Coach Emas | M.Hafizzuddin
رفتن به کانال در Telegram
Mohd Hafizzuddin Bin Khairuddin PG00428337 - Dealer Public Gold Website ilmu emas 👇🏻 https://publicgoldofficial.com/hafizzuddin Tujuan channel ni diwujudkan utk sy berkongsi ilmu tentang emas serta pengalaman sy spnjg sy menyimpan emas.
نمایش بیشتر900
مشترکین
-124 ساعت
-57 روز
-1330 روز
آرشیو پست ها
Duit yang sesuai untuk beli emas ialah duit simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya untuk simpanan tempoh 2 - 3 tahun. Lagi lama lagi baik. Ini kerana harga emas semakin mahal disebabkan faktor nilai duit kertas semakin menurun dalam jangka panjang.
Emas sesuai dijadikan apa sahaja tujuan simpanan jangka panjang samada untuk pendidikan anak-anak, simpanan menunaikan haji dan umrah, simpanan untuk deposit membeli rumah dan sebagai. Emas mengekalkan kuasa beli dalam jangka panjang.
Duit yang nak digunakan dalam jangka masa terdekat iaitu kurang dari setahun tidak sesuai digunakan untuk membeli emas disebabkan harga emas ada turun naik dalam jangka pendek. Risiko kerugian lebih tinggi.
wasap.my/601128442671/naksimpanemast
Sesekali update teknikal harga emas.
Adakah ini peluang beli/borong emas?
Well, secara teknikal, harga 3960 usd adalah harga support yang kuat.
Saya melihat harga ini sebagai peluang membeli pada harga menarik.
𝘗/𝘚: 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘵𝘢𝘬 𝘵𝘢𝘩𝘶 𝘴𝘢𝘮𝘢𝘥𝘢 𝘩𝘢𝘳𝘨𝘢 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘫𝘢𝘵𝘶𝘩 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬, 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘢𝘮𝘣𝘪𝘭 𝘱𝘦𝘭𝘶𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘥𝘢 𝘥𝘦𝘱𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘵𝘢 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨.
Kredit: Guru Emas saya SyukorHashim
Public Gold ada buat lucky draw bulanan untuk siapa yang set Auto debit minimum RM200 sebulan. Kalau bertuah, boleh menang 10gm gold bar! Ada 20 hadiah akan diberikan kepada 20 orang penyimpan emas bertuah!
Rujuk website untuk senarai pemenang Auto Debit Campaign setiap bulan 😊
https://publicgold.com.my/index.php?route=information/luckydraw
Harga Emas Junam!
Harga emas tertinggi sepanjang zaman adalah RM764 segram. Hari ini harga emas RM596 segram, rendah RM168 segram.
Kalau beli hari ini, umpama kita beli emas dengan diskaun RM168 segram. Harga emas ni, walau serendah mana ia jatuh, ia pasti kembali ke harga tertingginya. Kalau ada duit, waktu harga rendah ni adalah waktu untuk borong emas.
Tengok duit, ada baki balik dari Indonesia. Terus buat belian GAP 5 gram. Rasa rugi kalau tak grab harga sekarang, boleh rendahkan harga purata yang dah beli sebelum ni.
Saya boleh kata harga emas hari ini adalah yang terendah. Jadi ambil peluang ni untuk borong emas banyak-banyak yea. Ada duit yang memang untuk simpan lama, tukarkan kepada aset emas.
Menyimpan bukan tentang berapa besar jumlahnya. Yang penting ialah memupuk tabiat menyimpan sebahagian daripada pendapatan setiap bulan secara berdisiplin. Jumlah kecil pun tak apa, yang penting berterusan.
Dah masuk bukan jun, pastikan tuan/puan konsisten menyimpan emas.
Tak apa sikit, tapi konsisten..Kalau dah simpan alhamdulillah, kalau belum boleh klik topup sekarang.
Takde yang mustahil.. ramai je sebenarnya yang mampu beli emas sekilo secara lumpsum.
Mungkin orang kaya, mungkin orang bisnes, mungkin kontraktor, mungkin founder..
Siapa saja boleh bekukan harta mereka kepada aset emas fizikal.. jika mahu!
Jika tuan puan ada keluarga atau kenalan nak saya bantu dapatkan 1 kilobar ni , boleh terus wasap saya ya..
wasap.my/601128442671/nak1kg
GAJI RM5,000 SEBULAN… TAPI MASIH BERKIRA NAK BUAT QURBAN?
Saya pun dulu fikir macam tu.
