cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

Ahlul Khidmah Channel 🇲🇾

🇲🇾 Ikuti Kami untuk Info Kalam Nasihat ۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

نمایش بیشتر
پست‌های تبلیغاتی
1 184
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
-27 روز
-330 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

Assalamualaikum pencinta ilmu ☺️ InsyaAllah pengajian kita yang pertama akan bermula pada malam ini, Khamis (4 Julai 2024) Sila klik link Google Meet yang diberikan untuk masuk ke ruangan pengajian: https://meet.google.com/opw-sdcn-ryv Berikut adalah tertib pengajian : 9.00 malam : Bacaan Ratib Al-Attas 9.15 malam - 10.30 malam : Pengajian kitab Safinah An-Naja Peringatan mesra kepada semua jamaah ; - Sentiasa berpakaian menutup aurat bagi lelaki dan perempuan dengan sempurna sepanjang pengajian dijalankan - Bersedia awal sebelum pengajian bermula - Disarankan kepada semua jamaah agar membuka kamera sepanjang pengajian dijalankan. Walaupun kita tidak mengaji secara bertalaqqi atau bersemuka secara langsung, tetapi kita mengambil barokah pengajian secara bersemuka didalam talian. Dan ini juga bertujuan agar jamaah sentiasa menjaga adab kepada guru dan adab sebagai penuntut ilmu sepanjang pengajian. - Sebarang pertanyaan sepanjang pengajian boleh diajukan di ruangan "chat" dan Ustaz akan memberi jawapan dihujung pengajian. Dan disarankan kepada semua jamaah bertanya soalan berdasarkan tajuk yang berkaitan pada masa itu sahaja. Ini bertujuan untuk mengelakkan gangguan pembelajaran dan ketidakcukupan masa. Kerjasama anda sangat-sangat kami hargai. Sertai "Whatsapp Channel" Dar Al-Yusufi bagi mengikuti sebarang info, hebahan dan perkongsian ilmu. Link; https://whatsapp.com/channel/0029VaJPLWbAjPXIr5pJsU31 Semoga Allah merahmati dan memberi futuh kepada semua sepanjang proses menuntut ilmu 🤲🏻 جزاكم الله خيرا بارك الله فيكم حيّاكم الله من معرفة BERADAB.BERILMU.BERAMAL
نمایش همه...

Real-time meetings by Google. Using your browser, share your video, desktop, and presentations with teammates and customers.

Photo unavailableShow in Telegram
Pandangan Imam Malik dengan Imam Syafi'i mengenai rezeki Imam Malik (Guru Imam Syafi'i) berkata, “Sesungguhnya rezeki itu datang tanpa sebab, cukuplah bertawakkal kepada Allah, Allah pasti akan beri rezeki. Lakukan bahagian anda dan biarkan Tuhan mengendalikan yang lain ” Imam Syafii bertanya, “Jika burung tidak keluar dari sangkarnya, bagaimanakah ia mendapat rezeki? Guru dan pelajar sama-sama tetap teguh pada pendapat masing-masing. Suatu ketika Imam Syafii berjalan-jalan dan ternampak sekumpulan petani menuai anggur. Beliau juga membantu mereka. Selepas kerja-kerja beliau selesai, Imam Syafii menerima ganjaran berupa beberapa tangkai anggur. Imam Syafii gembira bukan kerana mendapat anggur, tetapi kerana pemberian itu menguatkan pendapatnya. Imam Syafi'i akhirnya bergegas berjumpa dengan gurunya Imam Malik. Meletakkan semua anggur yang dia dapat, dia beritahu, dan sedikit keraskan ayatnya, “Kalaulah saya tidak keluar dari pondok dan melakukan sesuatu (membantu menuai), anggur itu tidak akan sampai ke tangan saya. Mendengar kata-kata Imam Syafi'i, gurunya Imam Malik tersenyum sambil mengambil anggur dan merasainya. Kemudian Imam Malik berkata dengan lembut, “Hari ini saya tidak keluar rumah, hanya mengambil kerja sebagai guru, dan berfikir sedikit jika pada hari yang panas ini saya dapat menikmati sedikit buah anggur. Tiba-tiba awak datang membawa saya sedikit anggur segar. Bukankah ini juga sebahagian daripada rezeki yang datang tanpa sebab. Cukup dengan tawakkal kepada Allah, Allah pasti akan beri rezeki. Lakukan bahagian anda dan biarkan Allah uruskan yang lain. Akhirnya cikgu dan murid ketawa sesama sendiri. Begitulah cara para ulama melihat perbezaan, bukan dengan menyalahkan orang lain dan hanya membenarkan pendapat mereka. Semoga ia menjadi pengajaran kepada kita semua. http://t.me/AhlulKhidmahChannel
نمایش همه...
