Study Tips & Notes
رفتن به کانال در Telegram
𝘄︩︪࣪𝗐࣭𝗐.᥉tᥙdᥡtιρ᥉ᥲᥒdᥒ᥆tᥱ᥉.𝗰ֹ۪ᦅ۪ꭑ॒࣪ ★ ━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━ ◍◉◌ キ study stuffs and more !! 🌷 ꤥ helper ፧ @stnofficial_bot ꤥ assistant ፧ @stnlive_bot ω thanks for your support🌷 ◍ ━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━ ◍◉◌
نمایش بیشتر2 788
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
-27 روز
-1530 روز
آرشیو پست ها
2 788
#TIPS BILA RASA DOWN
✨Kita kena yakin dengan diri sendiri. Pandang ke hadapan, jalan lurus. jangan 'tunduk' dengan masa lalu atau kesilapan lalu kita. Betul semua orang ada buat silap, tapi masa tu sudah berlalu, jadi sejarah sudah. Yang mampu dan boleh kita buat adalah belajar dari kesilapan tu dan buat perubahan untuk jadi lebih baik.
✨Setiap hari, Allah SWT bagi kita peluang untuk baiki diri, baiki kesilapan kita, bertaubat atas dosa-dosa kita, bagi kita peluang untuk buat lebih banyak ibadah, amal. jadi, sebagai tanda syukur dengan peluang yang diberi, kita perli bertindak, buat lagi banyak perubahan, ibadah, amal, taubat lebih lagi, supaya kita dapat tebus balik kesilapan lepas, dosa lepas kita, supaya kita boleh jadi lebih baik dari hari sebelum ni.
✨ Berhenti salahkan diri sendiri atas semua kesilapan sebelum ni yang sudah lepas. Betul, sebagai manusia kita tidak lepas dari silap, ada masa kita silap dalam buat pilihan, tapi salahkan diri, kritik diri kita habis-habisan tidak akan ubah benda lepas jadi lebih baik, bahkan boleh tambah burukkan lagi motivasi diri, keyakinan diri. Belajar maafkan diri kita, terima silap kita yang lepas dan buatlah perubahan untuk jadi lebih baik.
✨ Tidak semestinya apa yang orang ramai pilih, buat, sentiasa betul. Ada masa, kita kena ada prinsip sendiri, It's okay to be different. Tidak perlu cemburu atau wajib ikut apa yang orang ramai buat, pilih. Dalam al-Quran pun ada sebut kan, yang jika kamu ikut kebanyakan manusia di dunia ni, nanti sesat. ikut apa yang Allah suka, bukan apa yang makhlukNya suka.
#tips
@studytipsandnotes
2 788
╔══════════════════╗
#TIPS SEMANGAT BELAJAR
╚══════════════════╝
➟ betulkan niat
niat belajar bukan sebab nak pandai tapi belajar lah kerana Allah. niat kena betul, barulah ilmu diberkati.
➟ cari perkara yang memotivasikan
motivasi kena dicari bukan hanya sekadar meminta tips kekal motivasi. contohnya, kita jadikan seseorang sebagai pembakar semangat untuk terus belajar. bukan itu sahaja, dengar motivasi daripada pelbagai sumber juga boleh menjadikan diri kita lebih bermotivasi.
➟ buat vision board
vision board ni merupaka suatu ruangan di mana kita meletakkan segala impian dan cita-cita kita. apabila kita melihatnya setiap hari, ia akan mengingatkan kita tentang objektif kita belajar.
➟ tukar gambar lockscreen kepada perkara yang memotivasikan
contohnya, letak gambar keputusan spm yang cemerlang, universiti impian dan lain-lain.
➟ buat nota yang kemas dan cantik
cara ini juga boleh menjadikan kita rasa suka untuk membuat nota. membuat nita juga merupakan antara kaedah belajar.
🎈 semoga membantu
#tips
@studytipsandnotes