Setiap kali tiba Aidiladha, mesti ada rasa serba salah…
“Nak buat qurban… tapi banyak lagi komitmen.”
Sampailah saya mula simpan 1 Dinar emas untuk niat ibadah Qurban.
Alhamdulillah…
Tahun 2018 saya beli 1 Dinar pada harga sekitar RM750 sahaja.
Hari ini nilainya dah cecah sekitar RM2,700+ 😳
Kalau dijual, boleh dapat sekitar RM2,500+ cash.
Sedangkan harga 1 bahagian Qurban tahun ini sekitar RM850.
Maknanya?
✅ Dulu 1 dinar cuma cukup untuk 1 bahagian
✅ Hari ini 1 dinar yang sama boleh ambil 3 bahagian Qurban
✅ Siap masih ada baki lagi
SubhanAllah…
Bukan sahaja simpan nilai, malah membantu saya terus istiqamah dalam ibadah ❤️
Hakikatnya tahun ini saya rasa seperti “tak keluarkan duit pun” untuk Qurban…
Sebab emas yang saya simpan dulu, sekarang yang “membayar” ibadah itu.
Sebab itu saya percaya:
Simpan emas bukan sekadar kumpul harta,
tapi persediaan untuk ibadah dan masa depan.
Nak mula pun tak susah.
Tak perlu terus ada RM2,700 untuk beli 1 dinar.
Boleh mula simpan emas sedikit demi sedikit di GAP Public Gold ✨
Serendah sekitar RM100 dah boleh mula.
Bila cukup 4.25g, boleh terus tukar kepada 1 Dinar emas 🪙
Bayangkan…
📌 Setiap tahun ada tabung khas untuk Qurban
📌 Tak terasa terbeban bila tiba Aidiladha
📌 Dalam masa sama lindungi nilai simpanan
Kita kumpul harta,
biarlah sekali dengan niat untuk dekat kepada Allah 🤍
Semoga lebih ramai umat Islam mampu istiqamah laksanakan ibadah Qurban setiap tahun. Amin.
+1
@all
🚨 Harga Emas Tengah “Discount Mode” — Nak Borong atau Tunggu?
Ramai menyesal tak beli masa harga rendah bulan lepas… sekarang peluang datang lagi.
Kenapa harga jatuh?
• Ketegangan di Selat Hormuz → harga minyak naik
• Jangkaan kenaikan interest rate untuk kawal inflasi
• Pelabur besar jual emas, alihkan dana ke oil & USD untuk short-term gain
👉 Untuk kita? Ini bukan risiko — ini opportunity window.
Strategi yang jelas (bukan emosi):
1️⃣ Harga jatuh = tambah pegangan → turunkan average cost per gram
2️⃣ Fokus long-term (min. 2 tahun), bukan quick flip
3️⃣ Elak guna duit kecemasan / hutang
Real talk:
Dalam keadaan ekonomi tak stabil —
• Business owner → risiko sales drop
• Employee → risiko income terjejas
👉 Sebab itu penting kita ada: cashflow + asset protection (emas)
💡 Hari ni diskaun sekitar RM139/gram
Saya sendiri dah start topup — rugi kalau tengok je
Kalau nak lock harga & tambah simpanan, boleh terus reply / PM saya.
Jangan tunggu harga naik baru nak bertindak. 📈
Manfaat Emas Kepada Penyimpan
1⃣ Menyimpan nilai, dengan emas, kita sebenarnya melindungi kuasa beli, nilai duit dan pendapatan yang kita usahakan dari berterusan dirompak inflasi yang memiskinkan.
2️⃣ Mengawal sikap boros belanja dan mencegah kebocoran simpanan. Simpan emas membantu menahan diri dari belanja bukan2 hanya untuk memenuhi keinginan.
2⃣ Sebagai harta dan aset jangka panjang yang meningkat nilai dan mudah diwariskan.
3️⃣ Mudah cair. Boleh rahnu/gadai bagi mendapatkan tunai memenuhi keperluan.
4️⃣ Mudah alih. Satu-satunya aset dan harta yang boleh dibawa kemana sahaja. Jika perang misalnya hartanah, kebun2 semua tinggal, bawa emas je.
5️⃣ Mudah mengurus kewangan dan kehidupan contoh zakat, umrah, haji, kurban, pendidikan, perkahwinan, dan lain-lain
6️⃣ Sebagai insurans kepada kekayaan yang dimilki. Kereta ada insurans, takkan hasil usaha dan pendapatn kita , kita nak biarkan. Tukar jadi emas lah.