HADIS : AMALAN KE SYURGA DENGAN SELAMATA عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ سَلَامٍ قَالَ: لَمَّا قَدِمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ  اِنْجَفَلَ النَّاسُ إِلَيْهِ  وَقِيْلَ : قَدِمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  فَجِئْتُ فِي النَّاسِ لِأَنْظُرَ إِلَيْهِ  فَلَمَّا اسْتَبَنْتُ وَجْهَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَرَفْتُ أَنَّ وَجْهَهُ لَيْسَ بِوَجْهٍ كَذَّابٍ  فَكَانَ أَوَّلَ شَيْءٍ تَكَلَّمَ بِهِ أَنْ قَالَ: ( يَا أَيُّهَا النَّاسُ  أَفْشُوْا السَّلَامَ  وَأَطْعِمُوْا الطَّعَامَ  وَصِلُوْا الْأَرْحَامَ  وَصَلُّوْا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ  تَدْخُلُوْا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ). Daripada ‘Abdullah bin Salâm, ia berkata: “Ketika Rasûlullâh ﷺ datang ke Madinah, orang-orang segera pergi menuju kepada baginda (kerana ingin melihatnya). Ada yang mengatakan: Rasûlullâh ﷺ telah datang, lalu aku mendatanginya ditengah kerumunan orang ramai untuk melihatnya. Ketika aku melihat wajah Rasûlullâh ﷺ, aku mengetahui bahawa wajahnya bukanlah wajah pembohong. Perkara pertama yang baginda ucapkan adalah: ‘Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makan, sambungkan silaturrahim, dan solatlah di waktu malam ketika orang lain sedang tidur, nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat.” (Sunan Tirmidzi no: 2485) Status: Hadis Hasan Sahih Huraian hadis : 1. Islam itu cantik dan indah. Abdullah bin Salam tertarik dan masuk Islam kerana melihat keindahan Islam yang ada pada diri Rasulullah ﷺ dan apa yang baginda tuturkan. 2. Jadikanlah diri kita sebagai qudwah atau contoh ikutan melalui dakwah bil hal dengan keindahan dan kecantikan Islam pada diri kita. 3. Antara amalan yang menempatkan seseorang kedalam syurga adalah : • Menyebarkan salam iaitu selalu mengucapkan salam setiap kali bertemu sesama Muslim. Seorang Muslim yang tidak mahu mengucapkan salam setiap kali bertemu dianggap bakhil. Nabi ﷺ bersabda : أَعْجَزُ النَّاسِ مَنْ عَجِزَ فِيْ الدُّعَاءِ وَأَبْخَلُ النَّاسِ مَنْ بَخِلَ بِالسَّلاَمِ. Selemah-lemah manusia adalah orang yang lemah (malas) berdoa kepada Allâh, dan sebakhil-bakhil manusia adalah orang yang bakhil mengucapkan salam (HR Thabarani dalam Mu’jamul Ausath (no. 5587) dan lainnya. Lihat Silsilah al-Ahâdîts ash-Shahîhah (no. 601). Status: Hadis Hasan • Memberi makan kepada orang yang memerlukan seperti tetamu, jiran tetangga atau orang yang memerlukan. Orang yang memberi atau bersedekah, nescaya Allah akan menambahkan rezeki kepadanya. Hadis Nabi ﷺ menyebutkan: مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ … Sedekah tidak mengurangi harta…  (Sahîh Muslim No. 2588). أَنْفِقْ أُنْفِقْ عَلَيْكَ Berinfaqlah! Niscaya Aku akan berinfaq kepadamu.  (Sahîh Bukhâri No: 4684) • Menyambung silaturahim dengan semua kerabat sama ada melalui perkataan, perbuatan, dan tingkahlaku. Al-Arhâm adalah jamak dari rahim. Maksudnya kerabat yang memiliki hubungan kekeluargaan dari ibu atau bapa, seperti datok, nenek, bapa saudara, ibu saudara, sepupu dan lain-lain. Allâh SWT berfirman : وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ Bertakwalah kepada Allâh yang dengan nama-Nya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan [an-Nisâ’/4:1] Silaturrahim merupakan sebab masuk syurga. Memutuskan silaturrahim menyebabkan laknat dan jauh dari rahmat Allâh Azza wa Jalla . • Solat di waktu malam, ketika manusia sedang tidur. Ia mencakupi solat wajib, seperti ‘Isya dan Subuh, juga mencakupi solat sunat malam, kerana malam adalah waktu orang tidur. Kredit : Perkongsian 1 Hari 1 Hadis https://t.me/AhlulKhidmahChannel
نمایش همه...
Ramai orang tidak menyedari kepentingan talaqqi berguru. Mereka lebih suka mengutip ilmu daripada Syeikh Google dan Youtube sahaja tanpa berusaha mencari guru yang sebenar. Keadaan ini sangat membimbangkan kerana akan melahirkan penuntut ilmu yang kurang adabnya dengan guru. 5 Kelebihan Talaqqi Berguru. 1. Kefahaman yang lebih mendalam: Interaksi secara langsung bersemuka dengan guru membolehkan murid memperoleh huraian yang lebih terperinci dan contoh-contoh yang konkrit, lantas membantu mencapai kefahaman yang lebih mendalam terhadap ilmu yang diajar. 2. Pembetulan serta-merta : Guru berupaya membetulkan kesilapan atau salah faham murid dengan serta-merta, sekali gus mencegah kesilapan tersebut daripada menjadi tabiat yang sukar diubah. 3. Penyesuaian kaedah pengajaran : Guru mampu menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut keperluan dan gaya pembelajaran setiap murid secara individu. 4. Dorongan dan ilham : Interaksi langsung dengan guru yang berpengalaman luas boleh memberikan dorongan dan ilham kepada murid untuk terus menuntut ilmu dan mengembangkan diri. 5. Pemupukan akhlak dan adab : Selain daripada ilmu pengetahuan, murid juga berpeluang mempelajari akhlak dan adab secara langsung daripada guru, yang merupakan aspek penting dalam pendidikan Islam tradisional.
نمایش همه...
Adab-Adab Bersahabat ✨ Seorang sahabat mestilah menjaga adab-adab terhadap sahabatnya, iaitu bahawa ia: 1. Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya. Jikalau ia tidak kuasa berbuat demikian maka sekurang-kurangnya hendaklah ia memberikan kepada sahabatnya apa-apa yang lebih dari hajat dirinya. 2. Menolong sahabat dengan diri pada segala hajatnya dengan cara bersegera, sebelum berkehendak sahabatnya bahawa ia meminta tolong akan dia. 3. Menyembunyikan rahsia sahabatnya. 4. Menutup keaiban sahabatnya. 5. Berdiam daripada menyampaikan perkataan orang lain yang mencela sahabatnya. 6. Menyampaikan segala perkataan orang lain yang memuji akan sahabatnya. 7. Mendengarkan dengan baik akan perkataan sahabatnya ketika ia bercakap-cakap. 8. Meninggalkan berbantah dengan sahabatnya. 9. Memanggil sahabatnya dengan nama yang terlebih disukainya. 10. Memuji sahabatnya dengan apa yang diketahui daripada kebaikannya. 11. Berterima kasih kepada sahabatnya atas segala kebaikannya. 12. Mencegahkan orang lain apabila ia mahu mengumpat sahabatnya seperti ia membela dirinya sendiri. 13. Memberi nasihat dengan cara yang lemah lembut dan dengan bahasa yang halus apabila ia berkehendak menasihati sahabatnya. 14. Memaafkan dari kesilapan dan kesalahan sahabatnya, maka janganlah ia mencelanya. 