fa
Feedback
INFO@mppupm

INFO@mppupm

رفتن به کانال در Telegram

‘Selamat Datang ke Telegram Rasmi MPP UPM’. https://linktr.ee/mppupm_official Sebarang hebahan, info terkini dan pencerahan untuk soalan lazim akan dihebahkan melalui medium rasmi MPP UPM. FACEBOOK : MPP UPM INSTAGRAM : mppupm_official TWITTER : mppupm

نمایش بیشتر
4 055
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
-57 روز
-1830 روز
آرشیو پست ها
#367 (7 JULAI 2026 | 10:00 PM) [ MAKLUMAN MPP UPM SESI 2025/2026 ] [ 📣 PEMAKLUMAN INISIATIF PRIHATIN MINGGU ULANG KAJI (IPMUK) KE-2 📚📝 ] Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam We Love UPM. Dimaklumkan bahawa Wisata Minda, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) akan dibuka kepada semua pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) sempena Inisiatif Prihatin Minggu Ulang Kaji (IPMUK) bagi menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif sepanjang minggu ulang kaji. Maklumat adalah seperti berikut: 📅 Tarikh: 7 Julai 2026 - 10 Julai 2026 🕙 Masa: 10.00 pagi - 8.30 malam 📍 Tempat: Blok C, Wisata Minda, FBMK ✨ Kemudahan yang disediakan: 📖 Ruang belajar yang selesa 👥 Suasana pembelajaran yang kondusif 📶 Wi-Fi disediakan 🔌 Kemudahan sokongan 🛡️ Persekitaran yang selamat dan terkawal Sehubungan dengan itu, semua pelajar UPM dijemput untuk memanfaatkan kemudahan yang disediakan bagi tujuan ulang kaji dan persediaan menghadapi peperiksaan akhir. Semoga inisiatif ini dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih selesa, meningkatkan fokus serta menyokong kecemerlangan akademik para pelajar. “Gunakan masa anda dengan sebaiknya. Ulang kaji hari ini, kejayaan pasti milik anda.” 📚✨ Sekian, Terima kasih. “PENYATUAN DEMI KESATUAN” Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia Sesi 2025/2026 Facebook : MPP UPM Instagram : mppupm_official Twitter : MPPUPM TikTok : MPPUPM Telegram : INFO@mppupm LinkedIn : MPP UPM #WeLoveUPM #BerilmuBerbakti #MalaysiaMadani

photo content

#366 (6 JULAI 2026 | 09:20 PM) [ MAKLUMAN MPP UPM SESI 2025/2026 ] [ PEMAKLUMAN RASMI: PINDAAN TARIKH PUTRA PICKLEBALL CHALLENGE (PPC) 2026 - INTER-FAKULTI TOURNAMENT 🏓 ] Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam We Love UPM. Merujuk kepada makluman sebelum ini, pihak jawatankuasa pengelola Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2025/2026 dengan kerjasama Akademi Sukan Universiti Putra Malaysia ingin memaklumkan mengenai PINDAAN TARIKH bagi penganjuran Program Putra Pickleball Challenge (PPC) 2026. Kejohanan yang dijadualkan berlangsung sebelum ini terpaksa ditunda ke tarikh baharu atas perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Butiran kemas kini program yang baharu adalah seperti berikut: 📅 Tarikh Asal: 5 Julai 2026 (Ahad) 📆 Tarikh Baharu: 18 Oktober 2026 (Ahad) ⏰ Masa: 7:45 pagi hingga 5:00 petang 🏛️ Tempat: Dewan Serbaguna, Akademi Sukan, UPM 💳 Yuran Penyertaan: RM40.00 sahaja bagi setiap pasukan fakulti Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul rantaian daripada pindaan tarikh ini. Sila ambil maklum bahawa pendaftaran masih lagi dibuka secara rasmi kepada 14 buah fakulti di UPM. Setiap fakulti dibenarkan menghantar wakil bagi dua kategori utama iaitu Kategori Beregu Lelaki dan Kategori Beregu Perempuan. 🔗 Pautan Pendaftaran: https://forms.gle/wmUaYTq7ephDdofLA 🏆 Antara kelebihan dan anugerah yang kalian akan dapat dengan menyertai program ini: 🥇 Piala Pusingan & Medal untuk Pasukan Terbaik 🥈 Medal Kejohanan (Johan, Naib Johan, dan Tempat Ke-3) 🎟️ Merit Universiti disediakan untuk pelajar UPM 📜 Sijil Penyertaan Digital (E-Sijil) disediakan 🏓 Peralatan Disediakan Sebarang pertanyaan atau maklum balas lanjut, sila hubungi: 🧑🏻‍💻 Sdr. Iman: https://wa.me/601121752835 👩🏻‍💻 Sdri. Tasya: https://wa.me/601139870223 Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak Saudara/Saudari amatlah kami hargai. Sekian, Terima kasih. “PENYATUAN DEMI KESATUAN” Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia Sesi 2025/2026 Facebook : MPP UPM Instagram : mppupm_official Twitter : MPPUPM TikTok : MPPUPM Telegram : INFO@mppupm LinkedIn : MPP UPM #WeLoveUPM #BerilmuBerbakti #MalaysiaMadani

