cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

The Untold Story of Akhiruzzaman

Channel yang menulis sesuatu isu dari sudut pandang berbeza. Anda akan temui satu permata berharga dalam menempuh perjalanan menghadapi Akhiruzzaman disini. .

نمایش بیشتر
کشور مشخص نشده استزبان مشخص نشده استدین و مذهبی11 004
پست‌های تبلیغاتی
8 810
مشترکین
-124 ساعت
+957 روز
+10130 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

Muharram telah tiba. Bulan yang penuh dengan dukacita dan tiada kegembiraan padanya. Muharram adalah hari kesedihan yang ditangisi oleh penghuni bumi dan langit. Kedukaan ini ditangisi oleh seluruh para Nabi dan Rasul termasuk Nabi kita, Baginda Rasulullah SAWAW. Tangisan yang berawal sejak tahun ketiga hijrah lagi. Disaat lahirnya Imam Hussain AS, datuknya Baginda Rasulullah SAWAW telah menangis disaat menyambut kelahirannya kerana telah dikhabarkan oleh Baginda Jibril AS akan berita bahawa kelak anak ini akan dibunuh terasing oleh umat Baginda sendiri. Saban tahun tatkala Baginda Rasulullah SAWAW melihat cucu Baginda, Imam Hussain AS, pasti berlinangan air mata. Kerap kali Baginda SAWAW mencium leher dan dada Imam Hussain AS kerana disitulah tempat luka yang mengakibatkan kesyahidan Imam Hussain AS. Sesungguhnya menangisi kesyahidan Imam Hussain AS adalah satu sunnah yang besar dan mempelajari akan sejarah perjuangan Imam Hussain AS tidak lain tidak bukan akan menguatkan keimanan kita kepada ALLAH dan RasulNYA serta meneguhkan prinsip kehidupan kita dalam rangka melawan kekejaman dan kezaliman di atas muka bumi ini. Tanpa kefahaman terhadap perjuangan Imam Hussain AS, sukar seseorang itu untuk kekal berdiri teguh di atas prinsip lebih-lebih lagi disaat berhadapan pemerintah yang zalim. Kerana Imam Hussain AS adalah lambang teguhnya keimanan menentang pemerintah yang zalim. Bagi yang belum tahu, pelajarilah dan ambil tahu akan perjuangan Imam Hussain AS dalam menentang rezim yang zalim dan banyak melakukan kehancuran. Disana anda akan temui kebenaran dalam berugama. Imam Hussain AS adalah lambang pengorbanan jiwa yang paling jitu dan murni... Labbaika Ya Hussain! اللهم صل على محمد وآل محمد Assalamu alal Hussain, wa ala Ali ibnil Hussain, wa ala Aulaadil Hussain, wa ala Ashaabil Hussain, wa ala Man Maata Ma'ahu... Sekian. -Admin 8 Julai 2024
نمایش همه...
30👍 12
Photo unavailableShow in Telegram
Selamat Tahun Baharu Hijrah kepada seluruh pembaca channel ini. Kami doakan agar para pembaca yang budiman, diberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan serta dijauhkan daripada sebarang fitnah akhir zaman dan dapat bebas daripada segala jenis penggunaan dadah berjadual. Semoga tahun baru 1446H ini menjadi pemangkin perubahan besar dalam kehidupan anda semua untuk kembali mengamalkan gaya hidup sihat, beramal dengan Sunnah Baginda Rasulullah SAWAW dan meninggalkan gaya hidup tidak sihat seperti penggunaan dadah berjadual, pengambilan makanan berproses dan tinggi gula dan gluten. Salam Maal Hijrah 1446H dan Selamat Tahun Baru buat semua...! Sekian dan terima kasih. -Admin 1 Muharram 1446H
نمایش همه...