Dengan 50 Gram emas yang ada di tangan saya ni. Jika tiba-tiba kita di uji dengan keadaan kita tidak mampu lagi bekerja dan tiada lagi pendapatan bulanan.
Ada orang akan mampu bertahan selama 6 bulan, ada orang mampu bertahan selama 12 bulan, bahkan ada orang mampu bertahan selama 24 bulan.
Tapi ada juga orang, dengan 50 Gram ini dia hanya mampu bertahan selama 1 bulan sahaja jika tiba-tiba ia ditakdirkan tidak mampu lagi bekerja dan tiada lagi pendapatan.
Sebab itu guru saya Tn Mohd Zulkifli Shafie selalu sebut, kaya bukan di ukur dengan berapa besar gaji dan pendapatan kita, tapi kaya ialah berapa lama kita mampu bertahan sekiranya tiba-tiba kita tidak lagi mampu bekerja.
Berapa banyak simpanan, berapa banyak hutang. Ini akan menentukan berapa lama kita boleh bertahan di saat kita tiada lagi pendapatan.
Yang sedang consistent menabung emas untuk dapatkan Gold Bar 50 Gram macam di tangan saya ni, saya doakan anda cepat-cepat capai target dan dapat pegang Gold Bar 50 Gram milik anda sendiri, insyaAllah.
“Harga rendah pun saya beli, harga tinggi pun saya beli”.
Itu rutin saya bertahun-tahun lamanya.
Pesan guru saya pula, “Bila harga tinggi kita beli sikit-sikit, bila harga rendah, kita beli banyak-banyak (masa borong emas)”.
Sejak saya mula menabung emas pada tahun 2012. Saya tak berhenti menabung setiap bulan. macam macam orang cakap tentang emas.
ada yang kata emas ni tak kalis inflasi. emas ni sideway lama, emas ni lambat untung, emas akan turun dan banyak lagi yang negatif. semuanya saya abaikan
Asal ada duit lebihan saya terus tukar jadi emas. setiap kali gaji dan bila dapat bonus saya asingkan sebahagian tukar jadi emas melalui #AkaunEmasGAP Public Gold.
Berapa harga sekalipun saya tetap menabung, saya tak peduli tentang harga kerana yang paling penting gram emas saya sentiasa bertambah setiap bulan walaupun sikit.
Kita menabung emas bukan nak lari 100 meter sekaligus tetapi ibarat lari maraton, berlari perlahan tetapi berterusan (konsisten).
Sama macam kisah Arnab dan kura kura. kura kura tak laju tetap menang jika konsisten. simpan sikit sikit akan jadi banyak jika konsisten
kejayaan tentang rutin yang betul. kalau ada rutin suka shopping online akan ada masalah kewangan. kalau ada rutin suka menyimpan tabungan akan bertambah
Saya bermula harga RM140 segram hinggalah harini harga dah RM651 segram saya tetap menabung secara istiqamah
Sebab apa saya tak peduli tentang harga emas!
Sebab misi kita menabung emas bukan nak bermain sentimen turun naik harga emas atau ambil profit semasa harga emas naik (buat macam saham) tetapi kita nak kaya dengan emas.
Sama macam kita beli aset rumah. mereka yang konsisten tambah rumah akan ada aset lebih banyak berbanding yang yang jual beli. Emas bukan sekadar buy low sell high.
Emas mungkin bukan aset terbaik tetapi penyimpan nilai terbaik. Nilainya tidak pernah menjadi kosong. Bila kita ada emas automatik kita ada duit ada harta.
Menabung emas tak perlu tunggu harga terbaik, fokus saja kumpul ikut kemampuan, fokus pertambahan gram, keping by keping emas.
Lama kelamaan kita akan kaya juga. Bukan setakat ada emas tetapi kaya dengan emas bila kita ada emas lebih banyak
Terima kasih Akhbar The Star kerana siarkan kisah saya dalam majoriti 7. Ini koleksi emas 1 gram dan 0.5 gram yang saya simpan sejak tahun 2012.
Semoga ramai dapat manfaat
Kredit Tn Adam Fahmi Ghazali
Tak perlu tunggu kaya
Simpan je ikut bajet ! Dulu belum ada aplikasi Akaun Emas ini. Sekarang Public Gold dah sediakan. Supaya semua orang boleh ada aset emas sendiri !