15. Mendoakan sahabatnya apabila ia duduk bersendirian, ketika sahabatnya itu masih hidup ataupun setelah ia mati. 16. Mengekalkan kecintaan terhadap keluarga sahabatnya setelah kematian sahabatnya. 17. Jangan suka memberatkan sahabatnya dengan beban dan tanggungjawab, bahkan hendaklah ia meringankan darinya supaya ia sentiasa senang hati kepadanya. 18. Menyatakan rasa kesukaan dengan segala yang menyukakan hati sahabatnya, dan juga menyatakan rasa kesusahan pada segala yang menyusahkan hati sahabatnya. 19. Menyamakan antara hakikat kecintaan yang wujud di dalam hati dengan apa yang nampak di luar, maka dengan itu barulah kecintaan itu dianggap benar. 20. Memulakan memberi dalam ketika ia menemui sahabatnya. 21. Meluaskan tempat duduk kepada sahabatnya ketika ia masuk ke dalam majlis. Dan hendaklah ia berpindah dari tempat duduknya itu ke tempat yang lain ketika ia tidak dapat berbuat demikian. 22. Hendaklah ia bangkit mengantarkan sahabatnya itu (sehingga sampai ke pintu rumahnya) ketika ia keluar dari rumahnya. 23. Hendaklah ia berdiam ketika sahabatnya bercakap-cakap sehingga ia selesai dari percakapannya dan janganlah ia suka mencelah ketika sahabatnya sedang bercakap-cakap. Ringkas kata, hendaklah seorang sahabat itu bermu’amalah atau bergaul dengan sahabatnya seperti cara yang ia suka orang lain bermu’amalah dengannya. Maka sesiapa yang tidak mencintai untuk sahabatnya akan sesuatu yang ia cintai bagi dirinya sendiri, maka persahabatannya masih tidak ikhlas dan masih mempunyai anasir-anasir (tanda-tanda) munafik dan persahabatan itu akan membawa kebinasaan di dunia dan di akhirat. Maka inilah adab-adab yang mesti engkau jaga pada hak saudaramu yang engkau jadikan dia sebagai sahabat karib. Imam Al Ghazali Rahimullahu Taala.
نمایش همه...
Zulhijjah dan Keutamaan Tahukah kita, pelbagai peluang istimewa sedang menanti kita pada bulan Zulhijjah khususnya pada 10 hari pertama. Rugilah jika hari-hari yang penuh keutamaan dan kemuliaan ini berlalu begitu sahaja.  Antara kelebihan di bulan Zulhijjah; 1.  Keutamaan Beramal Soleh Pada 10 Awal Zulhijjah Rasulullah SAW bersabda: عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ Daripada Ibnu Umar RA, dari Nabi SAW baginda bersabda: Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini (1 – 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid. (Musnad Ahmad No: 5879) Hadis Hasan Amal soleh pada hari-hari awal 10 Zulhijjah (1 hingga 10 Zulhijjah) tidak terbatas. Ia meliputi solat, puasa, sedekah, bacaan al-Quran, zikir, berdoa, bertaubat, tahmid, takbir, tahlil, amar makruf nahi mungkar, tolong-menolong untuk kebaikan, menyebarkan ilmu, menyantuni anak yatim, membantu orang yang kesusahan, memberikan makan kepada fakir miskin dan seumpamanya. 2.  Puasa Sunat Arafah Menghapuskan Dosa Dua Tahun Rebutlah kelebihan untuk berpuasa sunat hari Arafah. Rasulullah SAW bersabda: عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ... أَهْلُ الْعِلْمِ صِيَامَ يَوْمِ عَرَفَةَ إِلَّا بِعَرَفَة Daripada Abu Qatadah bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Puasa hari 'Arafah -saya berharap dari Allah- dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya." Para ulama mensunnahkan puasa 'Arafah kecuali jika berada di 'Arafah. (Sunan Tirmizi No: 680) Hadis Sahih 3.  