photo content

#365 (6 JULAI 2026 | 04:30 PM) [ MAKLUMAN MPP UPM SESI 2025/2026 ] [ 📚 SELAMAT MENJALANI MINGGU ULANGKAJI 📚 ] Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam We Love UPM. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (MPPUPM) ingin mengucapkan Selamat Menjalani Minggu Ulangkaji kepada seluruh warga pelajar UPM bermula 6 Julai 2026. Gunakan tempoh ini sebaik mungkin untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan akhir. Susun jadual ulang kaji dengan baik, jaga kesihatan fizikal dan mental, serta pastikan mendapat rehat yang mencukupi agar dapat memberikan prestasi terbaik. Semoga segala usaha, doa dan pengorbanan sepanjang semester ini dipermudahkan serta membuahkan hasil yang cemerlang. Teruskan berusaha, kekal bersemangat dan percaya pada kemampuan diri. MPPUPM mendoakan semoga seluruh mahasiswa dipermudahkan urusan dan dikurniakan kejayaan dalam peperiksaan. 📖✨ Sekian, Terima kasih. “PENYATUAN DEMI KESATUAN” Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia Sesi 2025/2026 Facebook : MPP UPM Instagram : mppupm_official Twitter : MPPUPM TikTok : MPPUPM Telegram : INFO@mppupm LinkedIn : MPP UPM #WeLoveUPM #BerilmuBerbakti #MalaysiaMadani

photo content

#364 (6 JULAI 2026 | 01:45 PM) [ MAKLUMAN MPP UPM SESI 2025/2026 ] [ BORANG KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN SBE UPM ] Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam We Love UPM. Pihak Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SBE) UPM kini membuka Borang Kajian Kepuasan Pelanggan bagi semua warga SBE. Tujuan kajian ini adalah untuk menambahbaik kualiti penyampaian perkhidmatan di SBE. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM menghebahkan saluran ini sebagai satu inisiatif memperkasakan saluran maklum balas secara terus ke pihak SBE agar lebih ramai mahasiswa mengetahui dan dapat menyuarakan pandangan. 📍Pautan borang: https://docs.google.com/forms/u/0/d/e/1FAIpQLSdr8Gk3SyQmwiWTczfHiHdfIbA3odRXxTZ6KvmG5en0dXNy2w/viewform?usp=send_form&pli=1&authuser=0 Sekian, terima kasih. “PENYATUAN DEMI KESATUAN” Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia Sesi 2025/2026 Facebook : MPP UPM Instagram : mppupm_official Twitter : MPPUPM TikTok : MPPUPM Telegram : INFO@mppupm LinkedIn : MPP UPM #WeLoveUPM #BerilmuBerbakti #MalaysiaMadani

photo content

#363 (4 JULAI 2026 | 11:00 PM) [ MAKLUMAN MPP UPM SESI 2025/2026 ] [ TINJAUAN MAKLUM BALAS PENGALAMAN, TAHAP KEPUASAN, DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN DI PUTRA FOOD COURT (PFC) ] Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam We Love UPM. Medan Selera Putra (PFC) kini telah dibuka semula! Sehubungan itu, Exco Kebajikan dan Kesihatan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM ingin mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada seluruh warga pelajar mengenai pengalaman, tahap kepuasan serta cadangan penambahbaikan terhadap kemudahan, perkhidmatan dan suasana di PFC. 📌 Maklum balas anda amat penting dan akan dijadikan rujukan oleh MPP UPM untuk disampaikan kepada pihak pengurusan universiti bagi tujuan penambahbaikan Medan Selera Putra (PFC). 🤝 Setiap pandangan anda mampu menyumbang kepada penyediaan kemudahan yang lebih selesa, berkualiti dan mesra pelajar. 📢 Jom luangkan beberapa minit untuk berkongsi pandangan anda! Suara anda, keutamaan kami. “PENYATUAN DEMI KESATUAN” Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia Sesi 2025/2026 Facebook : MPP UPM Instagram : mppupm_official Twitter : MPPUPM TikTok : MPPUPM Telegram : INFO@mppupm LinkedIn : MPP UPM #WeLoveUPM #BerilmuBerbakti #MalaysiaMadanin

