4 275
مشترکین
-224 ساعت
-67 روز
-5130 روز
آرشیو پست ها
Insyaallah program terbaru kami sempena cuti sekolah. Akan dilancarkan pada 25 Nov 2025, Selasa jam 9 malam di FB dan TikTok.
Menggabungkan elemen-elemen
1. Addin
2. Teen
3. Energatic + Happening
4. Adventure
5. Solat
= *AdDeenVenture Solat Camp*
Membentuk remaja muslim sejati.
Doakan ya.
Assalamualaikum. Saja ingin berkongsi, ini perancangan awal kami untuk program cuti sekolah 2025. Kami fokus pada modul pengukuhan solat dan pembentukan sahsiah. Insyaallah bakal ada 6 lokasi. Khas untuk umur 10 ke 15 tahun.
Ada ibu bapa yang berminat ke?
Repost from N/a
Dalam kes Zara Qairana Mahathir, kita semua tahu ada peguam datang menawarkan khidmat guaman. Ingatkan berbayar. Rupanya PRO BONO.
Pertama kali dengar istilah pro bono tu. Pro Bono tu apa?
Ia adalah servis profesional yang diberikan percuma demi kepentingan sosial.
Jadi kami motivator pun bercadang nak tawarkan khidmat Ceramah Motivasi Pro Bono. Ceramah untuk pelajar sekolah, rendah boleh menengah pun boleh. 1 jam saja percuma. Kita bantu bagi kesedaran tentang jenis-jenis buli, bahaya buli, kalau kena buli apa nak buat, hukuman pada yang membuli, buli siber, hadis Nabi dan ayat Quran tentang buli, supaya lepas dengar pelajar ada kesedaran membenci buli.
Jadi saya nak tanya, ada sini cikgu sekolah yang berminat?
Sila isi maklumat di bawah, nanti kami hubungi
https://tinyurl.com/bdz5jjmc
Salam semua. Saya bakal menganjurkan satu bengkel khas 27 Teknik Belajar Straight A khas buat anak kesayangan anda supaya fokus pada pelajaran dan baiki sikap positif. Saya nak buka 100 tempat saja secara Online. Yuran cuma RM20 saja. Ada yang berminat?
9 Ogos 2025/Sabtu/8-11 pagi
Klik sini ya
https://tapowa.onpay.my/order/form/seminar27tbsa
Nah, ini saya kongsikan 5 sebab kenapa seorang pelajar wajib fokus dlm kelas :
➡️1. Ilmu masuk terus tanpa kos tambahan. Fokus dalam kelas ibarat dapat ilmu secara percuma tanpa perlu ulang-ulang bayar untuk kelas tuisyen tambahan.
➡️2. Memudahkan ulangkaji, jimat masa. Bila fokus, otak dah tangkap awal. Nanti bila ulangkaji, lebih mudah dan faham!
➡️3. Menunjukkan adab dengan guru. Fokus dalam kelas adalah tanda hormat kepada guru. Bila kita hormat, ilmu tu berkat.
➡️4. Cemerlang dalam peperiksaan tanpa tekanan melampau. Tak perlu stay up teruk-teruk, tak perlu cuak last minute sebab otak dah ready.
➡️5. Bina disiplin dan fokus hidup. Kalau dalam kelas pun tak boleh fokus, macam mana nak fokus dalam hidup nanti?
Wallahuaklam.
Che Mat.
Penceramah Motivasi Pelajar
P/s : Daftar anak anda ke Seminar Tapow A. 5 Julai 2025, Sabtu, Masjid Al-Ansar Taman Keramat KL. Yuran cuma RM69/pax. Daftar di https://tapowa.onpay.my/order/form/sta2025
Alhamdulillah buku 27 Amalan Student A+ dan Komik 100 Teladan Rasulullah Setiap Hari telah selamat kami post. Maaf atas kelewatan kerana ada isu teknikal dan bertembung dengan tarikh hari raya. Insyaallah dalam sehari dua lagi akan sampai ke tangan semua pembeli ya. Terima kasih banyak semua.
Selamat hari raya Aidiladha buat semua. Ia bukan sekadar sambutan tetapi penghayatan terhadap erti pengorbanan. Semoga digolongkan dari kalangan orang bertaqwa. Amin.
Ingatan ikhlas
Che Mat & Team Tapow A
🌸 Saya faham tak semua anak dilahirkan cemerlang akademik. Tapi setiap anak berhak dibimbing dengan kasih dan teladan. Buku 27 Amalan Student A+ & 100 Teladan Rasulullah ini bukan sekadar bacaan tapi ia pelukan jiwa untuk anak yang sedang mencari arah panduan.