Hari Arafah Antara Sebaik-baik Waktu dan Tempat Berdoa Satu daripada kelebihan pada Hari Arafah selain berpuasa sunat ialah waktu berdoa. Sabda Rasulullah SAW; عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, Nabi SAW bersabda: Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah: "LAA ILAAHA ILLALLAHU WAHDAHUU LAA SYARIIKALAHU LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WAHUWA 'ALAA KULLI SYAI'IN QADIIR (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi–Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu)”. [HR. Tirmizi no. 3509]. Hadis Hasan. 4.  Ibadah Korban Adalah Amal Yang Lebih Disukai Allah Pada Aidil Adha Amalan yang Allah lebih suka kepada hambanya pada Hari Raya Aidil Adha ialah melaksanakan ibadat korban. Sabda Rasulullah SAW; عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ إِنَّهَا لَتَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنْ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنْ الْأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا Daripada Aishah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada amal keturunan Adam yang lebih disukai Allah pada ‘Edul Adha selain menyembelih korban. Sesungguhnya binatang itu akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, kuku, dan bulunya. Sesungguhnya darah korban lebih dahulu menitik di satu tempat di sisi Allah sebelum ia menitik ke bumi. Oleh itu elokkan dirimu dengan melakukannya” (Sunan Tirmizi No:1413) Status: Hadis Hasan Marilah kita merebut pelbagai kelebihan yang ada pada bulan Zulhijjah ini.
نمایش همه...
Kapsul Tazkirah

Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.

Mudah-mudahan ajaran seperti ini berada di dalam kerangka Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mengembalikan rasa persaudaraan antara Muslimin sesama Muslimin, Muslimin dengan para a'immah dan ulil amri mereka, mengelakkan diri daripada budaya benci-membenci, dalam rangka al-din al-nasihat bi'a'immatil Muslim wa li'ammatihim serta Muslimin dengan pihak lain dalam memberi contoh tentang kecantikan Islam dan keunggulannya. Amin. Wallahu a'lam. (Al-Fatihah kepada tokoh pemikir dan ilmuwan Islam yang sangat berjasa, Syeikh Dr Muhammad Uthman El-Muhammady yang kembali ke rahmatullah pada 26 Mac 2013 dalam usia 70 tahun. AL-FATIHAH.)
نمایش همه...
Demikian pula cara-cara zikir yang disebut itu adalah hasil pengalaman mereka yang mempunyai kewenangan dari segi kerohanian dan keagamaan dalam umat ini; sepatutnya itu juga tidak menjadi masalah. Demikian juga sepatutnya tidak timbul sikap memandang ajaran sedemikian sebagai ajaran yang tidak mengikut sunnah Nabi Sallallahu alaihi wasallam sebab ajarannya adalah berdasarkan Quran, sunnah dan pengalaman mereka yang muktabar dalam Ahli Sunnah wal-Jamaah. Ringkasnya, dalam zaman kegawatan rohaniah dan akhlak, kitab seperti ini perlu dijadikan bahan pengajian dan amalan masyarakat. Sudah tentu orang yang memberi pengajaran itu adalah peribadi yang