fa
Feedback

فریب کلاهبرداران را نخورید! تل‌متریو این کانال‌ها را شناسایی و برچسب‌گذاری می‌کند 👉 برای مشاهده برچسب، اشتراک تهیه کنید

Bulbul Arabiy 🐦

Bulbul Arabiy 🐦

رفتن به کانال در Telegram

Jom ikuti Siaran Telegram Bulbul Arabiy untuk info bahasa Arab yang dikongsi secara santai dan menarik.

نمایش بیشتر
1 875
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
-37 روز
-830 روز
آرشیو پست ها
MasyaAllah tabarakallah. Ada seorang guru dari Johor mesej. Alhamdulillah, semoga nota ini masih bermanfaat buat warga pendid
MasyaAllah tabarakallah. Ada seorang guru dari Johor mesej. Alhamdulillah, semoga nota ini masih bermanfaat buat warga pendidik.

Maksud di sebalik perkataan ahlan wa sahlan https://vt.tiktok.com/ZSC2ob7JL/

JOM BINA AYAT BAHASA ARAB نَادِرًا ما Jarang sekali Contoh ayat: أنا نَادِرًا ما أَشْرَبُ القَهْوَةَ Saya jarang sekali minum kopi Beberapa panduan dalam membina ayat ini: 1. Dari sudut susunan, perkataan نادرًا berada selepas fiil dan fa'il. أشرب القهوةَ نادرًا. Namun untuk tujuan penegasan, ia didahulukan. 2. Perkataan نادرا di sini adalah sifah bagi maf'ul mutlaq yang mahzuf. Ayat asalnya adalah أشرب القهوةَ (شُرْبًا) نادرًا. 3. Huruf ما bertujuan penegasan bagi نادرا itu. Oleh sebab itu dalam terjemahannya disebut 'jarang sekali'. - Dr. Ikhwan UIA

لِفَهْمِ ٱسْمِ ٱلْمَكَانِ بِطَرِيقَةٍ سَهْلَةٍ، نَنْظُرُ إِلَى شَيْئَيْنِ: ٱلْوَزْنُ وَمَعْنَى ٱلْكَلِمَةِ. Untuk memahami isim al-makān dengan cara mudah, kita lihat dua perkara: pola dan makna perkataan. أَوَّلًا: ٱلْوَزْنُ، مِثْلُ: مَفْعَل، مَفْعِل، مَفْعَلَة. Pertama: pola seperti maf‘al, maf‘il, maf‘alah. ثَانِيًا: مَعْنَى ٱلْكَلِمَةِ. Kedua: makna perkataan. ٱلْمَسْجِدُ: ٱلْمَكَانُ ٱلَّذِي يُسْجَدُ فِيهِ. Masjid: tempat yang digunakan untuk sujud/solat. ٱلْمَقْهَى: ٱلْمَكَانُ ٱلَّذِي يُشْرَبُ فِيهِ ٱلْقَهْوَةُ. Kafe: tempat minum kopi. ٱلْمَطْعَمُ: ٱلْمَكَانُ ٱلَّذِي يُؤْكَلُ فِيهِ ٱلطَّعَامُ. Restoran: tempat makan. فَإِذًا، نَفْهَمُ أَنَّ ٱسْمَ ٱلْمَكَانِ يُفْهَمُ مِنَ ٱلْوَزْنِ وَمِنْ مَعْنَى ٱلْفِعْلِ. Kesimpulannya, isim al-makān difahami melalui pola dan makna perbuatan. https://vt.tiktok.com/ZSHgo4rqm/

Sangat bermanfaat 😍

موقع " أحسن القصص للناطقين بغير العربيّة" رابط الصفحة الرئيسة للموقغ: https://ahsan-al-qasas.com/ رابط صفحة الأغلفة والكتب: https://ahsan-al-qasas.com/stories/ رابط فهرس نماذج قصص الأنبياء - عليهم السلام: https://ahsan-al-qasas.com/alqasas/book01/ رابط فهرس نماذج السيرة النبوية: https://ahsan-al-qasas.com/alqasas/book02/

Jom kita tengok semula rancangan Muhsin dan Mahasin sempena Ramadan yang bakal tiba! Admin dah masukkan sarikata bahasa asal iaitu Bahasa Arab. Cuma ada sedikit pembetulan لن أكذبها ❌ لن أكررها ✅

photo content

تمكينًا لتعليم اللغة العربية بوسائل رقمية حديثة، وإيصالها إلى الناطقين بها وبغيرها؛ يطلق #مجمع_الملك_سلمان_العالمي_للغة_العربية منصة (أهلًا وسهلًا) خطوةً نوعيةً نحو تعليم رقمي متكامل يعزّز مكانة العربية عالميًّا. للاطلاع: https://ahlan.ksaa.gov.sa/ #برنامج_تنمية_القدرات_البشرية

الحروف في اللغة العربية
الحروف في اللغة العربية

Jom Belajar Bahasa Arab Sambil Senyum 😂 ذهبتْ المرأة إلى الطبيب، فقالت.... Seorang wanita telah pergi ke doktor, lalu berkata.... https://vt.tiktok.com/ZSPedSu3R/

