cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

Towards Deen🕊

Aku bukanlah sesiapa,tapi Aku cuma ingin menjadi insan Yang memberi manfaat. Semoga perkongsian ini dpt memberi manfaat.

نمایش بیشتر
ماليزيا44 277زبان مشخص نشده استدین و مذهبی130 958
پست‌های تبلیغاتی
211
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
+27 روز
+230 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

Repost from Muassis
Repost from Muassis
1) Baru-baru ini tular di media sosial berkaitan dengan kemunculan watak filem transformer di dalam sambutan maal hijrah peringkat kebangsaan. Kemunculan sulung watak utama transformer di dalam majlis itu telah mencetuskan kontroversi di kalangan umat Islam di Malaysia. 2) Adakah wajar umat Islam merasa bimbang akan situasi ini? Atau kita boleh tutup kedua-dua mata kita tanpa ambil kisah berkenaan isu ini? Ini bukan lagi berkenaan isu politik akan tetapi lebih membimbangkan lagi apabila budaya hedonisma(hiburan) barat secara halus telah dinormalisasikan di dalam majlis sambutan Islam yang dianjurkan oleh institusi agama. 3) Seharusnya institusi Islam perlu menjadi benteng pertahanan kepada serangan pemikiran barat yang telah membarah dalam umat Islam. Adakah tiada lagi ikon pahlawan Islam yang boleh dibawa dalam konsep sambutan maal hijrah kali ini? Sehingga watak utama kebanggaan hollywood itu perlu ditampilkan di dalam majlis Maal Hijrah ? Sedangkan kita tahu dua watak khayalan itu datang dari negara sekutu Israel yang tengah memerangi Palestin. 4) Di saat umat Islam di Palestin sedang hebat berjuang melawan Israel, seharusnya jiwa umat Islam dikobarkan dengan watak-watak panglima sahabat Rasulullah seperti Khalid Al walid, Abu Ubaidah bin Jarrah. Bukannya watak-watak khayalan yang tiada nilai di sisi Islam. 5) Kita perlu sedar hakikat serangan hedonisma barat telah menggantikan hero-hero kebanggaan anak muda ini kepada watak spiderman,power rangers,iron man dan robot-robot transformer. Anak-anak muda zaman ini lebih mengenali watak-watak ini daripada mengenali sahabat-sahabat Rasulullah yang memperjuangkan Islam Sungguh ralat rasa di hati melihatkan hero-hero yang lahir dari budaya hedonisme ini diangkat dalam persembahan teater sempena Maal Hijrah. 6) Seharusnya sebagai umat Islam kita perlu mengangkat hero-hero Islam sepertimana Allah SWT mengangkatnya di dalam Al quran. Antara kisah yang menggetarkan jiwa kita ketika pertarungan hebat di antara Nabi Musa dengan hero-hero ahli sihir kebanggaan Firaun. 7) Ketika itu Nabi Musa rasa bimbang untuk melawan tukang sihir negara.Namun Allah SWT telah berfirman : فَأَوجَسَ في نَفسِهِ خيفَةً موسىٰ Maka yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit dalam hatinya. قُلنا لا تَخَف إِنَّكَ أَنتَ الأَعلىٰ Kami berfirman kepadanya: “Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan. وَأَلقِ ما في يَمينِكَ تَلقَف ما صَنَعوا ۖ إِنَّما صَنَعوا كَيدُ ساحِرٍ ۖ وَلا يُفلِحُ السّاحِرُ حَيثُ أَتىٰ “Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja dia berada”. 8) Lihatlah bagaimana Allah SWT meletakkan perasaan izzah (kebanggaan) ke atas Islam kepada Nabi Musa AS. Nabi Musa merupakan hero yang sebenar sedangkan tukang sihir negara itu merupakan hero khayalan semata. 9) Di atas keyakinan ini lah akhirnya tukang sihir negara itu tunduk dan sujud kepada Allah SWT. فَأُلقِيَ السَّحَرَةُ سُجَّدًا قالوا آمَنّا بِرَبِّ هارونَ وَموسىٰ maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: “Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa”. 10) Lihatlah bagaimana Allah SWT telah mengangkat kehebatan Musa di hadapan hero-hero khayalan masyarakat ciptaan Firaun.Akhirnya mereka turut rebah dan sujud kepada Allah SWT.Inilah konsep hijrah yang agung.Ketundukan hero utama taghut kepada Allah SWT. Diharapkan institusi agama lebih sensitif selepas ini agar budaya hedonisme barat diperangi sehabis-habisnya.Institusi agama merupakan benteng utama umat agar budaya hedonisme tidak makin membarah dan mematikan umat Islam.
نمایش همه...
👍 1
Photo unavailableShow in Telegram
Photo unavailableShow in Telegram
3
Photo unavailableShow in Telegram
3
Photo unavailableShow in Telegram
Photo unavailableShow in Telegram
4
Photo unavailableShow in Telegram
Repost from Jentik Hati
Ulang 9x setiap hari : "Inna Fatahna Laka Fatham Mubina" Insya Allah rezeki seperti Air Zam² yang tak berhenti mengalir. Aamiin.. ✨
نمایش همه...
Repost from Jentik Hati
Jodoh; Dipilih atau Memilih? Pertama. • Satu hal yang sering dilupakan oleh wanita adalah kemuliaan wanita tidak bergantung pada lelaki yang mendampinginya. Kenapa? Allah meletakkan nama dua wanita mulia dalam Al-Quran, Maryam dan Asiyah. Kita tahu, Maryam adalah wanita suci yang tidak memiliki suami, dan Asiyah adalah isteri dari manusia yang sangat kejam, Firaun. Apakah pangkat itu mengurangi kemuliaan mereka? Tidak. Kedua. • Bicara jodoh adalah bicara tentang hal yang jauh; akhirat, syurga, redha Allah, bukan semata-mata dunia. Ketiga. • Jodoh itu sudah tertulis. Tak akan tertukar. Yang kemudian menjadi ujian bagi kita adalah bagaimana cara menjemputnya. Beza cara, beza rasa. Dan tentu saja, beza keberkatannya. Keempat. • Dalam hal rezeki, urusan kita adalah bekerja. Soal Allah mahu meletakkan rezeki itu dimana, itu kerja Allah. Dan jodoh, urusan kita adalah ikhtiar. Tentang Allah mahu mempertemukan di mana, itu kerja Allah. Kelima. • Cara Allah memberi jodoh bergantung cara kita menjemputnya. Satu hal yang Allah janjikan, bahawa yang baik untuk yang baik. So, jadilah yang terbaik! Keenam. • Dalam urusan jodoh, ta'aruf adalah proses seumur hidup. Dan yang penting, jangan expect berlebihan dan jangan merasa sudah sangat mengenal sehingga berhak menafsirkan tentang pasangan. Ketujuh. • Salah satu cara terbaik mengenali calon pasangan yang baik adalah melihat caranya dengan empat pihak; iaitu Allah, agama, keluarga, dan kawan-kawannya.
نمایش همه...
1
یک طرح متفاوت انتخاب کنید

طرح فعلی شما تنها برای 5 کانال تجزیه و تحلیل را مجاز می کند. برای بیشتر، لطفا یک طرح دیگر انتخاب کنید.