakan Shopee. Ingat, lain platform, lain caranya. Jadi, pelanggan anda berada di platform yang mana? Kuasai platform tersebut! Program ini terhad kepada 100 usahawan sahaja. Daftar segera di www.rebrand.ly/E-Board_2104 #inskenofficial #staysafe #inskenprihatin

photo content

photo content
+1

3 program yang akan diadakan pada awal bulan Mei 2021 dah sold out. Sekarang kami buka pula pendaftaran 2 program pada hujung bulan Mei 2021. Dah habis raya kan? Jom tambah ilmu keusahawanan! 1. Teknik Mudah Membuat Website Bisnes (Level 101: Permulaan) Tarikh: 27-28 Mei 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/Website_Online2101 2. Google Tools Set: Pengurusan Aktiviti Bisnes dan Pemasaran (Level 101: Permulaan) Tarikh: 27-28 Mei 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/GTS_Online2102 #inskenofficial #staysafe #inskenprihatin

photo content
+1

Raya dah nak dekat tapi kempen raya untuk perniagaan anda masih slow? Okay jom INSKEN bantu anda. Beberapa sahaja kekosongan yang tinggal untuk program awal bulan Mei 2021. Jom daftar sekarang!! 1. Sales Prospecting: Tukar Prospek Jadi Pelanggan (Kelas 101: Permulaan) - 8 kekosongan Tarikh: 4-5 Mei 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/Prospect_Online2102 2. Customer Relationship Management (CRM) (Level 101: Permulaan) - 5 kekosongan Tarikh: 4-5 Mei 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/CRM_Online2102 Kesemua program ini berlangsung secara atas talian melalui platform google meet. Seat dah tak banyak, so daftar sekarang!! #inskenofficial #staysafe #inskenprihatin

photo content

30 SAHAJA LAGI TEMPAT BAGI PROGRAM CUSTOMER RELATIONSHIP MANAGEMENT (CRM) Ni min min nak tanya, kalau customer beli produk korang lepastu apa korang buat? Korang jaga tak hubungan korang dengan customer? Data pelanggan tu korang simpan tak? Guys, bisnes kalau nak maju, salah satu caranya adalah dengan menjaga hubungan dengan pelanggan dan simpan data pelanggan. Data pelanggan yang korang ada tu pun janganlah peram je, kenalah manfaatkan sehabis baik. Contohnya buat aktiviti pemasaran melalui pelan komunikasi pelanggan. Kalau min min nak cerita kat sini tak cukup page ni guys. Elok korang join je program Customer Relationship Management yang akan diadakan pada 4-5 Mei 2021. Datfar segera di www.rebrand.ly/CRM_Online2102 #inskenofficial #sataysafe #inskenprihatin

photo content

32 KEKOSONGAN BAGI PROGRAM SALES PROSPECTING: TUKAR PROSPEK JADI PELANGGAN Aduh, prospek memang ramai tapi yang beli non hado! Apa masalahnya? Kat mana silapnya? Buntunya takt ahu dah nak menuntut ilmu apa lagi? Lai! Kita tuntut ilmu macam mana nak tukar prospek jadi pelanggan. Program ini akan ajar korang cara menggunakan Unique Selling Proposition (USP) untuk memikat prospek. Bila prospek dah mula bagi tanda-tanda negative atau macam tak sudi nak beli produk korang, ada caranya juga nak neutralkan balik. Jom belajar teknik-teknik ini pula, mana tahu berkesan? Program ini akan diadakan pada 4-5 Mei 2021 secara atas talian. Kalau berminat, daftar segera di www.rebrand.ly/Prospect_Online2102 #inskenofficial #sataysafe #inskenprihatin

photo content

17 SAHAJA KEKOSONGAN BAGI PROGRAM MENGHASILKAN VIDEO PEMASARAN MEDIA SOSIAL DENGAN SMARTPHONE Handphone! Handphone! Handphone! Sekarang semua handphone. Nak buat poster guna handphone, nak buat video pun boleh guna handphone. Mustahil la kalau korang takde handphone. Jom kita gunakan handphone korang tu habis-habisan. Kira kita fully utilize benda yang ada depan mata kita. Kali ini kita belajar buat video pemasaran tanpa menggunakan khidmat juruvideo. Korang tak perlu spend ribu-ribu ringgit untuk buat video produk korang sebab korang boleh buat sendiri.Jangan risau sebab melalui program ni korang akan belajar cara buat video menarik untuk tarik minat pelanggan. Korang memang untung la. Untung dapat ilmu, untung juga sebab dapat jimat kos. Berminat? Daftar segera program ini yang akan diadakan pada 4-5 Mei 2021 www.rebrand.ly/Video_Online2102 #inskenofficial #sataysafe #inskenprihatin

photo content

3 pendaftaran program latihan keusahawanan bagi bulan Mei 2021 telah dibuka. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai program-program berikut: 1. Menghasilkan Video Pemasaran Media Sosial Dengan Smartphone (Kelas 101: Permulaan) Tarikh: 4-5 Mei 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/Prospect_Online2102 2. Sales Prospecting: Tukar Prospek Jadi Pelanggan (Kelas 101: Permulaan) Tarikh: 4-5 Mei 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/Video_Online2102 3. Customer Relationship Management (CRM) (Level 101: Permulaan) Tarikh: 4-5 Mei 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/CRM_Online2102 #inskenofficial #staysafe #inskenprihatin

photo content

14 SAHAJA LAGI KEKOSONGAN UNTUK PROGRAM TELEGRAM UNTUK BISNES Guys, baru-baru ni admin ada join 1 group telegram ni. Dia ada jual pelbagai produk sempena ramadan dan syawal yang bakal tiba nanti. Admin terkejut sebab baru je masuk group tu tapi admin boleh tengok semua product yang usahawan tu dah share dari tahun lepas guys. Scroll je memang semua product yang dia jual tu ada. Ingat kalau baru masuk group, admin boleh tengok messaga atau image yang baru dikongsi je. Rupanya tak. Zaman tok kaduk punya pun masih ada. Lepastu cara dia uruskan pelanggan dalam group tu memang nampak teratur dan mudah. Sah la memang platform telegram ni mantap. Korang tak nak ke guna telegram ni untuk bisnes korang? Kalau masih tak tahu macam mana nak guna, jom sertai Program Pemasaran Media Sosial - Telegram Untuk Bisnes yang akan diadakan pada 27-28 April 2021 Pemasaran Media Sosial : Telegram Untuk Bisnes - 14 kekosongan Tarikh: 27-28 Apr 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/Telegram_Online2102 Jom tonton video di bawah untuk tahu apa yang akan diajarkan dalam kelas telegram INSKEN https://drive.google.com/file/d/1BJ-0ZoPk7O2e7cl28verVete1up9jjP-/view?usp=sharing Daftar sekarang sebelum sold out!! #inskenofficial #inskenprihatin #inskenofficial

photo content