fa
Feedback
Sains Komputer Spmnetic!™ 💻🖱📊

Sains Komputer Spmnetic!™ 💻🖱📊

رفتن به کانال در Telegram

This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercises 🤘🏻 For any enquiries, please directly ask in our discussion group ✨

نمایش بیشتر
5 133
مشترکین
-324 ساعت
-227 روز
-3130 روز
آرشیو پست ها
yg dah jawab , boleh tak tolong rate kesukaran paper tu kat sini ? nak tahu jugak susah ke senang hehe

hellooo guysss !!! rose nak tanye , ramai lagi ke yg belum jawab lagi paper trial sk ? tolong vote jap
Anonymous voting

COUNTDOWN SPM COMPUTER SCIENCE DATE : 18 DECEMBER 2025 121 DAYS LEFT!!! FIGHTING BATCH 08 🔥

Salam SPMNetics, Dipper disini :D Cane dengan UTQH korang? Ok ak? Dipper dapat hafazan yang senang 🗿. Korang pula cane? And untuk yang belum masuk giliran lagi utk UTQH, ingatkan balik ayat hafazan tu ye 😉, Dadn sorry lambat cakap, but goodluck for SPM UTQH ye, SK SPMNetics (macam tiru pula ayat admin dari PI 🥲)

COUNTDOWN SPM COMPUTER SCIENCE DATE : 18 DECEMBER 2025 122 DAYS LEFT!!! FIGHTING BATCH 08 🔥

Notice to All Thespmnetic Members 📢 To join our discussion group, you must complete a simple captcha within 120 seconds. This helps us keep the community safe from bot spam & scammers 🚫. How to complete the captcha: 1. When you join the group, a captcha message will appear automatically. 2. Just click the correct button or type the required code. 3. Once verified, you can chat freely in the group and leave a comment. If you are accidentally banned (but you’re not a bot/scammer), kindly directly messages @autophlee for assistance. - TheSPMnetic Team

bile pentaksir tebuk surah tengah ii and korang rase was was tapii korang hafal surah tu , dont be scared . mintak izin je dengan pentaksir tu nak start surah tu dri awal . tkde kene potong markah punye , dia bagi je . yang kene potong markah tu korang tak jawab langsung . sekian tips dri admin sk kepada pelajar yang amek utqh . even salah channel but .. why not kan bagi tips HIHIHI

kepada candidate SPM 2025 , besok merupakan UTQH SPM SEBENAR . rose harap semua candidate SPM 2025 dah hafal semua surah hafazan f4 dan f5 . rose doakan supaya semua candidate SPM 2025 dapat jawab besok , diberikan daya ingatan yang kuat untuk mengingat balik setiap ayat hafazan , dilapangkan dada semasa menjawab ujian tersebut . jangan terlalu nervous yee sampai terlupe semua ayat hafazan . tips nak kekal ingat ayat hafazan jangan selalu sangat gelak , nnti ayat ii hafazan tu boleh hilang . semoga korang semua dapat jawab besok . ingat yaaa , kehadiran wajibb , tak datang paper 1 pendidikan islam bulan 12 nnti pun takleh amek tauuu . sakit sikit ii tu datang je sekolah . ni last korang utqh lepasni dah tkde dah . tu je pesanan rose untuk korang . semoga boleh jawab esokkk !!! FIGHTING BATCH 08 🔥🔥🔥🔥

Trial Paper Negeri Perak 2023

rose suggest korang baca f4 chapter 1.6 . chapter ni paling dibenci oleh pelajar sk sebab susah sikit nak faham anddddd chapter ni dah banyakkkkk kali masuk spm . so mane la tahu tahun ni masuk lagi en ? dah 3 ke 4 kali berturut turut chapter ni masuk . so prepare yourself guys !!! rose tak cakap yang chapter ni AKAN masuk dalam spm but rose cakap chapter ni MUNGKIN AKAN masuk dalam spm . rose sendiri tak yakin dgn statement rose . nak selamat baca je untuk knowledge . chapter lain jangan dilupakan yaaaa 🥰 apa ii pun FIGHTING BATCH 08 🔥🔥🔥

lagi 123 hari menjelang spm sebenar , para calon spm 2025 dah ready ke belumm ???

COUNTDOWN SPM COMPUTER SCIENCE DATE : 18 DECEMBER 2025 123 DAYS LEFT!!! FIGHTING BATCH 08 🔥

Skema jawapan untuk soalan hari ini :)
Skema jawapan untuk soalan hari ini :)

1 hari 1 soalan sk (day 29 ✨) Trial Paper Negeri Melaka 2023 —————————————————————————————— Source from this website
1 hari 1 soalan sk (day 29 ✨) Trial Paper Negeri Melaka 2023 ——————————————————————————————
Source from this website

1 Day 1 Note SK :D Day 4 Tingkatan 5 Bab 2 —> 2.1.3 MEMBINA PANGKALAN DATA HUBUNGAN MENGGUNAKAN SQL: TABLE —————————————————————————————— SQLStructured Query Language / Bahasa Pertanyaan Berstruktur : Digunakan untuk mencapai dan mengemaskini data dalam Pangkalan data. • Bahasa Pengaturcaraan piawai yang digunakan untuk berhubung dengan pangkalan data melalui sistem pengurusan pangkalan data •Hampir semua sistem pengurusan pangkalan data mengenali pernyataan SQL Bahasa Arahan SQL i) Bahasa Takrifan Data ( Data Definition Language – DDL) • Untuk mencipta dan mengubah struktur pangkalan data. • Contoh: CREATE, ALTER, DROP ii) Bahasa Pengolahan Data (Data Manipulation Language - DML) • Untuk memanipulasi data dalam jadual • Contoh : SELECT, INSERT, UPDATE, DELETE iii) Bahasa Kawalan Data (Data Control Language – DCL) • Untuk mengawal capaian data pangkalan data • Contoh : GRANT, REVOKE —————————————————————————————— Jenis² Data Pemilihan jenis data yang betul adalah penting kerana pemilihannya memberikan kesan kepada prestasi keseluruhan pangkalan data I) CHAR • String yang antara 0 hingga 255 patah perkataan. • CHAR digunakan untuk lajur yang mengandungi data yang tetap dan seragam • Contoh: Jantina II) VARCHAR • String yang boleh diubah antara 0 hingga 255 patah perkataan • VARCHAR digunakan untuk lajur yang mengandungi data yang tidak seragam • Contoh: Nama, Alamat III) TINYTEXT • String dengan panjang maksimum 255 patah perkataan IV) TEXT • String dengan panjang maksimum 65,535 patah perkataan V) INT • Nombor dalam julat -2, 147, 483,648 hingga 2, 147, 483,647 atau nombor positif 0 hingga 4,294,967,295 VI) FLOAT • Nombor kecil yang mempunyai titik perpuluhan VII) DOUBLE • Nombor besar yang mempunyai titik perpuluhan VIII) DATE • Tarikh dengan format YYYY-MM-DD IX) DATETIME • Tarikh dengan format YYYY-MM-DD / HH : MM : SS X) TIME • Waktu dengan format HH :MM : SS —————————————————————————————— ARAHAN SQL I) Mencipta jadual (create table)
CREATE TABLE nama_jadual (
Nama_medan1 jenis data(saiz) PRIMARY KEY,
Nama_medan2 jenis data(saiz) NOT NULL,
Nama_medan3 jenis data(saiz) ,
..........................................
)
II) Mengubah Struktur Jadual
ALTER TABLE nama_jadual
pilihan perubahan;
ALTER TABLE : arahan asas untuk mengubah struktur jadual • nama_jadual – nama jadual yang akan diubah • Pilihan perubahan – contoh: menambah medan, meminda jenis data dan menghapus medan III) Sisip / Tambah Medan
ALTER TABLE nama_jadual
ADD nama_medan jenis data (saiz);
IV) Pinda / Ubah Medan
ALTER TABLE nama_jadual
MODIFY nama medan jenis data baharu (saiz baharu);
ATAU
ALTER TABLE nama_jadual
CHANGE nama medan jenis data baharu (saiz baharu);
V) Hapus Medan
ALTER TABLE nama_jadual
DROP nama medan;
——————————————————————————————
Source from this website

