cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

inche_lebah - Healing Untuk Matang

Tulisan-tulisan healing daripada inche lebah, coretan harian, nota dan aksara matang. ♥️

نمایش بیشتر
پست‌های تبلیغاتی
27 349
مشترکین
-424 ساعت
-397 روز
-21730 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

Beri peluang pada diri untuk bangkit lagi. Kamu dah belajar yang kata-kata itu tajam. Jadi jangan pula mulut kamu yang menikam orang. Kamu tahu hinaan dan perlian itu sangat melukakan, jadi jangan pula kamu sendiri yang melakukan. Teruskan menjadi manusia yang terbaik, maka kamu akan baik-baik sahaja. - inche_lebah
نمایش همه...
144👍 13😢 10🕊 7 4🔥 3🥰 3😭 3
Hadirnya orang yang tepat tu kadang bukan siapa yang kamu mahu, tapi siapa yang kamu perlu. - inche_lebah
نمایش همه...
127👍 19🕊 6🥰 5😢 4
Semakin kamu menyimpan, semakin kamu sakit. Maka lepaskan, biarkan ia keluar bersama air mata. Barulah kamu bisa bangkit mengukirkan kata-kata. - inche_lebah
نمایش همه...
137👍 49😭 22😢 2
Ketahuilah, apabila kamu menjadi benih yang ditinggalkan, kamu akan tumbuh lebih tinggi dari apa yang kamu jangkakan. Bukankah pucuk kamu tidak perlu bersaing dengan pohon lain untuk dapatkan cahaya matahari lagi? Sekarang, kamu hanya perlu buktikan, kamu bukan pucuk yang kosong. Tetapi pucuk yang punya buah dan hasil. - inche_lebah
نمایش همه...
121👍 9🕊 8🔥 6😢 2🫡 1
Pelajaran yang paling hebat, bilamana kamu menangis bukan lagi kerana putus cinta, tetapi kerana dosa-dosa. - inche_lebah
نمایش همه...
197👍 27🕊 10💯 10
Bukan semua yang hilang itu akan jadi sebuah pengakhiran, mungkin itu akan jadi sebuah permulaan bagi jiwa yang mahu healing. Sekarang fokus dengan siapa yang menghargai kamu, barulah kamu akan tahu harga diri kamu sekiranya dijatuhkan sesiapa yang rakus. Kamu akan baik-baik sahaja, tenang-tenang ya. ❤ - inche_lebah
نمایش همه...
141👍 13🕊 11
Air mata yang gugur pada pipi kamu itu, bukan suruh kamu berhenti bertahan, tetapi nak sedarkan bahawa kamu itu punya Tuhan. Kamu ada masalah, jangan mengeluh, tetapi meluah. Luahkan segala-galanya pada Tuhan, sehingga tidak tersisa sedikit pun apa yang tinggal. Bukankah Allah itu al-Jabbar, Maha Penyembuh? Kamu tak yakin ke? - inche_lebah
نمایش همه...
168👍 16😢 9🕊 8💊 5🥰 2👏 1
Bukan semua yang indah itu ada di langit, mungkin ada di dahan, mungkin juga ada di tanah. Yang pasti, bila ia ada di hati, semuanya akan nampak indah. Walaupun pada mulanya sakit dan susah. - inche_lebah
نمایش همه...
114👍 11🕊 4💯 3
Jangan buat semua perkara dalam satu masa, tapi buat satu-satu sampai habis semua perkara. Barulah kamu takkan penat. Pelangi pun tak campurkan semua warna dalam satu garis. Cukuplah setiap garis menyerlahkan setiap warna. - inche_lebah
نمایش همه...
126👍 15🕊 5😭 5😢 3🔥 2
Biar belakang kamu di tendang, yang pasti kamu bukan lagi di belakang. Teruskan melangkah ke depan, kamu mungkin sedikit terluka, tetapi ujian itu akan sedarkan kamu daripada terleka. Senyum okey! 😊 Dan ucapkan ini pada hati, "Semuanya akan baik-baik je." - inche_lebah
نمایش همه...
100👍 14🔥 6😢 5🕊 3🤓 2
یک طرح متفاوت انتخاب کنید

طرح فعلی شما تنها برای 5 کانال تجزیه و تحلیل را مجاز می کند. برای بیشتر، لطفا یک طرح دیگر انتخاب کنید.