19👍 3🥰 2
Doa Akhir dan Awal tahun Hijri. Baca doa akhir tahun beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib dan baca doa awal tahun setelah habis azan Maghrib dikumandangkan. Setelah itu minum segelas susu kambing asli atau apa-apa susu putih lainnya selepas membaca doa Awal tahun. Baca doa berikut sebelum meminum susu putih; اللهم بارك لنا فيه و زدنا منه ALLAHumma Baariklana fiihi wa Zidna Minhu. Ertinya; Ya Allah berikanlah keberkatan pada kami padanya (susu ini) dan tambahilah ianya (dengan kebaikan). Setelah meminum susu tersebut, boleh terus berkumur dan mulakan solat Maghrib. Amalan ini bukanlah amalan Sunnah. Walaubagaimanapun ia adalah satu bentuk tafa'ulan atau mengambil kebaikan daripada sesuatu yang baik bersumberkan Sunnah Baginda Rasulullah SAWAW jua. ... Selamat Tahun Baru Hijri diucapkan kepada seluruh pembaca di group ini. InsyaALLAH semoga tahun baru ini hadir membawa lebih banyak kebaikan buat diri kita, keluarga dan orang terdekat. Sekian terima kasih. -Muhammad Mamzah 29 Zulhijjah 1445H
نمایش همه...
29👍 8😱 1
...
If you repeat a lie often enough, people will believe it, and you will even come to believe it yourself.
Disinilah kemuncak permainan minda masyarakat untuk menguji tahap berfikir mass herd. Majoriti anda sebenarnya gagal berfikir dan hanya percaya apa yang dihidangkan untuk mass herd. Anda dipupuk agar anda merasa tidak selesa jika anda keluar daripada kelompok mass herd. Kalau semua keluarga dan kejiranan anda ambil badsin, anda seorang tak ambil, maka anda jadi takut dan risau untuk meneruskan kehidupan sebab semua orang ambil, anda seorang sahaja tak ambil. Lalu anda akan mula mempersoalkan keyakinan anda sendiri lalu keyakinan yang pada asalnya teguh itu akan mula goyah, dan berakhir dengan anda menyerahkan diri untuk dibadsin. Itulah kaedah mass manipulation berjalan untuk menjerat semua orang. Hanya yang betul-betul kuat keimanannya dan tinggi aras berfikirnya sahaja yang akan terselamat. ... Kini, naratif kobis19 sudah berada dipenghujung jalan. Projeksi kobis19 hanya 5 tahun iaitu bermula pada akhir 2019 dan berakhir pada awal 2025 sahaja. Selepas ini dunia akan memasuki fasa mass manipulation yang seterusnya; iaitu "mass manipulation v2.0: global digitalisation". Projek global digitalisation ini telah pun bermula tahun 2021 yang lalu tanpa anda sedari dan ia perlu berakhir pada 2030 nanti. Namun projek membina naratif untuk mass herd bagi menjayakan global digitalisation ini hanya akan bermula akhir tahun ini sehingga 2029 dan pada 2030 dunia sudah masuk ke fasa yang terakhir, iaitu sistem perhambaan total submission yakni menghambakan diri hanya kepada sang penyelamat palsu; daJel. Nauzubillahi min Zalik. Wal Iyazu Billah... ... Maka, atas maksud itu persiapkanlah diri anda untuk masuk ke fasa seterusnya. Perbaiki tahap kesihatan diri dan keluarga anda segera dan upgrade pemikiran anda sekarang, kerana jika anda gagal membaca naratif yang bakal dihidangkan kepada mass herd kelak, anda sekali lagi bakal menjadi mangsa penipuan dan perhambaan moden. Tutup segera siaran televisyen di rumah anda. Unsubscribe semua channel sama ada percuma atau berbayar. Hentikan langganan asteruk, netpelik, amazong dll. Untuk meneruskan kehidupan, anda sebenarnya tidak perlu langgan apa-apa siaran televisyen pun. Hidup akan lebih bahagia tanpa siaran channel televisyen dan anda akan terselamat daripada menjadi mangsa penipuan dan manipulasi mass herd kerana televisyen adalah alat dan senjata utama penyampaian mass manipulation. Tapis page dan influencer yang anda ikuti di media sosial. Unfollow semua influencer yang pernah mempromosikan program badsinasi yang telah menipu semua orang. Unfollow juga influencer yang kerap mengadu domba. Unfollow semua influencer yang mempromosikan makanan tidak sihat dan lifestyle tidak berfaedah. Hidup anda akan lebih bahagia dan selamat. You will have no misery. Terakhir, berhenti daripada memakan segala jenis dadah berjadual yang datang daripada big pharma. Berhenti daripada membeli semua jenis makanan yang dihasilkan oleh big food industry. Berhenti juga daripada membeli segala jenis produk keluaran big cosmetics industry. Hanya beli makanan dan barangan keperluan harian yang natural, organik, local produce, dan yang berasaskan sunnah Baginda Rasulullah SAWAW. Ketahuilah, hanya dengan mengamalkan sunnah Rasulullah SAWAW anda akan berjaya dan selamat. Amalkan memakan makanan sunnah dengan betul, utamakan real food, less ingredients food, non-ultra processed food, high healthy fat food, dan gaya hidup yang aktif, cergas lagi sihat. InsyaAllah kehidupan anda sekeluarga akan jauh lebih sihat, lebih baik dan pulih daripada sebarang masalah. InsyaAllah disaat second mass manipulation kelak, anda akan terselamat daripada terus ditipu dan anda akan ada lebih banyak kekuatan untuk keluar daripada mass herd. Keimanan anda lebih utuh dan tidak goyah dalam menghadapi permainan minda dan peperangan keyakinan.