mempunyai persiapan yang sewajarnya supaya tidak timbul salah penafsiran terhadap isi kandungannya. BUKAN HANYA UNTUK ORANG ZAMAN DAHULU Termasuk dalam perkara yang perlu diawasi adalah tanggapan bahawa ajaran yang sedemikian adalah untuk orang zaman dahulu yang banyak masa lapang untuknya beramal; zaman sekarang keadaannya sudah berubah. Ini juga tidak perlu timbul sebab memang diajarkan oleh syeikh ini (dalam Sairus Salikin) bahawa amalan-amalan wirid seseorang itu hendaklah sesuai dengan cara hidupnya. Jika dia sebagai guru maka jagalah tugasnya dalam pengajaran yang mesti dilaksanakan, lalu dia menyusun masanya untuk zikir-zikir dan wirid-wiridnya. Jika seseorang itu sebagai murid yang mempelajari ilmu yang berguna, sama ada ilmu agama atau ilmu umum yang bermanfaat, cari dan susunlah masa untuk zikir dan wiridnya. Kalau dia orang yang berkeluarga dan mempunyai pekerjaan untuk saraan mereka, maka susunlah masa dan carilah peluang supaya kerjanya berjalan dan zikir serta wiridnya terlaksana dengan baik. Sekiranya dia seorang penjawat awam yang mempunyai urusan dengan masyarakat, carilah masa dan susunlah masa yang sesuai dengan keadaan hidupnya. Asal jangan hidup dalam kelalaian. Kalau dia seorang yang ahli dalam bidang tauhid yang tenggelam dalam pengalaman ketauhidannya, atau ia 'abid yang mempunyai peluang sebesar-besarnya untuk ibadah, dan tidak diganggu oleh perkara-perkara lain dan tidak menyusahkan orang lain, maka dia hidup dengan melaksanakan wirid-wirid dan zikir-zikir yang munasabah dengannya. Apa yang penting, kita mahu ahli masyarakat Islam hidup dalam keadaan ingat kepada Allah sama ada dia guru, atau murid, atau orang berkeluarga dengan kerjanya, penjawat awam, atau 'abid, atau ahli tauhid yang tenggelam dalam pengalaman rohaninya yang sahih. Mudah-mudahan Allah menjadikan kita semua dalam kalangan mereka yang taat kepada-Nya, yang mengingati-Nya dan yang melakukan amal kebaikan kepada sekalian makhluk-Nya. Amin. KITAB YANG DIPERLUKAN DAHULU, SEKARANG DAN AKAN DATANG Kembali kepada isi kandungan kitab ini yang sedemikian kental, padat tetapi mencakupi tarbiyah dan ta'dib bagi insan Muslim, ia adalah kitab yang perlu dihadamkan isi kandungannya dan diamalkan ajarannya. Ia diperlukan dahulu, sekarang dan akan datang, sebab risalah ajarannya benar dari dahulu, sekarang dan akan datang, kerana dasar-dasar ajaran dan nilai-nilainya adalah kekal abadi dan serasi dengan ajaran dan fitrah agama dan diri manusia. UBAT MUJARAB MENDEPANI KEROSAKAN ZAMAN Ia bagaikan ubat mujarab bagi penyakit kerohanian yang melanda manusia zaman ini, apa lagi ditambah dengan pelbagai falsafah yang mengelirukan seperti falsafah dalam Islam liberal, Islam inklusif dan pelbagai macam bid'ah dhalalah yang sedang melanda umat masa kini. Maka ajaran kerohanian dan akhlak dalam kitab Hidayatus Salikin dan seumpamanya adalah ubat yang mujarab untuk membantu kita mendepani kerosakan zaman seperti ini. Kita perlu menyokong penerusan pengajaran dan pengembangan ajarannya, malah menyokong institusi-institusi yang menjayakannya sama ada yang melibatkan tarikat atau tidak.
نمایش همه...