photo content

#362 (30 JUN 2026 | 08:15 PM) [ MAKLUMAN MPP UPM SESI 2025/2026 ] [ 📣✨LESEN NotebookLM ENTERPRISE @ UPM PERCUMA✨📣 ] Assalam
#362 (30 JUN 2026 | 08:15 PM) [ MAKLUMAN MPP UPM SESI 2025/2026 ] [ 📣✨LESEN NotebookLM ENTERPRISE @ UPM PERCUMA✨📣 ] Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam We Love UPM. 🚀 Daftar PERCUMA NotebookLM Enterprise buat semua Mahasiswa UPM ! https://forms.gle/WQB8xhFT2uGFofnc9 🎁 Lesen adalah PERCUMA sepenuhnya, jangan lepaskan peluang ni! Mohon bantu share hebahan ni kepada semua mahasiswa supaya lebih ramai dapat manfaat dari peluang ni 🤩 📞Maklumat Lanjut Hubungi AI Ambassador UPM - 011-35180912 (Aziem) Terima kasih! 🚀 Sekian, Terima Kasih. “PENYATUAN DEMI KESATUAN” Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia Sesi 2025/2026 Facebook : MPP UPM Instagram : mppupm_official Twitter : MPPUPM TikTok : MPPUPM Telegram : INFO@mppupm LinkedIn : MPP UPM #WeLoveUPM #BerilmuBerbakti #MalaysiaMadani

#361 (28 JUN 2026 | 12:30 PM) [ MAKLUMAN MPP UPM SESI 2025/2026 ] [ 🚨 CINTAN & SNEK KU DATANG KE KOLEJ CANSELOR! 🚨 ] Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam We Love UPM. 🍜 Jom jadi antara yang terawal mencuba *Mi Springy Kenyal Ori Cintan* yang baharu! 🫔 Snek Ku turut hadir untuk memeriahkan program dengan pelbagai aktiviti dan cabaran menarik! 📅 Tarikh: 28 Jun 2026 (Ahad) 🕚 Masa: 11.00 pagi – 5.00 petang 📍 Tempat: Dewan Sri Pulasan, Kolej Canselor 🔥 Cabaran Menarik Menanti Anda! 🍡 Fish Ball Challenge 🎮 Mania Challenge ⚽ Juggling Challenge 👑 Perebutan Raja Bantal 🎁 Dan banyak lagi aktiviti menyeronokkan! 🏆 Menangi hadiah-hadiah menarik dan lumayan! ✨ Merit Kolej untuk warga Kolej Canselor ✨ Merit Universiti untuk semua warga UPM 📢 Bawa kawan-kawan anda dan meriahkan program ini! Jangan lepaskan peluang untuk makan, bermain dan menang hadiah dalam satu hari! Sekian, Terima kasih. “PENYATUAN DEMI KESATUAN” Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia Sesi 2025/2026 Facebook : MPP UPM Instagram : mppupm_official Twitter : MPPUPM TikTok : MPPUPM Telegram : INFO@mppupm LinkedIn : MPP UPM #WeLoveUPM #BerilmuBerbakti #MalaysiaMadani

photo content
+1

#360 (28 JUN 2026 | 08:00 AM) [ MAKLUMAN MPP UPM SESI 2025/2026 ] [ SPORTS MATTERS: FOOTBALL FEVER EPISODE 2 ] Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam We Love UPM. Sinar Harian menjemput mahasiswa/i Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menyertai program Sports Matters: Football Fever – Episod 2: Underdog Watch & Group Stage Review yang akan diadakan seperti ketetapan berikut: 📅 Tarikh: 2 Julai 2026 (Khamis) 🕐 Masa: 1.00 tengah hari – 4.00 petang 📍 Tempat: Studio F, Karangkraf Headquarters Program ini merupakan sesi studio secara langsung yang membincangkan perkembangan dan ulasan Piala Dunia FIFA 2026 bersama panel jemputan. Maklumat penyertaan: ✅ Makanan tengah hari disediakan. ❌ Tiada pengangkutan disediakan. ❌ Tiada surat pengecualian kuliah akan disediakan. 👥 Penyertaan terhad kepada 10 orang pelajar UPM sahaja dan akan dipilih berdasarkan siapa cepat, dia dapat (first come, first served). Mahasiswa/i yang berminat boleh mengimbas kod QR pada poster atau membuat pendaftaran melalui pautan yang disediakan. Pelajar yang mendaftar diharapkan dapat memberikan komitmen penuh untuk hadir sepanjang program berlangsung. Sekian, Terima kasih. “PENYATUAN DEMI KESATUAN” Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia Sesi 2025/2026 Facebook : MPP UPM Instagram : mppupm_official Twitter : MPPUPM TikTok : MPPUPM Telegram : INFO@mppupm LinkedIn : MPP UPM #WeLoveUPM #BerilmuBerbakti #MalaysiaMadani

photo content

#360 (27 JUN 2026 | 05:40 PM) [ MAKLUMAN MPP UPM SESI 2025/2026 ] [ 📣✨LESEN NotebookLM ENTERPRISE @ UPM PERCUMA✨📣 ] Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam We Love UPM. 🚀 Daftar PERCUMA NotebookLM Enterprise buat semua Mahasiswa UPM ! https://forms.gle/WQB8xhFT2uGFofnc9 🎁 Lesen adalah _PERCUMA_ sepenuhnya, jangan lepaskan peluang ni! Mohon bantu share hebahan ni kepada semua mahasiswa supaya lebih ramai dapat manfaat dari peluang ni 🤩 📞Maklumat Lanjut Hubungi AI Ambassador UPM - 011-35180912 (Aziem) Terima kasih! 🚀 Sekian, Terima Kasih. “PENYATUAN DEMI KESATUAN” Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia Sesi 2025/2026 Facebook : MPP UPM Instagram : mppupm_official Twitter : MPPUPM TikTok : MPPUPM Telegram : INFO@mppupm LinkedIn : MPP UPM #WeLoveUPM #BerilmuBerbakti #MalaysiaMadani

photo content

#359 (27 JUN 2026 | 04:00 PM) [ MAKLUMAN MPP UPM SESI 2025/2026 ] [ 🎓 TAHNIAH & SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU PROGRAM ASASI SAINS PERTANIAN SESI 2026/2027 🎓 ] Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam We Love UPM. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (MPPUPM) ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu Program Asasi Sains Pertanian sesi 2026/2027 ke keluarga besar Universiti Putra Malaysia. 🎉 Selamat melangkah ke fasa baharu yang penuh dengan ilmu, pengalaman dan cabaran. Semoga perjalanan anda di UPM menjadi titik permulaan kepada kejayaan yang lebih besar, di samping membina persahabatan yang bermakna serta kenangan yang tidak dilupakan. ✨ Manfaatkan setiap peluang yang hadir, teruskan berusaha dan jadilah mahasiswa yang berilmu, berdaya saing serta memberi manfaat kepada masyarakat. 🌿 Sekali lagi, tahniah dan selamat datang ke UPM! ❤️ Sekian, Terima kasih. “PENYATUAN DEMI KESATUAN” Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia Sesi 2025/2026 Facebook : MPP UPM Instagram : mppupm_official Twitter : MPPUPM TikTok : MPPUPM Telegram : INFO@mppupm LinkedIn : MPP UPM #WeLoveUPM #BerilmuBerbakti #MalaysiaMadani

photo content

#358 (26 JUN 2026 | 02:00 PM) [ MAKLUMAN MPP UPM SESI 2025/2026 ] [ HEBAHAN: TINJAUAN KEPERLUAN PENGANGKUTAN BAS BAGI MAHASISWA/I JOHOR UNTUK PULANG MENGUNDI ] Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam We Love UPM. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (MPPUPM) ingin mendapatkan maklum balas daripada mahasiswa/i UPM yang berasal dari Johor berkenaan keperluan pengangkutan bas untuk tujuan pulang mengundi. Sehubungan itu, mahasiswa/i yang terlibat diminta untuk mengisi tinjauan yang disediakan bagi membantu pihak MPPUPM mengenal pasti keperluan dan jumlah permintaan pengangkutan. 📅 Tarikh perjalanan: 26 Jun 2026 Kerjasama dan maklum balas anda amat dihargai bagi memastikan kebajikan mahasiswa terus diberi perhatian. 📌 Imbas kod QR pada poster untuk mengisi tinjauan. Sekian, Terima kasih. “PENYATUAN DEMI KESATUAN” Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia Sesi 2025/2026 Facebook : MPP UPM Instagram : mppupm_official Twitter : MPPUPM TikTok : MPPUPM Telegram : INFO@mppupm LinkedIn : MPP UPM #WeLoveUPM #BerilmuBerbakti #MalaysiaMadani