نمایش همه...
👍 35 12👏 1
Saya doakan semua pembaca channel ini terutama yang membaca artikel ini agar terselamat daripada mass manipulation yang seterusnya di masa akan datang dan juga terselamat daripada sebarang fitnah daJel. Saya doakan juga bagi mereka yang menyebarkan penulisan ini kepada ramai orang agar diberi keafiatan dan kesejahteraan dalam menjalani kehidupan dimasa akan datang. Aamiin 🤲 Congratulations to all "unbeksinated" and all "anti-badsin", you have won the first fight! There's more to go. Get ready, and be prepared... Sekian dan terima kasih. -Muhammad Mamzah 29 Zulhijjah 1445H
نمایش همه...
👍 48 23👏 2🔥 1
Photo unavailableShow in Telegram
Semalam, kobis19 telah diumumkan di negara kita sebagai wabak biasa. Sekiranya ada orang terkena jangkitan kobis19 maka orang tersebut akan ditangani seperti pesakit saluran pernafasan biasa ie seperti demam biasa atau sesak nafas biasa. Setelah 4 tahun berlalu, setelah berdas-das badsinasi diberikan. Ini petanda jelas bahawa sebenarnya naratif kobis19 yang dijual selama ini adalah palsu. Kobis19 sebenarnya TIDAK PERNAH WUJUD pun secara nyata, yang ada kobis19 hanyalah wujud sebagai permainan minda dan pembentukan naratif masyarakat sahaja yang kita kenali sebagai "mass manipulation v1.0". Kita boleh percaya wujudnya kobis19 kerana ia sentiasa diulang-ulang di kaca televisyen dan media sosial yang kita baca dan lihat setiap hari. Kita juga percaya badsinasi boleh mencegah jangkitan dan menyelamatkan daripada simptom berat kerana kita membaca dan melihatnya setiap hari. Hakikatnya...? Apakah benar sebegitu atau sebaliknya...? Ayuh sama-sama berfikir... ...
نمایش همه...
👍 20 17👏 2😢 2
👆 Bersaksilah, telah aku sampaikan kepada kalian. This is the most untold history in Islam.
نمایش همه...