📚 Hadiahkan untuk anak kesayangan anda hari ini juga.
📍Dapatkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 di PWTC K.Lumpur. Tamat pesta buku esok, 1 Jun 2025, Ahad 10 malam.
Atau dapatkan secara online di sini, cuma RM60 dua naskhah percuma postage seluruh semenanjung. Klik https://tapowa.onpay.my/order/form/15
PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2025 DAH MULA!
Tapi jangan risau kalau tak dapat datang ke booth Alaf Training, sebab semua BUKU BESTSELLER & TERBARU kami dah ready untuk TEMPAHAN ONLINE!
PROMOSI ISTIMEWA SEMPENA PESTA BUKU!
Antara tajuk paling laris:
✨ KOMIK 100 Teladan Rasulullah Setiap Hari
✨ Buku 27 Amalan Student A+
✨ 30 Doa Pelajar Cemerlang
✨ Formula Yakin Diri
Dan buku-buku lain.
Nak tengok senarai penuh dan harga promosi? Klik je sini:
➡️ Shopee
https://my.shp.ee/6xdAqWH
➡️ TikTok Shop
https://vt.tiktok.com/ZShnoe294/?page=TikTokShop
➡️ Website
https://tapowa.onpay.my/order/form/promosibukupbakl25
Tempah sekarang sebelum disambar orang lain!
Info : Saya sekarang berada di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bertempat di PWTC Kuala Lumpur. Boleh dapatkan buku saya di sini ya. Ada Komik 100 Teladan Rasulullah Setiap Hari dan Buku berkomik 27 Amalan Student A+.
Kalau tak dapat hadir anda boleh dapatkan online di sini ya. Ada promosi khas dan jimat banyak.
➡️27 Amalan Student A+ (RM35)
➡️Komik 100 Teladan Rasulullah Setiap Hari (RM35)
➡️30 Doa Pelajar Cemerlang (RM25)
➡️Formula Yakin Diri (RM79)
➡️Total RM174
Beli 4 naskhah ini cuma RM120 sahaja. FREE POSTAGE. Klik sini ya
https://tapowa.onpay.my/order/form/buku27amalanstudentaplus
Menjadi pelajar cemerlang itu hendaklah bermula dari keazaman yang kuat, cita-cita yang tinggi dan niat yang mendalam. Segala halangan akan dilihat kecil jika punya keazaman yang kuat. Sakit, penat, letih, kekurangan anggota, miskin dan susah bukan lagi halangan bahkan menjadi dorongan untuk berjaya.
Petikan Buku 27 Amalan Student A+
Tak semua anak boleh dapat Straight A tapi setiap anak ada potensi tersendiri yang boleh digilap. Ukur kejayaan bukan hanya pada angka, tapi pada usaha, akhlak, dan kemajuan mereka dari semalam. Hargai perjalanan mereka, bukan hanya destinasi. Sokongan ibu bapa adalah kunci sebenar kejayaan.
Ada orang tanya apa istimewa buku terbaru saya? Saya mudahkan dengan infografik di atas.
1. Berdasarkan kajian pada lebih 10 pelajar cemerlang Straight A
2. Praktikal bukan teori
3. Full colour
4. Ada komik humor
5. Ada 27 langkah step by step bermula dari rumah, di sekolah dan selepas pulang dari sekolah
Semoga membantu
Amalan Pelajar Cemerlang Semasa Guru Mengajar Dalam Kelas
1. Fokus 200% duduk diam, jangan tidur, bersembang dan buat perkara lain
2. Rajin bertanya soalan
3. Mencatat nota & isi penting
Kata pelajar cemerlang iaitu Azali Azlan 21A, Nik Madihah 20A, Fatimah Mokhtar 18A, Amalina Che Bakri 17A, Mohd Hadi 11A.
P/s : Dapatkan buku 27 Amalan Rahsia Student A+ tulisan Che Mat. Harga cuma RM35 FREE POSTAGE & FREE SEMINAR ONLINE.
Klink sini bagi yang berminat
https://tapowa.onpay.my/order/form/buku27amalanstudentaplus
Alhamdulillah, buku ini hampir diterbitkan. Dah ramai ibu bapa yang berminat nak dapatkan untuk anaknya. Maka di hari Jumaat yang mulia ini, diumumkan Jualan Pre-Oder telah pun dibuka.