Trial SPM Melaka 2023
Trial SPM Melaka 2023

And kalau ada lebih masa, Dipper akan buat kuiz macam message ni juga. So, stay tune for that :)

Selamat petang gais, Dipper di sini, Maaf atas kelewatan nota ya, sebab Dipper busy juga ni, study, homework (kot), macam² lah benda. Jadi, Dipper mungkin post nota or latihan waktu hari Jumaat, Sabtu ataupun Ahad. Hari lain, tengok dulu ada masa ke tak :)

1 Day 1 Nota SK :D Day 3 Tingkatan 5 Bab 3 —> 3.3.1 MENGKAJI DAN MERUMUS PRINSIP REKA BENTUK LAMAN WEB DARI SUDUT KESESUAIAN PENGGUNA DAN TUJUAN LAMAN WEB —————————————————————————————— Prinsip Reka Bentuk Laman Web • Mereka bentuk laman web boleh diibaratkan seperti proses merancang, membina dan mengubahsuai • Beberapa prinsip atau elemen reka bentuk laman web perlu diberi perhatian agar laman web yang dibina tidak kelihatan pelik atau memberikan pengalaman yang tidak menyenangkan kepada pengguna • Ini kerana elemen-elemen tersebut mampu memberikan pengalaman yang berbeza dan mempengaruhi kepuasan pelanggan untuk melayari laman web yang dibina. —————————————————————————————— Jenis² Prinsip Reka Bentuk Laman Web, i) Jenis Persekitaran Web yang Dibina • Kesesuaian Penggunaan Pelbagai Kenis Layar • Kesesuaian Capaian Internet • Keperluan Perisian Sokongan untuk Paparan • Kepelbagaian Sistem Komputer dan Peranti Mudah Alih yang Digunakan oleh Pengguna • Kepelbagaian Saiz Paparan Monitor yang Digunakan ii) Penekanan Maklumat dalam Web • Penggunaan khas seperti drop shadow, tekstur/cahaya dan bentuk • Penggunaan ruang putih untuk menjadikan elemen² lebih terserlah • Penggunaan fungsi bold, italic, warna yang berbeza dan border iii) Perbezaan Elemen dalam Web • Penggunaan label & pautan yang berbeza • Penggunaan border, warna yang berbeza & kesan khas • Penggunaan ruang putih, teks terbalik, teks huruf condong (italic) & saiz teks yang berbeza • Penggunaan prinsip perbezaan warna iv) Typography • Merujuk kepada penyusunan teks yang akan dipaparkan dalam laman web • Contoh corak penyusunan teks : Corak paparan berasaskan kertas, corak paparan secara Z-Shaped, Corak paparan secara Z-Shaped • Pemilihan jenis font juga penting Panduan Typography: • Seragamkan jenis teks atau fon yang digunakan bagi setiap halaman yang dibina Gunakan saiz teks yang berbeza bagi membezakan tajuk dengan kandungan atau huraian v) Warna & grafik • Penggunaan warna dan grafik mampu menonjolkan imej dan identiti sesebuah laman web • Penggunaan warna yang bijak mampu menarik perhatian serta meningkatkan kebolehbacaan mereka vi) Navigasi • Merujuk kepada struktur laman web yang akan memudahkan seseorang pengguna melayarinya • Navigasi web yang bagus seharusnya memberikan petunjuk kepada pelawat laman web tentang kedudukan atau lokasi semasa pengguna Teknik Navigasi Web: • Bar Navigasi • Menu Drop-downz • Breadcrumbs • Pautan Grafik • Site Map vii) Keseimbangan Visual • Merujuk kepada gabungan elemen visual seperti garisan, imej, teks, bentuk dan warna dalam laman web • Pereka laman web perlu peka tentang pengguna sasaran laman web tersebut ix) Reka Bentuk Berasaskan Pengguna • Pereka laman web harus mengenali pengguna sasaran dan perkara yang diingini oleh pengguna apabila mereka melayari laman web ——————————————————————————————
Nak tengok nota penuh? Tekan ni :D
Source from this website

1 hari 1 soalan sk (day 29 ✨) sorry late HIHI
1 hari 1 soalan sk (day 29 ✨) sorry late HIHI