👍 19 10
Perintah dari langit tersebut turun agar Baginda Rasulullah SAWAW menyampaikan kepada seluruh kaum muslimin tentang pemakluman pengganti bagi ketua orang beriman setelah ketiadaan Baginda SAWAW suatu masa kelak. Lalu setelah turun ayat tersebut, Baginda Rasulullah SAWAW telah berkhutbah dihadapan 124 ribu para sahabat dengan satu khutbah yang padat lalu Baginda Rasulullah SAWAW telah memanggil Imam Ali bin Abi Talib naik disisi Baginda SAWAW bagi menyatakan perlantikan Imam Ali sebagai Wasiyur Rasul (pengganti Rasul sebagai ketua kaum Muslimin). Hadis tentang peristiwa ini diriwayatkan secara mutawatir di dalam berbagai sanad dengan matan yang sama. Baginda Rasulullah SAWAW terlebih dahulu telah membaca Surah Al-Ahzab ayat 6 kemudian menyeru kaum muslimin dengan seruan; "Alastu Awla Bikum min Anfusikum?' Maksudnya: Apakah aku lebih utama dibanding diri kalian? (Bukankah aku mempunyai autoriti ke atas diri kalian?) Kemudian seluruh sahabat menjawab; Na'am. (Benar) Baginda Rasulullah SAWAW menyambung lagi; "Man Kunta Mawlahu fahaza Aliyyun Mawlahu. ALLAHumma Waali man Waalahu wa 'Aadi man 'Aadahu." Maksudnya: Barangsiapa yang menganggap Aku sebagai Mawlanya, maka ini Ali Mawlanya. Ya ALLAH, bantulah orang yang membantunya dan musuhilah sesiapa yang memusuhinya. Kemudian Baginda Rasulullah SAWAW telah membuka serban mulia yang dipakai Baginda SAWAW lalu Baginda SAWAW telah memakaikan serban mulia tersebut ke atas kepala Imam Ali seraya bersabda; "Ya Ali, serban ini adalah mahkota bagi orang Arab." Perkara dan kejadian ini disaksikan 124 ribu para sahabat dan majoriti para sahabat telah menerima persaksian diri mereka dihadapan Baginda Rasulullah SAWAW dan ramai di antara mereka telahpun membaiah Imam Ali AS sebagai wasi pengganti Baginda Rasulullah SAWAW sebagai Amirul Mukminin. Rujukan: Sahih Muslim 5920, Siyaru A'lam Nubala, Sunan Tirmidzi, dan berbagai rujukan. ... Setelah pengangkatan Imam Ali sebagai Wasiyur Rasul telah selesai, maka turunlah Malaikat Jibril AS kehadapan Baginda Rasulullah SAWAW lalu membawa turun ayat kesempurnaan daripada keseluruhan isi Al-Quran iaitu ayat berikut; "Pada hari ini telah AKU sempurnakan bagi kalian Ugama kalian dan AKU cukupkan ke atas kalian NikmatKU dan AKU Ridho ke atas kalian Islam sebagai ugama." (QS Al-Maidah: 3) Selain daripada perlantikan Imam Ali AS sebagai Wasiyur Rasul, Baginda Rasulullah SAWAW turut berpesan kepada seluruh kaum Muslimin agar berpegang teguh kepada 2 perkara iaitu Kitabullah dan Itrah Ahl Bait yang mana keduanya tidak akan terpisah selamanya sehingga kembali bertemu dihadapan Baginda SAWAW di telaga Haudh Nabi di Syurga kelak. Hadis tentang dua pusaka Rasul ini juga adalah hadis Mutawatir yang diriwayatkan lebih 63 jalur sahih dengan matan yang sama. Mafhum hadis; "Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara jika kamu berpegang teguh kepadanya maka tidak akan tersesat selamanya, Kitabullah dan Itrah Ahl Bait Ku." Hadis ini diriwayatkan di dalam berbagai kitab diantaranya Sahih Muslim 2408, Sunan Tirmidzi 3788, Mustadrak ala Sahihayn p109-110, dan banyak lagi. ... Maka setelah peristiwa tersebut, lengkaplah seluruh perintah ALLAH Taala ke atas sekalian kaum muslimin dengan pengangkatan Imam Ali sebagai Wasiyur Rasul. Setelah peristiwa tersebut, 80 malam kemudiannya, Baginda Rasulullah SAWAW telah menghembuskan nafas yang terakhir di atas pangkuan Sayyidah Fatimah Az-Zahra AS dan Imam Ali AS disampingnya. Malangnya, pada hari kewafatan Baginda Rasulullah SAWAW, majoriti para Sahabat Baginda SAWAW tidak berada di rumah Baginda SAWAW dan tidak hadir menguruskan jenazah Baginda Rasulullah SAWAW. Hanya 80 hari sahaja masa diambil telah menjadi saksi berubahnya hati manusia. Imam Ali yang telah dilantik oleh Baginda Rasulullah SAWAW sebagai wasi pengganti Nabi dalam urusan kaum Muslimin telah dinafikan haknya sehingga 24 tahun lamanya.