Buku 27 Amalan Student A+
🔶Berkongsi rahsia amalan & teknik belajar pelajar cemerlang
🔶Berdasarkan kajian pada lebih 10 pelajar cemerlang Straight A
🔶Praktikal dan hi-impact
🔶Step By Step menjadi pelajar A+ bermula dari rumah
🔶Full Colour
🔶Ada komik & kartun
Pantas. Khas untuk 300 pembeli terawal
🌟Cuma RM35 & FREE POSTAGE
🌟FREE Button Badge
🌟FREE Webinar 27 Amalan & Teknik Belajar Straight A
🌟Tandatangan & Ucapan dari Che Mat
Klik sini
https://tapowa.onpay.my/order/form/buku27amalanstudentaplus
Syukur Alhamdulillah kilang bagitahu semalam buku terbaru kami dah siap dummy set. Tiada lagi error printing. Dah boleh teruskan untuk urusan percetakan. Memperkenalkan baby baru kami 27 Amalan Rahsia Student A+. Doakan memberi manfaat buat kami dan pembaca semua. Tempahan awal akan dibuka tak lama lagi.
Che Mat
Kesilapan Dalam Menulis Nota
1. Tiada warna, ingat ya minda lebih mudah ingat benda yg ada warna
2. Tiada imej/gambar. Nota hanya tulisan akan membosankan
3. Tak guna peta minda. Menulis nota kaedah linear atau tulisan seperti surat khabar akan buatkan cepat lupa
4. Tak kenal kata kunci, kesannya nota jadi panjang
Iklan : Bawa anak remaja anda ke Bengkel Belajar Berkesan (BBB)
17 Mei/Sabtu
Masjid Al-Akram Keramat KL
8.30pg - 5.00 ptg
Umur 10-18 tahun
Yuran RM99 sahaja termasuk makan minum, workbook, sijil
Klik sini
https://tapowa.onpay.my/order/form/bbb2025
5 teknik padu mudah fokus dlm kelas. Kongsi pada anak anda
1. Datang dgn niat & matlamat. Masuk kelas bukan sekadar duduk, tapi datang dgn satu soalan: "Apa satu benda aku nak faham hari ni?" Otak yang ada matlamat lebih mudah fokus.
2. Catat nota. Guna warna, simbol, mind map, lukisan ringkas. Bila tangan bergerak, otak pun terlibat.
3. Elak pengacau. Duduk jauh dari geng yg kuat sembang. Ubah tempat duduk boleh ubah prestasi.
IKLAN
Daftar Anak Anda Ke Bengkel Belajar Berkesan.
🗓️17 Mei 2025, Sabtu
📍Masjid Al-Akram Keramat KL
👩🏼🎓Pelajar 10-18 tahun
💰Yuran: RM99/pax
🎁Dapat: Workbook, Sijil & Makan
🧾Klik https://tapowa.onpay.my/order/form/bbb2025
4. Ulang sebut dlm hati. Bila cikgu cakap, ulang semula dalam hati. Contoh: Cikgu kata, “Sel darah putih lawan bakteria” – dalam hati mesti ulang, “Sel putih lawan kuman.” Itu cara membantu otak simpan info.
5. Guna teknik 5-5-5 iaitu 5 minit sebelum kelas baca ringkasan topik, 5 minit semasa kelas catat isi penting, 5 minit lepas kelas ulang balik dlm kepala.
Tiga Senjata Menuntut Ilmu Yang Ramai Pelajar Tak Ada
🏹Senjata 1 : Teknik mengingat yang betul. Kalau tak ada senjata ni, ilmu memang cepat hilang
🏹Senjata 2 : Teknik Menulis Nota. Kalau tak ada senjata ni, alamatnya stresslah belajar.
🏹Senjata 3 : Teknik Membaca Pantas. Senjata ni kalau tak ada, memang ketinggalanlah anak tu.
▶️Daftarkan anak anda ke Bengkel Belajar Berkesan BBB
🗓️17 Mei 2025, Sabtu
📍Masjid Al-Akram Keramat KL
👩🏼🎓Pelajar berumur 10-18 tahun terutama yang exam.
💰Yuran RM159/pax.
Promosi Syawal RM99 sahaja seorang termasuk makan 2 kali dan workbook. Terhad 50 orang.
🏡Anjuran Tapow A.
Ada sini yang berminat?
اکنون در دسترس! پژوهش تلگرام ۲۰۲۵ — مهمترین بینشهای سال 