Bila start simpan emas. Semua emas yang ada dalam gambar ini anda boleh pilih. Cukup je gram boleh terus keluarkan dari akaun emas.
Jom Simpan Emas Dengan Ilmu
“Harga naik, ejen suruh beli.
Harga turun, pun ejen suruh beli.
Ejen emas tu, dia suruh sentiasa beli sebab nak makan komisyen lebih banyak la tu…
Jangan dengar cakap ejen.”
Kata-kata mereka yang nampak macam bagi nasihat yang ikhlas. Tapi bagi saya, nasihat tu beracun.
Nasihat yang tak bertanggungjawab.
Nasihat tu nampak macam logik…
Tapi sebenarnya ia TERBALIK (salah).
Kalau ejen nak komisyen lebih banyak, dia tak akan bagi nasihat macam tu.
Dia akan ajar:
👉🏻 “Beli harga rendah, jual harga tinggi…”
👉🏻 Lepas tu ulang lagi… dan lagi… dan lagi…
Sebab apa?
👉🏻 Komisyen datang daripada JUMLAH TRANSAKSI. Bukan daripada berapa banyak emas yang dah disimpan.
Lagi banyak kita beli–jual... Lagi kerap kita ulang kitaran…
👉🏻 Lagi banyak komisyen ejen dapat!
Kalau ejen betul-betul nak “maximize income” tanpa fikirkan kepentingan sebenar penyimpan emas, ini yang banyak ejen emas pernah buat:
1️⃣ Main sentimen harga
Tunjuk analisis… buat prediction… bagi nampak macam pakar. Biar orang yakin untuk masuk market.
2️⃣ Galakkan guna hutang
“Rugi kalau tak ambil peluang… kenaikan emas lagi tinggi dari interest bank…”
3️⃣ Ajar timing market
Bila naik → suruh jual.
Bila turun → suruh beli balik.
👉🏻 Modal sama, tapi transaksi berulang-ulang.
4️⃣ Push teknik leverage (ar-rahnu)
Modal 100g → “boleh jadi” 300g.
Nampak hebat… tapi risiko orang tak nampak.
5️⃣ Jual ilmu ‘high level’
Kelas analisis teknikal… graf… indicator…
Buat duit dari yuran ratusan dan ribuan ringgit. Ini akan tarik 'ikan besar' makan umpan.
6️⃣ Sediakan support group berbayar
Support group… sentiasa bagi signal… update harga harian.
👉🏻 Kutip duit subscription setiap bulan.
7️⃣ Jual stok sendiri
Galakkan customer ambil stok dari kita. Supaya kita dapat untung daripada margin tambahan selain komisyen.
Akhirnya ejen dapat 3 sumber income:
✔️ Komisyen transaksi berulang
✔️ Yuran kelas & membership
✔️ Keuntungan margin
Customer pula?
Emas tak banyak mana pun bertambah, tapi yang penting dia rasa diri “bijak” sebab aktif trade emas.
Realitinya, sebagai ejen emas lebih 16 tahun… Saya tak pernah buat semua benda ni.
Saya tak ajar orang kejar harga.
Saya tak ajar orang buat loan beli emas.
Saya tak ajar orang main timing market.
Saya cuma ajar satu teknik simple, tapi evergreen;
👉🏻 Beli sikit-sikit, ikut kemampuan.
👉🏻 Konsisten.
👉🏻 Fokus tambah gram, bukan sibuk monitor harga.
Dan saya sarankan mereka beli direct dengan Public Gold, supaya elak mereka kena tipu dalam transaksi, terbeli emas palsu ataupun emas curi.
Matlamat saya bukan nak orang aktif bertransaksi… Tapi saya nak mereka betul-betul kaya dengan emas.
Kalau emas dah bantu kewangan saya jadi lebih baik, saya nak orang lain dapat perkara yang sama.
Sebab saya yakin… akan sampai satu ketika nanti, duit dah tak berguna lagi untuk saya.
Yang kekal… hanyalah kebaikan-kebaikan yang kita pernah buat. Terutamanya kepada orang yang pernah percaya dengan kita - followers kita, penyimpan-penyimpan emas di bawah kita.
Syukur alhamdulillah... Setelah 16 tahun saya jadi ejen emas Public Gold, hari ni dah lebih 1 juta penyimpan emas di bawah saya dari seluruh Asia Tenggara.
Walaupun ramai orang anggap itu satu pencapaian. Tapi bagi saya, itu amanah dan tanggungjawab. Untuk pastikan mereka semua akhirnya "kaya dengan emas". Amiin...