نمایش همه...
😢 8👍 6 3
Disinilah bermulanya titik tolak banyak fitnah besar yang meresap masuk ke dalam ugama Islam yang sehingga hari ini kesannya dapat kita lihat. Umat Islam telah berpecah belah dengan begitu banyak sekte yang tiada kesudahan yang mana awal mulanya terpecah hanya dua, mereka yang wala' kepada Imam Ali dan mereka yang wala' kepada khalifah yang dilantik di Saqifah. Rentetan perpecahan ini telah membesar sehingga begitu banyak sekte wujud sampai hari ini yang tiada kesudahannya yang mana hanya akan selesai tatkala datangnya Imam Mahdi AS suatu masa kelak. Kebenaran mutlak akan diangkat oleh Imam Mahdi AS dan Imam akan memperbetulkan kesemua salah faham umat Islam yang berlaku ketika ini. Ketika itu, tiada lagi mazhab yang berbeza-beza dan tidak ada lagi pandangan dan pendapat ulama yang boleh diguna-pakai. Kebenaran mutlak akan dibawa oleh Imam Mahdi seperti mana mutlaknya Islam ini diajarkan oleh datuknya, iaitu Baginda Rasulullah SAWAW kepada para sahabat. Tiada lagi dakwa dakwi untuk menyangkal kebenaran mutlak. ... Maka dari itu, mulakanlah langkah anda dalam mencari kebenaran mutlak tersebut yang hanya ada pada Kitabullah dan Itrah Ahl Bait. Cari dan kenal ia daripada sekarang agar kelak dapat anda mengenal dan mengetahui Imam Mahdi itu lantas dapat pula membaiahnya. Tanpa pengetahuan tentang kebenaran, maka kita sedang jauh daripada kebenaran. Manusia akan menjadi musuh terhadap sesuatu yang tidak ia ketahui. Jika anda tak tahu, carilah tahu segera kerana masa masih ada. ... Eid Ghadeer! Congratulations on the auspicious day of Mawla Ali become our master. Alhamdulillahillazi Ja'alana minal Mutamassikiina bi Wilaayati Ali... 🤲 اللهم صل على محمد وآل محمد Qalar Rasul SAWAW; "Man Kunta Mawlahu fahaza Aliyyun Mawlahu..." Wa Qala ALLAHu Taala aydon; "Innama WaliyyukumuLLAHu wa Rasuluhu wallazina Aamanu Allazina Yuqimunass Solaata wa Yu'tunaz Zakaata wa Hum Raaki'un." SodaqALLAHul 'Adzim. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim, daripada Salamah ibn Kuhail yang berkata; "Ali bersedekah dengan cincinnya dalam keadaan rukuk, maka turun ayat tersebut (QS 5:55)." Sekian dan terima kasih. -Muhammad Mamzah Jumaat, 28 Jun 2024.
نمایش همه...
👍 19 17
Photo unavailableShow in Telegram
18 Dzu Al-Hijjah Tahun 10 Hijrah. Hari ini dalam sejarah. Setelah selesai Haji Wida, Baginda Rasulullah SAWAW di dalam perjalanan pulang bersama 124 ribu para sahabat telah berhenti berehat di sebuah lembah yang bernama Khom terletak di daerah Juhfa diantara Makkah dan Madinah. Disini, telah turun perintah terakhir daripada ALLAH Taala ke atas Baginda Rasulullah SAWAW iaitu firman ALLAH Taala di dalam Surah Al-Maidah ayat 67. Ayat ini turun sewaktu Baginda Rasulullah SAWAW dan para sahabat sedang melalui Wadi Khumm. Lantas Baginda Rasulullah SAWAW telah memberhentikan karavan Baginda dan menghimpunkan seluruh sahabat untuk berkhutbah.
نمایش همه...
👍 11 5
یک طرح متفاوت انتخاب کنید

طرح فعلی شما تنها برای 5 کانال تجزیه و تحلیل را مجاز می کند. برای بیشتر، لطفا یک طرح دیگر انتخاب کنید.