قد يكون طلاب الأزهر في القاهرة قد اعتادوا على القفز أو النزول من الحافلة وهي ما تزال تتحرك، خصوصًا من الحافلة رقم ٢٤ج. 😂 Bahasa Melayu: Pelajar-pelajar Al-Azhar di Kaherah mungkin telah biasa melakukan aktiviti melompat atau turun dari bas ketika bas masih bergerak, lebih-lebih lagi bas 24ج. 😂 https://vt.tiktok.com/ZSyeVAnu7/

photo content

photo content

Bahasa Arab al-Quran: Pendekatan untuk Orang Awam Kelas ini dirangka khusus untuk orang awam dengan pendekatan yang bertahap dan bersifat progresif. Pada peringkat awal, penumpuan hanya diberikan kepada aspek-aspek asas yang mudah difahami. Antara fokus utama ialah membantu peserta mengenal pasti sempadan antara kalimah-kalimah Arab dalam satu ayat. Hal ini penting kerana sepertimana kita menghadapi kesukaran membezakan sempadan perkataan dalam tulisan Cina atau India, demikian jugalah persepsi awal orang awam terhadap teks Arab. Jadi langkah pertama ialah merungkaikan kekaburan ini agar peserta dapat membaca dan mengenal bentuk asas struktur bahasa Arab al-Quran. Dalam menyusun silibus ini, setiap tajuk dipilih merentas tiga bidang utama iaitu sorof, nahu dan balaghah dengan menjadikan teks al-Quran sebagai sempadan perbahasan. Setiap kaedah yang diperkenalkan disandarkan secara langsung kepada contoh penggunaan dalam al-Quran. Misalnya prinsip bahawa tanwin hanya hadir pada isim dapat dikenalpasti secara konsisten dalam al-Quran, kecuali dalam ayat seperti لَنَسْفَعًا بِالنَّاصِيَةِ dan وَلَيَكُونًا مِنَ الصَّاغِرِينَ. Kenapa terjadi begitu? Demikian juga fi‘il mudhari‘ dalam wazan تَفَعَّلَ bagi bentuk muannath yang biasanya datang dalam bentuk تَتَفَعَّلُ, tetapi terdapat pengecualian dalam ayat-ayat tertentu. Apakah ayat-ayat itu? Pendekatan ini digunakan bagi memastikan peserta dapat memahami konsep secara langsung daripada al-Quran, iaitu summer paling dekat dengan mereka. Sepanjang tempoh satu tahun, silibus ini juga akan membekalkan peserta dengan kosa kata al-Quran serta memperkenalkan mereka kepada variasi makna sesuatu lafaz dalam konteks al-Quran. Contohnya, lafaz seperti ضَرَبَ, أَخَذَ dan كَتَبَ mempunyai makna yang pelbagai bergantung kepada konteks ayat. Semua perbincangan akan terhad kepada teks al-Quran sahaja, tanpa perlu merujuk kepada teks luar. Kelas ini sesuai untuk individu yang baru ingin mempelajari bahasa Arab ataupun sedang berada dalam proses pembelajaran asas. Pendekatan yang digunakan bertujuan untuk menjadikan pembelajaran bahasa Arab al-Quran lebih mudah dan terarah. Klik link di bawah untuk ambilan Ogos 2025 : https://wa.link/w8hjty https://wa.link/w8hjty

هل المصائب بحجم الأيمان؟ Wahai Shaykh, Adakah ujian itu sepadan dengan kadar iman? Shaykh: "Jika Dr. Alaa', "YA"" Ikuti kisah sedih tentang Dr. Alaa' yang menerima berita syahid 9 anaknya serentak di Gaza. 😢 https://vt.tiktok.com/ZShKmCJy8/

Kalau jamal maksudnya unta, apa maksud Jamal Abdillah? https://vt.tiktok.com/ZSh6dB7mU/

Perbezaan di antara إذا dan إن ====================================== Lihat ayat contoh di bawah. أَخْبِرْنِي إذا وَصَلْتَ Beritahu aku bila kamu sampai nanti. أَخْبِرْني إنْ وَصَلْتَ Beritahu aku jika kamu sampai nanti. PENERANGAN : Partikel إذا digunakan untuk menandai masa berlakunya sesuatu tindakan, perbuatan atau kejadian manakala partikel إنْ pula menandai kemungkinan sama ada berlaku atau sebaliknya. Partikel إذا diterjemahkan sebagai "bila" atau sebarang terjemahan yang sesuai sementara إنْ pula diterjemahkan sebagai "jika" atau lain-lain terjemahan yang memenuhi maksud di atas. Partikel إذا digunakan apabila penutur merasakan atau yakin yang sesuatu tindakan itu pasti berlaku namun tidak tahu bilakah ia akan berlaku. Partikel إنْ pula penutur tidak pasti sama ada ia akan berlaku atau tidak. Penekanan إذا adalah soal masa dan penekanan إنْ pula adalah soal kejadian itu sendiri. Dalam Nahu إذا dipanggil ظرفية شرطية manakala إنْ dipanggil شرطية sahaja. Dengan memahami perkara ini maka kita akan lebih memahami ayat-ayat al-Quran seperti إذا قمتم إلى الصلاة, إن جاءكم فاسق بنبأ dan ayat-ayat seperti إذا جاء نصر الله والفتح, إذا زلزلت الأرض زلزالها dan lain-lain. ........ SOALAN : Apakah perbezaan إنْ dan لو ? Perbezaan ketaranya adalah dari sudut masa di mana لو lebih kerap digunakan untuk masa lepas dan إنْ digunakan untuk masa hadapan. Kata Ibn Malik : لو حرف شرط في مضي ويقِل # إيلاؤها مستقبلا لكن قُبِلْ Saya akan terangkannya lebih lanjut dalam hantaran yang lain, InsyAlllah😊 https://www.facebook.com/share/p/16U9dTmD54/

Kalau perkataan menara (منارة) bermaksud Rumah Api? Habis Menara Kuala Lumpur dalam Bahasa Arab apa? https://vt.tiktok.com/ZSr5KjML7/