KUPASAN ISI KITAB HIDAYATUS SALIKIN (Pada akhir tahun lalu, Syeikh Dr Muhammad Uthman El-Muhammady diminta menyumbang buah fikiran pada Seminar Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani sempena Pengajian Akbar Kitab Hidayatus Salikin di Banjarbaru, Kalimantan Selatan. Bagaimanapun, beliau tidak dapat hadir. Hanya rakaman bicara beliau yang ditayangkan dan diperdengarkan kepada peserta pengajian. Beliau juga mengirim kertas kerja yang berbicara secara khusus mengenai kitab Hidayatus Salikin sebagai teks pengajian dan bagaimana besarnya pengaruh kitab ini dalam membentuk keperibadian dan aspek kerohanian masyarakat Islam sejak dahulu, sekarang dan insya-Allah pada masa akan datang. Di bawah ini petikan kupasan beliau.) Semenjak dahulu hingga sekarang, kita tidak tahu berapa kali sudah kitab Hidayatus Salikin ini dicetak, oleh siapa dan di mana; ia dicetak di Mesir, di India, Singapura, Indonesia, Selatan Thailand (yang berada di tangan saya sekarang adalah terbitan Maktabah wa Matba'ah Muhammad al-Nahdi dan anak-anaknya di Selatan Thailand). Apa pun juga, jelas bahawa kitab ini tersebar semenjak dahulu hingga sekarang ini. Ini membuktikan ia bertuah dan diberkati Allah serta berkesan mendidik umat dalam bidang ini dahulu hingga sekarang; di pondok-pondok di Malaysia, Thailand, Kemboja, Indonesia, Jawa, Sumatera, Bentan dan lainnya, malah di Kalimantan ia digunakan sebagai teks pengajian. Di masjid-masjid, madrasah-madrasah, ia dijadikan teks pengajian oleh mereka yang menekuni ilmu akhlak dari segi kerohanian yang berdasarkan ajaran Imam Hujjatul Islam al-Ghazali radhiallahu anhu. MENGEMBANGKAN AJARAN IMAM AL-GHAZALI Melalui Hidayatus Salikin dan Sairus Salikin (yang sedang dikembangkan di rantau ini oleh rakan karib kita Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam an-Nadwi) ajaran Imam al-Ghazali dikembangkan. (Berkatkanlah usaha ini ya Allah. Amin.) KEPENTINGAN HIDAYATUS SALIKIN Kepentingan kitab ini boleh difahami daripada isi kandungannya yang disebutkan sebagai terjemahan kitab Imam al-Ghazali, Bidayatul Hidayah, yang isinya mengandungi "ilmu yang bermanfaat di dalam dunia dan di dalam akhirat, maka tidak dapat tiada bagi setiap orang Islam yang mukallaf daripada mengenal akan dia" (muka surat 3). Maka untuk membentangkan ilmu Imam al-Ghazali (berdasarkan kepada Quran, Sunnah, ijmak dan pengalaman mereka yang muktabar dalam umat ini. - penulis) beliau menyatakan, "kasih aku bahawa aku bahasakan akan beberapa masalahnya di dalam kitab ini dengan bahasa Jawi Melayu serta kutambah daripadanya beberapa masalah yang baik-baik tak dapat tiada daripadanya supaya manfaat dengannya orang yang tiada mengetahui baginya bahasa Arab" (muka surat 3). Dengan ini beliau membentangkan ajaran Imam al-Ghazali dengan beberapa tambahan yang telah dibuatnya. Kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam al-Ghazali saya dapati sudah diterjemahkan oleh rakan kita Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam an-Nadwi dan diterbitkan di Kedah; maka gabungan menekuni kitab Bidayatul Hidayah dan Hidayatus Salikin adalah usaha yang amat bermanfaat sekali bagi menyampaikan pendidikan akhlak dan kerohanian cara Ahli Sunnah wal-Jamaah di kalangan kita. Amin. Dan beliau menyebutkan (muka surat 4) bahawa diharapkan ia "memberi manfaat dengannya seperti manfaat dengan asalnya (yakni Bidayatul Hidayah - penulis)." Amin. Kepentingannya boleh difahami daripada isi kandungannya yang berupa ajaran daripada imam utama dalam Ahli Sunnah wal-Jamaah ini. PERINCIAN ISI KANDUNGAN HIDAYATUS SALIKIN (Syeikh Dr Muhammad Uthman El-Muhammady seterusnya mengulas isi kitab Hidayatus Salikin. Ulasan ini membantu kita untuk mengenal lebih dekat dan menyelami apa yang terkandung di dalam kitab yang sangat berkat ini. - Admin) Isinya adalah berkenaan dengan tiga ilmu utama yang mesti difahami dan dihayati setakat fardu ain terlebih dahulu, iaitu ilmu aqidah, ilmu fiqh dan ilmu tasawuf (muka surat 4-8).
نمایش همه...
یک طرح متفاوت انتخاب کنید

طرح فعلی شما تنها برای 5 کانال تجزیه و تحلیل را مجاز می کند. برای بیشتر، لطفا یک طرح دیگر انتخاب کنید.