fa
Feedback

فریب کلاهبرداران را نخورید! تل‌متریو این کانال‌ها را شناسایی و برچسب‌گذاری می‌کند 👉 برای مشاهده برچسب، اشتراک تهیه کنید

INFO RASMI MPP UiTM SABAH

INFO RASMI MPP UiTM SABAH

رفتن به کانال در Telegram

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM Dihatiku. Untuk makluman, channel Telegram ini dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi tujuan penyebaran maklumat rasmi. 📢 Telegram MPP UiTM Cawangan Sabah: https://t.me/uitmcawsabah Terim

نمایش بیشتر
3 435
مشترکین
-324 ساعت
-137 روز
-3630 روز
آرشیو پست ها
photo content

𝗜𝗦𝗡𝗜𝗡 | 𝟮𝟲 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku. [𝗦𝗬𝗔𝗕𝗔𝗦 & 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛] Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Sabah dengan penuh sukacita merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Saudara Muhamad Haikal Bin Zainal, pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Perladangan (Kepujian) (AT240) atas pelantikan sebagai Presiden bagi Bab Pelajar (𝙎𝙩𝙪𝙙𝙚𝙣𝙩 𝘾𝙝𝙖𝙥𝙩𝙚𝙧) Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB). Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan yang membanggakan serta mencerminkan keupayaan, kepimpinan dan komitmen mahasiswa UiTM Cawangan Sabah dalam mewakili suara pelajar di peringkat serantau. Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan menjadi inspirasi kepada seluruh mahasiswa untuk terus mengorak langkah dalam bidang kepimpinan serta pembangunan diri. Sekian, terima kasih. “𝙈𝙚𝙢𝙖𝙘𝙪 𝙏𝙧𝙖𝙣𝙨𝙛𝙤𝙧𝙢𝙖𝙨𝙞, 𝙈𝙚𝙢𝙥𝙚𝙧𝙩𝙚𝙜𝙪𝙝 𝙋𝙧𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞” Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar & Sekretariat Universiti Teknologi Mara Cawangan Sabah Sesi 2025/2026

photo content

photo content

𝗔𝗛𝗔𝗗 | 𝟮𝟱 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku. [𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗪𝗔𝗖𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗦𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗖𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 𝟮𝟬𝟮𝟲] Merujuk kepada perkara di atas, program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memartabatkan bahasa kebangsaan, khususnya dalam penggunaan bahasa Melayu yang betul dan berkesan dalam media serta kehidupan seharian. 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵: 𝟮𝟳 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗠𝗮𝘀𝗮 : 𝟵 𝗔𝗠-𝟭𝟭𝗽𝗺 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁: 𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻 𝗔𝗺𝗶𝗹 𝗝𝗮𝘆𝗮, 𝗗𝗕𝗣 𝗖𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 Mahasiswa yang berminat untuk menyertai program ini boleh mengimbas kod QR yang disediakan atau melengkapkan pendaftaran melalui pautan berikut sebelum *hari Isnin, jam 10 malam*, pengecualian kuliah turut disediakan: 📎 https://forms.gle/Rr9nzTGRj8j7jxHD6 Marilah bersama-sama menyemarakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul, memperkukuh jati diri serta memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan! 🇲🇾✨ Sekian, terima kasih. _*Memacu Transformasi, Memperteguh Prestasi*_ Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar & Sekretariat Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah Sesi 2025/2026

photo content

𝗞𝗛𝗔𝗠𝗜𝗦 | 𝟮𝟮 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku. [𝗣𝗘𝗡𝗖𝗔𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗛𝗔𝗟𝗔𝗟 𝗦𝗨𝗞𝗦𝗘𝗦 𝗞𝗨𝗦𝗞𝗢𝗣] Sukacita dimaklumkan bahawa Program Halal Sukses KUSKOP akan berlangsung pada ketetapan berikut: 📅 Tarikh: 23 Oktober 2026 (Jumaat) ⏰ Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang 📍 Tempat: Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu, Sabah Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta berkaitan keperluan pensijilan Halal Malaysia, peluang geran bantuan serta strategi pemasaran dan kualiti untuk perkembangan perniagaan. Sehubungan dengan itu, mahasiswa UiTM Cawangan Sabah yang berminat, khususnya dalam bidang keusahawanan dan perniagaan, adalah dialu-alukan untuk mendaftar dan menyertai program ini bagi menambah pengetahuan serta meneroka peluang yang tersedia. 📝 Pendaftaran peserta: Sila isi Google Form melalui pautan berikut: 🔗 https://forms.gle/5yoLFCQECYxtWzKu8 Jangan lepaskan peluang ini untuk menimba ilmu, menambah pengalaman dan memperluas jaringan dalam bidang keusahawanan! Sekian, terima kasih. “𝙈𝙚𝙢𝙖𝙘𝙪 𝙏𝙧𝙖𝙣𝙨𝙛𝙤𝙧𝙢𝙖𝙨𝙞, 𝙈𝙚𝙢𝙥𝙚𝙧𝙩𝙚𝙜𝙪𝙝 𝙋𝙧𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞” Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar & Sekretariat Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah Sesi 2025/2026

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

𝗔𝗛𝗔𝗗 | 𝟰 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku. [𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗚𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 & 𝗞𝗢𝗦 𝗦𝗔𝗥𝗔 𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣 (𝗞𝗣𝗗𝗡) 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗕𝗘𝗟𝗜𝗔 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛] Majlis Perwakilan Pelajar & Sekretariat merakamkan setinggi penghargaan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) & Majlis Belia Sabah (MBS) sempena penganjuran Program Advokasi Kepenggunaan dalam Aktivisme Belia & Penyerahan Geran Inisiatif Ihsan Food Bank (i-FB) kepada GPS UiTM Cawangan Sabah yang telah berlangsung pada 1 Oktober 2026 di Dewan Al-Bukhari, Ujana Sarjana, UiTM Cawangan Sabah. Majlis tersebut disempurnakan oleh Yang Berhormat, Datuk Armizan Bin Mohd Ali, selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup, serta Encik Abqaree Fawwaz Abekan, Presiden Majlis Belia Sabah. Program tersebut bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan pelajar melalui inisiatif-inisiatif seperti pelancaran Ruang Ihsan Food Bank (i-FB) serta penyerahan Gerai i-FB, Sumbangan Komputer & Mesin Cetak, Bakul Makanan dan Kad Diskaun Menu RAHMAH kepada warga kampus UiTM Cawangan Sabah. Sekali lagi, pihak MPP mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Datuk, KPDN, dan Majlis Belia Sabah kerana menyokong kesejahteraan dan kebajikan mahasiswa UiTM Cawangan Sabah. Sekian, terima kasih. “𝙈𝙚𝙢𝙖𝙘𝙪 𝙏𝙧𝙖𝙣𝙨𝙛𝙤𝙧𝙢𝙖𝙨𝙞, 𝙈𝙚𝙢𝙥𝙚𝙧𝙩𝙚𝙜𝙪𝙝 𝙋𝙧𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞” Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar & Sekretariat Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah Sesi 2025/2026

photo content
+1