#TipKayaDenganEmas
Hari tu beli sekeping harga RM700 segram...
Sekarang harga dah turun ke RM600 segram. Kiranya rugilah yang beli hari tu?
Meh saya nak cerita pengalaman sebenar saya bagi siapa yang nak belajar...
Walaupun harga emas turun banyak (turun RM150 segram) dalam sebulan ni, penyimpan emas tegar macam saya masih untung besar.
Ya... Untung besar... Alhamdulillah...
Setiap kali harga emas jatuh banyak, saya akan borong lebih banyak.
Bila kita beli lebih banyak emas masa harga jatuh, 'kerugian' sementara tu makin kecil... dan untung tu makin besar.
Contohnya:
1️⃣ Belian pertama RM700.
2️⃣ Belian keduan RM600.
👉🏻 Maka kos purata dah turun jadi RM650.
Kalau beli lagi kali ketiga pada harga RM600, kos purata turun lagi ke RM633.
Nanti harga emas naik sikit ke RM650, dah terus untung.
Itulah yang serba ringkas tentang teknik DCA (Dollar Cost Averaging).
Sebab tu beli emas kena ada ilmu. Kita benar-benar tahu apa yang kita buat... Bukan ikut-ikut orang (FOMO).
At least kena baca #BukuWangEmas untuk faham.
Game "kaya dengan emas" ni, bukan sekali beli banyak, lepas tu bila harga naik terus jual. Bukan...
Beli sikit-sikit, konsisten dalam jangka panjang, kita tak akan rugi. InsyaAllah...
Bayangkan saya beli emas sikit-sikit dah 16 tahun. Saya beli konsisten sejak harga emas RM150 segram lagi.
Masa harga tinggi RM700 hari tu pun saya beli.
Sekarang harga emas turun ke RM600, agak-agak orang macam saya ni rugi ataupun untung?
Jawabnya, saya untung besar - walaupun harga turun banyak dalam seminggu dua ni.
Sebab saya dah buat teknik DCA ni setiap bulan selama 16 tahun!... Ya, 16 tahun... Bukan sebulan dua.
Jujurnya... simpanan emas saya dari beberapa gram, dah cecah kilo... Alhamdulillah...
Bagi saya, simpan emas ni bukan macam lari pecut 100 meter. Bukan...
Emas ni larian marathon.
Kita lari tak laju... Tapi konsisten dalam jangka panjang.
Akhir sekali kita tetap sampai ke garisan penamat. InsyaAllah...
Lepas dah kumpul emas lebih 10 tahun, malah simpanan emas kita pun dah capai at least #1keluarga1kiloemas, agak-akak kita rasa panik tak tengok harga emas jatuh dalam jangka pendek?
Tentulah "tidak".
Malah kita senyum saja...
Sebab inilah masanya kita borong lebih banyak...
#TipKayaDenganEmas
Penyimpan emas fizikal, dia tak menangis bila harga emas jatuh banyak.
Sebab emas ada di tangan dia.
Harga emas jatuh, kepingan emas kita tak berkurangan. Gram masih kekal.
Malah ini peluang tambah lagi kepingan emas pada harga murah. Dapat beli barang mahal pada harga diskaun kot!...
Nak pakai duit, tak perlu jual pun. Pajak saja di ar-rahnu. Nanti bila selesai urusan, tebus balik emas tu.
Emas tak berkurangan pun.
Tapi kalau beli emas digital, bila harga emas jatuh, apa yang kita ada?
Tak ada apa-apa selain nombor di skrin telefon!
Memanglah tak rugi selagi tak jual. Tapi kalau nak pakai duit macam mana?
Kena jual dan terpaksa rugi.
Duit simpanan kita dah tersangkut pada bank (ataupun syarikat).
Sebab tu lah penyimpan emas fizikal tak panik bila harga jatih. Sebab dia tak rugi apa-apa pun.
Kalau pun harga emas naik mencanak, bukannya dia nak jual untuk "take profit" pun.
Emas tu memang nak disimpan dalam jangka panjang, dan tak ada plan nak jual (kecuali dalam 3 keadaan saja).
Jadi kalau nak beli emas, pastikan emas fizikal.
Bila emas tu ada di tangan kita, naik turun harga emas tak mengganggu emosi kita. Kita terus saja menabung sikit-sikit secara konsisten.
Bezanya bila harga jatuh, kita beli lebih banyak (borong)! Bukan panik macam tengok harga saham jatuh...
#TipKayaDenganEmas
