fa
Feedback
MASJID AL-HIDAYAH DESA COALFIELDS - Info

MASJID AL-HIDAYAH DESA COALFIELDS - Info

رفتن به کانال در Telegram

Menyalurkan maklumat terkini dan info aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields. Mohon disebarkan link ke channel ini agar lebih ramai yang mendapat manfaat. Sebarang pertanyaan, blh hubungi Tuan Nazir (0182644330)

نمایش بیشتر
543
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
+17 روز
-230 روز
آرشیو پست ها
Malam Nisfu Sya'ban bakal menjelang. Semoga malam yang istimewa ini membawa berkat dan keberkatan kepada kita semua. Marilah kita manfaatkan malam ini dengan doa, muhasabah diri, dan lakukan amalan kebaikan. Semoga segala keinginan dan harapan kita tercapai, dan keberkatan Allah sentiasa menyertai langkah kita. Selamat beribadah dan selamat merenungkan kebesaran-Nya pada malam yang penuh keistimewaan ini Ikhlas daripada Jawatankuasa Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields

MAKLUMAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-8 dan Pembentangan Laporan Badan Khairat Kematian MASJID AL-HIDAYAH DESA COALFIELDS
MAKLUMAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-8 dan Pembentangan Laporan Badan Khairat Kematian MASJID AL-HIDAYAH DESA COALFIELDS 2023 Tarikh : 8 Mac 2024 (Jumaat) Masa : Selepas solat Isya’ Tempat : Ruang Solat Utama MAHDC Muslimin muslimat ahli kariah MAHDC dijemput hadir..

MAKLUMAN Kuliah Maghrib malam ini (Selasa - 20 Feb 2024) oleh AF USTAZ MUHAMMAD FIKRI ABDUL RAZAK di TANGGUH kan atas keuzuran yang tidak dapat dielakkan. Wallahu a’lam.

TAKZIAH DARI WARGA MAHDC.. Dukacita dimaklumkan bahawa PUAN ROSHAYATI BINTI MOHD HANEPAH, isteri En Ramlee Kasrin (No. 37, Jln DC 3/5) telah menghembuskan nafas terakhir pada petang semalam (15 Feb 2024). Al-Fatihah... ‎بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن... Jenazah kini sedang diuruskan (mandi dan kafan) di MAHDC dan akan disolatkan di MAHDC selepas solat Jumaat hari ini. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Aliya Saujana Utama (RASU). Marilah sama2 kita hadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada almarhumah dan doakan semoga Allah merahmati rohnya, memuliakan kematiannya, mengampuni segala kesalahannya, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman... ‎آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِي Jawatankuasa Khairat dan Kematian Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields

Jadual Kuliah & Aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 15-29 Februari 2024 26 hari menuju Ramadhan اللَّهُـمَّ بَلِّغْنا رَمَضَانْ Jom follow/like/share rangkaian media sosial MAHDC https://www.facebook.com/mahdc2019 https://t.me/mahdc2021 Sumbangan kepada Tabung MAHDC boleh disalurkan ke akaun 14153010047044 (Bank Islam)

MAKLUMAN Kuliah Maghrib malam ini (Selasa - 13 Feb 2024) oleh AF USTAZ YUSRI ARIFFIN akan digantikan oleh AF USTAZ MUHAMMAD HAFIZ. Wallahu a’lam.

Alhamdulillah pagi ini (Selasa - 13 Feb 2024), kehadiran 45 orang. Dah melebihi jangkaan kami.. Sya as dan tahniah buat anak2 Subuh MAHDC 🤲🏼😁

Alhamdulillah.. hari pertama Junior Subuh Warrior @ MAHDC berjalan lancar.. dengan lebih 20 orang peserta (masih ramai yang belum dapat sertai - masih di luar DC), kehadiran ini boleh dibanggakan. Bukan senang nak pujuk anak-anak junior ni datang masjid time Subuh, lebih-lebih lagi waktu cuti sekolah. Apa-apa pun, usaha dan semangat yang tinggi ini harus dihargai. Bagi yang tak dapat join hari ini, jangan risau masih boleh sertai esok. Dengar-dengarnya, esok akan lebih ramai nak join. Tak apa, datang je, insya-Allah imam-imam MAHDC sudi melayan. Selain dapat duit saku, dapat juga perkongsian solat sempurna dari imam-imam MAHDC. Khabar baik untuk peserta, kami dah dapat tajaan HADIAH PALING UTAMA untuk peserta yang TERPALING CEMERLANG. Hadiah yang turut dapat dirasai satu keluarga.. Nanti kami umum kan ye.. Tuan puan yang ingin menyumbang untuk program ini, peluang sentiasa dibuka.. Boleh hubungi pihak masjis, insya-Allah kita aturkan. Semoga menjadi asbab kebahagiaan kita semua di dunia dan di akhirat.. 🤲🏼

MAKLUMAN Kuliah Maghrib malam ini (Isnin - 12 Feb 2024) oleh AF USTAZ HAMIM SUNTONG diTANGGUHkan atas keuzuran yang tidak dapat dielakkan. Wallahu a’lam.

MAKLUMAN Kuliah Maghrib malam ini (Ahad - 11 Feb 2024) oleh AF USTAZ ROSLI IBRAHIM akan digantikan oleh AF IMAM MUDA AHMAD HAZRAN BIN AHMAD KAMAL. Wallahu a’lam.

Program JUNIOR SUBUH WARRIOR @MAHDC Sempena cuti sekolah kali ini, bawalah anak-anak anda (7-12 tahun) sama-sama bersolat Sub
Program JUNIOR SUBUH WARRIOR @MAHDC Sempena cuti sekolah kali ini, bawalah anak-anak anda (7-12 tahun) sama-sama bersolat Subuh berjemaah di MAHDC, dan bawa pulang ganjaran yang disediakan. Ada juga segmen penerangan dan tunjuk ajar solat bersama Imam MAHDC untuk anak-anak kita. HADIAH UTAMA menanti bagi peserta yang mempunyai kehadiran penuh sepanjang tempoh program Tempoh Program : 12 Feb – 10 Mac 2024 MAHDC juga membuka peluang muslimin muslimat yang ingin menyumbang kepada program ini. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun 14153010047044 (Bank Islam) dengan rujukan JUNIOR SUBUH dan hantarkan slip kepada kami untuk pengurusan.

MAKLUMAN Kuliah Maghrib malam ini (Khamis - 8 Feb 2024) oleh AF IMAM MUDA HASSAN ADLI akan digantikan oleh AF USTAZ FAIRUS YAAKOB. Wallahu a’lam.

TAKZIAH DARI WARGA MAHDC.. Dukacita dimaklumkan bahawa seorang jemaah istiqamah MAHDC, Al-Marhum ABDUL RANI BIN MAT YASIN (No. 6, Jln DC 3/11) telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di DC3 lebih kurang jam 10.00 pagi tadi (7 Feb 2024). Al-Fatihah... ‎بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن... Jenazah akan dibawa ke MAHDC selepas solat Zohor untuk diuruskan (mandi dan kafan). Jenazah dijangka akan disolatkan di MAHDC selepas solat Asar hari ini. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Aliya Saujana Utama (RASU). Marilah sama2 kita hadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada almarhum dan doakan semoga Allah merahmati rohnya, memuliakan kematiannya, mengampuni segala kesalahannya, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman... ‎آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِي Jawatankuasa Khairat dan Kematian Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields